30.10.10

Teknoloji : Lima Lagi Video Ceramah/Syarahan Islamik Youtube Terbaik Pilihan Pena Maya.

Assalamualaikum.

Apa khabar anda semua?Bagaimanakah iman anda pada hari ini?Bagaimanakah masa anda dihabiskan pada hari ini?Banyak lagha atau banyak bermanfaat?Banyak yang dimurkai Allah atau banyak yang diredhai Allah?

Jangan biarkan soalan-soalan itu tinggal menjadi soalan retorik biasa sahaja.Sebaliknya,jawab soalan itu dengan jujur.

Tanya diri anda,"Adakah aku menjalani hidup dengan cara yang betul dan diredhai Allah?"

Ketahuilah anda.Hidup di dunia ini sementara sahaja.Hidup di dunia ini sebenarnya hanyalah satu perjalanan singkat.Satu perjalanan mencari redha Ilahi sebagai persiapan menuju abadi.

Ambillah sekadar mana yang perlu sebagai bekalan untuk kita meneruskan perjalanan ini.

Apa-apapun,sebenarnya saya pada hari ini bercadang hendak menulis satu entri sambungan bagi artikel Pelaburan Akhirat.Tetapi,oleh kerana banyak sangat halangan dan rintangan dari petang tadi sampai malam ini,saya pun terpaksa menukar plan.

Kalau nak diikutkan memang ada masa sebenarnya,tapi biasalah.Manusia.Mudah sangat leka.

Untuk penulisan ini,saya sekadar mahu mengongsikan dengan anda Lima Video Islamik Terbaik Youtube Pilihan Pena Maya.

Seperti yang anda tahu (atau mungkin tidak tahu),sebelum ini saya sudah mengongsikan Lima Video.Anda boleh melihat senarai video-video itu di link ini.

Kepada pelajar-pelajar yang berada di luar negara (khususnya) dan anda semua yang berada di Malaysia (amnya),sila tonton video-video di bawah ini.Ambillah kesempatan daripada kemudahan internet berkelajuan tinggi yang anda nikmati untuk menonton dan mendengar sedikit ilmu dari video-video ini.

Pasti ada yang berbunyi begini,"Ala,30 minit ke video ni?Lama gila.".Saya tidak mahu komen apa-apa tentang pernyataan itu.Tetapi cuba renungkan ayat anda itu.Renungkan sedalam-dalamnya.Sudah renung?Nice.

Dan bagi anda yang mahu memuat-turun video-video di bawah ini (download),tetapi tidak tahu bagaimanakah caranya,jangan risau.Anda boleh klik link ini untuk mengetahui Cara Bagaimana Mendownload Video Dari Laman Web Youtube.

Selamat Menonton!

Are You Living A Dream?Isn't It Time You Woke Up? (TheDeenShow)



Is Your iTunes Full Of Music Or Quran?DUNYA DUNYA On TheDeenShow



Why A Former Buddhist Christian Accepted Islam? (TheDeenShow)



Are You Sick Of Religion? - Dr. Laurence B. Brown - (TheDeenShow)



Ghuraba (Stranger) - Khalid Yasin


Itulah dia perkongsian dari saya untuk kali ini.

Semoga anda semua mendapat manfaat.

Carilah ilmu sementara masih ada kesempatan.Kerana kita ini sebenarnya hidup ibarat seperti berjalan di atas eskalator.Hanya one way.Jika kita berhenti berjalan,eskalator itu tetap bergerak.

Sama jugalah dengan hidup kita.Masa tetap bergerak walaupun semasa kita tidur dan leka.

Ingatlah.Janganlah kita menjadi manusia yang rugi.

Sekian dari saya untuk kali ini.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


4 comments:

  1. TQ Sdara Umar kerana perkongsian ini. Sangat menyedihkan bila di dunia hanya bercakap tentang dunia.Islam sangat Indah. Jiwa perlu pengisian. Bila hidup tidak ikut Islam, nafsu jadi ikutan. Benda haram sikit saja kalau nak dibandingkan dengan yg halal. Jangan buat yang haram. Islam itu mudah.

    ReplyDelete
  2. Salam Umar....lama xdngar habaq...Mantap ASIS ni... aku mencari2 ceramah agama yang sama lebih kurang video `jangan bersedih` dari Dr MAZA...ada tak ko nak suggest pe2? kalau boleh bahasa melayu?

    ReplyDelete
  3. yo mantap.walaikumsalam.
    aku khabar baik.baru kuar spital..haha.
    baru sampai umah ni.kay2 ti aku roger kau.
    ada je insya-Allah..
    ti aku bagitau kau..

    ReplyDelete
  4. mantap bro.
    aku try contact kau ikut blog.
    tapi takde pon link blog kau bro.
    so aku letak sini ah
    bro
    ceramah melayu aku tak tau sangat ah.
    tapi kau leh tngok video ni

    http://www.youtube.com/watch?v=vauKI2zO-TE

    orang cakap dr asri ni wahabi
    orang cakap la
    orang - mereka suka berkata tanpa fakta.

    tapi apa yang aku tengok
    dr asri ni banyak pandangan dia betul
    cuma agak kritikal bagi sape yang tak dapat terima kritikan

    maybe sebab orang melayu kita nye sikap camtu kot.hehe.

    tapi tak semua dia cakap betul.itu norma kehidupan.itu pasal tidak boleh taklid buta.kena dengar,dan kaji.

    bukan tidak dengar,terus bangkang.

    tapi tidak boleh juga dengar dan ikut follow bulat2.

    sebab mereka manusia.boleh lakukan kesilapan.

    okay.

    ape2 roger aku
    or better untuk video lebih lanjut usha akaun youtube aku

    http://youtube.com/penamaya

    aku balik summer ni.

    kalau ape2 ti roger ah aku.leh lepak same.
    turun uia kuantan okay gak.
    aku baru col adib baru ni.dia cakap dia ada jmpe kau.

    assalamualaikum.

    p/s : entah kau baca entah tak ni.haha.

    ReplyDelete