25.11.10

Hidayah - Nikmat Kurniaan Paling Berharga Untuk Kita Dari Yang Maha Esa.

Kita mulakan penulisan/pembacaan kita dengan nama Allah yang Maha Pemurah,lagi Maha Penyayang.Dia Tuhan Sekalian Alam.Tiada Tuhan Melainkan Allah.Nabi Muhammad SAW itu Pesuruh Allah.

Assalamualaikum.

Apa khabar anda semua?Sihat?

Sudah lama juga saya tidak menulis panjang di sini.Dalam masa seminggu ini,hanya beberapa penulisan pendek sahaja yang saya sempat tulis.

Memang benar.Masa itu memang pantas berlalu meninggalkan kita.Hanya orang yang beriman sahajalah yang betul-betul mampu memanfaatkan masanya untuk kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.

Kerana di dalam Al-Quran sudah dinyatakan,

Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya. [25:72]

Sekarang sudah musim sejuk.Apabila disebut musim sejuk,ini bermakna,sampai April/Mei depanlah bandar tempat saya belajar ini akan bergelap tiada pancaran matahari yang menjelma hanya untuk sekali-sekala sahaja.

Beberapa hari ini,semasa dalam perjalanan pulang ke rumah,menaiki tram,sempat saya mengelamun sebentar tentang banyak perkara.

Saya perhatikan sekeliling.Wajah orang-orang yang berada di dalam tram itu.Tetapi,kalau yang perempuan tidak bolehlah usha lama.Berdosa.Alihkan pandangan anda secepat mungkin.

Memang tidak dinafikan,wanita-wanita di sini,serious cakap,lawa-lawa beb!Saya cakap macam ini kerana saya juga lelaki normal.Tambah-tambah pula,umur tengah muda.Faham-faham sahajalah.

Tetapi,sesungguhnya itu sememangnya satu ujian sahaja.Ingatlah.Apa guna kita kaum lelaki hidup mengejar wanita sahaja?

Tidak ke mana kita kalau hidup hanya memikir bagaimana hendak mendapatkan wanita.Ini kerana,wanita yang lawa bersepah-sepah.Lepas dapat satu yang lawa,sure nak lagi.

Betul.Kalau kita hidup ikut nafsu,tak ke mana kita.Kerana nafsu hanya akan tamat bila kita mati.Selagi tak mati,nafsu akan sentiasa tidak puas.

Itulah indahnya ajaran Islam bilamana Rasulullah SAW mengajarkan kita supaya menundukkan/mengalihkan pandangan apabila terlihat aurat wanita/lelaki yang bukan mahram.

Di dalam Al-Quran ada juga dinyatakan perkara ini.Saya tidak ingat ayat mana.Tetapi,memang ada.Anda boleh cari sendiri.


Berbalik kepada cerita saya tadi.

Jadi,ketika memandang-mandang manusia-manusia di dalam tram ini,saya terfikir sesuatu.

Adakah ini sahaja matlamat hidup kita?Adakah dunia ini yang kita kejarkan?Adakah sampai sini sahaja perjalanan kita?Adakah hidup kita hanya sekadar "lahir-sekolah-campus-universiti-kerja-ulang-alik-sampai-mati"?

Tentunya tidak.

Berada di negara yang majoriti penduduknya bukan beragama Islam,semakin jelas saya dapat melihat perkara ini.

Perkara di mana manusia hidup seakan hilang tujuan.Lost without direction.

Dan Alhamdulillah.Syukur tidak terhingga kepada Allah SWT kerana mengurniakan saya hidayah-Nya.Alhamdulillah.

Ketahuilah kita,nikmat terbesar Allah kepada kita sebenarnya bukanlah harta etc etc.Nikmat terbesar Allah SWT kepada kita adalah petunjuk ke arah kebenaran atau yang mana kita sebut sebagai Hidayah.

Allah berhak memberikan Hidayah-Nya kepada sesiapa yang Dia mahukan,dan Dia juga berhak tidak memberi Hidayah-Nya kepada sesiapa yang Dia tetapkan.

Apabila mempunyai Hidayah,kita akan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.Walaupun kita (sebagai contoh) menjadi muflis,tetapi dengan adanya Hidayah,kita tidak terus tertekan sehingga menjadi gila.

Sebaliknya,kita (yang mendapat Hidayah Allah) akan sabar dan bertenang serta bersyukur.Kerana ktia tahu,Hidup Dunia ini bukan matlamat akhir kita.Mungkin kemuflisan kita ini akan mendekatkan kita kepada Allah SWT dan akhirnya membawa kebaikan kepada kita.

Perkara ini juga termasuk dalam contoh-contoh lain.Seperti kebakaran,kematian etc etc.

Jadi,ketika berfikir-fikir tentang perkara-perkara ini,tram sampai ke destinasi yang dituju saya.

Turun dari tram,saya dapat melihat Makcik-Makcik yang sudah berumur 70 tahun ke atas yang masih lagi menjual sayur-sayur untuk mencari pendapatan harian.Padahal,cuaca sejuk di luar.Kasihan.

Keadaan ini pasti tidak berlaku jika Islam diamalkan sepenuhnya oleh kita semua.Kerana Islam mengajar prinsip kesamaan dan keserdehanaan.Tidak seperti Sistem Kapitalis buatan manusia etc etc yang menyaksikan satu pihak kaya melampau dan satu pihak miskin menjunam.

Sesungguhnya,kita patut bersyukur kerana dianugerahkan Allah anugerah paling bermakna ini,Hidayah-Nya.

Jadi,sebagai seorang yang mendapat Hidayah Allah,kita orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat perlulah menyebarkan Islam (berdakwah) dengan menunjukkan contoh yang baik dan sebagainya.

Jangan fikirkan pujian dari manusia.Carilah Redha Ilahi.Ikhlaskan hati.Mungkin kelihatan usaha kita seperti tiada hasil,tetapi berusahalah.Percayalah,Allah itu Maha Adil.Dia akan membalas setiap perbuatan kita hatta yang sekecil zarah sekalipun.

Insya-Allah,satu hari nanti,Islam akan bangkit kembali.Tetapi,bukan dengan retorik semata.Bukan juga dengan ucapan berapi sahaja.Sebaliknya,Islam yang benar-benar Islam.Bukan sekadar nama.

Ketika itu,Islam akan mentadbir kembali.Itu janji Allah,kemenangan bersama dengan orang yang beriman kepada-Nya.

Yakinlah kita.

Teringat satu cerita yang saya baca semalam,

Rasulullah SAW pernah ditanya sahabat,"Bilakah hari Kiamat?"

Lalu dijawab Baginda SAW dengan menanyakan persoalan, "Apa persiapan engkau menghadapi hari Kiamat?"

Fikir-fikirkanlah.Tujuan saya menceritakan pengalaman saya di tempat orang ini bukan untuk riak atau show off etc etc,sebaliknya untuk memberikan gambaran kepada anda,apa akan berlaku jika manusia meninggalkan Islam.

Itulah jadinya.Hidup berpaksikan dunia semata.Hidup tiada arah.

Saya doakan supaya Allah SWT memberikan petunjuk dan Hidayah-Nya kepada semua orang yang mencari kebenaran dan petunjuk-Nya.Amin.


Sekian coretan daripada saya buat kali ini.Semoga Allah merahmati usaha saya ini.Dan semoga blog ini tidak menjadi punca yang menyebabkan saya riak.Semoga usaha saya ini dapat membantu saya di akhirat kelak.Berdoalah juga kita supaya usaha kita mencari ilmu (dengan membaca penulisan-penulisan seperti ini) dirahmati Allah dan menjadikan kita semakin dekat dengan-Nya.Amin.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


1 comment:

  1. betul2..
    hidayah tu kita kena jaga.
    thanks for the reminder.

    ReplyDelete