26.10.10

Siri U Olls 3 : Kembali Kepada Maha Pencipta (Bicara Santai Penulis - Artikel Mesti Baca).

Perhatian : Baca penulisan ini dalam nada santai.

Assalamualaikum.

Kembali lagi dalam Siri U Olls.Apakah Siri U Olls?

Siri U Olls adalah Siri yang ditulis oleh saya apabila saya malas menulis dengan format yang betul.

Objektif & Temanya pula lebih memfokuskan kepada kepentingan bersyukur dalam kehidupan seharian dengan mengajak Para Pembaca untuk kembali ke jalan Allah.Dalam setiap Siri U Olls ini,Insya-Allah akan dikongsikan contoh-contoh kisah benar untuk difikirkan kita bersama.

Selamat Membaca!

hye guys.i menulis lagi.

actually i malas menulis.entah.i pon tak tau kenapa.lately i lebih suka membaca dan mendengar.kiranya i lebih suka mencari ilmu.dari menulis tanpa ilmu.

sebab kalau kita asyik menulis pendapat kita je,tak boleh gak.akal manusia ada batas.ada benda kita tak nampak.benda yang tak nampak tu la yang kita kena rujuk Al-Quran dan Sunnah.

by the way,dalam artikel kali ni,nak menunjukkan betapa pemalasnya i,huruf besar pon i tak tulis.haha.except certain cases la.cam nama2 khas tu.

anyway,i janji u all,still ada valuable info for you guys if u guys keep reading.

recently,im reading a book entitled "The Ideal Muslim".

buku ni salah satu tajuk dari tajuk yang i kongsi dengan u olls aritu.

gua cakap lu bai.buku ni bagus.betul.tau nape i cakap camtu.

meh i petik salah satu ayat dalam buku tu.ayat tu berbunyi "many Muslims are often overzealous in some matters but negligent in others.

or in malay maksudnya banyak orang islam hari ni yang melebih-lebih dalam satu perkara.tapi dalam sesetengah perkara mereka abaikan benda tu.

betul kan?

tu la realiti kita kebanyakan hari ni.

i pikir-pikir balik aah la.betul.

cuba tengok kita.ada antara kita melebih-lebih dalam (sebagai contoh) kes couple je.kita kate couple tu haram and so on so on.tapi benda laen?kita abaikan.

then ada sesetengah kita pergi masjid setiap hari.tapi kebersihan diri?kita tak jaga.muka berserabai.rambut kusut.baju busuk.

padahal Nabi SAW amat marah kalau kita kotor.ni ada beberapa hadis tentang kebersihan i nak kongsi.tapi dalam english la.i taknak translate.haha.tau nape?sebab i taknak tersilap tafsir.

Aishah RA narrated that the Prophet SAW "never woke up from sleeping at any time of day or night without cleaning his teeth with a siwak before perfoming wudu'".

The Messenger of Allah SAW was in the mosque,when a man with unkempt hair and an untidy beard came in.The Prophet SAW pointed to him,as if indicating that to him that he should tidy up his hair and beard.The man went and did so,then returned.The Prophet SAW said ,'Is this not better than that any one of you should come with unkempt hair,looking like the Shaytan?'

The Prophet SAW said: 'It is the duty of every Muslim to take a bath (at least) once every seven days,and to wash his head and body' (Bukhari and Muslim)

yang atas ni kan,mungkin anda cam tak caye kan.mesti anda pikir "eh ada ke orang tak mandi sampai 7 hari?".haha.ada!

sejak saya duduk eropah ni,saya buat kesimpulan memang manusia ni kalau takde agama (atau tinggalkan Islam),kotor.

kalau kita tak ikut jalan Islam,kotorlah kita.ramai je antara orang kat tempat saya belajar ni bau busuk cam bangkai.bukan nak ngate.tapi tu la realiti.dan saya pernah dengar,sebelum Islam datang,ada orang taknak mandi.sebab dia rasa air leh rosakkan kulit dia.kotor kan?

ish-ish.tapi inilah bukti Islam tu panduan hidup untuk manusia oleh Allah SWT yang disampaikan melalui Rasulullah SAW.

betapa mulianya Islam.tapi still,ramai dari kita tak mendalami Islam.

kita maen amek sikit part ni,sikit part tu.amek part yang kita suka je tentang islam.yang kita tak suka?kita abaikan.kalau benda tu haram,tapi kita suka buat benda tu,so kita abaikan.

contoh?kita semayang sume.kita setuju arak tu haram.tapi bila tibe orang cakap rokok tu haram,kita tak setuju.kenapa?sebab kita ikut nafsu.

tu la maksud "nowadays,many Muslims are often overzealous in some matters but negligent in others".

haih.

salah satu sebab i malas nak tulis blog bukan ape.i penat la duduk dengan computer.i tak rasa ni life yang sebenar.bukannya i tak bersyukur.tapi cara hidup zaman sekarang ni pelik.

kalau kita keluar pon,kita tangkap gambar,last2 masuk dalam Facebook.kira hidup kita hari ni basically dalam komputer.



ni satu video about public lecture oleh sape entah i tak tau.tapi best.dia cakap silap sistem pendidikan kita hari ni.tengok la.

by the way,i harap,lepas i abis belajar kat sini,i dapat kerja yang tak amek masa i waktu malam.so malam tu i nak gi belajar.timba ilmu.

bukan melalui pc baca blog je.i nak belajar secara live.dalam dunia sebenar.i nak rasa nikmat belajar tuntut ilmu.

maybe u all cakap i skema la ape la kan.ni sebenarnya bukan artikel rintihan hati.haha.tidak sama sekali.tapi ni nak cite bukti hidup zaman sekarang.yang pelik.

u all kalau u all ada kat tempat i ni baru u all faham kot.

sedih tau belajar tanpa merasai nikmat faham sesuatu ilmu tu.u all cuba usaha.tapi u all tak faham.

haih.

tapi i percaya benda ni ada hikmah.benda ni buat i makin dekat dengan Allah.percayalah.

i baca satu artikel kat blog ni baru-baru ni tajuk tak ingat.tapi pasal jangan merungut.haha.

betul doe.cuba bayangkan orang laen before kita nak merungut.at least kau ada rumah.orang laen?at least kau ada anak.orang laen?at least kau ada tangan?Orang laen?

ha.gitu die.

sebenarnya semua ni ada hikmah.tu la salah satu bukti kebesaran Allah.setiap manusia ada jalan hidup yang tersendiri.SubhanAllah.

balik pada cite tentang impian seorang anak muda (i le tu,sape lagi) yang nak menyertai kelas malam mencari ilmu tadi.

u all tau kan ketenangan hati sebenar kita boleh capai melalui Islam (kembali kepada Allah) sahaja bukan?

i setuju.cuba tengok cara hidup kita hari ini.aldo ada iphone,htc,bla bla bla,tapi still hati kita tak tenang?

kenapa?sebab itu bukan fitrah kita.itu hanya luaran.

bila kita kembali kepada Allah,baru hati kita tenang.

sebenarnya,kita kat dunia ni cam pengembara je.tak lebih dari tu.so buatla bersederhana.tapi bukan jadi loser.jangan loyar buruk.

tapi,buat la sederhana.tau nape kita ni pengembara?sebab kita tumpang kat dunia ni kejap sangat.dunia ni hanya sekadar tempoh percubaan/exam untuk kita.result dia kat akhirat sana.

so takde guna kalau kita melebih-lebih,tapi untuk akhirat yang abadi,kita tak prepare.

kat akhirat tu,kalau masuk neraka,forever tau.kalau masuk syurga pulak forever.ish taknak la masuk neraka.

ya,semua orang taknak masuk neraka.tapi apa kita buat untuk menyokong pernyataan tu?

cuba lihat keliling kita.buka mata.cuba ambil masa berundur dari 'kehidupan' anda sekarang.anda tengok,ini ke benda yang anda betul2 nak.

ada kisah Nabi SAW berbunyi "Nabi SAW mencapai kepuasan/ketenangan sebenar hanya melalui solat".betulkan i kalau i silap tentang kisah ni.

tapi betul u oll.ambik contoh mudah.cuba U Olls bangun malam.gosok gigi,amek air smyg.pasang lampu malap je la.gelap nice gak.haha.up to u.

then u oll smyg dua rakaat.u oll zikir.mintak ampun kat Allah.sure hati u oll tenang.

u oll nak tau tak.ada kisah seorang saudara baru masuk islam.then 1st time dia smyg kat masjid,orang laen dah abis smyg,dia tak bangun2 dari sujud.

orang ingat dia mati ke pengsan.haha.orang tolak2.tngok dia menangis.orang tanye dia "nape?"

dia cakap "tak pernah aku rasa nikmat sebegini (sujud)".

ni nak menunjukkan betapa fitrah kita ni seorang hamba.sujud kepada Allah,Tuhan yang Maha Esa.Pencipta langit dan bumi.

U oll fikir la benda ni.

selalu bila i nak merungut-rungut,i pikir tentang diri i.aldo takde benda2 mewah ke,i bersyukur.tak kisah takde benda laen.tapi Allah still bagi hidayah-Nya pada i.Alhamdulillah.

sebenarnya benda tu la yang paling penting untuk kita.yang buatkan kita jadi manusia sempurna.

bila ada hidayah,aldo takde duit,kita tak menipu.kenapa?sebab kita tau bila kita menipu,kita akan disoal perbuatan kita ni di akhirat kelak.

tapi bila kita takde hidayah,takde duit sikit kita ngamuk.marah2 takdir la ape la.padahal kita tak paham itu semua dugaan.

u oll,salah satu cara nak dapat hidayah adalah ape?

doa.mohon pada Allah.selain tu,baca Al-Quran.kalau kita baca Al-Quran dan fahami maksudnya,nescaya insya-Allah lembut hati kita.

tapi kita kena ingat.Hidayah tu milik Allah.Allah bagi hidayah (petunjuk) kat sape yang Dia nak.dan Dia sesatkan sapa yang dia nak.

tapi kita kena ingat jugak.Allah itu Maha Adil.Dan Allah itu Maha Penyayang.

fahamkan betul-betul ayat ni..

i sedih jugak bila tengok zaman kita hari ni.

ilmu agama hanya dipelajari seminggu sekali.ilmu agama kena dipelajari dalam suasana formal.

padahal istilah agama tu tak wujud.Islam bukan agama.Sebaliknya Islam itu cara hidup.Hidup kitalah Islam.Faham?

tapi kita pada hari ini,kita asingkan Islam dari hidup seharian kita.Islam tu cuma berlaku di surau lepas smyg maghrib.pada waktu kuliah maghrib..

ish.teruk betul hidup kita.

tapi saudara-saudaraku.

ingatlah.

janganlah kita hanyut dalam dunia hari ni.memang dunia hari ni susah.sebab kesesatan banyak sangat berlaku.

sebaliknya,kita kenalah kuat.berdoa kepada Allah.kita kuatkan dalam kepala otak kita bahawa kalau kita buat dosa skang,hidup ni tak lame,ti dalam kubur nyesal tak berlagu la kita.

u oll pernah dengar hadis yang berbunyi "Puasa itu perisai".

betul.

kalau cam u oll rasa gile meroyan sangat nafsu kan,cuba u oll puasa.dalam puasa tu banyakkan istifar.

insya-Allah tenang hati u oll.

i pon selalu gak alpa.bila tengok iklan hp mahal2.nak gak beli.haha.tu sebagai contoh la.

tapi buat ape?

ape pekdahnya?

baek i simpan duit tu bantu pada orang yang memerlukan.jangan self-centered sangat.

haih.

apa-apapun,bukalah mata anda.kalau tak dapat buka mata,pergilah mengembara.sebab bila kita mengembara,kita punya pandangan lain.kita nampak benda yang biasa kita nampak sebagai lain.

contoh?biasanya kita meluat tengok orang mintak sedekah.tapi cuba kalau kita tengah bermusafir 3 hari ke dari kl-johor misalnya balik kampung.

then ada budak kecik mintak duit kat kita kat RnR plaza kat plus highway.mesti kita terfikir,siannya dia ni.aku ni hidup selesa,tapi taknak tolong dia.

haaa.kan?

tu sebab dalam Quran suruh kita bermusafir.

tapi cara hidup kita hari ni menyebabkan kita tak dapat buat camtu.haaa.kita sebagai manusia yang dikurniakan akal,kenalah fikir camne nak berubah.kita sebenarnya ada jalan untuk berubah.kita je tak nampak.

kalau rasa tak dapat gak berubah,cuba baca Quran.Quran tu la sumber rujukan ilmu terbesar.kenapa?sebab ianya adalah Kalam (kata-kata) Allah,Pencipta Langit dan Bumi.

Dia Maha Mengetahui.

so bacalah kat situ.



atas ni video orang tua 85 tahun.umur dia 85 baru dia masuk Islam.MasyAllah.

dia bagi nasihat pada hujung video ni pada penonton bila ditanya kenapa dia masuk Islam.dia cakap "dia nak berada pada pihak yang benar,menang pada hari akhirat nanti.dia taknak jadi orang yang rugi.dia taknak bersama pihak yang salah".

haaa.sama-samalah kita fikirkan.adakah kita sekarang berada di pihak yang benar.Pihak yang benar itu hanya ada satu.iaitu Islam.

okaylah.i dah penat.i rasa dah cukup untuk hari ni.u oll boleh baca sini untuk bacaan lanjut.artikel pasal seorang DR masuk Islam.ni ada video dia berucap.jangan kisah sangat masa habis untuk baca artikel i ni.ilmu kot.haha.dari u oll dok tengok tv melopong benda yang tak bijak tu,baek baca ni kan?

okay.sekian.

sorry ayat berterabur.tak paham tanye i.kalau salah betulkan.niat i tulis ni bukan nak riak okay.tak guna riak.riak tu penghapus amal.i tulis just nak bermonolog.nasihat diri.jangan salah sangka.dan jangan suka buruk sangka.

"Part of the excellence of a man's Islam is that he leaves what does not concern him." (Muwatta)

i berundur dulu.adios bebeh .astalavista bebeh.see u soon bebeh.

P/S : Serious lega i bila dah tulis artikel ni.cam satu muhasabah diri je.haha.

Sekian untuk kali ini.

Semoga mendapat manfaat.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


1 comment:

  1. salam,

    umar, akak mesti senyum lebarnyelah baca ayat2 monolog ni. haha.

    bermaklumat n terhibur.

    thanks utk tazkirah n ilmu yang dikongsi.

    jzk..

    ReplyDelete