9.9.10

Selamat Hari Raya Untuk Semua Umat Islam.Semoga Apa Yang Kita Amalkan Sepanjang Ramadhan Berkekalan Sehingga Ramadhan Seterusnya Pula. (Artikel Ringkas)

Assalamualaikum.

Jika di Malaysia anda semua beraya pada hari Jumaat,penduduk Islam di Moscow dan kawasan sekitar akan beraya pada hari esok.

Sebelum apa-apa,kita kongsi dahulu video Takbir Raya.



Sesungguhnya Ramadhan telah pergi meninggalkan kita.Jika panjang umur,kita berjumpa lagi Insya-Allah.

Ya Allah,
ampunkanlah dosa kami Ya Allah,
sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat,
jadi ampunkanlah dosa kami,
terimalah amal ibadat kami,
tingkatkanlah iman dan taqwa kami kepada-Mu Ya Allah,

Ya Allah,
Engkau Zat yang membolak-balikkan hati,
tetapkanlah hati kami dalam agama-Mu,

Tiada Tuhan melainkan Engkau Ya Allah,
Maha Suci Engkau,
sesungguhnya kami ini termasuk dalam golongan yang zalim,

ampunilah juga dosa kedua Ibu Bapa-kami,
kasihanilah mereka,
sebagaimana mereka mengasihani kami sejak dari kecil lagi,

lindungilah kami dari perasaan riak,
lindungilah kami dari perasaan curiga,
lindungilah kami dari penyakit hati,
lindungilah kami dari melakukan maksiat,
berikanlah kami keturunan yang baik,

sinarilah hati kami dengan nur cahaya yang cemerlang,
sinarilah lidah kami dengan nur cahaya yang cemerlang,
sinarilah diri kami dengan nur cahaya yang cemerlang,

matikanlah kami dalam keadaan beriman,

hanya kepada-Mu kami menyembah,
hanya kepada-Mu kami memohon,

amin.

Sekian.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Ya-Allah,lindungilah aku dari menjadi Munafik.

P/P/S : Siri U Olls akan disambung sedikit masa lagi.


1 comment:

  1. salam eid mubarak dari bumi malaysia..moga ketemu lagi ramadhan akan datang

    ReplyDelete