31.10.10

"Di Antara Christianity Dengan Atheism,Di Situ Ada Aku" (Kerana Dakwah Itu Satu Kewajiban)

Dialog dengan italic type adalah dialog watak 1.
Dialog yang ditulis dengan tulisan biasa adalah dialog watak 2.


Kau baca ape?Meh usha.

Ni?Nah.Tengoklah.

Kiranya kau tau banyak la pasal Islam?

Okaylah.Tapi tak la banyak gak.Tu sebab aku baca.Kalau tak tau,kenalah baca,kan?

Yup.Tapi,nape orang Islam banyak pengganas?

(Terdiam sekejap,tapi tidak terkejut dengan pertanyaan itu)

Biasalah.Mana-mana ada orang jahat.Actually,tu bukan Islam.Mereka tak paham Islam.Nape?Kau takut?

(Jawab sambil gelak bimbang)Tak ah.Mane ade takut.Tapi kat sini takde pengganas.Tempat lain ada.

Kat mane?

****** (Saya tidak mengingati tempat yang dinyatakan itu)

Oh,kau tengok aku camne?Bukan pengganas kan?Haha.So,Islam tak macam tu ah sebenarnya.Trust me.

Hurm.Betul-betul (Sambil berfikir panjang)

By the way,kau ni Christian kan?

Heh (Gelak sinis).Tak

Then what?

Di antara Christian and Atheist,there is Me.

Haha.Camne leh camtu?

Neh (Sambil mengangkatkan bahunya menandakan tidak tahu)

Kau percaya ada Tuhan tak?

Tuhan?Kat atas sane? (Sambil menunjukkan tangan ke atas menghala langit)

Yup.Percaya tak?

(Menunjukkan isyarat tangan yang menunjukkan 50/50 %) Tak berapa

Why?

Sebab Dia jarang bantu aku

(Saya terdiam sekejap.Memikirkan apa yang hendak dicakapkan.Kerana baru sehari sebelum perbualan ini berlaku,saya baru menonton satu video yang menyentuh isu "Aku tak percaya Tuhan sebab Dia tak tolong aku".Tapi saya tak ingat apakah jawapan kepada pernyataan itu serta apakah tajuk video itu kerana dalam sehari banyak video yang saya tonton.Ergh.Tension sebentar masa itu)

(Kemudian bersuara kembali)

Aku percaya.Dan aku nak cakap kat kau sebenarnya apakah sebab aku percaya dan kenapa Tuhan itu ada.Tapi russians aku still sucks la bebeh. (Masalah bahasa memang sesuatu yang annoying.Saya admitnya dengan jujur.Setakat cakap ayat simple boleh ah.Nak cakap ayat complex,susah)

Then,belajarlah betul-betul.Aku tunggu jawapan kau nanti.

By the way,kau sembahyang tak maksudnya? (sambil membuat isyarat orang Islam sembahyang,sujud dan sebagainya)?

(Dalam hati bermonolog,"eh tau pulak mamat ni")Aku sembahyang.

Berapa kali sehari?Tiga ea?

Nope.Lima.

Bila?Ada waktu dia ea?

Aah.Pagi,tengahari,petang,matahari terbenam then.. (ayat belum habis lalu dia mencelah)

Malam before masuk tido?

Ha,yup.Lebih kuranglah.Tapi malamlah.

Susah tak kena sembahyang lima kali?

Tak.Senang je.Lima minit je setiap kali.Tak amek masa pon.

Semua orang sembahyang?

Tak gak.Biasalah.Manusia jahat ada kat mane-mane kan?Orang yang.. (sekali lagi dia mencelah)

Kiranya believer (beriman) je la sembahyang?

(Sambil bermonolog lagi,"mamat ni boleh tahan jugak persoalan dia" lalu menjawab) Aah.Tapi sebenarnya kena sembahyang.

(Perbualan terhenti seketika,lalu dia menyambung)Kira kat tempat kau (Malaysia),korang kerja,kerja,kerja then ada time 5 minit rehat sembahyang la?

Aah.Ada lima minit.Tapi sebenarnya ada je masa untuk smbhyg kalau takde waktu rehat pon.

Habis tu,kalau kat Russia camne nak sembahyang kalau takde rehat semua?

Ada caranya.Macam aku cakap,tak ambek banyak masa pon sembahyang.Senang je.Tak susah.Cayela cakap aku.

Kau ada gi Masjid tak kat sini?Sembahyang sane?

Ada.Tapi kalau nak sembahyang kat mane-mane boleh.Kat rumah boleh.Kat mane-mane je.Tak susah.

Kalau tertinggal (sembahyang) macam mane?

(Berfikir sebentar)Kalau tertinggal,ada cara ganti.Tapi sembahyang ni wajib sebenarnya.Takleh tinggal.Tapi ada perkara-perkara tertentu ada cara bagi senang.Tapi,macam aku cakap,ianya bukan sesusah yang kau sangka.

Kira kau ada Topi tak pakai masa sembahyang? Macam jew?(dia sebut jew dalam english,kelakar jugak ah)

Topi ada.Tapi laen dari diorang.Tapi takde topi pon takpe.Benda tu bukan wajib.

Kira kau percaya ada Tuhan la?

Yup.Percaya. (Masa ni saya amat tension sebab ada jawapan sudah nak jawab,tapi masalah bahasa menyebabkan perbualan sukar.Haha.Serious tension.Tapi takpe.Ada hikmah sebenarnya.Laen kali saya jawab dengan dia.)

Oh.

Takpe bro.Macam ni.Nanti,ape kate,aku bagi kau satu buku (terjemahan Al-Quran),dalam russian.Then aku bagi nanti,kau baca.Nak?Acam?

Boleh.No hal.

Aku blah dulu.Dah sampai tempat aku.(Salam tangan)

Chow bebeh.

Adios.

Assalamualaikum.

Pertama sekali,saya ingin memohon maaf kerana menggunakan format penulisan yang tidak betul di atas.Haha.Sudah empat tahun saya meninggalkan sekolah.Jadi,sudah lupalah.

Keduanya,kepada yang masih tidak faham,dialog di atas berlaku di antara saya dan kawan saya.Kawan saya ini orang Russia.Perbualan juga berlaku dalam Bahasa Russia.Dan dia ini sejak akhir-akhir ini amat kerap bertanya pada saya tentang Islam.

Mula-mula dulu just basic.Tapi,sekarang ini makin banyak pula soalan.

Saya tidak marahkannya bertanya.Baguslah tu.Sebab,hampir majoriti kisah yang saya baca dan dengar tentang orang yang baru memeluk Islam,kebanyakan mereka memeluk Islam bermula dengan pertanyaan.

Pertanyaan seperti,"Why am I Here,"Does God Exist" etc etc.

Dan pertanyaan-pertanyaan ini biasanya akan membawa mereka kepada pencarian.

"...whoever believes in Allah – He will guide his heart.../...dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya..." [64:11]

“Allah chooses for Himself whom He wills and guides to Himself whoever turns back [to Him]/ Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima ugama tauhid itu, dan memberi hidayah petunjuk kepada ugamaNya itu sesiapa yang rujuk kembali kepadaNya (dengan taat)." [42:13]

“And Allah guides whom He wills to a straight path/dan Allah memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus." [24:46]

Sebagai bacaan tambahan anda boleh membaca kisah seorang Islam terkenal di Amerika yang memeluk Islam di link ini.Ini pula laman web rasmi beliau.

Berbalik kepada perbualan saya,saya admit.Banyak kesalahan dilakukan saya kerana tidak menjawab soalan-soalan itu dengan betul akibat masalah bahasa saya.Dan juga kekurangan ilmu.Ergh,haha.

Tetapi,tidak mengapa.Ada hikmahnya.Saya percaya ada hikmah.Okaylah tu dia tanya.

Sebenarnya,Allah akan bagi petunjuk dan hidayah kalau seseorang tu benar-benar mencari-Nya.Itu memang janji-Nya.

Dan,semua orang,tak kira sekampung mana pun dia duduk,pasti ada cara dia dapat petunjuk dan hidayah.Sebab,Allah takkan seksa sesuatu kaum sehingga mereka mendapat petunjuk dan hidayah-Nya.

Bila mereka dah tau,tapi mereka tinggalkan,ketika itu mereka memang bakal diseksalah kecuali mereka bertaubat.

Dalam kes ini,saya fikir,memang tidak boleh salahkan kawan saya ini jugalah jika dia berfikir orang Islam ramai pengganas.

Kenapa?Kerana dia berada dalam linkungan kejahilan yang tidak mengerti.Media-media mereka memainkan peranan memburuk-burukkan Islam.

Dan orang Islam sendiri kadang-kala membuatkan persepsi orang luar terhadap Islam itu teruk.Apakah maksud ayat ini?

Cuba lihat contoh mudah orang Melayu di Malaysia.Adakah kita membawa imej Islam yang sebenar?Atau kita membawa imej yang tidak sihat secara melampau?Lihat juga anak remaja kita?Sudah lihat.Nice.

Apa-apapun,macam ditulis saya di atas tadi,SubhanAllah,kuasa Allah itu memang Maha Luas.Bayangkanlah dalam konteks budak ini tadi,walaupun duduk dalam linkungan orang yang tidak mengerti,siapa sangka dia boleh berjumpa dengan seorang umat Islam dan berborak tentang Islam dengannya.

Sebenarnya,jika kita fikir halus,ada banyak pengajaran dari kisah ini.

Pengajaran yang paling besar tentulah untuk diri saya dan rakan saya ini.

Untuk diri saya,kisah ini membuktikan bahawa Allah akan memberi petunjuk dan hidayah kepada semua orang walau mereka duduk di pedalaman (tiada hubungan dengan orang Islam).Dan tiada kaum yang diseksa tanpa diberi petunjuk hidayah sebelumnya.Jadi,ini mungkin cara Allah hendak bagi petunjuk dan hidayah kepada kawan saya ini.Jadi,tanggungjawab saya adalah untuk membantu rakan saya ini apa yang patut.Bukankah dakwah itu satu kewajiban?

Untuk kawan saya ini,pengajarannya,jika dia seorang yang berfikir,dia akan berfikir,kenapakah saya percaya adanya Tuhan.Dan selebihnya,hanya Allah yang tahu.

Saya doakan kawan saya ini beroleh petunjuk dan hidayah daripada Allah SWT.Amin.Ini kerana mamat ini memang selalu tanya pasal Islam.

Insya-Allah.Tapi,semua itu bergantung kepada Allah.Allah Maha Adil.Dan Allah Maha Mengetahui.Kita ini hanya berkongsi ilmu.

Tapi sebenarnya,ada hikmah juga saya tidak cerita berat-berat pada kawan saya ini semalam.Kenapa?Sedangkan saya nak cerita kat orang Melayu yang memang Islam dari kecik pon ada yang cepat bosan dengan saya,inikan pulak dekat orang yang tak tahu apa-apa.

Dan,Rasulullah SAW sendiri menggunakan pendekatan dakwah dengan pelbagai cara.Melalui psikologi.Dakwah dengan setiap orang dilakukan dengan pendekatan berbeza,bergantung kepada siapa orang itu.

Sesungguhnya Rasulullah SAW itulah ikutan kita yang patut kita ikut.Kerana Al-Quran itu diturunkan Allah untuk membimbing kita,Rasulullah SAW itu pula contoh manusia terbaik dalam menghidupkan ajaran Islam. (Ayat ini saya dapat dari video yang saya ada kongsikan dengan anda semalam).

Faham?

Apa-apapun,kita sebagai orang Islam,tanggungjawab kita besar.Satu,kita kena cari ilmu.Keduanya,kita kena menghidupkan ajaran Islam sebaik mungkin dan mengikuti Sunnah Rasulullah.Kerana itulah cara dakwah terbaik.Melalui peribadi Islamik.

Ada kisah dalam video saya tengok tidak lama dahulu (anda boleh tengok video ini di bawah ini).Kisah itu berbunyi begini.

Askar-askar US di Middle East baru melakukan rondaan.Then,ada sorang imam ni ajak diorang masuk Masjid.Nak tunjuk apa diorang buat dalam masjid.Askar-askar ni cam malu-malu kambing la.Sebab diorang diperintahkan jangan masuk situ.Sebab "itu tempat mereka beribadat".Then bila masuk,mereka terkejut.Kerana apa?

Kerana di dalam masjid itu kosong!Tiada apa-apa.Tidak seperti rumah ibadat yang lain yang mempunyai kerusi,patung emas etc etc.Kemudian mereka melihat orang Islam bersembahyang,seorang dari mereka berkata "This is the real worship,man (Inilah penyembahan yang betul,bro).Ya.

Inilah sembahyang yang betul.Directly to Allah.Tiada muzik,tiada nyanyian atau apa-apa.Hanya sujud seorang hamba kepada Tuhan-Nya.

Dan ini juga menunjukkan,hidayah Allah boleh sampai kepada manusia melalui pelbagai cara.Ada orang itu sekadar melihat orang sembahyang sahaja,terbuka pintu hatinya.Ada orang itu melalui pembacaan Al-Quran.Ada orang lain pula,lain caranya.Semuanya kehendak Allah belaka.SubhanAllah.

Anda tonton okay video ini.

What's your Purpose in Life? Who is God? Does God have a son? Asking serious questions


Saya sebenarnya mahu tulis banyak lagi.Tapi,saya risau anda bosan.Dan saya juga penat menulis.Tapi,itulah.Harapan saya supaya kita semua mempertingkatkan ilmu,supaya bila ditanya kepada kita oleh orang yang belum memeluk Islam tentang Islam,kita dapat menjawab soalan mereka.

Insya-Allah.Semoga Allah mempermudahkan urusan kita.

By the way,Al-Quran itu diturunkan untuk semua manusia,okay?Bukan hak milik sesetengah kaum sahaja.Ada dalam Quran tentang ini.Saya tidak ingat ayat mana.Tapi,anda boleh cari dan tanya kepada yang pakar.

Dan kebanyakan orang Islam di Barat yang memeluk Islam kebanyakannya semua bermula dengan membaca maksud ayat Al-Quran.Dan Al-Quran itu sememangnya satu petunjuk kepada seluruh umat manusia.

Pengajaran lain untuk saya adalah,saya mesti memperkasakan bahasa percakapan pasar Russia saya.Haha.Kenapa?Kerana ianya satu kewajiban.Insya-Allah Allah akan mempermudahkan urusan saya.Amin.

Okay.Itu sahaja.Maaf tersalah bicara.Hanya kisah seorang anak muda yang tidak banyak ilmu yang berada di perantauan.Jika ada kesilapan,tegur.Jika ada tips membantu,nyatakan sekali.Okay?

P/S : Ini kali kedua saya berhadapan dengan situasi mendalam sebegini.Yang pertama,anda boleh baca di sini.


8 comments:

  1. Salam...
    Banyak hikmah daripada dialog di atas..
    Pertamanya, Allah dah buka sedikit hati rakan Rusia kamu tu untuk mendalami Islam..
    Keduanya, ini adalah satu cara kepada kamu untuk melancarkan lagi penguasaan bahasa Rusia...
    Ketiganya, kamu berpeluang untuk berkongsi segala apa yang dah kamu baca dan belajar dengan rakan Rusia tu dan dia pun dapat belajar sesuatu yang baru..
    Keempatnya, kamu harus sentiasa berperibadi baik sebab dengan cara ini boleh jadi dakwah secara tak langsung kepada rakan Rusia tu...
    Saya doakan semoga Allah membuka pintu hati rakan Rusia tu seluas-luasnya untuk menerima Islam dan mempermudahkan usaha dakwah kamu...
    Saya setuju dgn kamu...rasanya lebih senang bercakap tentang Islam dengan orang yang bukan Islam dari orang Islam yang sememangnya Islam sejak dilahirkan lagi...

    ReplyDelete
  2. I think you have done justice to your Russian friend by answering his questions appropriately. You have play your role well as a Muslim. Trigger him to think, that the most important. Giving him that Qur'an translation is another great move. Pray for hidayah Allah. I congratulate you for your role & TQ.

    ReplyDelete
  3. wsalam anon & School Of Tots.

    thanks for the comments.by the way,memang betul pendapat anda semua.

    sekadar mahu tambah,tadi dekat lif,semasa saya hendak turun surau budak malaysia,jumpa sorang budak india.

    dia salam dengan saya. tengok saya pakai baju melayu (dia consider nak gi smyg kot),then dia cakap "pray for me".

    dari sini saya dapat kesimpulan,walaupun seseorang tu bukan islam,dia tahu Tuhan tu ada.tapi dia ego/masih tak dapat hidayah.

    dan kesimpulan lagi satu,menjadi fitrah manusia,deep down inside,kita tahu Allah itu ada.tapi kita abaikan benda ni..

    tu kalau sebut tentang orang bukan islam la..

    saje nak share.

    sebenarnya benda ni saya akan tulis dalam artikel yang depan-depan kot.

    panjang boleh ulas.

    apa-apapun thanks again for reading

    Assalamualaikum.

    ReplyDelete
  4. salam,
    pendapat saya. its good. untuk pengalaman pertama.
    dan memang tak senang, apatah lagi untuk pertama kali.
    but remember the first step do counts. Allah counts that effort.
    (saya sendiri tak ada pengalaman untuk deals dengan non-muslim)
    sama seperti komen atas-atas.

    the first and most effective way of dakwah is qudwah. thats the main point.
    back to sirah. try to read again and again. and digest the info how Rasulullah approach the jahiliyyah people.
    dan berdasarkan pengalaman kawan2 sendiri yang pernah deal dengan non-muslims, benda yang perlu kita explain pada diorang adalah berdasarkan logik akal. dan alhamdulillah alhamdulillah sangat al-Quran tak pernah melanggar logik akal.

    mungkin untuk step seterusnya, cuba rujuk orang-orang alim or local muslims di sana. saya rasa insyaAllah mereka sangat boleh membantu. dan willing untuk membantu.


    dan terima kasih untuk link tumblr di sini. saya ada linkkan blog ni di blogspot saya. harapnya empunya blog tak kisah.
    maaf. saya memang language disaster.

    may Allah easen the path.

    ReplyDelete
  5. sangat suka dengan perkembangan ini.

    dalam setiap hati yang belum beriman, sentiasa masih ada tersimpan secebis keinginan untuk mencari kebenaran yang sebenar. malah, sejahat-jahat manusia pun masih ada tersisa sedikit kemuliaan. bezanya antara insan, cuma terpulang untuk menyemai kebaikan yang sedikit itu dalam diri dengan ikhlas atau sebaliknya.

    perkara yang sekecil-kecil itu (secebis, sedikit sisa kemuliaan) akan berubah menjadi besar apabila jiwa mula akur setiap jawapan. perkara yang sekecil-kecil itu wajar dibantu untuk diasuh supaya menjadi besar dan supaya cukup kuat untuk melenyapkan segala kekeliruan.

    "perkara yang kecil-kecil itu wajar dibantu untuk ia menjadi lebih besar & berupaya melenyapkan kekeliruan"

    ReplyDelete
  6. Salam..
    Just for sharing..saya terkesan dengan satu dialog dari satu drama bersiri melayu petang tadi..seorang isteri ni nak minta izin dengan suaminya untuk berkawan dengan seorang perempuan yang dah tersasar jalan hidupnya..kiranya macam nak tolong perempuan tu kembali ke pangkal jalan...dialognya lebih kurang begini "Jika saya tak dapat nak menegakkan syiar Islam untuk seribu orang sekalipun, dapat berdakwah kepada seorang itu dah memadai bagi saya"...
    saya pun tak berapa ingat tapi lebih kurang macam tulah dialognya..
    jadinya usahakan untuk seorang ni dulu..kalau berjaya akan dipermudahkan pula untuk kuantiti yang lebih ramai...insyaAllah..

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum dan walaikumsalam semua.

    thanks for the comments.

    sangat-sangat membantu saya nasihat-nasihat anda semua.

    saya doakan semoga kita semua dirahmati Allah.anda doakan saya juga okay.

    (banyak komen,tidak dapat balas satu persatu.maaf.hee)

    ReplyDelete