3.11.10

Indahnya Iman,Indahnya Islam (1) : Road To Hajj/Islam In Japan (Must Read Article)

Perhatian : Penulisan ini menggunakan bahasa pasar dan ditulis dalam masa yang singkat.Jadi kemungkinan salah ejaan yang melampau untuk berlaku adalah tinggi.Harap maaf di atas kesulitan yang melanda.

Assalamualaikum.

Sebelum apa-apa,saya ingin mengongsikan dua video.Kedua-dua video ini bersambungan.Setiap satu video mengambil masa tayangan selama 10 minit.




Video-video ini mengisahkan tentang perjuangan umat Islam di Jepun menegakkan syiar Islam.

Saya syorkan yang amat sangat anda tonton video ini.Touching bai.Memang insaf la.

Basically,ada tiga kisah dalam video ini.Mari saya kongsikan bersama anda sinopsis ringkas ketiga-tiga kisah ini.

Kisah Pertama

Mengisahkan seorang anak muda dari Jepun yang merupakan anak tunggal kepada sepasang suami isteri.Memeluk Islam di awal 20-an.

Semasa baru memeluk Islam,ada orang cakap kat dia,"susah kalau orang baru masuk Islam nak beribadat penuh".Tapi dia fikir,kenapa dia nak tangguh sedangkan dia dah jadi orang Islam.Dia merasakan ibadat-ibadat fardhu itu semua wajib dilakukan.

Ha.Cuba lihat dia punya cakap tu.Fikir-fikirkan.Kita memang patut malu dengan diri sendiri.

Point menarik dari kisah ini adalah apabila anak muda ini,sanggup berhenti kerja,semata-mata untuk menunaikan fardhu haji di Mekah.

Kenapa dia berhenti kerja?Kerana budaya kerja di Jepun yang tidak mengizinkan.Jika dia bekerja makan gaji sepenuh masa,dia tidak dapat pergi Haji kerana majikannya tidak memberi kebenaran.Lalu,dia mengambil keputusan berhenti kerja.Dan pergi ke Mekah.

Nampak simple,tapi ini sebenarnya soal iman.Sepatutnya kita semua,cuba fikir,kenapa mereka ini sanggup membuat begini.Kenapa ramai orang Islam yang sanggup berkorban harta dan nyawa di jalan Allah?

Ha.Inilah suatu perkara yang mesti difikirkan yang akhirnya akan membawa kita kepada kebenaran.Sebenarnya perkara-perkara inilah yang sering membuatkan orang yang belum memeluk Islam tertarik untuk mengkaji tentang Islam yang akhirnya jika diizinkan Allah,mereka memeluk Islam.

Kisah Kedua

Ada seorang mamat ni.Dulu dia otai besar la.Bertatu semua.Masuk dancing competition.Kira cam hot gak la.Cam watak cite jepun.Yakuza semua kot.Then,ada satu hari tu,lepas masuk pertandingan dancing,dia jumpe seorang syeikh.Di tengah jalan.Dia bagi satu kertas.Dalam tu tulisan Jepun + English.Tapi ada nama Allah SWT dengan Nabi Muhammad SAW.Dia cam (recognize) dua nama ni although tak tau pasal Islam.

Lepas kaji kaji Islam,beberapa tahun kemudian,dia masuk Islam.Sekarang ni,dia dah tinggalkan hidup lama dia,dia komited dengan Islam.Ada dalam video tunjuk dia bukak surau,then jadi imam,ngaji sume.

SubhanAllah.Kita yang Islam dari kecik ni pon nak jadi Imam ramai yang malu-malu kambing (?).Then bila ada orang yang dulu jahat,then cuba berubah,ramai dari kita sering lemahkan semangat orang tu.Tapi lihat mamat ni.Sekarang dia berubah betul.

Pengajaran kat sini banyak.Satu hidayah tu milik Allah.Allah boleh bagi bile-bile je.Bayangkanla.Mamat ni tengah menari-nari.Tibe-tibe jumpe sorang syeikh.SubhanAllah.

Then yang kedua,mamat ni sanggup tinggalkan dunia semata-mata nak peluk Islam.Ni lah bukti kebenaran dan ketenangan Islam.

Then,mamat ni dalam video ada tunjuk tangan dia.Tak tanggal lagi tatu.Maybe sebab banyak sangat kot.Maybe boleh memudaratkan.Saya tak sure.Tapi korang boleh baca sini.

Kisah Ketiga

Pasal mamat Egypt.Tapi duduk Jepun.Dah jadi warga negara dah pun.Dah kawen dengan minah Jepun.Satu benda yang menarik ayat dia adalah "Saya risau apa bakal berlaku dengan anak saya.Mustahil untuk saya bawak dia balik ke Egypt.Saya nak dia membesar dengan Islam.Tapi Jepun bukan negara Islam.

So,saya fikir,kenapa saya tak bawak Islam ke Jepun (Dakwah)".

Ha.Ini lagi satu benda kita kena fikir.Serious kita kena contohi perangai mamat ni.Then dia bukak syarikat haji untuk orang Jepun pergi Mekah.Dia buat sorang-sorang je kerja ni (travel agent).Cuba lihat semangat dia.Memanglah mereka-mereka ini masih ada kesalahan mereka lakukan.Tapi,adatlah manusia.Yang penting,kita kena sentiasa kembali ke pangkal jalan.

Banyak lagi cerita.Anda tonton la video ni.Serious kena tonton.Wajib.Sebab video ni ringkas je.Orang Malaysia (merujuk kepada kelajuan internet) boleh tengok.

Itu sahaja dari saya.

Saya hendak tulis panjang-panjang.Tapi,ada tanggungjawab lain yang perlu dilaksanakan menyebabkan niat terbatal.Sekali lagi,saya ingatkan anda,tontonlah video-video di atas.

Bayangkan,walaupun mereka berada dalam negara yang penuh dengan perkara-perkara tidak bermoral,mereka ini tetap berusaha menegakkan Islam.Fikir-fikirkanlah.Dan bandingkan dengan diri kita.Semoga dengan menonton video-video ini memberikan kita pengajaran.Supaya kita berfikir dan bermuhasabah diri.

Dan semoga mereka dan kita terus kukuh imannya.Dan semoga Allah merahmati perjuangan kita semua.Amin.Ingatlah.Allah akan mempermudahkan urusan kita jika kita bertakwa kepada-Nya.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Tanggungjawab kita sebenarnya amat besar,but still,kita main-main. (Link)


1 comment:

  1. Subhanallah...touching giler bai..mmg nak nangis tgk video ni...apa yg pasti Islam mmg utk semua..
    saya cuma nak share pengalaman..ape yg Abdullah Taki-san tu cerita perasaan dia masa mula nak sampai kat Jeddah dalam part 2 video tu saya juga rasa macam tu jugak..walaupun tak sampai lagi kat Madinah atau Makkah tapi sekali kapal terbang dah selamat landing kat bumi Jeddah..memang automatik rasa terharu tu akan datang dengan sendirinya...

    ReplyDelete