4.11.10

Indahnya Iman,Indahnya Islam (2) : Road To Hajj/Islam In China (Must Read Article)

Perhatian : Penulisan ini menggunakan bahasa pasar dan ditulis dalam masa yang singkat.Jadi kemungkinan salah ejaan yang melampau untuk berlaku adalah tinggi.Harap maaf di atas kesulitan yang melanda.

Assalamualaikum.

Sebenarnya,saya ingin menulis topik lain pula pada hari ini.Tapi,dengan izin Allah baru sebentar tadi,saya menonton Siri Road To Hajj - China pula.Jadi,saya ingin kongsikan video itu di sini.Penulisan lain kita tolak tepi dahulu,okay?

Jika hari semalam saya mengongsikan dengan anda Siri Road To Hajj - Japan,hari ini anda dipelawa menonton Siri Road To Hajj - China.

Sebelum menonton video-video itu,saya ingin menyatakan sebab-sebab kenapa saya menulis sambungan Siri ini.

1) Seperti biasa,memang touching video-video ni.Saya sebak.Sebab video ni mengingatkan saya kepada Arwah Atok saya yang meninggal lepas balik dari menunaikan Haji dua tahun lepas.Tahun 2008.

Jarang kan saya tulis pasal benda personal.So,ni mungkin antara perkara yang jarang tu la.

Pesanan terakhir Beliau kepada saya,semasa Beliau call saya dari Mekah adalah,"Belajar betul-betul.Bukan belajar dapat ijazah je.Tapi 'belajar'.Tak guna kalau kereta besor,rumah besor,tapi perangai buruk,sembahyang ko tinggal".

Saya kemudian mengatakan kepada Beliau (masa tu saya masih buat Program Persediaan Bahasa) bahawa saya akan fly ke tempat saya belajar sekarang ini sekitar pertengahan tahun 2008.Beliau berkata,"Atok tak pergi hantor ko (ke airport) pon takpe.Yang penting kau tu.Atuk kalau ko suka,Atok pon suka la".

(Hati saya sebak tak terhingga.So tak dapat sambung ayat seterusnyalah okay.Biar saya sorang je tau apa Beliau cakap kat saya lepas tu.Tapi benda tu amat bermakna untuk saya).

Lepas Beliau pulang dari Mekah,beberapa hari kemudian,Beliau meninggal.Saya semasa itu berada di Kuala Lumpur.Tidak dapat pulang ke kampung halaman di selatan Tanah Air.

Jadi,oleh kerana video ini ada sorang Pakcik Tua yang mengingatkan saya kepada Arwah Atok saya,maka saya sharelah video ini.Semoga Allah mengampuni dosa Atuk.Amin.

2) Yang kedua,saya sharekan kerana video ini banyak pengajaran.

- Orang Islam di China tidak dapat subsidi untuk pergi Haji.Mereka menyimpan duit sendiri.Ada yang simpan duit sepanjang hidup dan pergi masa sudah tua.SubhanAllah.Bersyukurlah kita di Malaysia kerana banyak kemudahan (Tabung Haji) etc etc.

- Gembira saya bila menonton video ini.Satu hari nanti,kalau ada rezeki,panjang umur,saya punye target (insya-Allah) saya nak jalan-jalan tempat dalam video ni.Nak bawak Ibu Bapa saya.Dengan anak serta Isteri sekali (harap dah kawen la masa tu,pleaseee).Haha.Nak jumpa diorang (Saudara-Saudara Islam di China) ni.Dalam Quran kan cakap,manusia diciptakan berbeza-beza ada tujuan.Supaya kita berkenal-kenalan.

- Ada kisah seorang Orang Tua dalam video ni.Dia dah tua.Tapi dia tulis Terjemahan Quran dalam Bahasa Cina guna tangan bai.Bukan type guna computer.Tapi tangan!Setahun baru siap satu copy.Memang saya kagum.

- Saya tulis video ini juga kerana saya agak busy sejak akhir-akhir ini.So,saya tulis artikel macam ni lagi bagus.Tulis,tulis tulis.20 minit dah siap.Tada.Kan?

- Banyak lagi la kisah pengajaran dalam video ini.Anda tontonlah.

Itulah sebab-sebab kenapa saya menyambung Siri Road To Hajj ini.

Di bawah ini disertakan video-video itu.

Selamat Menonton!




Semoga mendapat manfaat.

Untuk menonton Siri Road To Hajj - Japan,sila klik link ini.

Itu sahaja untuk kali ini.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Macam-macamlah kerenah manusia ini.Tidak pernah bersyukur.


1 comment:

  1. Kalau tengok dokumentari berkenaan haji atau umrah ni memang boleh menitiskan air mata..touching giler beb..semoga dapat sampai ke sana..insyaAllah..

    ReplyDelete