16.8.10

Siri Percutian Musim Panas 22 : Yakinlah Dengan Bantuan Allah SWT

Assalamualaikum.

Saya pada hujung minggu yang baru berlalu ini Alhamdulillah berkesempatan berada di Selatan Tanah Air untuk pulang ke kampung halaman tercinta melawat saudara-mara dan menziarahi kubur mereka yang telah meninggal dunia.

Ada beberapa pengajaran yang saya dapat dari Perjalanan ke sana.

Mari saya ceritakannya dalam bentuk Catitan Perjalanan Yang Tidak Formal.

Mula-mula saya berkunjung ke Kuala Lumpur untuk mengambil seorang ahli keluarga yang belajar di sana.Jika tidak silap saya,pada Hari Jumaat itulah Tragedi Jasin melanda.Ada pengajaran dan hikmah sebenarnya melalui peristiwa ini.Kita fikir-fikirkanlah bersama.Al-Fatihah kepada mangsa yang terlibat dan Takziah kepada keluarga mereka (Ambil masa anda untuk baca Al-Fatihah kepada mereka sebentar).

Untuk pengetahuan anda,sepanjang perjalanan saya dari rumah ke Kuala Lumpur diiringi hujan lebat.I mean,sangat lebat.Jadi,saya simpulkan memang pada hari itu cuaca di seluruh Semenanjung (mungkin juga di Malaysia Timur) adalah teruk.

Tiba di Kuala Lumpur,bertolak pula ke kampung halaman tercinta.Perjalanan yang disangkakan lancar terhenti seketika apabila kesesakan lalu lintas yang panjang berlaku di Lebuh Raya sekitar Seremban.

Lama juga menunggu perjalanan untuk bertukar menjadi lancar kembali.

Beberapa puluh minit berlalu,akhirnya kereta yang dipandu sampai ke lokasi punca kesesakan lalu lintas.Ada tidak kurang daripada 8 buah kereta berlanggar sesama sendiri.Tiada kecederaan rasanya terjadi.

Dan saya dapat lihat kemalangan itu hanya punca kecil kesesakan itu.Yang menjadi punca utama kemalangan adalah sikap orang Malaysia yang suka berhenti jenguk-jenguk pandang kiri kanan meninjau lokasi kemalangan.

Aduh.

Pengajaran pertama yang kita dapat hari ini adalah : Jangan sibuk nak melihat busybody tentang kemalangan yang membabitkan orang lain ketika memandu.Kerana ianya amatlah menjengkelkan apabila perbuatan anda itu menyebabkan kesesakan lalu lintas selama berpuluh-puluh minit.Okay?

Perjalanan diteruskan.Singgah sebentar di Umbai,Melaka makan ikan bakar.Ahah.Biasalah.Menikmati masa bermutu bersama keluarga tercinta.Teringat saya Khutbah Jumaat lepas mengatakan lebih kurang ayat begini,

Baliklah ke kampung anda.Lawatlah ibu bapa anda di bulan Ramadhan ini yang sudah lama tidak dilawat.Bagi mereka makan beras-beras mahal.Belikan mereka makanan yang sedap-sedap.Layan mereka dengan baik.Jangan berkira sangat.Ini kerana jika selama ini anda makan beras mahal,mereka hanya makan beras murah sahaja.Tidak pula mereka mengadu kepada anda.Sedangkan mereka menjaga anda dari kecil.Jadi,bersempena Ramadhan ini,berbuatlah baik kepada Ibu Bapa anda.

Faham pengajaran dari kisah di atas?

Perjalanan diteruskan sehingga ke Muar dan bermalam di situ.

Keesokan harinya,berkeputusan melawat seorang saudara di situ.

Ada pengajaran besar yang saya dapat dari lawatan ziarah ini.Oh ya.Bagus juga diberitahu kepada sesiapa yang masih tidak tahu.Menziarah saudara mara ini mendapat pahala jika niatnya ikhlas kerana Allah untuk merapatkan silaturrahim.Jadi,apa tunggu lagi.Lawatilah saudara mara anda sempena Bulan Ramadhan ini.

Sambung cerita kita tadi.

Saudara saya ini,sudah tua.Anak-anaknya sudah meninggal.Yang ada menjaganya hanyalah anak tirinya yang duduk di sebelah rumah.Anak tirinya menjaganya seperti ibu bapanya sendiri.

Tentu anda tertanya-tanya,jika anak tirinya duduk di sebelah rumah,Beliau tinggal dengan siapa pula?

Beliau tinggal seorang diri di rumahnya.Umur sudah 90.Matanya sudah tidak nampak (cacat penglihatan).Beliau seorang perempuan.Sedih tak?

Ada beberapa pengajaran di sini yang saya ingin sampaikan.

1) Sepanjang perbualan saya dengan Saudara saya ini,hampir 90% topik yang dicakapkan Beliau adalah mengenai ilmu agama.Beliau berkongsikan kepada saya ayat-ayat doa yang boleh diamalkan ketika susah.Cuba fikirkan pula apakah yang dibincangkan kita apabila berborak sesama sendiri?Adakah perkara baik atau buruk?

2) Beliau tidak mengadu pula Beliau hidup susah ke ape ke.Kiranya,tidak merungutlah.Jadi,saya terfikir,adakah saya seorang yang tidak merungut?

3) Dan pengajaran terbesar saya dapat melalui ziarah ini adalah melalui kisah di bawah.

Saya menyuruh Beliau berhati-hati ketika bergerak di dalam rumahnya.Bimbang terjatuh.

Pantas Beliau berkata, "Insya-Allah takde ape-ape.Dah biasa duduk macam ni (mata tidak nampak).Dah 40 tahun dah,Alhamdulillah takde ape-ape."

Beliau sambung lagi ayatnya, "Sebenarnya yang penting dalam dunia ni adalah kita yakin dengan Allah.Yakin (beriman) bahawa Allah menjaga kita.Memang Allah jaga kita.Tapi kita kenalah yakin.Insya-Allah takde ape-ape".

Saya terkejut sebentar.Yalah.Beliau sudah duduk lama seorang diri.Mata tidak nampak pula tu.Tetapi,Alhamdulillah tiada apa-apa perkara besar yang berlaku kepadanya.

Faham tak?Kiranya,sebesar manapun musibah yang melanda diri kita,tetapi jika kita yakin ada hikmah yang ditetapkan Allah di sebalik musibah itu,pasti musibah itu tidak akan menganggu ketenangan jiwa kita,sebaliknya musibah itu akan membuatkan kita lebih bergantung kepada Allah SWT.

Kiranya sesuatu musibah itu akan menjadi ubat kepada kita jika kita yakin dengan kekuasaan Allah akan menjaga kita.

Faham?

Itulah dia pengajaran paling besar saya dapat dari pengembaraan di Muar.Banyak sebenarnya pengajaran lagi.Tetapi,itu yang paling utama.

Jadi,kita yang takde masalah besar sangat ni,jika ada masalah kecik-kecik tu,rileks kay.Jangan nak menggelabah sangat.Yakinlah masalah itu hanyalah sedikit ujian untuk kita.Yakinlah Allah akan memberikan yang terbaik untuk kita.Okay?

Perjalanan kemudian diteruskan sehingga ke Batu Pahat.

Pergi ke rumah Pak Cik Saudara,ingatkan hendak buat kejutan tidak menelefonnya dahulu,tetapi kejutan tidak kesampaian apabila mendapati Beliau tiada di rumah dan akan pulang keesokan hari.

Ha tulah.Pengajaran di sini kalau hendak datang rumah orang,telefon dulu okayh?Nanti menyesal sorang-sorang pulak.

Kemudian apabila mendapati Beliau tiada di rumah,terus sahaja pergi ke kubur.Untuk menziarah kubur Arwah Atuk dan Nenek.

Ingat,ziarah kubur ini adalah untuk memberi pengajaran kepada kita yang masih hidup ini.Jangan pulak kita pergi puja kubur.Kita ini orang Islam,hanya kepada Allah kita mohon.Okay?

Sesampai di kubur,saya sedih terfikirkan sesuatu.

Yang di dalam kubur ini sudah mati.Kita bila lagi?Yang di dalam kubur ini nasib mereka sudah ditentukan dan mereka sudah tiada peluang mengubahnya,sedangkan kita punya nasib masih boleh diubah.Kita masih boleh bertaubat.Yang di dalam kubur tidak boleh menambah amal.Adakah kita yang masih hidup ini mengambil kesempatan dari nyawa yang masih diberi untuk menambah amal?Atau kita hanya menambah dosa dan mensia-siakan sisa nyawa ini.

Fikir-fikirkanlah.

Bagus sebenarnya melawat kubur.Rasulullah SAW juga menggalakkan kita menziarah kubur untuk memberi pengajaran kepada diri kita.Tapi,ada batas-batas perlu dijaga.Apakah batas-batas itu?Anda tentu sudah tahu.Jika tidak tahu,tanya kepada yang tahu.Jangan malu bertanya kerana malu bertanya,sesat jalan.

Habis menziarah kubur (Ini pun boleh dapat pahala jika dilakukan ikhlas kerana Allah),pulang terus ke rumah.

Sampai-sampai sahaja di rumah mendapati salah seekor kucing saya telah meninggal dunia.Izinkan saya membuat emoticon di sini :( .

Melihat badan kucing yang telah mengeras itu,membuatkan saya makin sedar bahawa hidup di dunia ini hanya sementara.Jadi,berubahlah sementara masih ada kesempatan.

Tetapi,still lepas tahu semua perkara ini,kita manusia tetap tergelincir melakukan dosa.Kenapa?

>Rasulullah SAW bersabda "Setiap anak cucu Adam pasti pernah berbuat salah, dan sebaik-baik orang yang berbuat salah ialah yang banyak bertaubat." [HR. Tirmidzi]

Ingatlah kita.Sebaik-baik manusia adalah manusia yang sering bertaubat.

Itulah dia kisah pengajaran sepanjang perjalanan saya ke Negeri Selatan.

Oleh kerana saya sudah penat menulis,saya akhiri penulisan saya.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


No comments:

Post a Comment