16.10.10

HIV/AIDS Di Afrika : Hidup Begitu Selesa Sehingga Tidak Menyedari Kenyataan - Buka Mata Anda. (Artikel Kesedaran Kemanusiaan Islamik)

Perhatian : Semua penulisan di dalam Pena Maya ini adalah penulisan asli dan pandangan peribadi Penulis.Jika penulisan itu bukan milik Penulis,sumber asli artikel biasanya dinyatakan.Kepada sesiapa yang berminat mengongsikan artikel Pena Maya,diminta jasa baik untuk menyertakan link Pena Maya.Supaya orang lain dapat membaca artikel lain di blog ini pula nanti.

Assalamualaikum.

Pernahkah anda pergi ke Shopping Complex,kemudian memasuki butik berjenama,lantas terus bernafsu untuk membeli serta memiliki itu dan ini?Tentu pernah,bukan?

Saya pun begitu.

Dalam artikel sebelum ini,saya ada menyatakan bahawa cara hidup carefree-santai-melampau tidak membawa kebaikan langsung kepada kita.

Itulah hidup kebanyakan kita pada zaman ini.Hidup materialis atau dalam bahasa tempatannya,hidup kebendaan.Ever heard of that word?

Hidup seperti ini membuatkan kebanyakan daripada kita menjalani hidup secara rutin.Pagi pergi kerja,siang bla bla bla.Hidup yang membuatkan kita selesa dalam rutin.Hidup yang membuatkan kita tidak pernah berminat untuk tahu apakah yang sedang berlaku dalam dunia ini sebenarnya.Dan hidup yang membuatkan kita hanya berminat untuk tahu benda yang remeh temeh sahaja.

"How gullible are the masses?Gullibility can indeed be lethal" - David Icke

Ayat di atas dalam Bahasa Melayu bermaksud "Sejauh manakah mudahnya diperdaya (kejahilan) sesuatu masyarakat itu?Kejahilan itu boleh jadi bisa membunuh".

Mahu tahu apakah sebenarnya perkara yang sedang (dan masih) berlaku dalam dunia hari ini?Untuk penulisan kali ini,saya ingin menarik perhatian anda tentang AIDS di Afrika.

Sila tonton video di bawah.

Awaiting Tomorrow - People Living With HIV/AIDS In Africa



Sedikit Fakta Tentang Aids Di Afrika (SUMBER)

- AIDS adalah punca maut utama (NO 1) di Afrika.
- 2 Juta kematian disebabkan AIDS di Afrika pada tahun 2005.
- 14 Juta Anak Yatim disebabkan AIDS pada tahun 2005.
- 25 Juta Anak Yatim disebabkan AIDS menjelang 2010.

Apakah kaitan AIDS dengan gaya hidup materialis?Tentu ada yang bertanya.

Tahukah anda bahawa lebih dari 80% sumber asli dunia digunakan hanya untuk kepentingan kurang 20% penduduk dunia?Saya tahu perkara ini dari sumber ini.

Mungkin faktanya sedikit salah,tapi ia tetap memberikan kita satu gambaran.Gambaran bahawa semata-mata untuk memenuhi keperluan sebilangan kecil penduduk dunia,sebahagian besar sumber asli terpaksa digunakan.

Akibatnya,tinggal 20% sahajalah baki sumber dunia untuk digunakan sebahagian besar penduduk dunia yang lain.

Kesan dari perkara ini adalah apa yang dapat kita saksikan pada hari ini (jika kita ini orang yang aware).Kebuluran,kelaparan,kemiskinan,masalah sosial bla bla di merata dunia.

Perhatikan di dalam video di atas di mana seorang Pesakit AIDS menyatakan salah satu punca AIDS di Afrika sukar dikawal/ditangani/dibendung dari merebak adalah kerana tiadanya perubatan dan bantuan yang mencukupi.

Hurm.

Dan melalui pembacaan oleh saya,banyak sumber yang menyatakan AIDS di Afrika ini sebenarnya adalah satu hasil dari konspirasi juga.

Tidak tahu betul atau tidak.Tepuk dada tanya selera.Saya tidak mahu mengatakan ia benar,kerana jika kita tidak tahu tentang kebenaran sesuatu perkara itu,janganlah kita menghebah-hebahkannya.Tapi,saya tidak mahu menidakkannya.Saya menyerahkannya kepada anda untuk menilainya.

Sebenarnya,tujuan saya menulis perkara-perkara ini adalah untuk menunjukkan kepada anda masalah yang berlaku dalam dunia pada hari ini.

Kebanyakan kita (sebagai contoh di Malaysia) tidak mengetahui perkara-perkara ini kerana kita terlalu 'sibuk' dengan urusan peribadi kita mengejar harta dan memuaskan keinginan peribadi semata.

Kita hidup selesa tanpa mengetahui bahawa ramai manusia yang terkorban untuk membolehkan kita hidup mewah seperti hari ini.Tahu kisah Sierra Leone?

AIDS di Afrika,kesengsaraan Palestin,Perang di Timur Tengah hanyalah sebagai contoh.Contoh untuk membuka mata kita.Supaya kita tidak terlalu selfish.

Kita harus membantu mereka-mereka yang malang ini.

Tetapi,bukanlah bermaksud kita perlu pergi ke Afrika berkhemah ramai-ramai tolong mereka di sana.

Bukan.Tidak perlu berbuat begitu (tetapi,jika mampu apa salahnya).

Apa yang saya maksudkan adalah supaya kita membantu melihat keliling kita.Membantu mereka yang malang.Yang kurang bernasib baik.

Dan supaya kita tidak terlalu memikirkan tentang diri sendiri.Tidak memikirkan apa yang hendak dipakai,apa yang hendak dibeli bla bla bla.Kalau keperluan takpe.Tapi,kalau hidup membazir-bazir,tidak perlu rasanya.

Get the point?

Jika setiap dari kita mengubah sikap kita dan membantu orang-orang yang malang ini,percayalah,kita boleh mengubahnya.

Ubahlah sikap kita dari bersikap self-centered,kepada sikap aware pada persekitaran kita.

Bagaimana hendak membantu mereka?Itu tentu persoalan yang bermain di minda.

Cara paling terbaik untuk membantu mereka adalah dengan tidak bersikap selfish (tidak mengamalkan cara hidup materialis seperti sekarang ini).

Memang boleh kita menyanyi dan mengadakan konsert amal semua,tapi apa guna?Selepas konsert,tidak ada satu kesedaran pun dapat pada diri kita.

Ambil contoh kita buat konsert untuk membantu mangsa AIDS.Tapi dalam masa yang sama melalui konsert yang sama,kita sebenarnya sedang mempromosikan gaya hidup bebas yang menjadi punca terbesar AIDS.Anda faham?Yalah.Ketika konsert,apa yang sedang berlaku?Percampuran bebas lelaki dan perempuan,bukan?

Ha.Get the point?So,what's the point of having the concert,right?

Sebenarnya,cara yang terbaik untuk menangani masalah ini ada pada Islam.

Ya.Islam.Cara hidup yang diturunkan oleh Allah yang menciptakan sekalian alam dan manusia.

Allah mengetahui kelemahan kita semua.

Apa yang diajarkan Islam?Islam mengajarkan cara hidup bersederhana tidak mengutamakan nafsu.Jika kita hidup berpaksikan nafsu,inilah yang jadi.Seperti hari ini.Ketidakadilan merata-rata.

Cuba jika kita hidup bersederhana seperti dianjurkan Islam.Tentu tidak berlaku perkara yang ada seperti hari ini.

Kerana Islam mengajarkan bahawa dalam setiap harta kita,ada bahagian orang lain yang perlu kita laksanakan.

Tetapi,ini bukan bermaksud Islam menghalang kita mencari harta.Sebaliknya,Islam mengajar kita mencari harta secara berhemah.Itulah fungsi zakat dan sedekah.

Nampak?

What a beautiful way of life bebeh.

Itulah dia.

Kesimpulan dari seluruh penulisan ini adalah,berubahlah kita.Jangan terlalu obses dengan material.Kerana sifat obses terhadap material ini akan membawa bencana kepada pihak lain.Dan cara terbaik untuk berubah adalah dengan mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar.Iaitu cara hidup yang bersederhana dalam semua perkara.

Abaikan segala peer pressure di sekeliling anda dalam proses perubahan ini.Dan lakukanlah ia ikhlas kerana Allah.Insya-Allah urusan kita akan menjadi mudah.

Islam mengajar kita untuk menjadi tidak tamak dan care about others.Ingat tu.

Lakukanlah amal sementara masih hidup.Jangan bertangguh kerana hidup kita ini kejap sahaja.

Sekian.Saya hendak menulis panjang lagi,tapi sebab penulisan ini asyik terhenti-henti (banyak gangguan semasa menulis),jadi mood menulis pun hilang.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Kepada sesiapa yang suka makan makanan ringan,sila tonton video ini.


3 comments:

  1. anda sepertinya suka membuat entry berdasarkan video. atau is is the other way around?insert video bdasarkan entry?=)
    apa pu penulisa yg baik

    ReplyDelete
  2. salam.

    both of them.
    but i prefer the former.

    apa-apapun sebenarnya saya menulis berdasarkan apa yang saya nampak/lihat/tengok/dengar setiap hari.dan kaitkannya dengan Al-Quran dan Sunnah.

    senang cakap,saya ini seorang pemerhati.

    ReplyDelete