11.11.10

Al-Marari - Bersyukur Kepada Allah,Berterima Kasih Kepada Manusia. (Penulisan Ringkas)

Perhatian : Penulisan ini sepatutnya dipublish 24 Jam yang lepas (yakni semalam) dengan tajuk Mengeksploitasi Segala Kemungkinan Dan Peluang Dalam Berdakwah.Tetapi atas sebab-sebab tertentu (faktor internet) yang tidak dapat dielakkan,penerbitan penulisan ini dibawa kepada hari ini dengan tajuk Al-Marari.Jadi,jika ditulis hari ini,sila baca ayat itu sebagai "semalam".

Assalamualaikum.

Petang ini saya ada jamuan makan malam di Kedutaan Besar Malaysia cawangan Russia.

Yeay!Eh silap.Alhamdulillah.Nampak simple.Tapi itulah hakikat.Ramai dalam kalangan kita bila mendapat sesuatu berita gembira,meloncat tak hengat dunia.Terus lupa Allah.

Tapi bila susah,tak kiralah kita ni manusia yang macam mana pun,automatic menadah tangan kepada Tuhan.

Tidak percaya?Contohnya,bila seorang Atheist berada dalam keadaan yang amat menakutkan beliau,secara automatik dia akan berkata,"Oh God!Help me!"

Haaa.Inilah bukti memang fitrah manusia itu percaya kepada Allah.Perlukan Allah.Tapi,disebabkan ego,ramai menjadi derhaka.

Sebenarnya saya tulis sepintas lalu sahaja.Sementara menunggu waktu Maghrib.Oh ya.Di sini sudah musim sejuk.Waktu Maghrib hari ini masuk Pukul 4.28 Petang.Kagum tak?Isyak Pukul 5.28.

Sebenarnya jangan kagum sangat.Tetapi ucaplah SubhanAllah.Itulah bukti kekuasaan Allah.

Kalau ikut the-so-called-big-bang-theory dan teori-teori sains lain,selalu mereka mengatakan seolah-olah alam sekitar ini terjadi dengan sendiri.They always tell us "It's all mother nature".

Sedangkan hendak mengatakan meja di hadapan kita sekarang ini terjadi dengan sendiri pon mustahil,inikan pula mereka hendak menyatakan alam sekitar ini tercipta sendiri.

Duh.Adakah logik badan kita yang setiap selnya adalah sangat complicated terevolusi dengan sendiri?Sehingga ke hari ini,dengan kemajuan yang ada sampai hari ini,manusia masih gagal hatta untuk membuat satu sel hidup.Sila rujuk video di bawah ini.

SubhanAllah.Inilah bukti kekuasaan Allah.Inilah bukti bagi orang yang berfikir.Insaflah kita.

Mereka sebenarnya salah.Dan mereka sebenarnya adalah termasuk dalam orang yang menidakkan kenyataan.Kenapa bila perkara lain kita gunakan akal?Tetapi,apabila timbul soal perkara sebegini,kita menidakkan akal kita?Apa-apapun mesti diingatkan juga,akal kita ada batasnya.

Hurm.Itulah namanya orang yang gelap mata hatinya.Video di bawah ini ada menerangkan tentang kejadian alam ini dari pandangan Sains dan Islam.Tengok ya.


Bla bla bla.Itu sahaja untuk kali ini.

Oh ya.Ada satu ayat (saya tidak ingat ianya dari sumber mana) yang berbunyi "Cara dakwah yang terbaik adalah melalui peribadi Muslim yang baik".Dan malangnya,ramai daripada kita gagal untuk merealisasikan ayat ini menjadi kenyataan pada hari ini.

Sama-samalah kita fikirkan.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Hendak menegur orang yang lebih tua perlu ada etika dan cara yang sopan.Bukan main taram sahaja brother.Mereka juga ada ego mereka.Tetapi,jika diapproach menggunakan teknik sesuai,idea anda pasti diterima.

P/P/S : Respect others.Having some sort of knowledge doesn't mean you can act and brag like some kind of ...


2 comments:

  1. gua setujU! nak berdakwah diri sndrik pn kne baek!~

    ReplyDelete
  2. "Cara dakwah yang terbaik adalah melalui peribadi Muslim yang baik"
    ::suka ayat ni:: sangat sangat sangat stuju..

    ReplyDelete