7.9.10

Siri U Olls 1 : U Olsss,Kita Kat Malaysia Patut Bersyukur U Olsss Tau Tak.Kenapa?Haaa.Adala Sebabnya.Mari I Cerita... (Artikel Santai Bermesej Serious)

Assalamualaikum.

Apa khabar semua?Harap sihat belaka.Pada mulanya,saya ingin menulis satu artikel yang bertajuk "Meneliti Minda Sekular Dalam Kalangan Masyarakat Islam Pada Hari Ini".Ewah.Haha.Tajuk nak gempak je.Tetapi,oleh kerana saya tiada minat untuk menulis penulisan formal pada hari ini,saya akan menulis satu penulisan santai.Tetapi,santai-santai pun still bermesej serious.No play-play.

Dan oleh kerana lebih 60% penulisan ini menggunakan bahasa santai,jadi Penulis memohon maaf terlebih dahulu kepada sesiapa yang tidak memahami apa yang cuba disampaikan.Walau bagaimanapun,soalan daripada anda amat dialu-alukan.

Selamat Membaca!

Assalamualaikum U Ollls.Haha.U Olls mesti terperanjat kenapa I tiba-tiba tulis macam ni kan?Bukan apa U Olls,boring la tulis skem-skem je.Penat jugak kadang-kadang tulis ayat formal.Sampai kadang-kadang diri sendiri pon pening.

Okay la U Olls..Fyi,I dah pulang ke tempat di mana I patut berada sekarang.Boring U Olls tau kat sini.Tapi takleh la nak merungut.Orang Islam sebenarnya takleh banyak merungut.Banyak merungut ni menunjukkan kita tak redha dengan apa yang terjadi.Sebaliknya,U Olls tau,kita orang Islam mesti kuat!Bila ada masalah,banyakkanlah doa.Ini tak,bila masalah,nak patah hati.Duh U Olls,jangan la macam ni.Malu I.

Sambung balik story tadi.

Nak dijadikan cerita,I pon bayar la bil-bil semua last few days.Bila dah bayar tu,haa,apa lagi,online la! U Olls ni buat-buat tak tahu lagi.Haha.Lawak pulak tulis macam ni.Macam miang pon ada.Tapi sebenarnya cakap jujur,saya buat penulisan gatal macam ni berunsur sarcasm jugak okay.Kiranya,sape yang suka sangat tulis menggedik macam ni,berubah-ubahlah.Nak-nak yang perempuan.Sebenarnya nampak simple benda ni,tapi cuba pikir nape blog orang perempuan yang tulis manje-manje camni ramai orang datang?Laki pulak yang datang tu.Bila orang pompuan tulis serious-serious,takde orang baca.Kenapa?Haa.Tu kena pikir.Tu sebab Islam suruh Pompuan/Laki cakap tu jaga nada.Jangan nak bermiang-miang tak tentu hala.Dalam internet hari ni banyak je sebenarnya kes macam ni.

Eh,apa ni U.Tadi cakap taknak tulis skema-skema.Kita nak santai la hari ni.

Okay.Kita sambung cerita kita tadi.Then nak dijadikan cerita lagi,I pon online la.Bila online tengok blog orang Malaysia sekarang ada satu Isu.OMG! Boringnya isu dia.

Tapi before I ulas isu tu,I nak cerita beberapa perkara kat U Olls.U Olls dengar okay.

1stly,hari tu masa flight I on the way to my place ni la kan,masa transit lebih kurang 9 jam tu (yang buat kepala I macam nak meletup tu),I ada berbual dengan sorang remaja lebih kurang sama umur dengan I.

Dia ni orang Kazakhstan.Betul ke eja tu?Tak penting la U.Nama pon santai writing.

Okay.Then,I pon borak la.Dia ni actually Islam.But Islam hanya pada nama.I borak dengan dia sebenarnya salah satu tujuan sebab nak hilangkan bosan I transit malam tu.

Nak meletup U kepala lama-lama duduk kat situ!Haha.Tapi tak meletup okay.Kalau meletup,camne la I boleh tulis ni.Sebenarnya ujian Transit 9 jam tu actually kejap je compare to transit kita kat alam kubur nanti nak tunggu hari kiamat.O o.Tu sebab takyah menggelabah sangat merungut bila masalah kecik kat dunia ni.Kita kena ingat dunia ni kejap je okay?

Kita sambung cite dengan remaja Kazakhstan ni tadi.Then dia ni sebenarnya Islam,tapi hanya pada nama.Kira macam Islam tu jadi cam budaya pada dia.U olls faham?Mesti cam familiar kan bila sebut Islam pada nama sahaja?Hehe.Pernah tengok contoh dia kan?Hehe lagi.

Then U Olls tau.I la yang bukak mula-mula isu Islam sume ni.Tak ingat camne isu tu berlaku.Tapi bila dia tau I orang Islam,dia cakap camni "Haa.Engkau Islam kan?Bagitau aku apa special Islam.Sebab aku skang memang nak carik agama.Tapi aku tengah compare between Islam and Christian".

Ha!Ambik tu.I ni dengan ilmu yang tak seberapa ada cuba yang terbaik la kan menjawab soalan dia.I cakap la "U tak tanya mak bapak u ke?"

Dia cakap "Tak.Buat apa,diorang bukan religious".

Oh I see.Keadaan ni selalu berlaku sebenarnya kan?

Then I pon terangkan la antara Kristian dan Islam bla bla bla bla.

Nak tulis ke?Takyah la ea.Penat type.Dia then tanya I Islam tu macam mane semua.I cakap,"Let me tell you briefly what is exactly being a muslim means".

I cakap pasal Rukun Islam je actually.I baru je masuk part "kita kena percaya there's only one God",dia dah tanya I soalan lagi pelik.I pon rilex-rilex dulu la.Jangan bagi contoh berat kat diorang ni.Because they all adalah orang yang tidak mengetahui.Ada hadis (kalau salah betulkan) Nabi Muhammad SAW doakan orang yang aniaya dia.Sebab Nabi SAW cakap mereka tu orang yang tak mengetahui.

Then,bila dia tanya I soalan lagi pelik,I tanya dia,"What is the main reason you think you are here today in this world?".

Dia cakap la bla bla bla.

I cakap okay.Pastu oleh kerana dia ni seorang yang banyak sangat bertanya ditambah dengan kemahiran dia nak paham english tu susah,haha,jadi komunikasi I tu jadi terbantut U Olls tau.

So I cakap kat dia,"Why dont you read the Quran itself?And if you want,why dont you compare between the Quran and the Bible".

I cakap camtu sebab kita takleh terus pakse diorang percaya yang Islam itulah agama yang benar.Kita kena ada bukti.Right?And one more,kalau sape yang pernah dengar ceramah Ahmed Deedat ke,Yusha Evans ke,ape ke,pasti tau kenapa saya suruh beliau comparekan antara Quran dengan Bible.

Dan kita sebagai orang Islam wajib beriman bahawa Al-Quran itulah sebenar-benar kitab dari Allah untuk umat akhir zaman ini.Hanya jalan ini yang diredhai Allah.Lagipon,Insya-Allah sape yang baca Quran dengan berfikir,Insya-Allah dapat hidayah.Lagi satu,kalau orang tu betul-betul nak cari Tuhan,Insya-Allah Allah akan berikan dia petunjuk.Macam Yusuf Islam punya cerita la.U Olls tau?Kalau tak tau free-free nanti baca sini pulak okay.

Then dia cakap,eh kalau I baca dua-dua tu,panjang bai.Ambik masa lama.Apa kata engkau yang dah baca Quran ni engkau story sikit apa yang ada dalam Quran dan apa percanggahan dengan Bible.Oleh kerana I pernah baca sikit-sikit pasal ni,and I nak tolong dia faham tentang perkara ni,I cakap la sikit-sikit.Benda simple.

Yang kita orang Islam percaya bahawa Nabi Isa tu bukan Anak Tuhan.Bla bla bla.

Then dia cam nak tanya lagi.Haha.I last-last suruh dia baca Al-Quran sendiri je.Sebab kalau story berat-berat,diorang akan rasa berat.Tu pendapat I la yang berada kat situ.Lagipon,masalah komunikasi bahasa lagi.

Sebenarnya,apa yang I nak sampaikan kat sini?U olls tahu?Sebenarnya,apa yang I nak sampaikan kat sini adalah betapa pentingnya kita yang Islam ni,faham akan Islam itu.

Kita mestilah faham kenapa kita kena sembahyang,kita mestilah faham kenapa kita ini memeluk Islam,menjadi muslim dan sebagainya.Dalam kata lain,bukan Islam secara adat,bukan Islam secara taklid buta.

Tetapi,menjadi umat Islam yang memahami.Dalam kata lain,mestilah ada ilmu bai!

Kalau takde ilmu,tu la pasai ramai orang Islam pada hari ini murtad tu.Mereka yang murtad tu rasa (kononnya) Islam ni menindas la apa la,padahal mereka takde ilmu.Pastu,bila kena putar ayat dengan orang lain sikit,dah terjejas akidah.

Betul U Olls,sejak I hidup merantau ni,I lagi dapat nampak betapa pentingnya ilmu tu.Bukan ilmu roket ke ape tu,itu semua orang tahu bai.Ni Ilmu Islam.

Cuba bayangkan kalau I bila budak Kazahkstan ni tanye I soalan pelik-pelik,and in the same time I ni orang yang takde ilmu,tak ke parah jadinya I masa tu.Silap-silap,I pulak yang makin pelik.Ya Allah,lindungilah dari berlaku perkara itu.Tetapkanlah aku dalam jalan yang lurus.Matikanlah aku dalam keadaan beriman.Amin.

Nampak?Kita kena ada ilmu.Lagi satu,kadang-kadang orang macam budak Kazak ni tadi,dia ni memang nak carik agama,tapi dia takde tempat nak tanye.Tu sebab kita orang Islam kena sentiasa bersiap siaga macam askar tu untuk berdakwah dengan ilmu.

Tapi takpe.Insya-Allah kalau dia memang dah ditakdir dapat hidayah oleh Allah,insya-Allah dia dapat.Sebab hidayah ni hanya Allah yang pilih sape dia nak bagi,dan sape dia nak sesatkan.Tugas kita adalah menerangkan kepada mereka tentang Islam dan menunjukkan perilaku Muslim yang mulia (cara dakwah terbaik).

Harap perbualan kitorang tu nanti bila dia duduk sorang-sorang dia terpikir balik,harap dia pergi la library ke baca Quran ke ape ke.

Amin.

Okay.Dalam perbualan I dengan dia,dia ada tanya gak pasal Malaysia.Entah macam mana I tak tau,nak dijadikan cerita,dalam beg dia actually ada buku pasal Sejarah Bangsa Malaysia.Tapi buku tu dalam bahasa Russia bai.

Bangga kot.Orang kat Malaysia je yang tak reti berbangga duk Malaysia.Tu sebab masing-masing tak abis-abis nak memporak-perandakan kedamaian.Kenapa I cakap camni?Ada sebabnya.

Haha.Ada la gambar pemimpin-pemimpin kita dalam buku tu.Dalam buku tu pon ada cakap satu ayat camni "Orang kat Malaysia ni sebab cuaca dia amat best,panas sepanjang tahun,jadi menyebabkan orang kat situ suka bersantai-santai.Tidak pernah serious berfikir".

I mula-mula nak pangkah gak apa dia cakap.Tapi bila pikir,ada betul gak.Haha.So,kesilapan diri sendiri mesti diakui jika ditegur.Think positive bebeh!

So,bila pikir-pikir balik,memang kita ni suka berehat melampau-lampau.Kita jangan tengok orang lain.Kita tengok orang Islam.Kita tengok usaha dakwah kita di Malaysia macam mana?

Haa.Tu dia.Kita jangan bicara la isu dakwah kat orang bukan Islam atau kepada orang Islam.Kita just cakap pasal dakwah.Jangan cakap tinggi sangat.Nanti orang tak paham.

Okay.Kita back to our story.Cuba tengok negara kita.Aman,damai,suhu panas (eh best kot suhu panas,cuba korang pergi negara lain yang suhu sampai -30,tak menangis pulak nanti karang masing-masing) ,then kita nye masjid pon banyak etc etc.

Senang cakap kita,Alhamdulillah,dikurniakan Allah banyak nikmat.Ha,jangan jadi manusia tak bersyukur cakap negara kita tak aman la ape la.Cuba compare dengan negara lain macam Palestin sebagainya.

Semalam wa cakap lu la bai.Wa tengok satu video.Pasal budak perempuan Palestin menangis sebab mak bapak dia kena bunuh pecah otak depan mata dia.Sedih bai.Gua sebak tengok video tu.

Nih gua kongsikan video tu.Seminit je.U Olls tengok k.Jangan tak tengok.



Dah tengok?Acam?Still rasa negara kita porak-peranda?Memang la negara kita ada masalah.Tapi sikit sangat compare dengan dugaan dilanda mereka.Kalau ada masalah,takde la kita nampak orang-orang kita boleh cerita lebat gebang pasal politik dekat kedai kopi selama 12 jam hampir setiap hari.Tu ke ciri-ciri orang yang dilanda ujian yang teruk?Oh tidak sama sekali.

Dah la memaki-maki masa berborak kat kedai kopi.Ish-ish.Sungguh malu bila memikirkan.Inikah contoh yang kita tunjukkan sebagai orang Islam pada orang bukan Islam?

Tapi tu la,kiranya,kita ni negara aman,tapi kita tak gunakan kesempatan yang aman ni untuk berdakwah.Kita tak gunakan kesempatan aman ini untuk menimba ilmu sebanyak mungkin dan merubah sikap menjadi Muslim Sejati.

Sebaliknya,kita terus leka dan leka dalam dunia comfort zone kita sendiri.Cian kan?

Bangunlah umat Islam.Kita kalau nak memperjuangkan Islam bukan setakat taruk bendera Palestin kat Facebook selama 5 hari,bukan itu caranya.1st step kita perlu ambik adalah baiki diri kita,tunjukkan contoh yang baik pada orang bukan Islam.

Nescaya mereka lepas tu tertarik pada Islam.Insya-Allah.Tapi kalau kita sendiri memaki-maki apa semua,apa mereka pikir agaknya pasal Islam?

Haaa.Pikir lah sendiri k.Jangan cakap tak serupa bikin bai.Masalah kita ni sebab cakap tak serupa bikin.Cakap lebat semacam je.Tapi anak kita teruk.Diri sendiri pon teruk usha awek kat dalam LRT.Duh.Dosa la bro.Tak tau ke.Ni nasihat untuk diri sendiri gak.

Okay la.I dah cite pasal Kazakhstan,actually ada cite pasal Pakistan,Palestin,Russia dan Malaysia.Tapi sebab I ni selalu tulis melebih-lebih,kita sambung next time la k.

I kongsi tafsir Quran bawah ni.U Olls baca k.

Al-Ghaasyiyah Ayat 1-26

[1]
Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi?
[2]
Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina,
[3]
Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah,
[4]
Mereka tetap menderita bakaran neraka yang amat panas (membakar), -
[5]
Mereka diberi minum dari matair yang menggelegak panasnya.
[6]
Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri,
[7]
Yang tidak menggemokkan, dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun.
[8]
(Sebaliknya) muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri,
[9]
Berpuas hati dengan balasan amal usahanya (yang baik yang telah dikerjakannya di dunia), -
[10]
(Mereka tinggal menetap) di dalam Syurga tinggi (tempat kedudukannya darjatnya),
[11]
Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia-sia,
[12]
Di dalam Syurga itu ada matair yang mengalir,
[13]
Di situ juga ada pelamin-pelamin (berhias) yang tinggi (tempatnya),
[14]
Dan piala-piala minuman yang disediakan (untuk mereka),
[15]
Dan bantal-bantal yang teratur (untuk mereka berbaring atau bersandar),
[16]
Serta hamparan-hamparan yang terbentang.
[17]
(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?
[18]
Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya.?
[19]
Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan?
[20]
Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?
[21]
Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan;
[22]
Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu).
[23]
Akan tetapi sesiapa yang berpaling (dari kebenaran) serta ia kufur ingkar, -
[24]
Maka Allah akan menyeksanya dengan azab seksa yang sebesar-besarnya.
[25]
Sesungguhnya kepada Kamilah kembalinya mereka,
[26]
Selain dari itu, sesungguhnya tanggungan Kamilah soal menghitung amal mereka.

Cuba renung-renung ayat di atas ni.Ayat ni diturun Allah sebagai peringatan kepada kita semua umat manusia.Fikir-fikirkanlah.

Okaylah.

Sebab I dah penat menaip,kita sambung cite kita next time.I tak cek ejaan tau.Kalau ada salah pasal ejaan ke,isi ke,U Olls rasa bahasa I kasar ke,cakap k.Tapi macam I dah nyatakan tadi,I tulis ni santai-santai je.Lagipon,I tulis ni sebagai peringatan untuk diri sendiri gak.

Assalamualaikum U Olls.

Sekian.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


5 comments:

  1. Salam...
    Tersenyum sorang2 baca entri ni..terbayangkan mcm 'golongan pertengahan' tu tgh bagi ceramah pun ada..hehe..yang penting mesej tu sampai xkisahlah mcm mana cara kita tulis, kan..
    Allah mmg sengaja temukan kamu ngan budak Kazakh tu mungkin utk uji setakat mana ilmu yg kamu dpt selama ni boleh disampaikan kpd org lain plak..tapi ape2 pun mmg patut suruh dia refer pd Al-Quran takut cakap xbetul jadi ajaran sesat plak kan...
    tapi mmg menarik statement "Orang kat Malaysia ni sebab cuaca dia amat best,panas sepanjang tahun,jadi menyebabkan orang kat situ suka bersantai-santai.Tidak pernah serious berfikir"...rasanya kita boleh tgk sendiri mcm mana halnya 'org2 kita' ni...tu pon ada jugak yg xsuka ngan panas2 ni smp pakai baju pun xcukup kain..org mcm tu baik duduk kat tpt kamu berada sekarang ni..masa tu baru la nak pakai kain terlebih2 plak...hehe..
    ok sorry kalau komen ni mcm teremo plak..

    ReplyDelete
  2. hehe, gedik.
    tp best.

    p/s: terjemahan beserta no ayat lebih menarik perhatian untuk di baca.

    *Overall best lah. thumbs up.
    keep up usaha in dakwah. :)

    ReplyDelete
  3. baru terperasan "bersiap siaga" tu maksudnya bersiap sedia ke??.. 1st time dgr perkataan tu..

    ReplyDelete
  4. bersiap siaga tu perkataan orang tua-tua dulu.

    ReplyDelete
  5. Baru baca. Sangat gedik, tapi mesejnya sampai.
    Teruskan menulis.

    ReplyDelete