12.11.10

Pelaburan Akhirat - Masa Berlalu Pantas.

Assalamualaikum.

Masa berlalu pantas.Memang benar ungkapan ini.Dan semua manusia,tidak kira kaya atau tua,ada satu persamaan.

Mereka mempunyai masa yang amat sedikit untuk dibazirkan.

Itulah persamaan kita semua.Hidup kita ini terlalu singkat untuk kita penuhi dengan perkara-perkara melalaikan.

Allah SWT dalam Kitab Al-Quran merakamkan kepentingan masa dalam Surah Al-'Asr.





Demi Masa!

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
[103:1-3]

Jika direnung,memang benar.Seperti yang kita tahu,hidup di dunia ini adalah ibarat satu permainan (ada dinyatakan di dalam Al-Quran).Janganlah kita terlalu leka mengejarnya.

Kerana sebenarnya hidup di dunia ini bukanlah satu realiti,sebaliknya hanyalah ilusi.Realiti yang sebenarnya adalah kita sedang bergerak menuju akhirat.Dunia ini sebagai perkakas menuju akhirat.

Ini bermakna,apabila disebut hidup di dunia itu sebagai satu perkakas,ianya boleh jadi membawa kepada kebaikan atau keburukan.Sama seperti pisau.Jika diguna ke arah kebaikan,baiklah ia.Jika diguna ke arah keburukan pula,celakalah kita.

Rasulullah SAW bersabda : "Jadilah kamu di dunia ini seperti orang asing atau musafir dalam perjalanan".

Ambil contoh mudah,jika hidup kita di dunia ini sering dipenuhi dengan berbuat amal dan kebaikan,hatta menyuap nasi ke mulut isteri kita pun,dan diniatkan untuk mendapat keredhaan-Nya,insya-Allah dapatlah kita pahala.

The Prophet Muhammad SAW said : "You will never spend anything for the sake of Allah SWT without there being a reward for it,even the food which you put in your wife's mouth". [Bukhari and Muslim]

Kiranya hidup di dunia ini proses mencari amal.Tetapi,memang tidak dinafikan.Kita manusia memang akan berbuat dosa.Itulah pentingnya supaya kita sentiasa bertaubat.Dan beristighfar.

Mari ambil contoh lain pula.Jika anda seorang bapa dan anda mempunyai anak perempuan,dan anda melayan dan membesarkan mereka dengan baik,itu juga satu pelaburan akhirat untuk anda.

The Prophet SAW said : "Whoever has three daughters and shelters them,provides what they need and shows compassion towards them,will certainly deserve Paradise." A man among the people asked, "And if they are two,O Messenger of Allah?" And he said, "Yes,even if they are two".

Lihatlah betapa adilnya Islam itu.Begitu banyak cara untuk kita mendapat kebahagiaan di akhirat.

Tetapi,kenapa ramai di antara kita seolah-olah memilih untuk sengsara di akhirat?Kita menjalani hidup seolah-olah menempah kemurkaan Allah?

Kita renung kembali maksud ayat dari Surah Al-'Asr di atas.Bukankah dinyatakan bahawa semua manusia itu berada dalam kerugian.

Kecuali,ya ada kecualinya.

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Ini bermakna orang yang berjaya di akhirat itu bukanlah sebarangan orang.Tetapi,hanya yang beriman,beramal soleh,berpesan-pesan dengan kebenaran (berdakwah/menyampaikan kebenaran Islam),dan bersabar.

Ya.

Itulah dia.

Beriman tidak cukup jika kita tidak beramal.Sesiapa sahaja boleh mengatakan dirinya percaya kepada Allah.Tetapi,tidak semua orang sembahyang.

Dan hidup di dunia ini memanglah memerlukan kesabaran.

Contohnya,bersabar melawan nafsu dunia dalam mencari keredhaan Allah SWT.

Apatah lagi berada dalam zaman di mana banyak perkara haram sudah menjadi halal.Contoh mudah,riba serta aurat Perempuan/Lelaki.

Riba - Terlalu mudah untuk kita melibatkan diri dengan riba pada hari ini.

Aurat Perempuan/Lelaki - Terlalu mudah kita melihat Aurat Perempuan/Lelaki di zaman ini.Sedangkan di dalam Al-Quran dinyatakan bahawa "Jagalah pandanganmu."

Jadi,untuk berjaya di akhirat,memang memerlukan kesabaran.Kesabaran dalam hidup di dunia.Kesabaran menjadi orang yang ganjil (ghuraba).

Tetapi,janganlah bersedih untuk menjadi orang yang ganjil.Kerana ada khabar baik untuk orang yang ganjil.Anda tontonlah video di bawah ini.


Jadi,sebagai kesimpulan,saya ingin mengingatkan diri saya (terutamanya) dan anda semua,hidup di dunia ini bukanlah matlamat abadi.Hidup di dunia ini bukanlah tempatnya untuk kita bersantai-santai.

Sebaliknya,hidup di dunia adalah tempat mencari amal.Janganlah kita membuang masa kita dengan perkara-perkara tidak berfaedah.Penuhkanlah setiap masa kita mencari keredhaan Allah.Hatta dengan mendiamkan diri dengan niat mencari keredhaan Allah.Kerana mendiamkan diri itu lebih baik dari berkata-kata yang tidak elok.

Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya. [25:72]

Bersabarlah kita mengharungi hidup di dunia ini.Semoga di akhirat kelak kita mencapai kebahagiaan abadi.Semoga Allah merahmati usaha kita.Kerana tanpa rahmat-Nya,tidak bermaknalah usaha kita.

Yang penting,kita ikhlas dan sentiasa berdoa kepada-Nya.Kerana Allah itu Maha Pemurah,lagi Maha Penyayang.Serta Maha Adil.

Terakhirnya,jika ada bersengketa tersalah sangka,bermaaf-maafanlah kita.Kerana memaafkan itu lebih baik daripada berdendam.

"When you want to mention your companion's faults,remember your own faults." [Ibnu Abbas RA]

"To be alone means that you avoid bad company. But to have a true friend is better than being alone". [Umar Al-Khattab]

Itu sahaja dari saya untuk kali ini.Doakan semoga kita semua sentiasa dilimpahi dengan rahmat-Nya.Dan supaya kita semua mati dalam keadaan beriman.Amin.Insya-Allah.

Cadangan Bahan Bacaan Tambahan Lain :

1) Pelaburan Akhirat - Apakah Kedudukan Kita Pada Waktu Ini?
2) The Ideal Muslim

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Pilihan di tangan kita.Tepuk dada,tanya selera.Kerana Allah tidak akan membantu suatu kaum yang tidak mahu mengubah diri mereka.


No comments:

Post a Comment