29.11.10

Kerana Setiap Saat,Setiap Detik Akan Dipersoal - Kepentingan Majlis Ilmu & Berdakwah.

Assalamualaikum.

Tajuk penulisan kali ini saya ambil dari Blogger Profile Ahmad Bin Abdullah.

Ya,ya.Saya tahu.Saya memang seorang stalker yang hebat.Tetapi,yang ironinya,saya benci distalk oleh orang lain.Kenapa?Kerana ianya menakutkan.Pelik,bukan?Suka stalk kehidupan orang,tapi benci distalk.Hurm.Itulah manusia.

Jadi,nasihat saya kepada anda semua,dalam zaman di mana anda boleh melihat kehidupan peribadi orang lain pada bila-bila masa ini,janganlah suka stalk pasal orang lain jika anda tidak mahu distalk.Respeklah privacy orang lain.Tolong.Dalam Islam,ada menyebut tentang perkara ini.Anda boleh baca di sini.

Stalk yang dimaksudkan di sini bukan bermaksud mengambil tahu untuk caring atau apa.Tetapi,anda "stalk".Haha.If you know what I mean.

Ianya sangat menakutkan apabila ada orang yang anda tidak kenal di luar sana,sibuk hendak mengetahui tentang hidup anda.Menggoogle nickname anda,tempat belajar anda berserta nama penuh anda and so on.Come on guys.Get a life.Pfft.

Dan kepada Para Gadis di luar sana,ada satu nasihat juga kepada anda.Jangan terlalu mudah untuk menjadi mesra dengan lelaki-lelaki yang bertebaran di Internet.

Jangan mudah percaya dengan lelaki yang anda kenal di Internet.Jangan meletakkan sebarang maklumat peribadi di Internet,gambar-gambar comel anda and so on.

Sounds creepy,but trust me,lelaki-lelaki di luar sana sememangnya creep-creep belaka.

Saya lihat ramai perempuan yang tidak sedar perkara ini.Tetapi,percayalah cakap saya ini.Adakah anda mahu gambar anda ditonton oleh lelaki secara beramai-ramai di Internet?Sedangkan dalam dunia realiti anda hendak cakap dengan lelaki pun anda segan.

Jadi,dalam dunia yang penuh dengan fitnah ini,pandai-pandailah anda menjaga diri sendiri.Jangan mudah meluahkan perasaan anda kepada orang yang anda tidak kenali.

Okay,that's it.Cut that crap.

Untuk pengetahuan anda,itu hanyalah pendahuluan bagi penulisan kali ini.Haha.Panjang bukan?Jom teruskan pembacaan anda.

Petang tadi,saya (Alhamdulillah dengan izin Allah) bersama rakan-rakan lain telah menghadiri satu Program Ilmu Islamik.Kira macam Islamic talk la.Ianya dianjurkan oleh Badan Islam para pelajar di sini.

Sebenarnya,Majlis-Majlis Ilmu seperti ini banyak kebaikan.Mari saya ceritakan satu kisah yang saya telah baca tidak lama dahulu.Saya tidak ingat siapakah watak di dalam cerita itu,jika anda ingat,sila nyatakan di ruangan komen okay?

Kisahnya berbunyi lebih kurang begini.Pada suatu masa,seorang Tokoh Islam terkenal (saya tidak ingat siapakah Beliau),menghadiri satu Majlis Ilmu yang di dalamnya dibincangkan perkara yang sudah diketahui olehnya.

Lantas ditanya kepadanya,"Eh Tuan,mengapa kau datang ke sini walaupun kau dah tau perkara ni?"

Dia dengan selamba menjawab,"Oh,tidakkah kau tahu,dalam Majlis Ilmu banyak malaikat mengelilingi kita.Kira cam banyak rahmat la."

Ha.Itulah dia.Dalam Majlis Ilmu banyak rahmat Allah SWT!Itulah kepentingan menghadiri Majlis Ilmu.Selain itu kita dapat mengeratkan silaturahim and so on.Kira seperti satu ibadat jugalah.Dan masa kita juga tidaklah terbuang begitu sahaja.Kan?

Oh ya.Selepas saya menggoogle tentang maklumat ini,saya dapat satu Hadis tentang kebaikan Majlis Ilmu.Anda boleh baca di sini.

Sudah baca?Ha,anda bayangkanlah betapa banyak rahmat Majlis Ilmu ini.Betapa sayangnya Allah SWT kepada kita semua.Sesungguhnya Allah SWT itu sememangnya Maha Penyayang.SubhanAllah.Kita sahaja yang sering mengabaikan perintah-Nya.

Apa-apapun,dalam Majlis petang tadi,dibincangkan tentang banyak perkara.Antaranya,keadaan umat Islam masa kini,Isu Palestin and so on,so on.I'm sure you get the picture.

Jadi,seperti biasa,pada penghujung Majlis,ditanya kepada audiens yang hadir.Apakah solusi/penyelesaian kepada masalah ini?

Bagi saya,dalam keadaan saya yang serba kekurangan ini (faktor geografi,masa dan sebagainya),cara yang terbaik yang mampu saya lakukan untuk menangani masalah umat Islam pada hari ini,adalah dengan memberi pemahaman tentang apakah Islam yang sebenar kepada orang ramai.

Dalam erti kata lain,berdakwah.

"Tetapi,berdakwah bagaimana?Kita ini pelajar bla bla bla bla."

Pasti ada suara sumbang dari belakang yang berbunyi (seperti kebiasannya).Pada saya,itu semua alasan yang ingin membuatkan saya terus menerus tidak berbuat apa-apa.

Dan memandangkan ini merupakan zaman teknologi,di mana hampir kebanyakan orang pada hari ini menggunakan teknologi,dan kita sedia maklum untuk berdakwah itu kita perlu ada audiens,cara terbaik untuk saya berdakwah adalah dengan menggunakan teknologi.

Ini sahaja cara yang saya mampu untuk berhubung dengan masyarakat pada jumlah yang ramai.

Kiranya,berdakwah pada skala yang lebih besar.Ini kerana,saya belajar di luar negara.Yang masuk Program-Program Islamik pula hanya golongan tertentu.Bukannya semua orang.

Tetapi,hampir semua orang menggunakan Internet,bukan?Jadi,cara terbaik untuk approach orang yang jarang pergi Majlis-Majlis Ilmu sebegini adalah melalui apa?Ya itu dia jawapan yang kita cari,Internet.

Lagi satu,golongan-golongan yang tidak menghadiri Majlis-Majlis Ilmu sebegini sebenarnya mungkin tidak menghadiri Majlis-Majlis ini kerana malu and so on.Malu diejeklah dan sebagainya.Biasalah itu.Saya faham keadaan mereka.Saya juga dahulu macam tu.Haha.

Tetapi,ramai di antara mereka sebenarnya mahu berubah.Jadi,jika kita menggunakan internet untuk berdakwah,dan katakanlah ada satu masa mereka terserempak dengan penulisan kita,sudah tentulah sedikit sebanyak akan membuka pintu hati mereka.Bukan?

Insya-Allah.

So,timbul lagi persoalan.Berdakwah menggunakan Internet,bagaimana?

Banyak cara sebenarnya.

Blogging,Youtube,Vlogging etc.Facebook boleh juga digunakan untuk berdakwah,tapi maaf,pada saya,ianya lebih banyak membawa keburukan dari kebaikan.Itu pendapat peribadi saya.Anda boleh baca tentang itu di sini dan di sini.

Dan oleh kerana saya ini mempunyai bakat menulis (Alhamdulillah),adalah merupakan satu langkah yang amat tepat untuk saya meneruskan penulisan saya di Pena Maya!

Semoga usaha saya ini dirahmati dan diredhai Allah SWT.Saya berusaha ini sebagai bekalan menuju Akhirat kelak dan supaya orang ramai mendapat kesedaran.

Yalah,cara yang bagaimana lagi saya boleh berdakwah dalam keadaan saya yang sebegini?Memang ada Majlis-Majlis Ilmu.Tetapi,berapa kerap?Sebulan sekali?Seminggu sekali?Hari-hari lain bagaimana?

Dan banyak masa saya di negara ini,dihabiskan untuk online.Yalah.Sejuk-sejuk nak keluar camne?Kan?

So,itulah dia.

Kepada rakan-rakan yang membaca penulisan ini,sedarlah kita.Banyak sebenarnya cara untuk berdakwah.Kerana berdakwah itu sebenarnya satu kewajiban bagi setiap kita yang beriman,untuk menyampaikan kebenaran dan keindahan cara hidup Islam kepada Masyarakat.

Gunakanlah kemahiran yang kita ada sebaik-baiknya.Dan yang paling penting,ikhlas kerana Allah SWT.Bukan untuk riak.Ingat tu.Ini kerana riak itu penghapus amal.

Oh ya,semasa saya sedang menulis penulisan ini,sempat saya jeling ke dalam List Rakan Blogger saya di sebelah kanan ini,saya terlihat ada satu lagi blog yang juga baru menulis tentang perkara ini.

Anda boleh baca penulisan ini sebagai bacaan tambahan lanjut.

Semoga usaha kita semua mendapat rahmat Allah.Dan yang paling penting,semoga usaha kita blogging and whatsoeva ini akan menjadikan kita seorang hamba Allah yang lebih baik lagi.

Ini kerana setiap kali saya (sebagai contoh) hendak menulis blog,mestilah saya mencari ilmu terlebih dahulu.Jadi,saya mendapat manfaat juga dari blogging activity ini.

Tetapi,bagi anda yang mempunyai kemampuan dari segi harta,masa dan sebagainya,anda mungkin mempunyai cara lain untuk berdakwah.Mungkin jika anda seorang Pensyarah,anda boleh berdakwah kepada anak murid anda etc etc.Yang pentingnya,kita berdakwah.Menyebarkan keindahan dan kebenaran Islam.Insya-Allah,jika usaha kita berterusan,Islam akan bangkit kembali dengan izin Allah.Sudah tentu kita tidak mahu melepaskan peluang membuat amal ini,bukan?

Perbuatan ini juga bersesuaianlah dengan tajuk penulisan kali ini.Kiranya,setiap masa kita digunakan untuk kebaikan.Insya-Allah.

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
[99:7-8]

Sekian untuk kali ini.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Esok Isnin.Mari berpuasa Sunat.


1 comment:

  1. semua komen untuk artikel ini saya padam.kenapa?

    1) orang yang komen di sini hanya komen pasal isu perkataan stalk etc etc sahaja.pasal majlis ilmu dan sebagainya,tidak komen.

    2) untuk mengelakkan berlaku pergaduhan "komen siber" yang tidak membawa manfaat satu sen pon pada dunia.

    3) saya tidak mahu melayan anonymous.

    sekian.

    ReplyDelete