24.8.10

Siri Percutian Musim Panas 25 : Kelana Pahang Fasa 1.5 (Sentiasa Ada Peluang Untuk Yang Ingin Kembali Dan Berubah)

Perhatian : Ini adalah satu penulisan santai.Harap Maklum.

Assalamualaikum.

Maaf kerana sudah tidak menulis dalam tempoh yang agak lama.

Dalam tempoh yang agak lama ini,saya berada di banyak tempat disebabkan banyak tujuan.Dalam tempoh yang sebenarnya tidak seberapa lama ini juga saya mengalami penurunan dan peningkatan iman.Bagaimana dengan anda?Saya pasti ramai di antara kita semua sering mengalami penurunan dan peningkatan iman.

Ini kerana penurunan dan peningkatan iman bergantung kepada dengan siapa kita berada dan di mana kita berada.Pola naik turun iman ini juga bergantung kepada apa yang kita lakukan sehari-hari.

Jika sudah setiap hari kita habiskan menonton wayang,bergelak ketawa tidak henti-henti,sudah tentulah iman kita menurun.

Jika kita menghabiskan waktu kita dengan mencari ilmu,menghadirkan diri dalam majlis ilmu,membaca buku,bertasbih dan sebagainya pula,pastilah iman kita meningkat.

Tidak begitu?

Jawapannya,tentulah begitu.

Bak kata saya dalam salah satu penulisan terdahulu,"Satu Cara Untuk Menjauhkan Diri Dari Kejahatan,Adalah Dengan Mengasyikkan Diri Dengan Perkara-Perkara Kebaikan"

Ya.Saya akui.Sebagai remaja,memang susah untuk mengekalkan iman pada tahap yang tinggi pada zaman yang serba mencabar ini.Sering sahaja diri ini tergelincir.

Tetapi,persoalannya,sampai bila?Sampai jadi perkara seperti di bawah ini (sila tonton video) baru kita hendak berubah?



Terima kasih untuk Makcik Werdah yang sudi mengongsikan video di atas di dalam blognya.

Sudah tonton video singkat di atas?Adakah mahu diri kita terus leka sebegitu sehingga akhir hayat?Sedarlah kita dunia ini hanya sementara.Akhirat itulah sasaran akhir yang dituju.

Kita mestilah bermusahabah diri setiap hari.Meningkatkan iman setiap hari.Yang penting kita mesti ada ilmu.Kita mesti ada ilmu kenapa kita mesti melakukan itu dan ini setiap hari.Ini kerana dengan adanya ilmu,barulah kita faham apakah tujuan kita diciptakan.Apabila kita faham,kita tidak akan bingung ketika melakukannya.

Adakah anda faham apa yang dibicarakan saya ini?

Baiklah.Kembali kepada tajuk penulisan kita pada kali ini.

Saya pada minggu lepas telah mengadakan Kelana Pahang Fasa 1.5.Sengaja ingin dikongsikan sedikit coretan tentang perjalanan saya dan rakan-rakan di dalam Pena Maya.Orang tua-tua kata "Tatapan Masa Muka".

Kiranya,kalau saya ditakdirkan oleh Allah masih panjang umur nanti,bila dah tua,bila saya baca balik tulisan saya ini,bukankah perasaan itu nanti amat syok.Kan?

Kelana Pahang Fasa 1 telah dilakukan sedikit masa dahulu.Fasa Permulaan pula saya sudah lakukan sebelum itu lagi,pada tahun lepas.Fasa Permulaan dilakukan menaiki motosikal.Fasa 1 dan 1.5 pula menaiki kereta.

Wah,sudah maju.Haha.

Tentu anda berkata,"Ape benda la budak ni bebel nih,syok sendiri betul".

Saya dengan pantas menyangkal jawapan anda dengan mengeluarkan kenyataan ini,"Tak syok sendiri brother.Baca dulu.Insya-Allah ada pengajaran yang bakal anda semua dapat jika anda baca.Kerana matlamat utama Program Kelana Pahang adalah untuk mengembara sekitar kawasan Pahang meluaskan pandangan mata hati.Faham?

Saya mulakan penulisan dengan menulis hari pertama Kelana Pahang Fasa 1.5 iaitu pada hari Rabu minggu lepas,18 Jun 2010.

18 Jun 2010,saya berkunjung ke Bentong berjumpa dengan seorang sahabat saya.Sahabat saya ini pulang bercuti bla bla bla.Kita potong bahagian itu.Kerana itu tidak perlu anda semua tahu.Ianya hanya bahagian tipikal dalam penulisan yang tidak perlu ditulis,yang jika ditulis juga oleh saya,anda pun akan bosan untuk membacanya.

Destinasi pertama kami adalah Air Terjun Chamang.Mula-mula cadangnya kami hendak pergi mandi Kolam Air Panas.Tetapi,disebabkan saya tiba agak lewat,program terpaksa ditukar.

Kami pergi mandi Air Terjun Chamang.Sebenarnya,tidaklah lewat sangat saya tiba.Tetapi,fikir logik ah.Takkan nak mandi Kolam Air Panas pukul 12 Tengahari.Nanti orang tempatan tentu berasa curiga kat kami bukan?Mesti mereka berkata,"Apa benda la budak-budak London ni mandi time-time tengah panas ni".

Ha.Jadi untuk mengelakkan mereka dari menyatakan kami ini orang London padahal kami orang Malaysia,kami pun menukar haluan.

Haluan kami adalah ke Air Terjun Chamang.

Sudah tiga kali nama Air Terjun Chamang (termasuk ini sudah empat) disebut oleh saya,tapi cerita tak start-start jugak.

Di Air Terjun Chamang kami melakukan apa yang manusia normal akan lakukan di kawasan Air Terjun.Tidak perlu diceritakan tentang itu.Saya ingin berkongsi beberapa gambar alam sekitar Air Terjun Chamang sahaja dengan anda di sini.



Kedua-dua gambar di atas diambil dari Tumblr Pena Maya.

Tidak perlu saya ceritakan tentang Air Terjun Chamang dengan lebih lanjut kepada anda melainkan ada satu peristiwa yang terpaksa juga saya ceritakan kepada anda.

Sebelum kami beredar dari Air Terjun Chamang,kami terserempak dengan dua orang pasangan Melayu sedang membuat khalwat di bawah pokok di sekitar Air Terjun.

Saya tidak mahu ulas lanjut.Tetapi,ada beberapa perkara kita semua perlu take note di sini.

1) Untuk Golongan Tua,ketahuilah anda,inilah realiti yang sedang melanda anak-anak muda Melayu di Malaysia.Silalah sedar.Janganlah asyik berpolitik.Silalah lihat sekeliling.Mungkin mereka ini adalah anak anda.

2) Untuk Golongan Muda,bawak-bawaklah bertenang.Kalau rasa gatal meroyan sangat,kahwinlah awal.Jangan takut.Kalau betul berani,mintaklah mak bapak kahwin.Setakat buat projek dekat tempat Air Terjun orang tak ramai,apa barang bai.Lu setakat bawak anak dara orang rosakkan diorang kat tempat sunyi buat malu je la bai.Insap-insap la.

3) Kepada Gadis-Gadis,sedar-sedarlah.Anda pikir logiklah,adakah lelaki yang bawak anda ke tempat sunyi tu serious nak jalin hubungan dengan anda?Jangan ikut nafsu sangat,kelak diri merana.Cukup-cukuplah buat malu orang Melayu Islam.Duh.

4) Kepada Semua Kita,ketahuilah bahawa di antara tahun 1996-2004,lebih kurang 50000 orang Melayu kena penyakit HIV dan sebagainya.Orang kaum lain tak sampai 50000 pun jika jumlah mereka semua dijumlahkan.Teruk kan Orang Melayu?Yang lebih memalukan,ini terjadi pada orang Islam.Statistik ini saya baca dalam satu buku.Saya tidak ingat buku apa.Jika anda masih tidak percaya tidak mengapa.Saya akan bentangkan statistik ini secara rasmi dalam penulisan yang akan datang,insya-Allah.

Kesimpulannya,malu-malulah kita okay?

Selepas Air Terjun Chamang,kami bergerak pula ke Empangan Perting.Lawa duh!Kita tengok gambar lagi okay?



Tentu anda tertanya-tanya.Mana gambar empangan nye?Gambar itu ada.Tapi di dalam komputer saya.Saya hanya berminat untuk mengongsikan gambar di sekitar kawasan empangan.Dan seperti biasa,gambar-gambar ini diambil dari Tumblr Pena Maya.

Cuba lihat gambar pertama.Lawa bukan?Siapa sangka di dalam daerah Bentong,Valley Of The Wind (bak kata kawan saya),ada pemandangan yang lawa sebegini.

Apakah pengajaran yang dapat kita peroleh dari gambar pertama ini?

Pengajarannya ringkas sahaja.Sejahat-jahat manapun kita ini,masih ada sisi diri kita ini yang lawa,masih ada sisi diri kita ini yang dahagakan kebaikan.Sisi diri kita yang dahaga ini sentiasa mahukan perubahan ke arah kebaikan.Tetapi,sisi diri kita yang dahaga ini hanya menanti kita sahaja untuk melancarkan tindakan.Persoalannya,kenapa kita masih tidak mahu bertindak?Nasihat ikhlas untuk kita semua,bertindaklah sekarang.Berubahlah sekarang.Kerana kelak di akhirat kita akan menyesal jika tidak bertindak pada hari ini.

Gambar kedua pula apakah pengajarannya?

Gambar kedua memaparkan kawasan sekitar empangan yang penuh dengan sampah sarap dari Zaman Penjajahan Jepun mungkin.Satu sahaja ayat yang saya ingin kongsikan untuk anda semua fikirkan.Ayat itu berbunyi,"Pencakar Langit Di Kota,Sampah Di Desa.Ini Yang Kita Bangga-Banggakan?"

Saya masih mahu menulis,ini kerana selepas Bentong saya telah pergi ke Kuantan,Jengka,Temerloh dan Bentong kembali.

Tetapi,saya amat letih pada hari ini kerana petang tadi saya baru pulang dari menziarah seorang saudara di rumahnya.

Banyak pengajaran yang saya dapat sepanjang Kelana Pahang Fasa 1.5 ini.Rasa macam semua hendak tulis.Tetapi nak buat macam mana.Saya juga manusia.Ada rasa penat.Maaf.

Itulah pengakhiran penulisan ini.Sorry tulis caca-marba.Jika saya rajin dan ada masa selepas ini,saya sambung lagi kisah saya ini.Jika masa tidak mengizinkan,maaf kerana tidak menghabiskan cerita saya.

Tetapi,saya rasa banyak sudah pengajaran yang anda dapat dari penulisan ringkas ini.

Sebagai penutup,saya kongsikan bersama anda sedikit Tafsir Al-Quran.Semoga mendapat manfaat.

Dan dengan cara yang sungguh layak serta berhikmat Kami turunkan Al-Quran, dan dengan meliputi segala kebenaran ia diturunkan; dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan sebagai pembawa berita gembira (bagi orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar).

Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan lambat tenang; dan Kami menurunkannya beransur-ansur.

Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang-orang yang ingkar itu): “Sama ada kamu beriman kepada Al-Quran atau kamu tiada beriman, (tidaklah menjadi hal); kerana sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu sebelum itu apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka segera tunduk sujud (dalam keadaan hiba dan khusyuk);

Serta mereka menegaskan (dalam sujudnya): “Maha Suci Tuhan kami! Sesungguhnya janji Tuhan kami tetap terlaksana. ”

Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk.

Katakanlah (wahai Muhammad): “Serulah nama ” Allah” atau nama “Ar-Rahman”, yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia”. Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.

Dan katakanlah: “Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya, dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya; dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh!
[17:105-111]

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Argh.Minggu depan dah nak balik.


1 comment:

  1. Salam Umar.

    Makcik banyak kali ulang menonton youtube sakaratul maut tu, sambil mendengar alunan ayat-ayat Allah air mata menitis, bulu roma juga meremang. Subhanallah, Allahu akbar.

    Pada tahun 1996, makcik boleh dikatakan setiap minggu berulang ke Bentung kerana salah seorang anak makcik bersekelah di SMT Bentung. Ada hutan Lipur Lintang, pernah berkelah dan mandi di sana.

    Air terjun Chamang ni belum pernah pergi. Masa muda suka juga perkara-perkara adventure seperti ini. Sekarang dah lansia (lanjut usia) dan sakit pula tak adalah lagi.

    Bab menjaga alam sekitar ni, ramai yang belum mengerti bahawa dalam kehidupan kita, selain kita kena jaga hubungan baik dengan Allah dan manusia kita juga kena pelihara hubungan baik dengan alam sekitar.

    Tentang tujuan hidup, mungkin umar boleh baca tulisan makcik dan perkembangkan..

    http://permatainn.blogspot.com/2009/10/ke-manakah-kamu-hendak-pergi.html

    http://permatainn.blogspot.com/2009/12/ke-manakah-kamu-hendak-pergi-bahagian-2.html

    Semoga kita tetap berada di atas jalan yang lurus menuju kepadaNya.

    ReplyDelete