3.9.10

Satu Penulisan Kisah Benar Pengajaran Untuk Dibaca Bagi Mereka Yang Ingin Berubah Dan Mereka Yang Sedang Dalam Proses Perubahan.

Perhatian : Ini merupakan satu penulisan dengan format sedikit-fakta-berserta-sedikit-rekaan.Jadi,mungkin ada sedikit penambahan dalam penceritaan yang bakal dilakukan.Ini bagi menyedapkan jalan cerita.Oleh itu,jika anda rasa ada kepelikan dalam jalan cerita di bawah ini,janganlah anda memikirkan perkara itu dengan beriya-iya.Kerana apa yang penting hendak disampaikan kepada anda semua adalah pengajaran dari kisah ini,bukannya jalan cerita dan cara penulisannya.Okay?Apa-apapun,Selamat Membaca.

Assalamualaikum.

Penulisan kali ini ditujukan kepada anda yang bergelar remaja.

Ya,kita semua.

Adakah anda sedar kita ini hidup di dalam satu zaman yang amat tidak bermoral?Sana sini kegiatan tidak bermoral berlaku.Hampir setiap hari,banyak bayi yang baru lahir dibuang dengan begitu bersahaja ibarat sayur yang diasingkan dari burger oleh orang yang tidak makan sayur.Mesti anda tidak faham perumpamaan itu kerana hanya orang yang tidak suka makan sayur sahaja yang faham akannya.

Tetapi,apa yang hendak disampaikan di sini adalah betapa dahsyatnya zaman kita pada hari ini.Mungkin bagi yang tidak peka,mereka menyangkakan kita berada pada kemuncak tamadun manusia kerana begitu banyak kemudahan teknologi dihasilkan pada zaman ini.

Maaf.Mereka silap.Tahukah anda dari tahun 1986-2004 lebih 64000 orang Malaysia dijangkiti HIV.Apa yang lebih membingungkan adalah 72.6% daripada mereka yang terkena jangkitan HIV ini adalah terdiri dari orang Melayu!

Apabila menyebut orang Melayu,secara automatiklah mereka ini beragama Islam (biarpun hanya pada kad pengenalan).Ini kerana Melayu itu secara rasminya bermaksud mereka yang mengamalkan adat istiadat Melayu serta beragama Islam.

Tidak perlulah kita panjang lebarkan isu samada orang Melayu ini Islam atau tidak okay?Kerana ianya mudah sahaja.

Berbalik kepada perkara di atas,ini adalah satu fakta yang mengejutkan.Memanglah ada kes pesakit HIV ini terdiri daripada mereka yang menjadi mangsa keadaan.Tetapi,itu hanya sebahagian kecil.Yang selebihnya?Tentulah mereka mendapat penyakit ini akibat perlakuan tidak bermoral mereka.Bukan?

Di bawah ini saya ada sertakan beberapa jadual untuk anda tatap dan fikirkan.Jadual-jadual ini saya ambil dari buku yang saya baca tidak lama dahulu ketika bercuti di Malaysia.Buku itu bertajuk Psikologi Rasulullah SAW Dalam Berinteraksi Dengan Masyarakat.Saya cadangkan anda cari buku ini jika ada kesempatan.




Maaf kerana gambar-gambar di atas caca-marba.Ini kerana saya punya scanner tidak berapa bermutu perkhidmatannya.Tetapi,maklumat yang hendak disampaikan still dapat anda tonton.

Dan maaf sekali lagi kerana jadual di atas saya biarkan kosong tidak dibulatkan atau ditanda seperti yang pernah saya lakukan dalam Artikel Kita Juara Berhibur tidak lama dahulu.

Sebelum meneruskan penulisan saya minta anda lihat kepada jadual-jadual di atas dahulu.

Cuba lihat jadual pertama (jadual yang di atas sekali).Di situ ada dipaparkan kes jangkitan HIV dan AIDS mengikut jantina dan berapa jumlah kematian disebabkan kedua-dua penyakit ini mengikut jantina.

Dapat kita lihat,lebih separuh dari pesakit HIV dan AIDS terdiri daripada kaum lelaki.Mengapa ini terjadi?

Anda fikir-fikirkanlah ya,wahai kaum lelaki.

Bagi saya ini terjadi kerana gaya hidup kita pada ketika ini yang terlalu bebas.Punca berlakunya maksiat boleh didapati di mana-mana sahaja.Hatta dalam filem yang kononnya hendak dijadikan pengajaran pun sekarang ini dipaparkan adegan mengghairahkan yang boleh mendorong kepada berlakunya maksiat.

Siapa yang patut dipersalahkan?Fikir-fikirkanlah.Ini bukan masa menuding jari.Ini masa membongkar kenyataan yang tidak disedari walau sebenarnya ianya berada di depan mata kita sahaja sepanjang masa ini.

Kita lihat pula jadual kedua.

Jadual kedua memaparkan kepada kita bahawa lebih separuh dari orang yang dijangkiti HIV dan AIDS ini melibatkan golongan yang berumur di antara 20-40 (yakni golongan Belia).

Kenapakah ini boleh terjadi?

Ini kerana golongan seperti ini sedang berada pada tahap nafsu tertinggi.Betul.Tidak percaya?Tak payah pergi jauh,tengok diri anda sahaja.Jika anda termasuk dalam golongan lingkungan umur 20-40 ini,anda tidak perasan ke yang anda ini bernafsu tinggi?I mean,nafsu syahwat.Jangan bohong.Tapi tidak perlu bagitahu saya pula.Jawab sendiri soalan ini.

Ditambah pula golongan belia inilah yang paling banyak mengikuti gaya hidup terkini.Jadi,mereka memang cepat terpengaruh dengan budaya-budaya kuning ini.Kempen-kempen dijalankan kerajaan bukannya tidak membantu,tetapi fikir logiklah,ada ke golongan muda seperti ini hendak dengar cakap kempen-kempen seperti itu?

Pada pendapat saya,ini berlaku kerana kesilapan kita semua dari awal lagi.Kita mengabaikan agama.That's why this thing happened.

Ambil contoh mudah.Gaya hidup bercouple masa kini.Saya admit,saya juga seorang remaja.Dan nafsu saya juga tinggi.Tidak perlu kita berdalih tentang realiti ini.Buat apa hendak sorok perkara yang sudah jelas lagi terang?Jangan jadi hipokrit dalam selimut.

Berbalik kepada topik bercouple tadi.Begini.Ada dua orang remaja.Mereka sememangnya suka sama suka.Bagaimana tidak suka jika setiap hari berjumpa di dalam kelas yang sama,kemudian berdua-duaan pula pulang ke asrama dan sebagainya.Mereka juga manusia biasa.Kemudian,mereka ini hendak kahwin.Tetapi,atas kekangan keluarga dan masyarakat punya persepsi yang menghalang perkahwinan awal pada usia muda,mereka tidak jadi berkahwin.Tetapi,kita kena ingat.Nafsu mereka tidak pernah padam.Jadi,merekapun terlanjurlah.Kemudian,bila anak sudah lahir,takut mak bapak marah,mereka pun buang anak.

Siapa yang salah?Semua dari kita perlu bertanggungjawab dalam kes ini.Daripada ibu bapa,anak muda sehingga kepada guru sekolah.Kenapa?

Ini kerana kita semua telah membentuk satu budaya gaya hidup yang tidak sihat.Budaya yang tidak berpijak pada realiti.

Kita pada hari ini mempunyai satu pemahaman "Kerja Cari Kereta Besar BMW Sebiji Dahulu,Baru Boleh Kahwin".Tetapi,anak-anak kita manusia biasa.Mereka ada nafsu.Kita lupa akan itu.Kemudian apabila anak-anak muda ini meminta kahwin kita membantah.Dengan alasan mereka tidak tahu erti tanggungjawab lagi la apa la.Memang la tak reti tanggungjawab jika dari kecil kita tidak pernah mengajar erti tanggungjawab pada mereka ini.

Cuba lihat.Dari kecil anak-anak muda pada hari ini sehingga mereka habis sekolah apa yang mereka buat pada hujung minggu?Buka TV terlopong mulut tengok kartun.Akibatnya,mereka tidak tahulah apa itu erti tanggungjawab.Itu sebagai contoh.

Kemudian apabila mereka mengatakan ayat "Alaa..atuk nenek dulu pon kawen awal.Okay je?".Kemudian kita bantai jawab,"Dulu barang murah.Habis tu kawen nanti,kau nak bagi makan apa kat bini kau?".

Mungkin ada kebenaran tentang isu nafkah kepada isteri seperti disebut di atas.Tetapi kita lupa.Pada zaman dahulu,tiada video lucah,tiada penayangan "lurah dendam wanita" secara meluas seperti yang kita dapat lihat pada hari ini.

Sedangkan cerita yang tidak 18SX tetapi disahkan U pun pada hari ini ada adegan mengghairahkan,apa kita boleh cakap?

Jika zaman dahulu yang tidak ada video lucah pun mereka sudah berkahwin muda,inikan pula pada zaman yang serba mencabar ini,sepatutnya kita kena berkahwin umur 13 tahun lah!

Tetapi still,kita berada dalam keadaan menafikan.Atau orang putih sebutkan in-denial.

Kita melarang anak-anak kita melakukan seks bebas sebelum berkahwin,tetapi di rumah,anak-anak dara kita menonton Hindustan yang menayangkan body-body seksi pelakon lelakinya.Rasa-rasanya tidakkah ini menaikkan nafsu mereka?

Kemudian yang anak lelakinya,kita biarkan mereka tonton wrestling yang di dalamnya ada memaparkan adegan wrestling wanita.Tidakkah ini akan menaikkan nafsu anak lelaki kita?

Itulah kita.Perbuatan kita tidak selari dengan realiti semasa pada hari ini.

Kita lebih mementingkan kebendaan dan material sehingga mengabaikan nilai murni.Atau dalam kata mudah,kita mengabaikan ajaran Islam,lantas berpegang pada konsep sekular melampau,dan akibatnya?Terjadilah apa yang kita dapat lihat pada hari ini.Bayi baru lahir sudah dibuang merata-rata tempat.

Apabila anak muda mahu berkahwin dihalangnya.Ish-ish.Sebenarnya,fikir logiklah,kalau orang yang tidak reti bertanggungjawab ini,kahwin umur 50 tahun pun,sama juga perangainya.Dan orang yang betul-betul mahu bertanggungjawab,kahwin umur 16 pun kalau betul-betul matang sudah boleh bertanggungjawab.

Umur bukan isu.Yang menjadi isu adalah kerana anak-anak kita pada hari ini tiada ilmu (nilai murni),lemah pegangan agama dan terlalu hanyut dengan dunia hiburan fatamorgana.

Untuk pengetahuan anda,sebenarnya kita masih tidak menyentuh lagi tajuk penulisan kali ini.

Tetapi oleh kerana penulisan di atas sudah agak panjang,kita ringkaskan sahaja.

Begini,jika anda mahu berubah,berubahlah sepenuhnya.Tetapi berperingkat-peringkat.Jangan kita beragama mengikut nafsu.Jangan kita hendak menjadi pendakwah,tetapi dalam masa yang sama,kita still bermaksiat bercouple.Kerana perbuatan kita itu sedikit demi sedikit akan membawa kepada dosa juga akhirnya.Jangan tipu diri sendiri.

Dan,jika anda hendak break dengan pasangan anda,niatkanlah perpisahan itu untuk mencari keredhaan Allah.Berdoalah kepada Allah supaya memperkuatkan iman anda dan pasangan anda.Supaya anda berdua tidak kembali kepada jalan yang dahulu.

Maksudnya,break itu betul-betul mahu berubah.Break kerana mahu ikut perintah Allah mencari keredhaan-Nya.Bukannya lepas break,pergi bantai carik awek lain.Takde guna camtu bai.

Break memang menyakitkan.Tetapi,bertahanlah.Kerana jika anda kembali seperti dahulu selepas cuba break,ini bermakna anda lebih mengejar dunia dari mengejar kebahagiaan abadi di akhirat.

Berdoalah kepada Allah.Allah itu Maha Penerima Taubat dan Maha Penyayang.Percayalah,ini semua dugaan-Nya.

Pernah dengar ayat Al-Quran yang berbunyi lebih kurang seperti ini,"Adakah kamu menyangka kamu beriman sedangkan kamu tidak pernah diuji?".

Jadi,ini semua hanyalah ujian.Bersabarlah.Jika anda ada jodoh dengan pasangan anda,insya-Allah anda akan dijodohkan.Adakah anda mahu mengejar nafsu dunia yang sedikit ini,dan sengsara di akhirat?

Bukalah mata anda.Janganlah kita menjadi punca pasangan kita gagal berubah.Saya tahu break itu susah.That's why kita kena berdoa kepada Allah.Ini semua sebenarnya hanya akan lebih mendekatkan kita kepada Allah sahaja pada akhirnya nanti.Sekaligus akan menjadikan kita hamba Allah yang lebih baik jika kita melepasi ujian dari-Nya ini.Insya-Allah.

Tahu kenapa saya tahu perkara-perkara ini?Sebab saya juga manusia biasa yang hidup pada zaman yang serba mencabar ini.Saya pernah melalui semua ini.Saya juga manusia yang sedang dalam proses perubahan mencari keredhaan Allah sama seperti anda.

Tetapi,jika anda berdua sudah bersedia dan suka sama suka serta keadaan mengizinkan,mintalah ibu bapa anda mengahwinkan anda berdua.Beranilah memperjuangkan perkara yang benar.Cakapkan dengan lembut kepada ibu bapa anda bahawa anda hendak berkahwin awal kerana tidak mahu berbuat dosa lagi.

Tentu mereka bersetuju.

Tetapi jika anda merasakan anda tidak mampu lagi berkahwin awal,breaklah dahulu.Ada dua option sahaja sebenarnya,kahwin awal atau break tidak bercouple.Nampak?

Anda fikirkanlah.Dengan dunia yang serba mencabar pada hari ini,adakah kita mahu mengikut mereka yang telah sesat dan dimurkai?

Berubahlah sementara ada kesempatan.Jangan tunggu hari esok.Renungkanlah jadual-jadual di atas ini.

Sebelum anda mengakhiri pembacaan,saya mengajak anda menonton video di bawah ini dan membaca tafsir Al-Quran di bawah ini.Moga mendapat manfaat.



Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka),

Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka mereka itu akan masuk Syurga, dan mereka pula tidak dikurangkan pahala sedikitpun, -

(Iaitu) Syurga " Adn " yang telah dijanjikan oleh (Allah) Ar-Rahman kepada hamba-hambaNya disebabkan kepercayaan mereka akan perkara-perkara yang ghaib; sesungguhnya Tuhan itu, janjiNya tetap berlaku.
[19:59-61]

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/s : Jika ada sebarang kesilapan tegurlah saya.


3 comments:

  1. Salam semua,

    Posting yg membakar semangat saya untuk segerakan perkahwinan!!

    Saya sudah lama ada keinginan untuk berkahwin sejak di tingkatan 4 sekolah menengah namun disebabkan persepsi masyarakat dan budaya materialistik saya tahan shj keinginan tersebut dan menghabiskan masa untuk belajar sehinggalah sekarang umur saya sudah hampir 26 tahun.

    Apa yang sentiasa menghantui saya ialah tabiat buruk saya iaitu onani yg semakin teruk akibat selalu melepaskan keinginan nafsu ketika bersunyi diri. Apabila saya ghairah dengan mana-mana wanita saya akan membuat onani untuk melepaskan keghairahan tersebut. Kemudian selepas mandi wajib, dalam solat saya berdoa agar Allah pelihara saya dari maksiat dan buangkan tabiat buruk tersebut.

    Harap luahan saya menyedarkan semua pihak bahawa sekiranya ada ada keinginan untuk berkahwin, kahwinlah. Jangan menghalang org dari melakukan yg HALAL dari yg HARAMM..

    ReplyDelete
  2. walaikumusalam anon.

    saya amat faham masalah anda.
    tidak mengapa .teruskan berdoa dan berusaha melawan nafsu.

    insya-Allah,Allah akan membantu orang yang bersungguh-sungguh mencari keredhaan-Nya.

    saya berdoa anda dapat berkahwin segera.amin.

    assalamualaikum.

    ReplyDelete
  3. Bismillahirrahmanirrahim

    Back to basic. Carilah ALLAH, ALLAH tidak pernah lupakan kita. Insya-allah semua masalah akan selesai. ameen.

    Ramadhan kareem.

    ReplyDelete