19.11.10

Nabi Muhammad SAW - Utusan Terakhir Kepada Umat Manusia.

Assalamualaikum.

Dalam masa beberapa hari ini,banyak masalah melanda saya.Dan banyak kali juga saya tumpas dalam menanganinya.

Diizinkan Allah,dalam masa beberapa hari ini juga,saya berpeluang membaca beberapa buah penulisan berkaitan hidup Nabi Muhammad SAW dan menonton beberapa video tentang hidup Nabi Muhammad SAW.Alhamdulillah.

Antara video-video itu adalah :

The Absolute Truth About Muhammad In The Bible (Anda boleh download torrent untuk video ini di sini.)

Muhammad Utusan Terakhir (Ini merupakan sebuah filem animasi yang diterjemah ke dalam Bahasa Melayu.Ia mengisahkan hidup Rasulullah SAW.Saya rasa VCD atau DVD untuk filem ini ada dijual di kedai-kedai buku tempatan kot.)

Saya juga ada membaca sebuah buku tulisan Ahmed Deedat.Lama sudah saya baca buku ini.Tetapi,sengaja hendak dikongsikan tajuknya di sini.Tajuk buku itu adalah The Choice.Ada mengisahkan tentang kisah hidup Rasulullah SAW juga.


Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kawan baik saya,Ammar yang menghadiahkan buku ini kepada saya sekitar awal tahun ini semasa saya melawatnya di Mesir.

Selain itu,ada sebuah buku yang bagus yang saya pernah baca yang saya cadangkan anda untuk membacanya.Tajuk buku itu adalah,"Psikologi Rasulullah SAW Dalam Berinteraksi Dengan Masyarakat".

The Prophet SAW said,”Whoever goes down a path searching for knowledge, Allah will make it easy for him the road to Paradise.” [Muslim]

Tentu anda tertanya-tanya,apa kaitan antara masalah saya,Kisah Hidup Rasulullah SAW dan buku-buku yang saya baca ini?

Sebenarnya,apa yang saya ingin sampaikan adalah betapa kecilnya masalah saya itu jika dibandingkan dengan cubaan dan ujian yang dihadapi Rasulullah SAW dalam menyebarkan dakwah.

Banyak ujian yang dilaluinya.

Antaranya adalah (saya akan menulis sedikit sahaja,yang lain anda boleh buat research sendiri) :

Penentang-penentang Rasulullah SAW bukan orang yang tidak mempunyai kaitan dengannya.Sebaliknya,antara orang yang paling banyak memberikan tentangan kepadanya adalah Pakcik-Pakcik Saudaranya sendiri!Bayangkanlah betapa besarnya dugaan ini.Tetapi,still Rasulullah SAW bersabar.Menunjukkan contoh yang baik.Baginda SAW tidak bertindak mengikut emosi.Inilah contoh yang ditunjukkan oleh Baginda SAW.Betapa mulianya peribadi Baginda SAW.Kalau kita,baru kena gurau kasar sedikit dengan member,dah emo mencarut-carut.Ish-ish,bersabarlah wahai Umat Islam.Ini bukan cara yang diajarkan Rasulullah SAW kepada kita.

Even kena baling batu sehingga berdarah,dihina,dimaki,Rasulullah still tidak menggunakan kekerasan.Saya mendengar satu ceramah oleh Khalid Yasin tidak lama dahulu,dalam ceramah itu mengatakan bahawa Rasulullah tidak pernah memukul isteri dan khadam baginda.Tangannya tidak memukul kecuali pada jalan Allah atau orang yang menceroboh perkara yang diharamkan Allah SWT.Baginda SAW adalah seorang yang sangat penyabar.Inilah sebenarnya contoh ikutan terbaik untuk kita semua umat manusia,Rasulullah SAW.

"Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah SAW kemudian berkata: "Wahai Rasulullah, berapa kalikah aku memaafkan kesalahan pembantu rumah?" Rasulullah SAW diam, kemudian dia bertanya lagi: "Wahai Rasulullah, berapa kalikah aku memaafkan kesalahan pembantu rumah?" Baginda bersabda: "Setiap hari tujuh puluh kali." [Diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar]

Baginda juga sering memaafkan kesalahan orang lain.Yang ini banyak kisah yang anda boleh baca sendiri dari sumber-sumber yang sah.

Itu sahaja.Tapi,apa yang saya hendak sampaikan,yang paling penting,bersabarlah kita.Hidup di dunia ini memang suatu ujian bagi kita semua yang beriman.Keputusan bagi ujian ini akan kita ketahui di akhirat kelak.

Dan hanya kepada Allah SWT sahajalah kita bermohon.Kerana kepada-Nya kita akan kembali.Jadi,ikutlah perintah-Nya,tinggalkanlah larangan-Nya.








Renung-renungkanlah.

Sebelum mengakhiri penulisan,saya ingin kongsikan bersama anda sebuah lagu yang bagus.Sedih lagu ni.Dengarlah.Semoga bermanfaat.


Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


P/S : Saya syorkan anda lawat laman web IslamicTorrents.Net.Banyak ilmu yang anda boleh dapat di sana.Ambil yang jernih,buang yang keruh.

1 comment:

  1. http://www.youtube.com/watch?v=sk8jIn-BGcM

    ReplyDelete