28.11.10

Hidup Ini Satu Kembara Untuk Mencari Redha Ilahi.Jadi,Bersabarlah Menempuhinya.

Assalamualaikum.

jika kau ada masa lapang,
manfaatkanlah.

jika ingin berbuat kebaikan,
segerakanlah.

jika ada salah faham,
maafkanlah.

jika ada yang terkasar bahasa,
bertolak ansurlah.

jika hati tidak pernah puas,
belajarlah untuk bersyukur.

jika ada yang mencabar kemarahan,
diam dan berlalu pergi sahajalah.

jika ada harta yang lebih,
bersedekahlah.

jika ternampak mereka yang malang samada kenal atau tidak,
cubalah untuk membantu mereka.

jika ibu bapa membebel dan sebagainya,
bersabar dan teruslah menghormati mereka.

jika terlihat perkara sia-sia,
janganlah sertainya.

jika si jahil bertanya sesuatu,
jawablah dengan hikmah dan kesabaran.

jika sedang bergaul,
ingatlah bahawa sentiasa ada batasnya.

jika tiada ilmu,
carilah.

jika ternampak si jelita,
alihkanlah pandangan mata.

jika ada majlis ilmu,
sertailah.

jika belum sembahyang,
janganlah melengahkannya.

jika gila meghoyan nafsumu,
berpuasalah.

kenapa?
kerana redha Ilahi itulah yang dicari.

Seungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk.

Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.
[98:7-8]


3 comments:

  1. Bagus banget perkongsian ini. Jemput datang meriahkan blog mama ya.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum,terkesan dgn entry ini
    terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete