26.9.10

Cerita Hari Raya (Apakah Pengertiannya Bagi Kita?) - Penulisan Jujur Dari Pandangan Luar

Assalamualaikum.

Sebenarnya agak terlambat untuk menulis tentang Hari Raya.Tetapi,jika difikir balik tiada benda yang kita boleh klasifikasikan sebagai terlambat sebenarnya di dalam dunia ini.

Ianya hanya boleh kita klasifikasikan terlambat apabila kita sudah mati.Apabila kita sudah tidak mampu memperbetulkan keadaan.Itu ya.Itu baru sudah terlambat.

Ambil contoh mudah.Bertaubat.Selagi kita tidak mati,selagi itulah kita masih boleh bertaubat.Jangan pernah sesekali menangguhkannya.Kerana bimbang nanti mati,sudah terlambat.Haa.'Tika itu,jadilah kita orang yang rugi.Ya Allah,lindungilah kami dari pengakhiran yang buruk.Matikanlah kami dalam keadaan beriman (Islam).

Faham?Kalau tidak faham tidak mengapa.Itu hanya sekadar monolog Penulis sebagai pembuka bicara.

Okay.Kita mulakan story kita.

Anda semua tentu hadiri banyak Open House,right?Open House untuk Hari Raya.Mesti punyalah.

Saya juga begitu.Alhamdulillah.Ini semua rezeki dari Allah.Konsep Open House ini sebenarnya bagus.Menjamu makanan kepada saudara-mara dan rakan-rakan dengan tujuan mengeratkan Silaturrahim.

Tetapi,seperti biasalah.Manusia memang mempunyai kelemahan.Ada beberapa perkara yang saya rasa tidak 'kena' dengan konsep 'Open House' sekarang ini.

Dan penulisan saya seterusnya ini pasti bakal mengguris perasaan beberapa pihak.Kepada pihak-pihak berkenaan,saya meminta maaf.Tetapi,cuba fikir apa yang hendak disampaikan di sini.Dan penulisan ini sebenarnya merupakan kritikan kepada diri sendiri juga sebenarnya.

Kerana diri sendiri ini juga bukannya betul sangat.Kiranya,penulisan ini seakan satu muhasabah dirilah.Ambil yang jernih,buang yang keruh.Jika salah,tegur.Jika tidak suka,tidak perlu memaki hamun.Rilex sahaja.Okay?Tidak semestinya perkara ini betul.

Baiklah.Kita sambung cerita kita.

Berbalik kepada Open House,apakah yang biasanya dilakukan oleh kita pada masa kini menjelang/semasa/sebelum/selepas Open House?Di bawah ini saya senaraikan beberapa perkara yang saya nampak sepanjang pemerhatian saya kepada fenomena Open House ini.

1) Biasanya makanan mesti tidak habis.Membazir.Dan membazir itu amalan Syaitan.

2) Kita membuat Open House untuk meraikan Hari Raya.Dan Hari Raya itu tanda kemenangan kepada kita kerana telah tamat berpuasa.Tetapi,ketika Open House,banyak maksiat yang berlaku.Antaranya :

- Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.

- Beropen House sehingga meninggalkan kewajiban utama kita seperti Solat.

- Baik perempuan atau lelaki,membeli baju semahal-mahalnya.Kemudian memakai wangi-wangi dengan harapan dipuji dan menarik perhatian golongan berlainan jantina.Bukan semua orang camni,tapi come on la people.Jangan jadi hipokrit.Buka mata anda.

3) Kadang-kadang malu bila sembahyang Hari Raya ada di antara kita tidak pergi,tetapi jamuan makan selepas itu,ramai pula yang hadir.Sedangkan sembahyang Hari Raya itu lebih dituntut.

4) Ada wanita yang pergi jamuan Hari Raya,tetapi tidak menutup aurat.Yang ini saya tidak tahu hendak huraikan macam mana,tetapi keadaan ini amatlah pelik.Adakah kita menganggap Islam itu satu perhiasan sahaja?

Pasti ada orang yang akan mengatakan saya ini berfikiran jumud,menggelabah dan sebagainya kerana terlampau beriya memikirkan tentang perkara ini.You guys can call me whatever you want.But these are my opinions based on what I know and believe in.

Saya bukan seorang manusia yang suka mengkritik tuli begitu sahaja.Tidak sama sekali.Tetapi,saya mahu kita semua sebagai seorang manusia yang dikurniakan akal oleh Allah SWT untuk memikirkan keadaan ini.Dan menanyakan soalan ini kepada diri kita, "Adakah ini Hari Raya yang dimaksudkan dari pandangan Islam?"

Sedang saudara mara kita ada yang tidak cukup makan segala,kita di satu sudut dunia boleh bergelak sakan makan sekenyang-kenyangnya (ada yang tidak habis makan dan membazir).Sekali lagi tanya diri kita,adakah ini cara yang betul menyambut Hari Raya?

Adakah kita berhari raya mengikut adat atau mengikut kefahaman dan cara Islam yang sebenar.

Saya semalam menghadiri satu jamuan rumah terbuka.Jujur cakaplah.Saya rasa ada sesuatu yang tidak kena apabila melihat sambutan Hari Raya yang diadakan semalam.Konsep sudah bagus.Tetapi,saya bertanya kepada diri saya,"Adakah ini cara yang sebenarnya?Adakah ini Islam yang sebenarnya?Jamuan yang diiringi dengan rokok,muzik dan siulan bertepuk tangan berlebih-lebihan?"

Ah.Pasti ada yang emosi melebih jika membaca ini.Tetapi,hendak buat macam mana.Ini perkara serius sebenarnya.

Melihat keadaan semalam,kita dapat melihat sebenarnya ada satu masalah besar sedang melanda umat Islam.Keadaan semalam hanyalah satu dari berjuta contoh yang dapat kita lihat di seluruh dunia.

Saya tidak mengatakan saya ini sudah baik.Tidak sama sekali.Tiada manusia yang sempurna.Setiap manusia biasa melakukan dosa.Dan sebaik anak Adam yang berdosa,adalah yang sering bertaubat.

Tetapi,saya kecewa dengan keadaan ini.

Kelihatannya kita lebih mengikut adat dari cuba mengamalkan Islam yang sebenar.

Terakhir dari saya,kepada kita semua (termasuk diri saya),saya ingin kita tanyakan soalan-soalan ini kepada diri kita.Apakah pengertian berhari raya bagi kita semua?Apakah pengertian menjadi umat Islam bagi kita semua?Apakah definisi Al-Quran itu bagi kita semua?

Tanyalah semua soalan ini dengan sejujur-jujurnya pada diri kita semua.

Kembalilah ke pangkal jalan.Kita manusia memang selalu tersilap.Tetapi,sebodoh-bodoh manusia adalah yang enggan mengaku kesilapannya dan enggan berubah.

Renungkanlah Tafsir Al-Quran di bawah ini.Janganlah kita membuang masa lagi.Kerana bimbang nanti sudah terlambat (mati).

Demi Masa!

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
[103:1-3]

Cuba renung.

Ingatlah.Islam bukan sebuah agama yang tegas/ketat/jumud.Islam itu sebenarnya cara hidup yang sesuai dengan fitrah manusia.Tetapi,kita merasakan ianya satu perkara yang membebankan kerana kita terlalu selesa.Selesa bergelumang dan lemas dengan dunia kejahilan kita.Fikir-fikirkanlah.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Teringat satu perbualan dengan seorang kenalan semalam, "Ilmu (tentang Islam) itu perlu sentiasa dicari.Jika tidak selalu dicari,kita pasti mudah hanyut dengan godaan dunia luar".


3 comments:

  1. Salam.

    Tadi pun baru je mengikuti satu majlis hari raya. Pembaziran tu memang tak boleh nak dielakkan sebab makanan terlalu banyak sampai semua pun dah kenyang. Tapi solusinya bila ada makanan yang berlebih-lebihan ni, boleh je bawak balik sikit sorang ataupun sedekah pada orang2 susah. Pembaziran itu amalan syaitan, oleh itu elakkan perkara ini dari terjadi.

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Selamat Hari Raya.

    Ambil yg positif, yg negatif tu fikir2kan bgmn utk atasinya mengikut kemampuan masing2. Lepas raya 1 Syawal ada yg beraya dan beraya lagi selepas puasa 6 sunat Syawal ..So, bertambah2 open house, pertubuhan itu, persatuan ini, jemaah itu ini, opis sana sini, bank itu ini...semua nak menjamu dan bersedekah makan minum. Bagus tu. Kat area sini majlis eid penduduk siap bagi sumbangan utk OKU, Ibu2 Tunggal dan warga emas. Bagus tu. Kalu yg open house siap musik, nari2, hibur2an yg melalaikan...hmmmm....golongan ni, kasian belum dpt hidayah sebenarnya tu. Jgn marah. Permisi.

    ReplyDelete
  3. Setuju with the p/s... itu yang ana lalui dalam sepanjang ana hidup atas dunia ni..

    Waallahua'alam

    ReplyDelete