27.9.10

Teknoloji : Bagaimanakah Caranya Untuk Memuat-Turun (Download) Video Daripada Youtube Ke Komputer Anda? Serta 5 Video Syarahan Islamik Terbaik Pilihan Pena Maya.

Assalamualaikum.

Ini merupakan satu lagi Siri yang ditulis oleh Penulis Pena Maya.Memang banyak Siri yang telah ditulis oleh saya.Dan banyak juga Siri yang tertangguh yang akan disambung dalam penulisan akan datang,Insya-Allah.

Apa-apapun,sukacita dimaklumkan,dalam Siri Teknoloji (in case anda sedang tertanya-tanya,ejaan ini lebih bergaya berbanding teknologi) ini,Penulis akan mengongsikan dengan anda 5 video syarahan Islamik terbaik (mengikut pandangan Penulis) yang ditontonnya di Youtube.

Video-video ini hampir kesemuanya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan.Dan hampir semua video ini kebanyakannya mengambil masa lebih dari tiga puluh minit waktu tayangan.

Lama bukan?Tetapi apalah sangat tiga puluh minit ini jika kita bandingkan dengan waktu yang kita habiskan untuk membuat perkara-perkara lain yang tidak berfaedah.

Dan,oleh kerana video-video ini kebanyakannya semua bersaiz besar serta mengambil masa yang agak lama untuk loading,jadi kebanyakan kita di Malaysia pasti tidak dapat menontonnya.

Malang,bukan?

Tetapi,bak kata orang-orang tua,di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Memang anda sukar menonton video ini kerana mengambil masa yang lama untuk loading,tetapi anda sebenarnya ada cara lain untuk menontonnya.

Bagaimanakah?

Jawapannya adalah dengan MENDOWNLOADNYA!Atau di dalam bahasa tempatannya MEMUAT-TURUNNYA!

Ya,tentu ramai di antara anda yang tidak mengetahui (walaupun saya yakin ramai juga di antara anda yang tahu) bahawa video-video di Youtube ini boleh didownload.

Teruja bukan?

Jangan cepat teruja.Simple sahaja.

Jadi,saya ingin mengongsikan sedikit ilmu yang ada dengan anda tentang bagaimana cara untuk mendownload video di Youtube.

Dengan ini,anda bolehlah tonton video-video ilmu di Youtube yang bersaiz besar.Rasa sedih tidak dapat menontonnya tiada lagi (nada iklan lampin bayi)!

Anda mungkin tipu jika mengatakan internet di Malaysia sukar digunakan untuk mendownload video.Ini kerana banyak sahaja filem di Malaysia yang didownload menggunakan torrent.Ha.Jika mahu,ada pelbagai cara.Tidak mahu,pelbagai dalih diberi.

Baiklah.Kita mulakan tutorial kita.

Ada dua cara untuk memuat turun video di Youtube.Menggunakan Keepvid.com dan Real Player.Kedua-duanya mudah.

Menggunakan Keepvid.com dalam memuat turun video di Youtube.

First of all,anda kena pergi ke laman web Keepvid.com dahulu.


Sudah sampai Keepvid.com?Anda cuba lihat gambar di atas.Perhatikan apa yang saya bulatkan itu.Sudah perhatikan?Okay.Pergi pula ke Youtube.com dan cari video ilmu/syarahan yang anda hendak tonton.


Sebagai contoh,anda hendak menonton video di atas ini.Nampak ruang yang saya bulatkan di atas?Itu URL bagi video ini.Anda copy (salin) URL itu.


Kemudian,pergi ke Keepvid.com tadi kembali,dan copykan semua URL video tadi ke dalam ruangan di atas.Nampak ruangan yang saya bulatkan?Anda copykan URL itu ke dalam ruangan bertanda 1 dan selepas itu sila tekan butang DOWNLOAD di dalam bulatan bertanda 2.


Kemudian,anda dikehendaki memilih fail jenis apakah untuk didownload.Jujur cakaplah,bagi saya,file mana-manapun sama juga.Kalau fail 3gp tu bagus untuk anda tengok dalam handphone.Jika fail FLV dan MP4 untuk tengok dalam komputer.Tapi memadai bagi anda download FLV.file sahaja.Ini kerana saiznya pun tak berapa besar.Gambar pun lawa.

Selepas itu apa?Selamat Menontonlah!Hehe.

Cara kedua adalah menggunakan Real Player.

Yang ini senang juga.

Menggunakan Real Player dalam memuat turun video di Youtube.

Pergi ke laman rasmi Real Player dan download Real Player.Selepas itu,install the player.

And then,once the player has been installed,anda hanya perlu pergi ke laman web Youtube dan cari video yang anda ingin download,dan kemudian sila tekan butang seperti gambar di bawah.


Senang bukan?Selamat Menonton lah selepas itu.Apa lagi mahu tunggu.

Hehe.Itulah dia sedikit ilmu yang ingin dikongsi bersama anda.

Tetapi,awas.Jangan gunakan ilmu ini untuk mendownload perkara-perkara yang tidak bertamadun.Ini kerana,anda kena ingat.Teknoloji ini sama jugalah seperti pisau.Anda gunakan ke arah kebaikan,baiklah ia.Gunakan mengikut nafsu,bahanalah jadinya.

Nampak?

Dan yang kedua,dalam menonton video Islamik di Youtube,berhati-hatilah.Ini kerana banyak video yang tidak boleh dipercayai kebenarannya di internet hari ini.Apa yang penting adalah anda menonton dan berfikir.Dan rujuklah Al-Quran dan As-Sunnah jika merasakan ada keraguan.Tanyakan kepada yang Pakar.Jangan maen sebat sahaja buat kesimpulan jika tiada ilmu.

Okay?

Itu bahagian tutorial.Saya buat bahagian tutorial ini kerana mungkin ada Pakcik dan Makcik di luar sana yang tidak reti mendownload video di Youtube.Tak fair la macam tu kan?

Jadi,oleh kerana anda semua sekarang ini sudah reti download video,saya ingin kongsikan 5 video syarahan Islamik terbaik yang saya pernah tengok setakat ini di Youtube.Sebenarnya banyak.Tapi takkan nak kongsi semua dalam satu artikel.Saya kongsi lima perlima dahululah.

Mari mulakan.Sinopsis video tidak dapat disertakan kerana kekangan masa.

Islam: The Religion Of Truth by Abdur Raheem Green



How the Bible Led Me to Islam: The Story of a Former Christian Youth Minister - Joshua Evans



Interview Former Rap Artist Loon accepts ISLAM - TheDeenShow



Derailed - Imam Siraj Wahhaj



Muslim Who Turned To Be Atheist And Back To Islam - Nouman Ali Khan


Itulah dia Top 5 Video Lecture pilihan saya.Tengok okay?Berbaloi tengok.

Jika masih tidak dapat download,tidak mengapa.Memang internet kita slow.Hehe.Nak buat macam mana?

Apa-apapun,itu sahaja untuk kali ini.Gunakanlah kesempatan yang masih ada (hidup) untuk mencari ilmu dan merubah diri.Tiada guna jika mahu merubah diri saat diri sudah mati.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


2 comments:

  1. Salam Umar.

    Makcik baru lihat youtube yang pertama (sebahagian dulu).. memang mengesankan.. insyaAllah sambung lagi.. terima kasih bagi info

    ReplyDelete
  2. wsalam makcik werdah.
    kongsikanlah juga vid tu dekat blog makcik nanti.smoga dapat manfaat.dan semoga kita semua dirahmati Allah sentiasa.Amin.

    ReplyDelete