14.10.10

Santai : Warga Tua & Epal,Facebook (Lagi?),Dunia,Masa Dan Every Man For Himself.

Perhatian : Semua kisah ada kaitan antara satu sama lain.

Assalamualaikum.

Warga Tua & Epal

Petang tadi,saya balik dari campus menuju hostel menaiki tram.And then,perut lapar.Kerana musim sejuk telah tiba.Singgah sebentar di depan Pasaraya Копейка.

Di depan kedai,ternampak seorang Makcik Tua.Tua yang amat sangat.Disebut tua itu bukan untuk mengeji,sebaliknya supaya penceritaan menjadi jelas.

Makcik Tua sedang menjual sesuatu.Saya berlalu daripadanya begitu sahaja.Sempat berpaling ke belakang memandangnya sekali imbas.Terdetik perasaan kasihan.Timbul niat ingin menderma sesuatu kepadanya.

"Ah,tak payahlah".

Tiba-tiba teringat kisah Nabi Musa dan Iblis.Segera berpatah balik.

Bertanya kepada Makcik tentang apa yang dijual.

Dengan nada sedih mengatakan kepada saya dia menjual Epal.Ditenung oleh saya ke dalam kotak yang ada di tepinya.Epal memang ada.Tetapi sudah buruk dan busuk.

Makcik ini tentu sangat fakir.Dan miskin.Saya saspek Epal itu dikutipnya dari belakang Supermarket yang sedang saya tuju.Epal yang Orang-Orang Bandar (kononnya) seperti saya,awak dan engkau semua tidak makan.Tidak pandang pun.Malah dihina Epal itu.

Sebaliknya,Epal itulah yang menjadi Hero kepada Makcik ini.Menjadi harapan Makcik ini mencari makan.

Ditanya kepadanya, "Berapa rat (ratus) cik satu kilo epal ni?"

Murah sahaja.Amat murah.Tidak sanggup mengongsikan maklumat itu di sini.Sedih.

Saya meminta dua kilo Epal itu.Datang seorang lelaki (Suaminya mungkin).Sudah tua.Mata buta sebelah.Buta itu bukan sengaja ditulis.Bukan dengan niat menghina.Sebaliknya sekadar mahu menceritakan spesifikasi lelaki itu.

Dia mengeluarkan satu timbang.Bukan timbang.Neraca mungkin.Neraca yang pernah diguna di lab sekolah rendah.Astaga.Susah betul Makcik dan Pakcik ini.

Setelah mengambil Plastik Epal,beredar dari situ.

Masuk pula ke dalam Supermarket.Sambil memikirkan sesuatu.

Sesuatu yang berbunyi lebih kurang begini, "Tak malu ke kau semua dengan hidup camni?Sistem Hidup Kapitalis Selfish B**********".

Disusuli dengan perasaan syukur.Kerana adanya nikmat Islam.Islam yang mengajarkan kepada manusia bahawa "dalam setiap harta kamu,ada hak bagi orang lain".Alhamdulillah.What a beautiful way of life.

Facebook (Lagi?)

Bosan sungguh menulis tentang ini.Takpe.Takyah tulis.Share sudah.

Sumber Artikel : Time.Com

An American may have invented Facebook, but when it comes to social networking, we can't touch Malaysia.

A new study, conducted by the research firm TNS, interviewed 50,000 consumers in 46 countries to investigate their cyber-socializing habits. The results showed that where Malaysians have the most friends on their social networks, Japanese people have the fewest. In Malaysia the average number of digital friends is 233, closely followed by 231 in Brazil and 217 in Norway. This is compared to just 12 friends in Japan, and 68 in China. The results could suggest “a culture that embraces fewer but closer friendships,” said TNS's chief development officer Matthew Froggatt, reported the BBC.

However, as well as having most friends, Malaysians were also the heaviest users of social networking sites, spending a whopping nine hours per week on average communicating with their hoards of online friends. Russia came a close second, with its people spending an average 8.1 hours per week online, and Turkey third with 7.7 hours a week.

So, perhaps being cyber-sociable doesn't necessarily mean you're particularly sociable in real life.

Original Source : Here

Ini bukannya sesuatu yang boleh dibanggakan.Ini bukannya sesuatu yang main-main.

Ini sebenarnya menunjukkan kita (termasuk saya) semua ada masalah besar.Masalah kita adalah kita duduk depan komputer terlampau lama.Lame (English).Takde life.Bosan.Kalau duduk depan komputer membaca ke ape ke,takpe jugak.Tapi duduk depan komputer main Twitter,Facebook bla bla bla.

What a freak society we are.


Pesanan saya untuk semua rakyat Malaysia,terutamanya umat Islam,bukaklah kepala kita.Janganlah asyik duduk depan Facebook.Jangan asyik berdebat dalam Facebook pasal Islam,tapi Masjid still kosong.Jangan gebang letup cite pasal Islam kalau sembahyang Subuh kita semua masih tinggal.

Bukaklah mata kita.Berubahlah kita semua.Islam bukan satu benda main-main sekadar cakap depan komputer.Ianya cara hidup.Pergi ke luar.Go out.Take a look at real life.Jadilah umat Islam sebenar.Mulakan dakwah kita.Tapi jangan loyar buruk pulak bila baca ayat ni.

Entahlah.Apa-apa je la.Bosan nak nulis kalau orang suka buat loyar buruk.Ambik jernih,buang keruh.


Dunia

“Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (QS. Al-Hadid: 20)

Nampak?

Memang betul ayat ini.Cuba kita kaitkan dengan perkara di atas.Kita tertipu dengan Facebook semua sampai lupa pada dunia sebenar.Pada tanggungjawab sebenar kita diciptakan.Dan pada bla bla bla.

Masa

[1]
Demi Masa!
[2]
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
[3]
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.


Ini Surah Al-'Asr.

Sebenarnya hidup kita tidak lama.Makin lama makin pantas masa berlalu.Bukti?Tahun 2010 sahaja sudah masuk bulan 10 tanpa disedari.

Itulah maksud ayat ini.Masa itu satu perkara paling penting.Kerana masa takkan kembali apabila ia pergi.Jadi,apabila kita asyik duk buang masa,tup-tup ajal kita datang,dan kita tak sempat buat amal,rugilah kita.Betul,rugilah kita manusia.

Dan sememangnya manusia itu berada dalam kerugian.Seperti dalam ayat di atas.Kecuali orang yang?Fikir-fikirkanlah.

Every Man For Himself

Kita semua akan dihitung mengikut apa yang kita buat pada hari ini,semasa masih hidup.Bilakah waktu dihitung itu?Kelak.Di akhirat.

Kesimpulan Penulisan

Nak saya cakap juga ke?Takyah la kay.Anda buat kesimpulan sendiri.Ada benda tak perlu ditanya,ada benda tak perlu dicakap.Kita fikir guna kepala kita.Yang dikurniakan Allah.Mungkin kasar bunyinya.Tapi,anda fikir-fikirkanlah sendiri.

Maaf jika ada tersilap.Ambil jernih,buang keruh.Tidak suka?Tegur.Tetapi tidak perlu emo.Buang masa kita berdua sahaja nanti.

Sekian.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Hanyalah satu monolog untuk diri sendiri dan sesiapa yang berminat.


2 comments:

  1. Assalamualaikum..
    Saya nak share keypoints yg saya baca dari Majalah Solusi (Isu 24)..kebetulan kena plak dgn tajuk 'Masa' tu..
    kalau kita boleh tengok..umur umat Rasulullah SAW ni paling singkat berbanding umur umat2 terdahulu..puratanya dalam 50-63 tahun..sedangkan Rasulullah SAW pun wafat masa umur 63 tahun..jadinya tempoh kehidupan kita ni sangat singkat nak dibandingkan dengan kehidupan akhirat yang infinti (kekal abadi)..
    sebagai perbandingan, dalam al-Quran ada menyatakan 1 hari di akhirat = 1000 tahun di dunia..bayangkan kalau kita berjaya hidup dalam purata 63 tahun ni..diibaratkan cuma 11/2 jam je hidup kita di akhirat..singkat sangat kan?
    kita pun tak tau sampai bila hayat kita..boleh jadi kejap lagi/sejam lagi/esok/lusa/tulat..jadi gunalah masa pinjaman yang Allah bagi ni sebaik2nya..samada yg muda atau tua, jadikan umur kita ni sebagai modal untuk menyediakan bekalan menuju kehidupan abadi..pilihan di tangan masing2..
    Wallahu'alam..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum semua
    ini ada link untuk padam facebook

    http://www.facebook.com/help/contact.php?show_form=delete_account

    dan ini http://www.facebook.com/group.php?gid=16929680703

    ini semua permanent padam

    ReplyDelete