20.11.10

The Importance Of Being Able To Know And Speak English Fluently,And What's It Got To Do With Our Dawah (Propagation).

Assalamualaikum.

Kali ini saya mahu menulis santai.Menulis sambil bersantai.Tetapi,tidaklah santai seperti bayu di pantai.Santai yang,eh-eh beritmalah ayat I.

Menjadi tak lawak bodoh pembuka bicara saya?Kepada anda yang masih tidak faham lawak bodoh di atas,knock-knock,cuba fikir sikit.Jangan lampi (lambat pick-up) sangat.

Living in this age of time,where the current state of the world is showing us the massive stage of wide-spreading immorality,I guess,it must be a really challenging time for a good believer (Muslim) out there.

That's it.Haha.I've completed my first-proper-long English sentence in a few decades.Okay.Maybe years.But,the point here is,it's been a long time since I last wrote and crapping in English.And darn.My grammar and vocabs is getting duh.


Okay.Maafkan saya.Sebenarnya saya sengaja mahu menulis di dalam Bahasa Inggeris kembali.Saja-saja berlatih kembali.Yalah.Sejak berada di perantauan,di negara orang yang tidak menggunakan Bahasa Inggeris as a medium of communication,ternyata Bahasa Inggeris saya semakin hari semakin sampah.Tidaklah sampah sangat.Tapi,you get the point right?

Ada betul juga peribahasa yang menyatakan "Latih Tubi Membawa Jaya" jika difikirkan kembali.

Jadi,kepada para Ibu Bapa (atau Politician) yang masih lagi mahu menafikan kepentingan Bahasa Inggeris dalam realiti semasa zaman ini,there's only one word for you,"Eh?".

Apakah kepentingan Bahasa Inggeris dalam masa kini?Mari saya ceritakan kepada anda secara ringkas dari perspektif Pandangan Seorang Belia (huh?) zaman ini.Saya juga akan cuba mengaitkan semua point ini dari sudut pandangan Islamik (Islamic Point Of View).

1) Kepentingan Dari Sudut Ilmu.

Pada zaman ini,hampir 80% dari Ilmu dunia ditulis dalam Bahasa Inggeris.Ini bukan fakta,cuma anggaran saya.Tapi saya yakin,angka sebenar menyamai anggaran saya ini.

Jika kita tidak menguasai Bahasa Inggeris,for sure kita akan rugi.

Contoh mudah?

Cuba pergi ke page Wikipedia untuk artikel AIDS.Bandingkan kualiti info untuk AIDS yang ditulis dalam Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu.

Ibarat langit dan bumi,bukan banyaknya?

Jadi,jika ada cadangan daripada Ibu Bapa/Government yang hendak membawa kita ke belakang kembali dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai Medium Pembelajaran Untuk Sains Dan Matematik,maaf,anda silap besar.Saya bercakap ini di atas kapasiti seorang Lulusan SPM yang dahulunya menggunakan Bahasa Melayu Sebagai Medium Pembelajaran Untuk Sains Dan Matematik di sekolah.

Tindakan anda hanya akan memusnahkan institusi ilmu tempatan.Ini kerana anda hanya berfikir takat SPM.Anda hanya berfikir supaya anak anda lepas (lulus) SPM sahaja.Habis tu,lepas SPM?Adakah tujuan anda menghantar anak anda ke sekolah untuk lepas SPM sahaja atau mencari ilmu?Jika sekadar lulus SPM sahaja,tahniahlah.Kerana anda berjaya.Saya sudah melihat dan berjumpa dengan ramai orang yang lulus SPM dengan cemerlang,tetapi kemahiran hidup,sosial dan tahap berdikari mereka?Maaf,amat lemah.

Dan elok juga diingatkan,Bahasa Inggeris Komunikasi dengan Bahasa Inggeris Ilmu (baik saintifik mahupun general knowledge) adalah dua perkara berbeza.Seriously.Keadaan ini juga berlaku dalam Bahasa-Bahasa lain di seluruh dunia.

So,kalau kita nak anak-anak kita menjadi seorang anak yang berilmu,ajarlah mereka Bahasa Inggeris.The idea of losing your identity or the so-called Jati Diri when you are getting good in English is rubbish,not pleasing,below par and totally unacceptable at all.

Berapa ramai anak muda yang tidak pandai bahasa Inggeris tetapi berjaya menjadi tupai yang merosakkan anak dara orang?Jawab.

Jati Diri dan Identity itu sebenarnya,keduanya berkait rapat dengan akhlak seseorang.Dan bagaimana hendak menjadi seorang yang berakhlak mulia?Melalui Islam.Dan dari sini bolehlah dibuat kesimpulan bahawa punca utama kebanyakan anak-anak muda kita berakhlak sampah pada hari ini adalah kerana kita meninggalkan Islam.Bukan kerana English.Okay?

Dan Islam tidak pernah melarang kita mempelajari English.Kenapa?Ini kerana mempelajari English itu adalah satu ilmu.Dan Islam amat-amat menuntut kita mencari ilmu.Ini kerana seorang manusia yang tiada ilmu itu amatlah teruk keadaannya.Dan satu soalan untuk anda,apakah ayat Al-Quran pertama diturunkan kepada Rasulullah SAW?Anyone please?

Ada juga satu kisah,di mana Nabi Muhammad SAW menyuruh seorang sahabat mempelajari Bahasa Yahudi,kerana mahu berurusan dengan mereka.Sila betulkan jika saya ada silap cerita mengenai kisah ini,tetapi rasanya betul dah.

Tapi,the point here is the importance of mastering other languages.Islam amat menuntut perkara ini.Jadi,jika kita tidak mahu menguasai Bahasa lain,kita ini tergolong dalam orang yang zalim pada diri sendirilah.Kerana menguasai bahasa asing itu adalah sama maksudnya dengan membuka pintu kepada banyak gudang ilmu yang lain.

Baiklah.Itu point yang pertama.Point kedua?Here it is,di bawah ini.

2) Kepentingan Dari Sudut Dakwah.

Sebenarnya,jika kita ada ilmu bahasa,kita akan dapat mengenal bangsa yang lain.Kita akan mengetahui apa budaya sesuatu bangsa itu.Jadi mudahlah kita ingin berdakwah menyebarkan Islam,mengajar mereka tentang kalimah Lailahaillallah.

Bayangkan jika orang Arab/Islam terdahulu tidak tahu Bahasa lain,atau vice versa,for surelah Islam tidak tersebar.

Bukankah begitu?Allah sendiri menyatakan bahawa Dia menjadikan manusia itu berbeza-beza supaya kita saling mengenali.Bukan memusuhi.Ingat tu.Islam tak ajar kita jadi racist.Amat pelik bila ramai orang Islam hari ni jadi racist.

Learning English atau bahasa lain juga boleh menambahkan keyakinan diri kepada kita.

Selain itu,kita boleh memperbetulkan salah faham orang lain terhadap Islam.Jika kita pandai sesuatu Bahasa,kita boleh memperbetulkan salah faham mereka.Contohnya,jika anda reti Bahasa Russia,anda boleh betulkan salah faham kawan Russia tentang Islam.

Secara tidak langsung anda punya communication skill pon boleh bertambah.Nampak flow dia?Don't bother too much about the grammar.Grammar benda simple.Yang penting orang faham apa kita nak sampaikan.Kalau fikir grammar je,sampai bila-bilalah perbualan antara manusia dengan manusia tidak terjadi.Bukan?

Mereka sebenarnya faham kalau kita (golongan yang bukan native language English etc) cakap bahasa mereka dengan tidak fasih.Standard la tu.Buangkan perasaan malu anda.

Yang penting,kita dapat sebarkan Islam bila kita tahu English atau bahasa lain.Kan?Ingat,berdakwah itu satu kewajiban untuk setiap yang bernama Islam.Jika bukan kita,siapa lagi?Tidak perlu ucapan berapi,sekadar ayat pendek pon sudah cukup.Paling senang adalah peribadi yang baik.Tetapi,kenapa mahu guna cara yang paling senang ketika kita boleh menggunakan cara yang lebih mantap?Kemudahan belajar Bahasa ada di sekeliling kita pada hari ini.Jangan jadi useless sangat.Jangan jadi pemalas dan selesa sangat dengan dunia fantasi lululala Facebook anda setiap hari.

Apa guna main Facebook etc etc,tetapi anda tidak faham satu benda pon dalam kontrak Terms & Conditions FB yang anda tick "I Agree" dulu.

Itu sahaja untuk kali ini.FYI,saya sudah mahu tidur tadi.Sengaja tulis-tulis ayat dalam draft.Haha.Tiba-tiba idea datang banyak.Tulis sahajalah.So,sudah 1230 Malam,dan saya sudah mengantuk,jadi...

Assalamualaikum,Selamat Malam & Selamat Beramal.


1 comment:

  1. assalamualaikum
    mempelajari dan menguasai banyak bahasa sebenarnya sutau kelebihan,insyaAllah

    ReplyDelete