2.10.10

Sedikit Review : Tatu Ayat Kursi (Muslims,We've Got a Lot of Work To Do).

Assalamualaikum.

Pernah dengar tajuk-tajuk artikel seperti ini?Banyak bukan?Dan kebiasaannya kita pasti menyambutnya dengan emosi bukan?Tidak salah emosi,semua orang Islam mesti marah jika melihat perkara-perkara sebegini bukan?Tapi,bagaimana kita melahirkan kemarahan itu yang penting.

Sebenarnya,mengikut pendapat peribadi saya,saya merasakan,dari kita emosi tak tentu hala,baik kita fikirkan cara yang terbaik untuk memperbetulkan keadaan.Maknanya,baik kita berusaha memperbetulkan salah faham orang ramai terhadap Islam.Bukan setakat emosi buta sahaja.

Kiranya,kita janganlah setakat menjadi tin kosong yang bergegar apabila ditendang sahaja.Sebaliknya,jadilah seperti manusia yang berakal yang boleh mengeluarkan pendapat yang dapat membantu menyelesaikan masalah.Tentu anda pening membaca ayat ini.

Apa-apapun,saya baru membuka Pena Maya setelah sekian lama tidak membukanya.

Dan,di ruangan shoutbox di sebelah ini saya menerima jemputan daripada Blogger Feed Your Soul untuk mengkomen di tulisan terbaru beliau.Berkenaan isu Tatu inilah.

Jadi,oleh kerana saya agak sibuk untuk menulis penulisan sendiri setakat ini,saya salinkan apa yang saya komen kat blog Beliau sebentar tadi.

Anda boleh baca penulisan yang diulas itu di link ini.

Di bawah ini ulasan yang saya tulis di artikel itu.Selamat Membaca.Jika salah,sila betulkan.

Assalamualaikum Tuan Blog.

maafkan saya kerana agak lambat membalas komen.saya pada waktu sekarang ini mempunyai jadual yang agak padat.akibatnya,masa untuk berblog agak kurang.sebenarnya ada.tapi manusia.biasalah. manusia memang suka membazirkan waktu.

apa-apapun,pasal kes tattoo ini,sebelum saya bagi komen saya nak share satu kisah.

untuk pengetahuan tuan blog (mungkin tuan dah tau),saya tidak berada di Malaysia pada waktu ini.saya sedang belajar di negara lain.

saya nak share satu kisah yang saya alami dalam lebey kurang dua minggu lepas.

begini.sbaek turun dari bas,saya ternampak seorang bro tough bertatukan Allah (tulisan Arab) di lengan kanannya dan belah kiri saya tak sure tapi tulisan Arab juga.

dari sgi gaya,saya dapat simpulkan bro tu memang bukan orang Islam dan bukan juga "islam pada nama".

member saya sblh saya berkata "bla bla bla..bodoh bla bla bla..bangang bla bla bla"..

saya diam sekejap.dan sya mengeluarkan pernyataan yang lebey kurang sprti di bawah ini kepada kawan saya.

"cuba rilek jap.kita fikir dari perspektif luar.kita tngok dari perspektif mamat nih.biasanya orang buat tatoo sbb ape?sbb dia rasa cool kan.dia buat tatoo gambar tengkorak ke bendera union jack ke sbb dia rasa cool.dia rasa itu satu budaya.dari kes ni,mungkin dia rasa Islam tu adalah satu budaya yang macam ganas la..macam cool ..ye la.kita tngok dari perspektif dia.dia bukan tau pasal the real Islam.yang dia tau,apa yang dipropagandakan dalam media je.so apa yang dia tau tentang Islam adalah Islam tu agama yang mundur,pengganas dan sebagainya...lantas dia membuat tatoo camtu."

takde la skema camtu saya cakap.tapi tu sebab nak tulis.btw,u got the idea.dia buat tatoo tu sebab dia rasa islam tu satu budaya..

salah siapa?

jangan tuding menuding salahkan sesiapa.sebenarnya salah diri kita ada juga.

kenapa?

kita tidak menunjukkan kepada orang ramai apakah islam itu sebenar. memang lah media pon maen peranan burukkan nama islam,tapi umat Islam lah yang paling banyak memainkan peranan mencemarkan nama Islam...

let say media cakap Islam pengganas.orang bukan Islam mungkin tak percaya.tapi bila dia buka blog politik orang Melayu (ambil contoh) ,then dia tngok blog kita superimposedkan gambar pemimpin2 kita,dan tuduh pemimpin itulah,tuduh pemimpin inilah,memaki hamun sesama sendiri,orang bukan Islam akan segera mengatakan ayat ini "Oh,camnilah rupanya orang Islam.tak peliklah kalau ramai orang Islam tu pengganas dalam media,sebab orang Islam memang camni"...

betul atau tidak?

padahal dalam Islam ada cakap "selagi pemimpin tu tak mensyirikkan Allah dan tak meninggalkan solat (jika tidak silap saya) , taatilah dia."

tapi kita? bermaki-makian sesama sendiri.Politik tidak salah.Menegur tidak salah.tapi cuba fikir,adakah politik yang kita amalkan sekarang apa yang dianjurkan Islam?Dan adakah niat kita menegur itu ikhlas kerana Islam?Atau sekadar emosi?

kemudian kita pergi kat mat rempit dan bohsia pulak.

saya ada sekali drive from kl ke kampung halaman saya (masa saya balik cuti hari tu),pukul 1230 malam kot sampai.

tibe2,premm premm (bunyi moto kuat) lalu ramai2 tepi kereta.ingat moto superbike ke ape.laa..moto kecik je..sian.moto camtu pon nak bangga melebih2..

masing2 bawak bendera..tengok2 muka (walaupun malam,tapi ada lampu ,so nampak muka sape) budak melayu kita.

heh.buat malu.. cuba fikir dari perspektif orang bukan Islam.. apa dia akan fikir? dia akan fikir "OH INILAH ISLAM".. so sape salah?

KITA!

pernah dengar hadis "islam akhir zaman tu ramai umatnya,tapi lemah".. inilah buktinya.kita dah tak takut kan Allah.kita pentingkan nafsu.ilmu takde.sembahyang tinggal tu jangan cakaplah.ibarat rutin harian.

bab rempit tadi,cuba fikir,tngh2 malam camni,mane anak2 muda kaum lain?pernah ke kita pikir nape ramai anak melayu je tngh jalan malam2 buta camtu?memang ada anak muda kaum lain yang teruk,tapi itu sedikit.di tempat2 tertentu sahaja.anak kita?

saya bukan kisah pon melayu ke mat saleh ke ape.tapi bila kita sbut melayu,90% kita adalah Islam.aldo Islam pada nama,kita bawak imej Islam.dan salah satu cara dakwah berkesan,adalah ape? PERIBADI.

ada satu hadis yang menyebut kepentingan peribdi mulia ni.tapi tak ingat camne.itulah saya membuat kesimpulan peribadi ,orang Islam itu akan menjadi lebih teruk dari orang bukan Islam jika mereka meninggalkan ajaran Islam.kenapa?sebab kita dah tau hakikat.Hakikat Islam.jika tidak faham ayat ini tidak mengapa.nanti2 saya story.

btw ,nak type panjang lagi.tapi merujuk kepada post tuan blog,dapatlah kita simpulkan orang yang buat tattoo camni,sebab dia rasa Islam tu sekadar satu budaya Arab...dan dia rasa benda tu cool..so dia buat tattoo..

sape salah?

jangn tuding jari..sebaliknya, kita kembalilah ke Al-Quran.bukak selak Al-Quran tu..saya menulis ni sebagai peringatan kepada diri sndiri gak...

renung diri kita.jangan asyik salahkan orang laen.kita betulkan diri kita dan orang laen.memang susah.tapi jangan risau.Islam akan menang jugak akhirnya.persoalannya kita nak masuk grup yang menang ke yang rugi?

fikir2kanlah...
and btw ,Islam bukan satu budaya.Islam satu cara hidup.Islam ni satu cara hidup yang amat mulia diturunkan oleh Allah yang menciptakan sekalian alam kepada kita.

jangan tngok gambar ni sekadar satu gambar tattoo sahaja. jangan kita mengamuk mencarut2 melihat gambar ni.itu bukan cara Islam..Nabi SAW tak pernah ajar kita mencarut2 ..mereka ini orang yang jahil..memang lah kita panas..tapi kita kena kaji kenapa benda ini jadi begini..

semoga apa saya cuba sampaikan dapat difahami..

Assalamualaikum dan semoga kita semua dirahmati Allah.

p/s : good job u r doing here.kp it up.and btw,thanks for inviting me to read this article.

Saya tidak edit apa-apapun tulisan di atas (Ada sikit-sikitla.Takpe kan?).Jika salah,sila betulkan.Seriously.Kita manusia memang akan sentiasa tersilap.Kalau orang tu tersilap,tegurlah mereka.Jangan biarkan mereka lemas dalam kesilapan.Tapi,kalau dah tak reti-reti nak berubah,kita tak boleh buat apa-apalah.Sekadar mendoakan mereka sahajalah.

Dan sebenarnya,kita kena sedar,musuh Islam tidak akan berpuas hati dengan orang Islam (yang betul-betul mengikut ajaran Islam) selagi kita tidak menjadi seperti mereka (musuh Islam).So,jangan kita terlalu pelik jika mereka melakukan perkara-perkara seperti ini.Mereka memang sengaja mahu bikin kita panas.

Tapi,cara kita melawan mereka,kenalah betul.Bukan melalui carutan,makian.Islam ini cara hidup yang sesuai dengan fitrah manusia yang menyeru kepada kebahagiaan dunia akhirat.Fikir-fikirkanlah,okay?

Apa-apapun,itu sahaja dari saya buat masa ini.Sama-samalah kita kembali ke pangkal jalan.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


4 comments:

  1. Bila berlaku hal2 macam ni, teringat dengan ayat dari Ustaz Zaharuddin.."When someone declares war on you, hold your fire. The way to win in situations like this is to let the other fellow blow his stack, and then forget it." Maknanya kita tak perlu nak melenting tak tentu pasal sebab bila kita tunjuk satu jari kat orang, lagi 4 jari tu akan tertunjuk balik ke arah diri sendiri. Jadi fikir-fikirkanlah.

    ReplyDelete
  2. oh, tuan blog rupenye suke komen panjang-panjang..

    tapi takpe..

    untuk isu ni, u give a strong stand point..
    jangan pernah merasa takut..kerana orang beriman
    itu berani dalam menegakkan pendirian yang
    berdasarkan dalil yang sahih.

    tapi,tegelak tengok gambar kat last skali..haha~
    u will never be alone~

    ReplyDelete
  3. sokong ngn pendapat u tentang tatu ayat kursi tu .

    ReplyDelete