27.8.10

Siri Percutian Musim Panas 26 : Adakah Kita Benar-Benar Ikhlas Dalam Memperjuangkan Jalan Ini? (Penamat Satu Percutian)

Perhatian : Ini penulisan yang menggunakan bahasa tersirat.Apa yang tersurat bukanlah maksud sebenar.Gunakan kewarasan anda dalam menakrif maksud penulisan.Maaf jika ada tersalah faham.

Assalamualaikum.

hampir dua bulan berada di bumi jati
damainya terasa ke hati
sungguh benar kata mereka
seindah mana emas itu
tidaklah seindah mana
jika ianya milik orang

tetapi tidak benar mereka
apabila mengatakan
seburuk mana batu itu
tetap indah jika ianya milik sendiri

mungkin kata-kata inilah yang menyebabkan banyak masalah melanda kita
kata-kata yang menyebabkan kita berada dalam kebiasaan
terbiasa dengan yang buruk dalam masa yang terlalu lama
sehinggakan tidak dapat membezakan buruk atau lawa

nah
konfem ada yang salah tafsir maksud di atas ini
pasti ada yang menyangkakan ini penulisan berbentuk agenda keuntungan sesen

tidak
tiadalah niat menulis untuk keuntungan tidak bermaruah itu
apa guna berjuang kerana nama
apa guna berjuang kerana pangkat
dan sudah pastilah perjuangan itu hina jika berjuang kerana peribadi

dalam tempoh lebih kurang tujuh minggu ini
banyak yang dapat disaksikan
banyak ragam manusia juga dapat dilihat
malah diri sendiri juga turut berubah bergantung keadaan
yang membuktikan
dalam usaha mewujudkan jiwa cemerlang bermatlamat kepada dunia sana
tidak boleh kita terlalu mengagung-agungkan dunia sini
mestilah kita membiasakan diri dengan perkara-perkara yang elok
tinggalkan perkara tidak elok

dan mesti diingat!
elok dan tidak elok itu tidak sama
tidak boleh kita campur-campurkan
tidak boleh kita ambil sini sedikit,sana sedikit
tidak boleh kita buat hukum ikut nafsu

tetapi lihatlah kita pada hari ini
baik yang kiri atau kanan
sama sahaja
semuanya berpropa berlebihan

izinkan diri mengeluh

baiklah
kita sambung kembali
ada tiga perkara dalam beberapa tempoh ini menarik perhatian
tetapi
tidak mahu diulas
bukannya apa
kerana ianya terlampau "bijak" untuk diulas

apakah perkara itu?
tidak mahu disebut apakah mereka
sekadar memberi klu sahaja
bagi yang cerdas
tahniah kerana berjaya
bagi yang tidak dapat meneka
terima kasih kerana mencuba

perkara-perkara itu seperti di bawah
pertamanya kisah si khatib
keduanya kisah gelaran apakah patut diguna
ketiganya pula masih baru - kisah sesi nasihat oleh yang bukan ahlinya

dapat anda teka?
jika tidak dapat tidak mengapa
tetapi
cuba lihat kesemua ini
menjengkelkan atau apa?
bagi diri ini ianya amatlah menjengkelkan

cuba lihat
kisah-kisah ini hanya sekejap sahaja bertahan
kita bergaduh mulut di media massa
masing-masing dari kedua pihak mengeluarkan hukum masing-masing
bla bla bla dan bla
akhirnya lenyap kisah itu
muncul kisah baru

persoalannya siapa yang untung?

jika dilihat dari mata kasar
tiada siapa untung
hanya mereka yang kurang akal sahaja merasakan dirinya untung
kerana yang sebenarnya untung hanyalah musuh kita
melihat dari balik tabir pergolakan kita
lantas mereka ketawa berdekah-dekah

ingin diri ini bertanya
adakah kita semua benar-benar ikhlas berjuang?
adakah kita semua berjuang kerana Allah?
jika ya kita berjuang kerana Allah
baguslah

tetapi jika tidak
rasa-rasanya dapat lihat sudah kesannya

ke manakah hala tuju perjuangan kita semua?
jangan dikira dari sudut mana kita memerhati
tiada guna sudut itu dinilai

kerana sebenarnya
kita ini semua sama sahaja
kita diciptakan untuk satu tujuan yang sama

tetapi sayang
ramai di antara kita
sudah lupa itu semua
yang kita hanya nampak adalah perbezaan di antara kita
tidak pernah cuba membuka mata

kerana apa
tiada ilmu
itulah dia

baru ada ilmu sejengkal
mendabik dada mulut mula menghina
yang tiada ilmu
tidak mahu merendahkan sombong di dada
bongkak bertanya

tidak sesekali diri ini merasakan ia bagus
tidak

tetapi diri ini merasa kasihan dengan nasib kita
lemas dalam pergolakan sesama sendiri

wahai kamu semua
cuba buka mata kamu
selama kamu bertikam lidah beradu suara
dan menunjuk hebat konon jantan kamu
adakah anak-anak kita semua makin berjaya
adakah kebajikan yang terpinggir dijaga
adakah jalan yang lurus ini disampaikan kepada rakan yang tidak mengerti
adakah budi pekerti kita makin baik

mari saya jawabkan untuk kita satu persatu soalan di atas

anak-anak kita?
heh
apa kita buta ke tuli?
cuba lihat di jalanan
anak-anak siapa yang berlagak jantan tiada telur di jalanan pada malam hari
anak-anak siapa yang menjuarai carta HIV
anak-anak siapa yang menjuarai carta dadah
anak-anak siapa yang berani melunas nafsu,tetapi bacul bertanggungjawab
anak-anak siapa yang di sekolah sering putus asa
anak-anak siapa yang bodoh sombong
anak-anak siapa yang tiada ilmu di dada sudah mahu berlagak gengster
anak-anak siapakah mereka ini jika bukan anak-anak kita!

bukalah mata anda!

kebajikan yang terpinggir pula
mari kita lihat
berapa banyak duit kebajikan yang kita dapat
berapa banyak tabung derma keliling kita
tapi mengapa masih ramai yang terpinggir
dan mengapa ada juga yang makin kaya
kenapa ini berlaku
jalan yang lurus ini tidak pernah mengajar korupsi
jalan yang lurus ini tidak pernah mengajar salah laku
tetapi lihatlah kita semua
salah laku sana sini
gila kuasa sana sini
sudahlah
berapa ramai yang baru hendak mengenal dengan jalan ini
berputus asa akibat perbuatan kita
berapa ramai yang cuba hendak mendekati
tetapi hilang semangat melihat contoh buruk ditunjukkan kita
sedarlah kita!

soalan seterusnya
adakah jalan lurus ini disampai kepada yang tidak mengerti
cuba lihat
kita mengaku satu rumpun berbilang pucuk
patutnya
selama kita berpucukan berpuluh tahun ini
tersebarlah jalan ini dengan meluas
tetapi kenapa kita pula yang makin tersasar?
di manakah silapnya?
adakah pada jalan ini?
TIDAK!
jalan ini tidak silap
yang silap adalah kita!
Dia tidak akan menzalimi kita
sebaliknya kitalah yang menzalimi diri kita
sedarlah saudaraku
semua ini bakal dihitung kelak
sedarlah
sebelum terlambat

dan soalan terakhir
adakah budi pekerti kita makin baik
entahlah
yang ini anda fikir sendiri

tetapi bagi diri ini
punca mengapa kita menjadi lebih teruk dari binatang pada hari ini
kerana kita ini sudah tahu hakikat tentang jalan lurus
dan apabila sudah tahu hakikat
dan kita mengabaikannya
inilah kesannya
kita menjadi lebih teruk dari yang tidak mengenal hakikat

pernah dengar bicara orang merantau
"ku lihat jalan yang lurus di tempat orang yang tidak mengerti
dan ku lihat jalan yang sesat di tempat orang yang mengetahui
"

tidak mahu diri ini menulis secara terus terang tentang perkara-perkara ini
biarkan sesiapa yang sedar sahaja mengetahui apakah tersiratnya
kerana ada perkara tidak semua orang perlu tahu
kerana jika mereka ini tahu
mereka tidak akan dan tidak mahu mengakuinya

itulah sahaja
ditulis penulisan ini sebagai penutup
penutup kepada satu lagi siri
siri yang dilakukan dalam tempoh sekejap
yang sepatutnya banyak benda hendak ditulis
tetapi apa hendak buat
tiada masa
yang membuktikan kita ini manusia amat-amatlah lemah

harapan dari diri ini supaya kita semua berubah
bagi kita semua yang sedar
marilah kita sama-sama berusaha
menyedarkan yang lain
bagi yang tidak sedar
sama-samalah kita mendoakan mereka berubah

akhir penutup bicara
tanya diri kita
adakah kita benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan agama-Nya?

Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.

Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya". Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu, dan amatlah buruknya neraka sebagai tempat bersenang-senang.
[18:28-29]

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


6 comments:

  1. Sememangnya itulah realiti kehidupan yang kita hadapi pada masa kini..bangun dari tidur,bukak tv cerita ttg hal yg sama..baca surat khabar..hal yg sama juga..bersembang2 dgn kawan2..hal yg lebih krg sama...muak, bosan, menjengkelkan dan segala jenis perasaan yg sewaktu dengannya..tapi itulah kehidupan yg perlu kita hadapi di akhir zaman ini..sesungguhnya kita tetap berharap kebangkitan Islam itu akan dtg jua..janji Allah itu benar..cuma sempat atau tidak utk hidup di waktu itu hanya Allah yg mengetahui...jika tidak sempat sekalipun dan dijemput awal olehNya, semoga bekalan kita mencukupi utk berada di alam sementara sebelum ke alam yg kekal selama2nya...
    semoga selamat pulang ke sana dan menggali lebih byk lagi ilmu2 yg boleh dijadikan panduan utk diri, bangsa, negara dan seluruh umat Islam...

    ReplyDelete
  2. SHAHi Umat TerakhirAugust 28, 2010 at 3:52 PM

    salamun alaika,

    saya juga sebenarnya kecewa dengan semua yang sedang berlaku di luar sana membabitkan anak-anak bangsa kita yang beragama islam.

    pun begitu, saya tidak terus diam dan mula menegur anak-anak muda melalui kapasiti yang saya ada dalam lapangan profesion yang saya ceburi. tapi, berkesankah teguran saya itu? tidak sangat atau langsung tidak. jawapan lebih hampir kepada langsung tidak.

    selepas kapasiti saya tidak berkesan, saya kuatkan hati utk ambil langkah minta bantuan dari orang yang lebih berkapasiti berpengaruh supaya tolong sampaikan pesanan saya itu kepada anak-anak bangsa melalui perantara massa, tapi berkesankah? tidak. kenapa? sebab nafsu anak-anak bangsa kita sangat kebal daripada kewarasan nasihat. nafsu sudah jadi tuan-tuan mereka. akal pula sudah terbalik jadi hamba-hamba mereka. Allah pula sangat asing bagi mereka.

    untuk tidak terus kecewa, segalanya diserahkan kepada Allah. DIA lebih berkuasa dan berkehendak. walaupun kecewa, usaha ini tetap saya galas meskipun kerap menangis menyesali kegagalan mengembalikan anak bangsa ke jalan lurus. saya serahkan kepada Allah.

    jika ditakdirkan sebahagian besar dari anak bangsa kita hancur binasa dan sebahagian kecil sahaja yang mahu diselamatkan Allah, saya redha mereka hancur binasa beramai-ramai jika sebahagian kecil yang diselamatkan itu akan melahirkan generasi yang lebih bertaqwa.

    tapi jika ramai binasa kalau itu kehendak-NYA, apa pula nasib bumi tercinta ini apabila hanya tinggal sedikit sahaja dari kalangan kita untuk terus berusaha mengembalikan sistem yang diredhai-Nya? sistem yang bukan berfahaman UMNO berkepentingan peribadi materialistik dungu atau juga bukan sistem fahaman Pas yang menggadai maruah agama di atas ludah-ludah kuffar.

    pena maya, tabahkan hati teruskan perjuangan mengembalikan anak bangsa ke jalan yang lurus. tabahkan hati.

    insan-insan sedar dan para sahabat dalam perjuangan ini, teruskan usaha, jangan bazirkan masa. tabahkan hati. anda semua adalah harapan segelintir anak bangsa yang mula sedar.

    jangan pernah berehat lama untuk berjuang ke jalan Allah kerana musuh kita tidak pernah mengenal letih dan tidak pernah berehat, mengapa kita harus berehat membazir masa?

    "Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.."

    - tolong jangan berehat.

    ReplyDelete
  3. pergh mendalam....

    ReplyDelete
  4. minta izin share

    ReplyDelete