19.10.10

Perkongsian Link Muat-turun (Download) PDF Buku-Buku Islamik (Kerana Umat Membaca Itu Umat Berjaya).

Assalamualaikum.

Wassup.

Hari ini merupakan hari yang penat,bosan,letih dan bla bla bla.

Tentu banyak kali anda jumpa orang yang suka mengeluarkan pernyataan seperti di atas bukan?Mungkin anda juga seperti itu.

Hidup dipenuhi dengan rungutan.Masa anda setiap hari dihabiskan hanya dengan merungut dan memikirkan betapa malangnya hidup anda.Rugilah kita jika kita menjadi orang sebegini.

Ini kerana masa itu tidak akan kembali sebaik sahaja ia pergi meninggalkan kita.Itulah maksud Surah Al-'Asr.Jadi,kepada rakan-rakan yang masih keliru,ingin dinyatakan kepada anda,Teori Mesin Masa (Back To The Future) adalah tidak betul sama sekali.

Surah Al-'Asr

[1]
Demi Masa!
[2]
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
[3]
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Nampak?

Surah yang pendek,tetapi maksudnya mendalam.Masa memang tidak dapat dikembalikan.Jika kita hidup 50 tahun lamanya,selama itu sahajalah masa (atau dalam kata lainnya peluang) yang kita ada untuk membuat amal.

Amal yang akan dihitung dan dihisab nilainya pada hari akhirat kelak.

Jadi,jika anda selama ini taksub dengan teori mesin masa,rujuk kembali ayat Al-Quran di atas.Anda mahu percaya Al-Quran yang diturunkan Allah SWT atau Teori Andaian Sains?

Itulah pentingnya ilmu.Kita kena tahu,akal manusia ada batasnya.Dan perkara-perkara yang terbatas oleh akal manusia inilah yang dijelaskan tentangnya oleh Allah SWT,Maha Pencipta kita semua di dalam Al-Quran.

Bagaimana hendak menjadi orang berilmu?Jawapannya mudah sahaja - Carilah ilmu.Tetapi,kena ingat,

Imaam ash-Shaafi'ee once said:

"I complained to Wakee' about my poor memory.

So he advised me to abandon disobedience, and he said,

'know that knowledge is light. And the light of Allaah is not bestowed upon a disobedient.'

Wakee' : Wakee' Ibn al-Jarrah was a famous scholar from the Salaf and one of the teachers of Imaam ash-Shaafi'ee. He died in the year 196H.
(LINK)

Berbalik kepada isu orang yang suka membuang masa merungut tentang masalah yang melanda diri setiap hari tadi.

Sukacita dimaklumkan,daripada anda duduk depan Facebook menukar status emosi setiap hari,baik anda baca buku yang saya ingin kongsikan dengan anda di bawah ini.

Atau mungkin juga anda ini seorang yang suka main game (dan lain-lain perkara yang kurang bermanfaat),anda boleh baca buku ini juga.

Buku ini berbentuk file PDF.Jadi,jika anda tiada PDF reader,sila download Adobe Reader.

Buku-buku ini saya jumpa di laman web The Deen Show.Bagus laman web ini.

Semua buku itu ditulis di dalam Bahasa Inggeris.Nanti dahulu.Jangan terus takut bila dengar ianya ditulis di dalam Bahasa Inggeris.Ambillah peluang ini untuk membaca dan mengasah kemahiran bahasa anda.Jika ada perkataan yang anda tidak faham,anda tengoklah kamus Google Translate.Kan?

Apa?Malas?Okay.Anda malas anda yang rugi.Kerana orang yang rugi itu sememangnya terdiri daripada mereka yang pemalas.

By the way,di bawah ini senarai buku-bukunya.Sila klik pada tajuk buku untuk membaca buku itu.Anda juga boleh save file PDF itu ke komputer anda.

(Ada 11 kategori buku.Dalam setiap kategori ada beberapa buah buku.Pilihlah yang mana suka.Insya-Allah buku-buku ini tidak sesat.Kerana ditulis oleh Panel yang bagus.Tetapi,jika ada keraguan tentang buku-buku ini,tanyalah kepada yang pakar.)

Senarai buku-buku Islamik (Credit To : The Deen Show)

1) For Our Sisters

Why are Women Turning to Islam?
Natural Blood of Women
How a Pearl Develops
Polygamy In Islam
Winning the Heart of your Husband
The Ideal Muslimah

2) For Our Brothers

Winning the Heart of your Wife
The Ideal Muslim

3) Mothers Of The Believers

A Short Biography of the "Mothers of the Faithful"
Safiyah bint Huyy Maymunah bint Al-Harith & Conclusion part 10
Juwayriyah bint Al-Harith & Umm Habibah bint Abi Sufyan Part 9
Zaynab bint Jahsh Part 8
Hind bint Abi Umayyah (Umm Salamah) Part 7
Aisha bint Abi Bakr part 5
Hafsa bint Umar Part 6
Aisha bint Abi Bakr part 4
Sawda bint Zama part 3
Khadijah bint Khuwaylid part 2
Khadijah bint Khuwaylid Part
Mothers of Believers Introduction

4) Heart & Soul & Spiritual

Weakness of Iman
Islam and Love
Expecting the Best from Allah(God)
Heaven's Door
The Purification of the Soul
Diseases of the Hearts & Their Cures
Reflections on Spiritual and Self Development
Don't Be Sad

5) Family & Society

The Family in Islam parts 2-3
The Family in Islam part 1
The Cohesive Nature of the Family 3-4
The Cohesive Nature of the Family 1-3
Funeral Rites In Islam
Child Education in Islam
Evil Consequences of Adultery
Wives Rather Than Girlfriends
The Ingredients For A Happy Marriage

6) Glorious Qur'an

English Translation of the Meaning
Tafsir Ibn Kathir
Causes that Aid in the Memorization of the Qur'an
Heavenly Hues: Thematic Tafseer (Notes)
The Three Shelters
Who Wrote the Qur'an?
An Index to the Qur'an
Usool at Tafseer
Help Yourself In Reading Quran (Arabic-English)
Qur'an Arabic

7) The Madinah Books Series

Arabic solution book 3
Arabic solutions book 2
Arabic solutions book 1
Madina book 3 English key
Madina Book 2 English key
Madina Book 1 English Key
Arabic Textbook: Book 3
Arabic Textbook: Book 2
Arabic Textbook: Book 1

8) Books To Read

How To Protect Yourself From Jinn & Shaytaan
Men and the Universe
Stories of the Prophets
Men and The Universe
The Spiritual Cure
The Journey to Allah
The Jinn & Human Sickness
Mysteries of The Soul Expounded
The Whispering of the Shaitan
Characteristics of the Hypocrite
The Fundamentals of Tawheed (Islamic Monotheism)
The Friends of Allah & The Friends of Shaytan
The Grave - Punishments and Blessings
Allah's Most Beautiful Names and Lofty Attributes
Book of Emaan

9) Books On Hadith

Sciences of Hadith
Sacred Scrolls: 40 Hadeeth Nawawi
The Compilation of Hadith
Notes on the Science of Hadith
100 Fabricated Hadith
Riyad-us-Saliheen
Usool Al-Hadeeth

10) The Fitna

The Fitna (By : Kamal El Mekki) Part 1-21

11) Dawah

Dawah - An Obligation

Itulah dia link-link buku-buku Islamik untuk dibaca dan dimuat-turun oleh anda.Jika ada link yang tersalah letak,sila maklumkan kepada saya.Ini kerana,alah,maklumlah,saya juga manusia.Saya just sharekan ilmu ini dengan anda kerana ini barang baik bai.Barang baik mana boleh makan sorang-sorang.

Saya ada satu lagi cadangan untuk anda.

Buku-buku ini semua di dalam Bahasa Inggeris,bukan?Jadi,anda agak-agak jika di kedai berapakah harga satu buah buku ini?Tentu mahal yang amat,bukan?

Dan,bukan semua orang boleh duduk menghadap komputer lama-lama,bukan?

Ha.Jadi,cadangan saya berbunyi begini.

Savekan fail PDF ini di dalam komputer anda,dan printkannya menjadi sebuah buku.Murah pon murah kalau print.Kalau ada printer lagi baik.Satu buku tu lebih kurang berapa ringgit je kot kalau print.Ala kalau lebih-lebih sikit takpe la.Jangan kedekut sangat.Ilmu kot.

Rokok boleh beli,takkan untuk ilmu takleh korbankan duit?Jangan jadi bakhil okayh?

Apa-apapun,acam?Bernas kan idea saya?Haha.

Bukan apa.Anda boleh baca ketika bersiar-siar di taman,ketika bersantai di waktu petang,atau mungkin ketika rehat di tempat kerja/belajar.

Jadi,masa anda tidak terbuang begitu sahaja.Lantas,peluang untuk anda merungut hidup anda ini malang akan berkurangan.Acam (lagi)?Nampak flow dia?Chantek.Give me five.Haha.


Itulah dia perkongsian dari saya buat kali ini.

Jadilah kita umat yang rajin membaca.Jangan suka jadi umat yang suka berdebat bodoh tanpa ilmu.Kerana itu bisa membawa binasa.

Tetapi,memiliki ilmu bukan alasan/tiket untuk anda merendah-rendahkan orang lain.Sebaliknya,adanya ilmu patutnya membuatkan kita lebih humble dan jujur lagi merendah diri.

Kenapa?

Kerana,with great power (knowledge) comes great responsibility.Haha.Pernah dengar ayat ni?

Save tau file-file ni.Jangan lupa.Sebab saiz dia pon kecik je.

Okaylah.Boring bebel banyak-banyak.Penat.

Sekian daripada saya untuk kali ini.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Take your time.Jangan rushing-rushing.Biar lambat,janji kekal.Dan ingat,lambat bukan bermaksud tidak bergerak langsung.


4 comments:

  1. hmm.. terima kasih kerana berkongsi. tambahlah lagi satu, karya Abbas as-Sissi: bagaimana menyentuh hati.. linknya tak ingat (sebab dah padam donlod history), tapi buleh google :)

    ReplyDelete
  2. wah! serius memang banyak dan menarik. selama ni tengok 'the deen show' tu je. taktau pulak ada link ebook.
    jazakallah.

    ReplyDelete