2.8.10

Siri Percutian Musim Panas 19 : Kerana Allah

Assalamualaikum.

jika berbuat sesuatu
buatlah kerana Allah
jika berbuat sesuatu
buatlah untuk mencari keredhaan-Nya

jika pergi ke Surau mahupun Masjid
abaikan kiri abaikan kanan
fokuskan di hati pergi untuk beribadat
bimbang saat menoleh-noleh
riak yang muncul

jika ingin menderma
sebolehnya tidak menderma secara terang
kerana kita ini manusia biasa
sentiasa dahagakan perhatian
bimbang saat menderma secara terbuka
riak pun muncul
ikhlas hilang ke mana

jika ingin bersembahyang sunat
sama juga
jangan fikirkan orang lain
lakukannya kerana yang Maha Esa
bukan kerana mereka di sekeliling
lakukan kerana Allah

kadangkala di hati ingin mengeluarkan pendapat
yang boleh dikira bernas
ingat
sebelum meluahkannya
ikhlaskan hati
lakukan kerana Allah

jika ingin membaca kitab suci Al-Quran
sama juga
jangan hanya berlagu mengharap puji sahaja
fahami maksudnya ayat itu
jika dibaca riak
tiadalah manfaat untuk diri kita

ingat ini semua
bukannya apa
apa sahajalah yang dilakukan kita sementara di dunia fana ini
lakukanlah ia kerana Allah
untuk mendapat keredhaan-Nya

ini kerana
apabila niat di hati ikhlas
jujur
bersih
tidak mahu nama
insya-Allah kita akan mendapat kebaikan yang dijanjikan

namun
'pabila riak muncul
semuanya hilang
kerana riak itu penghapus amalan

dan pihak yang melihat seorang manusia berbuat baik pun
janganlah dipuji melebih-lebih orang itu
bimbang dirinya menjadi riak pula
kita berkadar-kadar sahaja
kerana mereka juga manusia
bimbang niat hati yang pada mulanya ikhlas
menjadi riak akibat dipuji berlebih-lebihan

apa-apapun
itulah yang ingin disampaikan
apa juga yang dilakukan
lakukanlah kerana Allah

jangan peduli apa fikir orang lain
jangan bangga dengan pujian mereka
jangan pula malu apa bakal dikata

selagi ianya adalah kebaikan
selagi ianya bertepatan dengan syariat
lakukanlah perkara itu
lakukanlah ianya untuk mencari keredhaan dan rahmat-Nya
lakukanlah kerana Allah

sekian untuk pagi ini

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


8 comments:

  1. betul2
    setuju.
    jangan riak.

    ReplyDelete
  2. alahai, susah nk menjaga hati..syaitan2..moga bertambah baik diri ini dan dirahmatiNya

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum

    http://www.youtube.com/watch?v=a6lQjYzEIyQ&NR=1

    ilmu ustaz azhar.

    dik nak jadi pendakwah kan.

    Abg nak share pasal ustaz azhar idrus ni.

    p/s: Jangan post ya. abg hanya nak berkongsi ilmu.

    Sekian.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum,

    kenapa ada logo kumpulan utusan?
    orang utusan ke? :)

    ReplyDelete
  5. logo utusan?
    tak tau ah bro.
    takde rasanye kat sini
    n takde kaitan dengan utusan. :D
    mane nampak logo tu nyway?

    ReplyDelete
  6. Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Raih laba sebanyak mungkin dlm perniagaan bermodalkan keikhlasan kepada Allah.

    ReplyDelete