1.8.10

Siri Percutian Musim Panas 18 : Coretan 1 Ogos

Assalamualaikum.

Pagi ini saya bangun agak lewat.Disebabkan cuaca yang mendung agaknya.

Ingin menulis dengan mood santai hujung minggu pada pagi ini.

Sedar tidak sedar,kita sudah memasuki bulan Ogos pada hari ini.Jujur cakap,saya tidak sedarpun perkara ini sehingga melihat kalendar pagi tadi.

Terlalu pantas masa berlalu.Tanggal 1 Januari 2010 yang lalu seperti baru minggu lepas dirasakan.1 Januari 2009 pula ibarat baru hanya dua bulan lepas berlalu.

Tidakkah anda merasakan perkara ini?

Orang-orang tempatan berkata,"Biasalah,dunia nak kiamat.Masa pun pantas berlalu".

Tidak tahu dari sumber mana mereka menginspirasikan ayat ini,tetapi ada logiknya juga.

Salah satu sebab mengapa masa dirasakan begitu pantas berlalu mungkin kerana kita hari ini terlalu padat jadual kita dengan banyak aktiviti.

Yang malangnya,aktiviti yang semakin padat itu bukanlah terdiri daripada perkara yang baik,tetapi sebaliknya hiburanlah yang semakin banyak mengambil masa kita.

Tidak percaya?

Cuba lihat diri kita.Ambil contoh anak muda.Hendak kata banyak mengulangkaji,tidak juga.Hendak kata rajin bekerja lebih masa,tidak juga.

Habis itu apakah perkara yang menyebabkan sering kita dengar mereka mengeluh,"Aku takde masa lah,bai".

Masa itu ada sebenarnya.Tetapi,hiburan mereka semakin banyak.

Ada sahaja waktu rehat sebenarnya pada malam hari,tetapi mereka menggunakan pula malam itu untuk berfutsal,window shopping,lepak mamak dan sebagainya.

Akibatnya,tiadalah masa.Beribadat juga hilang entah ke mana.

Dan,bagi orang yang berazam dengan penuh harapan pada awal tahun 2010 yang lepas,tentulah mereka hampa jika mendapati diri mereka sedang hanya mengulangi proses yang sama seperti tahun-tahun yang sebelumnya.

Betul atau tidak?Tentu ramai daripada kita yang pada saat ini sudah melupakan apakah Azam Semangat Poyo-Poyo 2010 mereka,bukan?

Itulah dia kepentingan masa.

Ya.

Hanya orang yang bijak sahaja yang berjaya memanfaatkan masa.

Dan sebenarnya,salah satu ciri-ciri orang yang beriman adalah memanfaatkan masa.

Tidak percaya?

Demi Masa!

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
[103:1-3]

Allah sudah mengingatkan kita hamba-hamba-Nya betapa pentingnya masa itu.

Tetapi,malang.Ramai dari kita umat Islam pada hari ini bersikap tidak menghargai masa.

Kita melambat-lambatkan temujanji,kita merasa lewat 10 minit itu perkara biasa tanpa rasa malu dan sebagainya.

Anda biasa dengan ayat,"Biasalah,Janji Melayu"?

Mereka mengucapkannya dengan rasa bangga.Sedarlah rakan-rakan.Ayat ini sepatutnya menjadi satu aib bagi kita.Bukan kebanggaan.

Adalah lebih memalukan apabila mendapati pada hari ini,perkara yang sepatutnya ada pada Umat Islam,sebaliknya ada pada orang bukan Islam.

Dan perkara yang sepatutnya hanya dilakukan oleh masyarakat Jahiliah,sebaliknya banyak dilakukan oleh Umat Islam.

Bukan satu dua contoh tentang dua perumpamaan di atas dapat kita lihat pada hari ini.Banyak.

Contoh :

1) Kalau ada meeting atau apa,pasti orang kitalah yang paling ramai lewat untuk hadir ke tempat dijanjikan.Kita pergi lepak kopi dulu dan sebagainya.Dan yang ramai hadir awal tentulah mereka yang bukan Islam.Pelik bukan?Itulah.Pelik tapi benar.

2) Banyak dari Melayu kita ambil rasuah.Aduh.Yang ini tidak perlu compare dengan orang lain.Kenapa?Sebab rasuah itu terang-terang haram.

3) Buang anak?Melayu kita juga yang ramai buang.Mat Rempit?Melayu kita juga.Lepak buang masa?Kita juga juara.Ya,memang Melayu dan Islam dua perkara yang berbeza.Tapi,bila menyebut Melayu Malaysia,lebih 95% dari Melayu kita adalah Islam.Jadi,tidak dapat tidak,bila mengambil contoh tentang umat Islam di Malaysia,kita terpaksa rujuk keadaan orang Melayu.Saya sebut ayat ini kerana ada sesetengah orang ini dia pantang dijentik dan ditegur.

4) Tandas orang kita?Kotor macam bangkai.Tandas di Negara-Negara Bukan Islam jugak yang kebanyakannya bersih.

5) Apa lagi?Banyaklah.Busuk hati,berdengki-dengki,berfitnah-fitnah,malas membaca dan sebagainya.Padahal membaca itu sepatutnya menjadi sifat kita Umat Islam.Kerana,apakah wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah SAW?Wahyu ini membawa maksud tersirat betapa pentingnya ilmu itu kepada manusia.

Kita renung-renungkanlah perlakuan kita ini dengan tafsir Al-Quran Surah Al-'Asr di atas.

Adakah kita ini adalah golongan yang disebut dalam ayat itu?Yang berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar?

Jika tidak,ternyatalah kita sememangnya orang yang rugi.

Fikir-fikirkanlah.

Dari Pemimpin,hingga ke Rakyat Jelata.Kita fikir-fikirkanlah.

Janganlah membuang masa lagi.Tunaikanlah apa yang diperintahkan oleh Allah.Kita ini ada tanggungjawab besar.Kita telah diberikan petunjuk dan hidayah oleh Allah.Tetapi,kita mengabaikannya.

Dan,di dalam Al-Quran telah kerapkali disebutkan bahawa golongan yang mengabaikan perintah Allah ini pasti diberikan balasan.Dan azab Allah itu amat keras.

Mungkin sifat kita yang lemah dan terlalu ambil mudah pada hari ini juga merupakan balasan kepada perbuatan kita yang lalai dalam mengerjakan perintah-Nya.

Kita ingkar pada perintah Allah,akibatnya,kita menjadi manusia berjiwa lemah.Siapa tahu?

Ya Allah,ampunkanlah dosa kami.Amin.

Sedarlah kita.Janganlah leka lagi.

Ambil contoh kita pada hari ini.Sudah 1 Ogos.Tetapi,apakah yang kita sudah buat untuk tahun ini?

Saya mengaku merasa kecewa dengan diri saya yang masih lagi melakukan beberapa kesilapan yang sama.Masih lagi sukar merubah diri.

Banyakkanlah berdoa kepada Allah.

Mari ubah diri kita.

Itu belum sebut soal dakwah menyeru menyembah Allah,Tuhan Yang Maha Esa kepada orang bukan Islam lagi.

Nampak sangatlah betapa lemahnya kita pada hari ini.

Namun,ada satu yang kita still sangat suka,berpolitik.Hehe.Ada orang marah nanti bila sebut pasal politik.Pada pendapat mereka-mereka ini,hidup itu hanya Politik.

Apa-apapun,ini semua hanya peringatan dan teguran untuk diri sendiri.

Jika ada yang mendapat manfaat,Alhamdulillah.

Jika ada yang terasa,maafkanlah.Ambil jernih,buang keruh.

Jika ada yang tersilap di sini,tegurlah.

Sekian dari saya untuk Coretan 1 Ogos 2010.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


No comments:

Post a Comment