11.8.10

Siri Percutian Musim Panas 20 : Hidup Di Dunia Ini Bukan Tempoh Berehat,Sebaliknya Tempoh Membuat Amal Dan Bertaubat.

Assalamualaikum.

Apa khabar?Selamat Pagi.Dan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

First of all,sorry for the late update.Saya agak sibuk dalam beberapa tempoh ini.Waktu lapang yang ada pula saya gunakan untuk membaca beberapa buah buku yang terdapat dalam almari buku di rumah saya.

Sebenarnya,banyak je buku dalam almari rumah saya,tetapi saya sahaja yang tidak pernah membacanya sebelum ini.

Saya terfikir untuk membaca buku ini kali ini kerana membaca itu bukankah santapan rohani?Eh betul ke ayat tu?Takpelah.Abaikan.

Antara buku yang sempat saya habiskan baca dalam beberapa hari ini adalah :-

1) Seksa Meninggalkan Solat (4/5)
2) Kisah Hidup 25 Rasul (4/5)
3) ??????

Eh,dua je rupa-rupanya yang saya dah habis baca.Yang lain masih dalam proses.Dan angka di dalam kurungan itu adalah rating yang saya bagi terhadap buku-buku itu.Okaylah tu.Not bad.

Buku pertama yang bertajuk Seksa Meninggalkan Solat itu memang bagus.Diceritakan azab kubur bukan hanya bagi yang meninggalkan solat,tetapi juga bagi yang mengumpat,mengadu domba,makan rasuah,berzina dan sebagainya.

Insaf sudah.Astaghfirullahalazim.

Itulah sebenarnya kepentingan membaca dalam hidup kita.Kerana apabila kita membaca,terutamanya membaca buku yang tebal-tebal,ilmu itu akan datang kepada kita.Dan,insya-Allah kita akan terdorong untuk berubah.

Kerana,salah satu golongan yang diberikan hidayah oleh Allah kepada mereka adalah golongan yang berusaha mencari kebenaran dan petunjuk-Nya.

Baiklah.Itu yang pertama.

Yang keduanya,mahu berkongsikan satu petikan ayat Al-Quran.

Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu terhadap orang-orang yang melakukan kejahatan dengan sebab kejahilan, kemudian mereka bertaubat sesudah itu serta memperbaiki amalannya, sesungguhnya Tuhanmu sesudah (mereka bertaubat) itu, adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [16:119]

Semalam saya berada di Bukit Wangsamas.Tidur di rumah seorang sahabat.

Sempat berborak.Dalam perbualan kami,ada satu point yang menarik perhatian saya dikeluarkan oleh beliau.

"Sebenarnya,kita tidak boleh salahkan mereka-mereka (pelaku gejala sosial tidak bermoral) ini juga.Mereka mangsa keadaan.Sama jugalah dengan kebanyakan masyarakat kita.Hanya menganggap Islam itu hanya terdiri daripada perkara umum yang majoriti dari kita tahu pada hari ini.Walhal,Islam itu bersifat total.Right?"

Baiklah,yang right itu saya tambah sendiri.

Apa-apapun,ada betul perkara yang rakan saya sebutkan ini.Cuba lihat diri kita.

Kebanyakan dari kita hanya menganggap Islam itu hanyalah perlakuan sembahyang,puasa dan zakat (sebagai contoh).Ada juga yang menganggap menjadi orang Islam itu hanya dengan berada di Masjid 24 jam.

Anda faham bukan apa yang saya hendak sampaikan?

Ini sebenarnya mungkin terjadi kerana sejarah penjajahan yang menyaksikan kita menjadi seperti ini.

Yang bahagian kita menjadi mangsa keadaan menyebabkan kita tidak tahu itu dan ini itu saya setuju.

Tetapi,saya merasakan adalah menjadi salah kita apabila telah ada banyak kemudahan pada hari ini,kita tidak gunakannya untuk mencari ilmu.

Kerana,cuba perhatikan ayat Al-Quran di atas.Allah SWT akan mengampunkan dosa seseorang yang dilakukan atas sebab kejahilan.

Tetapi,cuba tanya diri kita sedalam-dalamnya.Kita ini jahil ataupun kita selesa menjadi jahil?Kita ini tidak tahu atau kita sememangnya tidak ingin tahu?

Haaa.Lain beza tu.

Memang ada golongan malang yang disebabkan keadaan persekitaran menyebabkan mereka tidak tahu.Tetapi,ketahuilah kita bahawa Allah sekali-kali tidak akan menyeksa seseorang kelak di akhirat tanpa disampaikan dahulu petunjuk kepada mereka.

Maknanya,setiap dari kita pasti ada insiden/peristiwa/perkara yang sepatutnya menyedarkan kita,tetapi kita menzalimi diri dengan mengabaikannya.

Contoh?

Ambil contoh mudah.Di Malaysia bukankah banyak Masjid/Surau?Dan Masjid-Masjid ini kebanyakannya suka memasang kuliah-kuliah secara loudspeaker.Bukankah kita semua mendengar isi kuliah/ceramah itu?Tetapi,cuba tanya diri kita.Adakah kita betul-betul mendengar dan mengambil pengajaran atau kita sekadar mendengarnya sambil lewa?

Setiap dari kita juga ada Al-Quran di rumah.Itu juga merupakan petunjuk Allah kepada kita.

Tetapi,kita yang mengabaikannya.

Nampak?

Jadi,siapa salah?

Kita tidak boleh hanya menuding jari.Ya,memang keadaan menyebabkan kita tidak sedar dan mengambil mudah perkara-perkara ini.

Tetapi,sampai bila?Ketika hidup inilah waktu membuat amal.Kerana di akhirat kelak,setiap manusia akan dipertanggungjawabkan akan perbuatan masing-masing.

Janganlah kita menjadi orang yang rugi,yang ketika di dunianya tidak berbuat apa-apa.

Carilah ilmu.Bersepah-sepah sebenarnya ilmu di sekeliling kita.Kita sahaja yang tidak tahu atau tidak pernah ambil peduli.

Mengenai tajuk penulisan kali ini,ianya diambil dari satu kisah yang saya tidak ingat mengenai siapa.Sudah lama saya baca kisah ini.Tetapi ada pengajaran boleh direnung.Di bawah ini saya ceritakan kembali kisah ini,tapi dengan bahasa santai.

Begini.Ada seorang hamba Allah ini (saya tidak ingat siapa,dibaca dalam buku long time ago),Beliau tertidur selepas Isyak.Petang itu dia bekerja keras.Isterinya yang kasihan melihatnya penat,tidak mengejutkannya untuk bertahajud.Kerana kasihan akannya.

Bangun-bangun sahaja,Beliau bertanya kepada isterinya "Kenapa kau tidak kejutkan aku bertahajud malam tadi?".

"Oh,aku ingatkan engkau penat sangat.Bagilah engkau rehat.Tu pasal tak kejut.Why tanye?" Isterinya menjawab lantas bertanya kembali.

Si Suami menjawab dengan satu jawapan yang ringkas,santai tetapi berpengajaran "Tidak.Di dunia ini bukan tempat berehat.Di dunia ini tempat mencari amal dan beribadat serta bertaubat.Kita hanya boleh berehat di Syurga kelak".

Pergh.

Anda dapat tak tangkap pengajaran yang ada dalam kisah ini?

Bekerja keraslah kita di dunia membuat amal dan mencari keredhaan-Nya.Kerana itu sahajalah bekalan kita kelak.

Janganlah kita termasuk dalam kalangan orang yang rugi yang hidup di dunianya disia-siakan begitu sahaja.Jangan lagi kita menuding jari kepada orang lain.Betulkan kesilapan diri sendiri.

Okay?

Dan,sempena kedatangan Ramadhan Al-Mubarak ini,sama-samalah kita memperbaiki amalan dan menambahkan ibadat.

Dan diharap ibadat ini berterusanlah sehingga ke bulan lain.Eh silap,janganlah berharap sahaja.Berusahalah.Okay?

Banyakkan juga membaca mencari ilmu.Daripada kita duduk tengok TV buang masa,berborak lepak kosong dan sebagainya,baiklah kita membeli buku dan membaca.

Ilmu dapat.Dosa pun kurang sikit.Tahu kenapa?Yalah.Tengok TV tu kan banyak tengok aurat juga?Jangan kata saya jumud pula.Anda fikir-fikirlah kenyataan ini.

Jangan fikir orang kata kita boring atau bosan di dunia ini kerana cuba mencari ilmu,sebaliknya fikirlah bagaimana keadaan kita di akhirat kelak jika kita asyik mahukan yang fun.

Di akhirat kelak,setiap manusia buat hal sendiri.Ingatlah.

Oh ya.Lupa.Apa-apapun,buku terbaik untuk kita adalah Kitab Al-Quran.Sempena Ramadhan ini,mulakanlah baca Tafsir Al-Quran.Fahami maksud setiap ayat dalam Al-Quran itu.Kita jadikan Ramadhan kali ini sebagai garis mula perubahan dalam hidup kita.

Teringat ada seorang Pakcik berkata kepada saya,

"Kita ini hidup ada tiga waktu,tetapi hanya ada satu waktu sahaja sebenarnya berguna.Semalam,hari ini dan esok.Semalam sudah berlalu.Esok kita tidak tahu lagi masih hidup atau tidak.Jadi,kita hanya ada hari ini.Jadi,gunakanlah Hari Ini dengan sebaiknya.Jangan bertangguh dalam melakukan kebaikan.Takut tidak sempat."

Apa-apapun,semuanya terletak pada tangan kita.Allah tidak akan mengubah nasib hamba-Nya yang tidak mahu mengubah diri mereka sendiri.Faham?

Saya tidak mahu bercerita panjang lebar tentang niat puasa dan sebagainya kerana saya rasa itu semua anda sudah tahu.Jika tidak tahu,orang lain masih ramai yang tulis.Kan?Jadi,saya tulis perkara ini.Saya dapat manfaat,anda pun sama.Insya-Allah.

Dan bukanlah niat saya menulis ini untuk riak.Sebaliknya sebagai peringatan kepada diri dan orang lain.Jangan tersalah tafsir.Jika tidak faham/tersilap bicara,maafkanlah saya.Betulkan kesilapan itu di ruangan ulasan di bawah ini.

Terakhirnya dari saya,ketahuilah kita bahawa amalan yang paling disukai Allah adalah amalan yang biarpun sedikit,tetapi berkualiti dan dilakukan secara istiqamah (konsisten,tekun,tekad,tabah).

Itu sahaja.Sekian.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


3 comments:

  1. salam ziarah.pensyarah sy pun pernah beri nsihat dulu..jgn selalu kate letih..susah..sbb demikianlah hidup itu diciptakan..biarlah kite letih dgn berbuat amal di dunia..agar kelak di dalam kubur nnti kite dpt berehat sepenuhnya..

    ReplyDelete
  2. Melaburlah di bulan Ramadhan ini.
    InsyaAllah cepat kaya.

    ReplyDelete