14.11.10

Buta,Down Syndrome & Kasih Sayang Ibu Bapa - Satu Kisah Pengajaran Dari Dalam Gerabak.

Assalamualaikum.

Tadi,saya menaiki tram menuju ke campus.

Seorang lelaki awal 30-an masuk ke dalam tram selepas saya.Dia kemudian berjalan menuju saya.

Saya agak pelik juga mula-mulanya.Tiba-tiba,tangannya ditarik seorang lelaki yang lebih tua.Lelaki kedua ini berusia pada kiraan saya dalam awal pertengahan 60-an.

"Oh,bapak dia ke.Tapi,asal bapak dia layan macam budak kecik?"

Saya melihat kembali wajah lelaki pertama tadi.Jelaslah bahawa Beliau ini adalah orang kurang upaya.Saya rasa Beliau ada Down Syndrome (Sila ambil perhatian : Teori saya tidak semestinya betul).

Saya bukan menghina Beliau apabila mengatakan tentang Down Syndrome,tapi supaya anda faham jalan cerita sahaja.

Sampai perhentian seterusnya,mereka berdua turun.Si Bapa menarik Si Anak keluar dari Tram.

Keluar-keluar sahaja tram,Si Anak meloncat-loncat kegembiraan.Hati saya sedih.Kerana sepanjang perjalanan,Si Anak asyik bercakap seorang diri.Si Bapa tidak menunjukkan sedikit pun rasa malu apabila orang lain melihat anaknya berkelakuan sebegitu rupa.Tetapi,ada raut sedih terpancar di wajahnya.

Insaf sekejap.

Sampai di kelas,di dalam kelas fikiran khayal sebentar.Berfikir hendak membeli itu dan ini.Tidak pernah bersyukur dengan apa yang ada.

Tamat kelas,di dalam perjalanan pulang menaiki Metro,ternampak seorang budak lelaki yang saya agak berusia 5 tahun duduk di atas pangkuan Ibunya.

Budak ini mengangkat-angkat keningnya.Saya pada mulanya menyangka budak ini sedang tidur.Apabila ditenung kembali,baru saya sedar.Budak lelaki ini cacat penglihatannya.

Izinkan saya membuat satu emoticon. :( .

Okay dah,sambung balik cerita.

Ibunya kemudian menegurnya yang sedang dari tadi bermain dengan lidahnya (menjelir-jelirkan).

Budak kecil ini kemudian memarahi (emo,standard budak la) Ibunya.Ibunya terdiam.

Saya rasa Ibunya terdiam bukan kerana berkecil hati dengan perbuatan anaknya itu.Tetapi sebaliknya,saya rasa Ibunya bimbang akan masa depan anaknya and so on so on.

Kisah yang kedua ini memang betul-betul menyebabkan saya sedar betapa perlunya kita manusia untuk bersyukur dengan segala apa yang kita ada.

Dan,kita mestilah sentiasa meringankan tangan untuk membantu orang yang kurang berkemampuan.

Kasihan mereka-mereka ini.

Sebenarnya,ada satu lagi kesimpulan yang saya dapat dari kisah-kisah yang saya lalui sepanjang hari ini.

Kesimpulan itu adalah tentang Kasih Sayang Ibu Bapa.

Ya.Anak-anak semua (termasuklah diri kita semua),sedarlah.Betapa kasihnya Ibu Bapa kepada kita semua.

Lihatlah dalam Kisah Pertama (Down Syndrome) di atas.Walaupun sudah tua,Pakcik itu masih lagi memimpin dan melayan anaknya dengan kesabaran.Masih lagi membawa anaknya itu yang sebenarnya sudah berusia ke sana ke mari.Memimpin tangannya dengan kasih sayang.

Kemudian di dalam Kisah Kedua (Buta) di atas,Si Ibu tidak menghiraukan pandangan orang lain yang asyik melihat anaknya dengan penuh kepelikan.Sebaliknya,Si Ibu terus-menerus memeluk anaknya dengan penuh kasih sayang tanpa henti sepanjang perjalanan.

Kita bandingkan pula dengan layanan daripada kebanyakan anak-anak kepada Ibu Bapa mereka apabila Ibu Bapa mereka masuk usia tua.

Kebanyakan dari kita malu untuk membawa Ibu Bapa kita berjalan-jalan di Shopping Complex.Kebanyakan dari kita juga malu apabila Ibu Bapa kita bertanyakan kepada kita soalan-soalan yang mereka tidak tahu tentang zaman kini di khalayak ramai.

Fikirkan kembali perbuatan kita ini.Dan bandingkan dengan kisah di atas.

Cuba fikir,adakah Ibu Bapa kita malu dengan kita semasa kita kecil?Adakah Ibu Bapa kita marahkan kita apabila kita pecahkan pinggan kesayangan mereka ketika kita masih kecil?

Tidak.Memang mereka marah.Tetapi,marah kerana hendak mendidik kita.Bukan kerana sayangkan pinggan itu.

Tetapi,kita?Hendak berkorban RM 10 untuk menelefon Ibu Bapa di Malaysia pun sudah berkira.

Anak jenis apakah kita ini?

Kemudian,ada juga yang baru setahun menjaga Ibu Bapa mereka yang sudah Tua dan Nyanyuk,sudah mengadu itu dan ini.Fikirkan kembali.Adakah Ibu Bapa kita meminta balasan daripada kita untuk apa yang mereka telah lakukan untuk kita selama ini?

Padahal,mereka menjaga kita selama 20 Tahun pertama hidup kita dengan penuh kasih sayang.Mereka mengorbankan waktu muda mereka semata-mata untuk membesarkan kita.Yalah.Kadang-kadang mereka tentu hendak buat itu dan ini,tapi oleh kerana kita inginkan sesuatu,mereka mengalah dan memberikan tumpuan kepada kita.Nampak tak?Ini sebenarnya pengorbanan yang amat besar.

Dan sebab itulah Islam meletakkan kedudukan Ibu Bapa pada kedudukan yang amat tinggi.Tidak seperti Budaya Barat/Sekular pada hari ini yang menyaksikan anak-anak muda meninggalkan Ibu Bapa mereka tanpa dibantu apa-apa yang patut.

Sedarlah Tuan-Puan.Jika anda seorang hamba Allah yang beriman,ketahuilah anda bahawa menjaga hubungan baik dengan Ibu Bapa itu antara salah satu perkara yang terbesar di dalam Islam.

"worship Allah,and join not any partners with Him;and do good - to parents..." [Quran 4:36]

"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." [Quran 17:23-24]

"Abdullah ibn Mas'ud RA said "I asked the Prophet SAW,'Which deed is most liked by Allah?' He said,'Prayer offered on time.' I asked him,'Then what?' He said, 'Kindness and respect towards parents.' I asked him, 'Then what?' He said,'Jihad for the sake of Allah SWT.'" [Bukhari And Muslim]

A man came and asked the Prophet SAW for permission to participate in Jihad.He asked him,"Are your parents alive?" He said,"Yes",so the Prophet SAW told him: "So perform Jihad by taking care of them." [Bukhari and Muslim]

The Messenger of Allah SAW asked us three times, 'Shall I tell you the greatest sins?' We said, 'Yes,O Messenger Of Allah (SAW).' He said: 'Associating partners with Allah SWT and disobeying one's parents.'" [Bukhari and Muslim]

Respecting Parents - Nouman Ali Khan


SubhanAllah.Lihatlah betapa Islam menyuruh kita menjadi anak yang baik.Kerana kemurkaan Allah itu terletak pada kemurkaan Ibu Bapa.

Renung-renungkanlah.Berubahlah sementara masih sempat.

Banyak yang boleh ditulis tentang perkara ini.Tetapi,ucapan yang panjang dan tulisan membakar api sekalipun tidak berguna jika kita masih lagi enggan berubah.

Fikir-fikirkanlah.Ambil yang jernih,buang yang keruh.Jika ada salah silap di dalam penulisan ini,sila tegur dengan berhemah.

Semoga Allah SWT mengampunkan dosa kita semua.Amin.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


1 comment:

  1. setuju dgn ko!

    memang anak2 suka lupa jasa ibu bapaa.
    parent2 tak penah lupa kita, tak penh nk malu kita nak dia or pape....

    my rumet, malu nak ngaku mak dia tuh mak dia sebb mak dia bertudung labuh, diaa.. on-off! sedih aku tgok. kalo mk dia dtg seboleh2 nak soh blah cepat. hermmm.

    ReplyDelete