22.10.10

Santai : Cuba Fikir (Apabila Terlalu Ambil Mudah).

Assalamualaikum.

Hari ini,sepanjang hari,tiada apa-apa perkara menarik berlaku.

Dan pada saat ini saya tidak tahu hendak buat apa.Musim sejuk sudah tiba.Jadi,cuaca yang berubah-ubah membuatkan mood juga senang berubah-ubah.

Hidup seorang student zaman ini,jika bosan tidak tahu buat apa,apakah antara perkara-perkara yang boleh dibuat?

Jawapan tipikal yang diberi adalah menonton movie yang didownload menggunakan torrent,mendengar MP3 karya Gallagher Brothers yang turut didownload menggunakan torrent,bermain Video Game,pergi ke bilik (rumah) orang lain berborak-borak kosong etc etc yang semuanya jatuh dalam kategori hiburan santai.

Jika perkara-perkara ini tidak menjadi pilihan,pasti anda akan mendapati tiada pilihan lain untuk mengisi masa lapang (yang sebenarnya ada).

Adakah perkara-perkara ini salah?

Soalan ini saya tidak mahu jawab.Tetapi,saya mahu mengupas setiap perbuatan di atas secara mendalam.

Firstly,kita pergi kepada "menonton movie yang didownload menggunakan torrent/beli cd cetak rompak".

Salah ke?Jawapan kepada soalan ini terpulang kepada anda.

Tetapi,tanya diri anda.Apakah hukum membeli cd cetak rompak?Dan adakah mendownload torrent movie itu perkara yang sah?Jika tidak sah,apakah hukumnya sama dengan menyokong cetak rompak?Cetak rompak itu bukankah sama dengan mencuri?Apakah hukum mencuri?Di dalam movie itu tentu ada ditayang aurat perempuan/lelaki.Apakah hukum melihat aurat perempuan/lelaki yang bukan mahram?Apakah apakah apakah?

Tanya diri anda.Apakah hukumnya?

Ada dua cara untuk tergelincir.Satu tergelincir terus keluar dari landasan.Kedua,tergelincir secara perlahan-lahan sehingga pada satu tahap,kita tidak sedar kita sudah berada di luar landasan.

Kedua,mendengar MP3 yang didownload guna torrent.Saya rasa lebih 80% manusia di Bumi pada hari ini yang mendengar MP3 mendownloadnya secara tak sah di internet.Anda adalah sepoyo-poyo manusia jika anda menidakkan fakta ini.

Jadi,apabila disebut memuat turun secara tidak sah,apakah hukumnya?Tentulah sama dengan hukum mencuri barang orang lain,bukan?Dan,MP3 itu biasanya dikongsikan bersama rakan-rakan lain?Apakah hukumnya?Jika yang menyanyi itu pula perempuan yang menyanyikan dengan nada dan lirik yang menggoda,dan anda yang mendengar ini seorang lelaki,tanya diri anda,apakah hukumnya?Itu belum cerita hukum mendengar muzik secara berlebihan lagi (link).Apakah hukumnya?

Saya tidak mengatakan diri saya ini cukup suci sehinggakan tidak berbuat perkara-perkara di atas.Saya dengar juga lagu.Saya tengok juga movie kadang-kadang.Tapi,saya just nak kita fikir.Apa hukum perkara-perkara ini?Kerana kita manusia ini selalu lupa.Kadang-kadang,kita tidak sedar kerana terlalu lama sudah bergelumang dengan perkara-perkara ini.

Yang lain-lain itu sama jugalah.Macam bila kita ramai-ramai bersama rakan-rakan kita.Kita bergelak ketawa memanjang.Apakah signifikan gelak ketawa berlebihan kepada kita?Boleh gelak ketawa.Tapi,kalau sudah gelak ketawa itu menjadi rutin harian berjam-jam melebihi waktu kita serious,we've got a (big) problem here.

Sedangkan dalam Surah Al-'Asr ada menyebut kepentingan masa.Dalam erti kata lain,ayat ini melarang kita dari membuang masa melakukan perkara tidak berfaedah.

Pernah dengar Hadis yang menyebut "Jika kamu melihat/tahu apa yang Aku (Rasulullah) tahu,tentu kamu tidak ketawa,sebaliknya menangis panjang".

Betulkan saya jika Hadis di atas silap.

Tetapi,anda nampak flow dia kan?

Bukan bermaksud Islam tidak membolehkan hiburan.Bukan begitu.Hiburan itu boleh.Manusia memang memerlukan hiburan.Itu memang tabii manusia.Tapi,ada batasnya.Dan cuba lihat gaya hidup kita pada hari ini.

Seolah-olah perkara-perkara ini sahajalah pilihan bagi kita dalam mengisi masa lapang.

Tanya diri kita,apakah hukum melakukan perkara-perkara ini?

Dan tenung sedalam-dalamnya,apakah kita berada pada landasan yang benar?

Jika anda sudah tahu jawapannya,buatlah sesuatu untuk memperbetulkan keadaan.Kembalilah kita semua ke jalan yang benar.

Saya menulis artikel ini kerana saya pun baru sedar/nampak perkara-perkara ini sebentar tadi.Kiranya ini sebenarnya adalah peringatan untuk diri sendiri.Jika orang lain mendapat manfaat,Alhamdulillah.Kalau ada tersilap,tegurlah.Saya sentiasa menerima teguran daripada anda jika saya tersilap.Tetapi,jika anda tak setuju,tak payah nak emo.Rilek-rilek je.Kayh?

Apa-apapun,tepuk dada tanya selera.Orang Putih kata,"It's up to you,bebeh.".

In one beautiful hadith, The Prophet SAW says: “Islam began as something strange, and will revert to being strange as it began. So give glad tidings to the strangers.” Then the people asked, “Who are they (the strangers), O Messenger of Allah?” He answered, “Those who are pious and righteous when the people have become evil.” (Ahmad)

Among my ummah there will certainly be people who permit zina (adultery), silk, alcohol and musical instruments [Bukhari]

The Prophet Muhammad SAW said, “Whoever believes in Allah and the Last Day, let him not have a private audience with a woman without her mahram.” (Ahmad)

Majoriti tidak semestinya betul.Minoriti tidak semestinya salah.Rasulullah SAW pernah bersabda,"Berkatalah benar walaupun pahit".

Fikir-fikirkanlah.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Artikel di atas ditulis sebagai peringatan kepada diri sendiri.Hidup di zaman ini memang mencabar.Tetapi,cabaran ini semua hanyalah satu ujian bagi kita.


No comments:

Post a Comment