18.10.10

Realiti Semasa : Adakah Benar Mengatasi Ketagihan Pornografi (Kelucahan) Itu Lebih Susah Daripada Mengatasi Ketagihan Dadah/Arak/Rokok? (Ini Bukan Artikel Kelucahan,Tetapi Jangan Baca Jika Tidak Cukup Terbuka)

Assalamualaikum.

Artikel ini merupakan satu perkongsian ilmu untuk membantu anda yang berada di luar sana yang telah/sedang/baru terjebak dalam gejala tidak bermaruah ini - Gejala Video Lucah Dan Onani.

Okay.Jika anda merasakan anda tidak perlu membaca penulisan seperti ini,anda dialu-alukan untuk pergi ke tempat lain.

Kerana penulisan ini ditujukan kepada sebahagian besar golongan manusia di luar sana (terutamanya lelaki muda) yang terlibat dalam masalah ini.

Mari kita kaji punca mengapa masalah ini terjadi :

1) Kerana video lucah pada hari ini boleh didapati/diakses secara mudah di mana-mana juga pada bila-bila masa.

Satu punca sudah cukup untuk menerangkan segala-galanya.

Jangan tipu diri sendiri.Ramai di antara kita terlibat dalam masalah ini.

Tetapi,tahniah kepada anda kerana anda berani memulakan langkah merubah diri (saya percaya ramai sebenarnya yang ingin berubah).

Itulah yang paling penting dalam proses perubahan.Tetapi,sebenarnya berubah bukan perkara yang senang.Percayalah cakap saya.Kenapa?

Ini kerana apabila diri sudah dikuasai nafsu,usah bicara soal betul atau salah.

Oleh kerana saya tidak mempunyai pengalaman dalam bidang ini,saya ingin mengongsikan beberapa video yang saya jumpa tentang isu ini.

Video ini adalah usaha seorang saudara Islam kita,yang menceritakan tentang masalah Onani,Pornografi dan Kelucahan serta berkongsikan dengan kita cara-cara mengatasi masalah ini dari sudut pandangan Islam.

Untuk pengetahuan anda,saya merupakan seorang avid researcher tentang masalah ini.Kerana saya yakin ramai di luar sana yang sedang lemas dalam masalah ini.

Pada mulanya ingin menterjemahkan video ini,tapi malas pula.Hehe.Anda tonton sahaja video ini.Bahasa yang mudah difahami dan diiringi dengan fakta saintifik.

Selamat Menonton!Sila tonton video ini mengikut urutan.

(Jangan bodoh sombong taknak terima ilmu orang bagi.Kalau rasa tidak perlu ilmu ini,anda boleh tutup laman ini.)

Porn Addiction Worse Than Crack?



Getting Caught With Porn Addiction



How To Get Willpower To Fight Porn Addiction


Sudah menonton?

Anda juga boleh menjadi Subscriber ImancipateTV di Youtube. (Link)

Selain itu,lawati juga laman web rasmi mereka di link ini untuk mendapatkan maklumat lanjut atau menghubungi mereka.

Honestly,saya kagum dengan bro ni sebab berani berkongsi maklumat ini secara terbuka.Yalah.Ini merupakan satu guilty pleasure yang ramai orang mengalaminya,dan mereka ini kebanyakannya ingin berubah,tetapi sering kali menghadapi jalan buntu.

Jadi kepada anda semua yang masih lagi diselubungi kegelapan,marilah keluar dan sahutlah cabaran ini!

Saya sekadar mahu berkongsi ilmu untuk yang memerlukan.

Dan sebenarnya semua ini bergantung kepada diri kita.Allah sudah memberikan kita kebebasan memilih di dunia ini.Jadi,pilihlah yang terbaik untuk diri kita.Hentikan kelucahan ini!

Kerana di akhirat kelak jika kita berterusan begini,kita akan menyesal.Insaflah.

"A person has done enough wrong in his life if he simply repeats everything he hears.”

Sekian daripada saya.Semoga mendapat manfaat.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Hanya dengan kembali kepada Islam (betul-betul mengamalkannya dan berdoa kepada Allah SWT) sahajalah masalah ini boleh diselesaikan.Jangan fikirkan kegagalan,sebaliknya katakanlah boleh!


7 comments:

  1. salam PM
    bagus untuk kita tahu dan menilai perkara yg dimurka oleh Allah

    nice post.. thanks for sharing here.. =)

    ReplyDelete
  2. Salam...
    Masalah ni bukan berkisar pada remaja saja..orang yg berusia pun sama juga..memang halus senjata mereka ini..memanipulasikan pemikiran manusia terutamanya umat Islam untuk terus lalai dalam mengerjakan suruhan kepada Allah...Astaghfirullah!!
    untuk kes ketagihan merokok pun lebih kurang sama juga dengan kes ni..mungkin lepas ni boleh menulis tentang merokok pula..

    ReplyDelete
  3. wsalam
    terima kasih membaca

    1) saya tahu perkara2 ini melanda orang tua juga.malah saya rasa orang tua punya tahap excited lagi tinggi kalau tengok benda2 camni...kenapa?kerana orang muda punya pemikiran dah terlampau terbiasa dengan benda2 camni,so dia cam dah immune...

    faham?tak faham takpe..ini nanti2 saya akan tulis...

    btw,saya tak salahkan 'mereka' sahaja dalam kes ni..

    kita perlu salahkan diri sendiri juga..tapi bagi yang dah terjebak...memang sukar nak keluar..tu saya faham...

    btw,ketagihan rokok sebenarnya simple..

    lagi simple dari ketagihan porno..trust me..

    thanks untuk idea tu..

    saya mungkin tak tulis detail tentang rokok..
    1 sebab benda ni memang dah terang2 haram..n benda ni berlaku depan public..so,cam kalau taknak berenti gak susah ah..

    2 porn dia nye ketagih mereka ini sorang2 je.takde orang tau.ni lagi bahaya...

    by the way,kepada penagih2 sekalian.stop la.okay?

    mesti ada ubat.setiap penyakit ada ubat.dan penyakit bagi masalah ini adalah? iman.camne iman nak datang kalau kita asyik leka.. tak buat..tak mulakan...tak doa...

    stop lah..

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum...
    seriously betul ape yg PM post & komen

    ReplyDelete
  5. Boleh tuan kongsikan video ni dalam bentuk penulisan berbahasa melayu? Saya kurang mahir berbahasa inggeris tetapi betul saya ingin mengambil pengajaran dan berhenti dari perlakuan yang sebegini. Harap tuan dapat membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. baca sini. http://baikiminda.blogspot.com/2011/01/realiti-semasa-porn-umat-islam.html

      Delete
  6. جَزَاكَ اللَّهُ خيرًا atas ilmu yang dikongsi

    ReplyDelete