29.10.10

Sungguh,Mendengar Bacaan Al-Quran Itu Dapat Menenangkan Jiwa. (Perkongsian)

Assalamualaikum.

Entri kali ini saya tidak bercadang untuk menulis.Sebaliknya,saya ingin berkongsi dengan anda semua satu video bacaan Al-Quran Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Baqarah.Walau bagaimanapun,bacaan Surah Al-Baqarah hanya sehingga ayat 141.Sambungan video itu anda boleh tonton di Youtube di link ini.

Kenapa saya berkongsikan video ini?Kerana bacaan Al-Quran ini sebenarnya jika kita dengar dapat menenangkan jiwa kita.Mendengarnya juga boleh mendatangkan pahala jika niat kerana Allah SWT.

Bayangkan.Betapa indahnya.Itu baru dengar,sudah dapat pahala.Belum membaca dan memahami maksudnya lagi.SubhanAllah.

Selamat Menonton!

Al-Quran: Juz' 1 [Al Fatiha 1-Al Baqarah 141]



Tafsir Surah Al-Fatihah [Ayat 1-7]

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
"

Itu sahaja dari saya.Semoga kita semua dirahmati Allah.Kembalilah kita ke pangkal jalan.Penuhi hidup kita dengan perkara bermanfaat yang dapat membantu kita di akhirat kelak.Kurangkan perkara-sia-sia.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Anda dijemput membaca penulisan saya sebelum ini jika mempunyai masa terluang.


2 comments:

  1. benar...al-Quran terdapat segala maklumat yang kita perlukan. disitulah kunci kejayaan Islam.

    Bacalah al-Quran walau hanya satu baris. :)

    Entry Terbaru :
    Pintu Taubat itu sentiasa terbuka, InsyaAllah!
    Apa lagi yang baru kat Nuffnang ni?

    ReplyDelete