18.8.10

Siri Percutian Musim Panas 24 : Artificial Happiness/Hidup Mengejar Dunia (Artikel Mesti Baca)

Perhatian : Ini merupakan satu penulisan yang panjang.Sila habiskan pembacaan jika ingin mendapatkan maksud sebenar penulisan.Selamat Membaca.

Assalamualaikum.

Tajuk di atas sengaja ditulis di dalam Bahasa Inggeris.

Apakah Artificial Happiness?

Artificial Happiness jika merujuk kepada Urban Dictionary adalah

"to be in a state of happiness through the consumption of drugs, whether it be alcohol, weed, ecstasy, etc. It is called artificial happiness because you rely on a substance to make you happy, thus making it artificial, since it doesn't come naturally.Retail therapy is another form of artificial happiness in which you rely on shopping to cheer you up."

Dalam kata lain di dalam Bahasa Melayunya,Artificial Happiness ataupun Kegembiraan Palsu bermaksud kegembiraan sementara yang diperoleh dengan cara memuaskan nafsu syahwat tanpa memikirkan baik buruk kesan dari perlakuan itu untuk diri kita.

Kenapa saya memilih untuk menulis tentang Artificial Happiness (Kegembiraan Palsu) ini?

Jika anda pernah membaca Siri Coca-Cola Muslim tulisan saya dahulu,anda pasti menangkap sedikit sebanyak idea penulisan kali ini.

Begini,terdetik semalam saya untuk menulis tentang perkara ini setelah membaca satu penulisan di blog seorang kawan saya.

Penulisan itu berbunyi seperti ini,

Janganlah menangis kerana dunia, kerana dunia itu terlalu hina untuk ditangisi…

TAPI MENANGISLAH DALAM SUJUDMU, MENGINGATKAN DOSA-DOSA KEPADA PENCIPTA MU.

KENAPA DITANGISI DUNIA YANG SEMENTARA?
KENAPA BERTUHANKAN NAFSU UNTUK DUNIA YANG SEMENTARA?

INGATLAH BAHAWA AKHIRAT ITU YANG KEKAL.
DAN KEPADANYA KITA SEMUA AKAN DIKEMBALIKAN.


Tentu perkara ini sering melanda diri anda bukan?

Anda sedih apabila ditinggalkan teman wanita,sedih apabila rakan-rakan menikam belakang anda,sedih apabila tidak mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan,sedih apabila kucing anda mati dan sebagainya.

Sedarlah wahai manusia,itu semua hanya sementara,akhirat sahajalah yang kekal.

Kita diciptakan di dunia ini bukan untuk mengejar semua itu,sebaliknya kita hidup di dunia ini untuk membuat amal dan ibadat untuk mendapatkan keredhaan-Nya.

Sedarlah kita,bahawa dunia ini sementara.Ianya ibarat satu game bola.Bukankah apabila kita menonton satu match bola kita seakan-akan terpukau dengan permainan yang dipaparkan?Sehinggakan kita lupa tanggungjawab kita yang sebenar?Padahal kita hanya menonton sahaja match itu.Bukan kita bermain.Kita tidak dapat menyentuh apa yang dipaparkan.Selepas 90 minit permainan,perasaan terpukau itu hilang begitu sahaja.

Sama sahajalah keadaannya dengan kehidupan di dunia ini.Ianya adalah seperti satu permainan.Hidup di dunia inilah permainannya.Sedangkan tanggungjawab dan sasaran kita yang sebenar adalah untuk kehidupan akhirat.Akibat 'permainan' dunia yang sebentar,kita dilalaikan daripada mengingati kehidupan abadi di akhirat kelak.Kita begitu asyik dengan permainan dunia,sehingga lalai meninggalkan tanggungjawab kepada Allah SWT.

Faham tak?Artikel kali ini mungkin ditulis dengan menggunakan bahasa yang agak tinggi.Jika anda faham,Alhamdulillah.Jika tidak faham,sila tanya saya.Insya-Allah akan cuba menjawabnya.Jika ada salah pula,sila betulkan.Insya-Allah kritikan akan diterima.

Cuba renungkan maksud ayat Al-Quran di bawah ini,

Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), -

Sehingga kamu masuk kubur.

Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!

Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!

Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui - (apa yang kamu akan hadapi) - dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).

(Ingatlah) demi sesungguhnya! - Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.

Selepas itu - demi sesungguhnya! - kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!

Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!
[102:1-8]

Dan di dalam Al-Quran sendiri ada menyatakan bahawa kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.

Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. [57:20]


Cuba renungkan.Kita bersungguh-sungguh mencari duit siang malam,kemudian kita membeli barang-barang mewah semata-mata untuk menggembirakan hati kita.Kita merasakan perkara itulah yang dapat menenangkan hati kita.Hakikatnya?Adakah hati kita tenang?Tidak sama sekali.Malah kita menjadi semakin tamak.

Nafsu kita ini tidak akan pernah puas sama sekali dengan kemewahan dunia.Hanya satu perkara dapat menghentikan gelora nafsu kita ini.Apakah itu?Kematian.

Selagi tidak mati,selagi itulah kita mahukan sesuatu yang lebih besar dan mewah dari apa yang kita ada sekarang.

Get the idea?

Sukacita saya untuk berkongsi satu kisah pengajaran dengan anda.Kisah ini diambil dari sebuah hadis yang diriwayatkan menerusi Ali bin Abi Talib RA yang saya baca tidak lama dahulu dari satu buku yang saya tidak ingat tajuknya.Katanya,

Fatimah RA berkunjung ke rumah Rasulullah SAW hendak mengadu keadaan tangannya yang calar-balar kerana terlalu kerap menguli tepung menggunakan batu.Sampai berita kepada beliau yang ayahandanya baru memperolehi seorang hamba.

Sayangnya beliau tidak dapat berjumpa dengan Rasulullah lalu menceritakan perkara ini kepada Aisyah RA.Kemudian Aisyah RA memberitahu perkara ini kepada Rasulullah SAW.

Kata Ali : Rasulullah SAW berkunjung ke rumah kami dan pada masa itu kami sudahpun berada di tempat pembaringan.Baginda SAW bersabda; Duduklah di tempat anda berdua.Baginda duduk di sebelah saya dengan Fatimah sehinggakan saya merasai kesejukan kedua kaki Baginda SAW pada perut saya.

Baginda SAW bersabda : Sukakah saya tunjukkan kepada anda berdua sesuatu yang lebih baik daripada apa yang anda pinta (Hamba)?Apabila berada di tempat tidur,bertasbihlah sebanyak 33 kali,bertahmidlah sebanyak 33 kali dan bertakbirlah sebanyaka 34 kali.Itu lebih baik kepada anda berdua daripada memperolehi seorang khadam.

SubhanAllah.

Adakah anda tahu apakah pengajaran dari Hadis ini?

Banyak sebenarnya.

Saya kongsikan kepada anda yang saya tahu sahajalah,okay?

Pengajarannya adalah :

1) Rasulullah SAW tidak mahu memberikan Hamba itu kepada anaknya kerana Baginda SAW ingin menunjukkan seorang pemimpin negara perlu menunjukkan sikap yang baik di dalam pentadbirannya dengan tidak mendahulukan kepentingan keluarga daripada kepentingan rakyat jelata yang lain.

2) Rasulullah SAW hendak mengajar anak dan menantunya,kehidupan di akhirat adalah lebih baik berbanding dengan kehidupan di dunia yang bersifat sementara waktu.Nikmat yang kekal abadi,lebih wajar dikejar berbanding dengan nikmat yang tidak mampu bertahan lama.

Fuh.Anda cuba lihat kedua-dua pengajaran di atas yang ditunjukkan kepada kita oleh Rasulullah SAW,manusia paling mulia.

Kalau kita pada hari ini,confirm bagi kat anak kita punya.Apa orang kata,kroni ea?Hehe,lawak menganjing sikitlah malam-malam ni.

Cuba kita renungkan kisah di atas ini elok-elok,okay?

Kemudian,suka saya ingin mengongsikan dengan anda satu lagi maksud ayat Al-Quran.

Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang subuh sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya).

Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.
[17:78-79]

Dalam Al-Quran disuruh kita bangun melakukan Sembahyang Tahajud sebagai sembahyang tambahan.Allah menyuruh kita melakukan sedemikian supaya di akhirat kelak,Dia membangkitkan kita di tempat yang terpuji.

Tetapi,cuba renungkan cara hidup kita pada hari ini.Adakah ianya memudahkan kita bangun solat malam?Atau ianya menyukarkan kita bangun solat malam?

Pasti ada yang berkata,"Kitorang ada kerja,kitorang ada homework bla bla bla".

Tetapi,sampai bila?Tidakkah kita tahu,jika kita mendekatkan diri kita dengan Allah,insya-Allah urusan dunia kita akan mudah.Tidakkah kita yakin dengan bantuan Allah?

Sama-samalah kita renungkan.

Satu sebab yang menjadikan kita pada hari ini sebegini rupa pada pendapat saya adalah kerana kekurangan ilmu.Kita amat kurang ilmu,menyebabkan kita merasakan Islam itu hanyalah seperti apa yang kita tahu.

Walhal hakikatnya,Islam itu meliputi panduan hidup dunia dan akhirat.Islam itu bukan hanya sekadar di masjid.Ianya cara hidup.

Tetapi kita pada hari ini,menonton televisyen sehingga larut malam dan sebagainya.Jadi,bagaimana hendak bangun sembahyang malam?Betul tak?

Jika dikaitkan dengan tajuk kita pula,dapatlah disimpulkan cara hidup kita pada hari ini seolah-olah kita melebihkan dunia lebih daripada akhirat.Kita (termasuk saya) seakan-akan lupa bahawa setiap perbuatan kita di dunia ini kelak bakal dihitung dan dihisab.


Itu sahaja yang ingin disampaikan oleh saya.

Sebelum anda menghabiskan bacaan,saya mengajak anda memikirkan maksud tersirat di setiap gambar-gambar yang disertakan di dalam penulisan ini.

Semoga mendapat manfaat.

Ingatlah kita,dunia ini sementara sahaja.Akhirat itulah yang kekal abadi.Seksa di dunia ini juga bersifat sementara,tetapi seksa di akhirat itu kekal abadi.Bahagia di dunia ini walaupun nampak lazat,ingatlah hakikatnya ia bersifat sementara kerana bahagia akhirat itu jugalah kemenangan abadi.

Tepuk dada,tanya selera.Buatlah pilihan daripada sekarang agar kelak tidak menyesal.

Sekian dari saya.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

4 comments:

  1. this one is really intense.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum

    Hamba ingin berkongsi hadis yang baru dijumpai tadi.


    Menurut Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja.'' (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)

    Sekian.. :)

    ReplyDelete
  3. no intense.

    but important.

    ReplyDelete
  4. Salam.

    Marilah kita hentikanlah usaha untuk mencari kekayaan dan ketinggian pangkat di dunia semata-mata untuk keseronokan di dunia, sebaliknya kita lakukan untuk agama Allah, untuk akhirat supaya dapat kebahagiaan yang sebenar bukan Artificial Happiness. Kita hendaklah mencari, memiliki dan memberi yakni merasa cukup/qanaah.

    Alllah berfirman :

    "Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun. Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik)"; (As-Syuara [26 ] : 88 - 89)

    ReplyDelete