13.11.10

Bersihkanlahatimu (Monolog)

Assalamualaikum.

tenangkan hati
pandang ke langit
tatap wajahmu di cermin
adakah ini hidup yang kau mahu
berbunuh-bunuh
bergaduh-gaduh
bermaki-maki

bersihkanlah hatimu
sampai bila kita mahu hidup begini
sampaikanlah kepada mereka peringatan ini
tetapi abaikan sahaja mereka jika mereka mengabaikan kita
kerana Petunjuk itu milik-Nya

apa yang kita mampu buat
hanya mencuba
dan sucikanlah hati
biarkan sahaja mereka
dengan kata dusta mereka
biarkan sahaja mereka
terus menabur fitnah

yang penting
kita
sebagai hamba-Nya
sucikanlah hati
belajarlah memaafkan
usah difikir apa yang dibuat mereka kepada kita
usah terlalu difikir mereka itu atau mereka ini
bersihkan sahaja hatimu
kerana memaafkan itu lebih baik
tidakkah engkau mahu dosa-dosamu dimaafkan oleh-Nya?

jadi
belajarlah memaafkan
hidup ini tidak lama
apa guna simpan dendam kemarahan untuk dunia yang kejap ini
apa guna engkau menggelar dirimu Pemuda Contoh
jika engkau gagal dalam mengurus amarah
jangan sebab dendam ini kita merana
rugilah kita nanti

fikir-fikirkanlah wahai anak muda


"This world is but a moment,so make it a moment of obedience". [Abū ʿAbdullāh Muhammad Ibn Idrīs Al-Shafiʿī]

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


No comments:

Post a Comment