22.9.10

Persoalannya : Apakah Fitrah Kita?

Assalamualaikum.

semasa kita membesar
menjalani hidup
akan datang satu saat
'tika kita sedar
semua perkara yang kita kejar
tiada makna

kita melihat pada kamar
indah dan empuk
tapi hampa
kebahagiaan sebenar tidak datang dari situ

lari kita mencari sastera,kaji bintang dan hisab
dicuba burung terbang
dicuba daun terlarang
dicuba perkakas melayang
satu haram,tiada gembira dibawa mereka

masalah mula menjelma
hidup mula tertekan
fikiran mula kusut
jiwa makin gusar

bertanya kita
apa guna ini semua jika diri terseksa
kosong tiada makna

diadu kepada yang bernama sahabat
semuanya tidak membantu

kita mula berkesimpulan
semua orang akan mengecewakan kita

tapi kita lupa
mereka bukan sengaja
sebaliknya
kondisi mereka juga sama
hanyut dalam dunia lulu-lala
mencari arah diri

jadi kita
mula mengembara
mencari definisi hidup
mencari makna diri
tanpa menyedari
cahaya itu selama ini
ada sahaja di sisi
terduduk kita
syukur menadah tangan
kepada-Nya

wahai manusia
sedarlah
mahligai permata mu
tiada satu pun dapat membantu
tiada satu pun dapat menenang
tiada satu pun dapat menggembira
apatah lagi jika mahu bicara tentang meringan

semua itu tidak dapat membantu
jika kau tidak kembali ke fitrah mu

dunia ini hanya hiasan
hanya perkakas
perkakas dalam kita menuju abadi
tapi untuk bersedia
fitrah mestilah dipenuhi tuntutan

persoalannya
apakah fitrah kita?

fikir-fikirkan.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


No comments:

Post a Comment