27.11.10

Untuk Berubah,Sememangnya Susah.Banyak Cabaran Perlu Ditempuhi.Tetapi Percayalah,Biar Sebesar Zarah,Setiap Perbuatan Kita Pasti Dibalas Di Akhirat Kelak. (Kenapa Muzik Itu Haram?)

Perhatian : Sila baca penulisan sehingga habis.

Assalamualaikum.

Sebelum menulis,elok diingatkan,tujuan saya menulis ini bukanlah untuk riak.Tetapi,sebagai satu peringatan kepada diri sendiri.Memang itu tujuan saya menulis ini.Dan juga supaya mendapat keredhaan Allah.Insya-Allah.Saya akan menulis penulisan ini dengan santai,memandangkan ini merupakan satu penulisan santai.Okay,now that's confusing.

Rasulullah SAW bersabda "Setiap anak adam pasti pernah berbuat dosa dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah orang-orang yang bertaubat" [Tirmidzi & Ibnu Majah dari Anas]

Saya seorang remaja.Remaja yang sedang dalam proses perubahan.Sama dengan anda di luar sana.Yang sedang tercari-cari jalan keluar dari hidup yang gelap.

Seperti yang kita tahu,iman itu ada turun naiknya.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Iman itu naik dan turun, maka sentiasa perbaharui iman kamu".

Tetapi,kita sebagai manusia,tidak bolehlah hanya menyerah kalah apabila iman kita mengalami penurunan.

Kenapa?Kerana hidup kita di dunia ini sementara sahaja.Dan kita ini diciptakan bukan untuk berhibur sakan etc etc.Sebaliknya,hanya untuk satu tujuan.Menyembah Allah SWT.Menyembah Allah SWT itu bukanlah hanya melalui sembahyang,tetapi segala-gala yang kita lakukan.Dalam kata lain,hidup beribadat.Penyerahan diri secara total kepada Allah SWT.Semua yang kita lakukan adalah untuk mendapatkan keredhaan-Nya dan kita mestilah sentiasa berusaha meninggalkan apa yang dilarang-Nya.

Alhamdulillah.Sudah setahun lebih saya berubah.

Sekali lagi saya ingatkan,saya menulis penulisan kali ini bukan untuk riak.Seriously.Tetapi,sebagai rintihan hati diri sendiri.Yalah,kadang-kadang kita tulis blog ni,boleh riak juga sebenarnya.Tetapi,saya berdoa kepada Allah supaya melindungi saya dari perasaan riak.Kerana riak itu penghapus amal.

Baiklah,kita sambung.Sudah setahun lebih saya berubah.

Berubah yang saya maksudkan itu bukanlah bermaksud saya yang dahulu tidak sembahyang etc etc.

Tidak.Bukan begitu.Saya sembahyang juga dahulu.Tetapi,sembahyang saya yang dahulu adalah sembahyang tanpa memahami kenapa saya perlu sembahyang.Berpuasa saya dahulu adalah puasa yang hanya puasa luaran,bukannya puasa yang disertai dengan pemahaman dan hati.Dapat gambarannya?Kiranya hanya menjadi seorang "Islam" pada nama dan adat.Seperti kebanyakan dari kita pada masa ini.

Bukanlah juga saya mengatakan saya yang sekarang ini sempurna.Tidak sekali-kali.Tiada manusia yang sempurna.Tetapi,berubah yang saya maksudkan adalah,saya yang kini Alhamdulillah dengan izin Allah,telah menjadi hamba Allah yang lebih baik dari saya yang dahulu.

Tetapi,seperti yang diketahui,seorang itu tidaklah beriman sehingga dia diuji.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
[29:2-3]


Hurm.

Hidup dalam satu zaman di mana kejahilan dan maksiat berlaku di mana-mana,ianya adalah satu cabaran bagi seorang Muslim yang baik dan beriman pada hari ini.

Tetapi,itu bukan satu alasan untuk kita menyerah kalah.Kerana,jika kita berputus asa pada hari ini,dan mengejar kebahagiaan hidup di dunia yang singkat ini serta melanggar perintah Allah,kita akan merana di akhirat kelak,selama-lamanya.

Kerana akhirat itulah destinasi terakhir kita.Ada dua sahaja tempat yang boleh dituju,Syurga atau Neraka.Jadi,jika kita inginkan Syurga,hiduplah seperti yang diperintahkan Allah.Dan jika sebaliknya,anda tahu apa yang perlu dilakukan.

Dan Neraka itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.

Seringkali dalam perubahan,saya tumpas.Mari saya ceritakan satu perkara yang menjadi contoh ketumpasan saya dalam proses perubahan ini.

Untuk pengetahuan anda,saya dahulunya merupakan seorang yang meminati muzik.

Amat meminati muzik.Amat-amat.

Dan muzik yang saya minat,bukan cikai-cikai wannabe muzik.Saya minat muzik yang real,macho,bergaya dan cool.

Sebelum meneruskan penulisan,saya ingatkan sekali lagi.Tujuan saya menulis bukan untuk riak.Sebaliknya untuk menjadi peringatan diri.Sebab apabila saya menulis di Pena Maya,saya seolah-olah menasihati diri saya.Dan,secara tidak langsung,masa yang diambil untuk menulis ini,akan mengelakkan saya dari membuang masa melakukan perkara tidak berfaedah yang lain.

Juga diingatkan,saya menulis penulisan ini bukanlah untuk membuktikan bahawa saya ini seorang yang cool atau apa.Haha.Serious takde kerja.Kita hidup,janganlah fikir apa orang fikir pasal kita.Sebaliknya,carilah redha Ilahi.Serious.Itu yang penting.

Arctic Monkeys,Oasis,Kasabian,Jet,Justice,The Virgins,N*E*R*D*,Eminem,Black Rebel Motorcycle Club,My Chemical Romance,The Kooks,The Subways,Franz Ferdinand,Klaxons,The Beatles,The XX,30 Seconds To Mars,Fightstar,Razorlight,The Libertines,The Hush Sound,Scouting For Girls,AC/DC,The Vines,The Last Shadow Puppets,The Rascals and the list goes on...

Bayangkan betapa banyak muzik yang saya dengar dahulu.Saya tidak tipu senarai di atas.Itu baru sedikit.Banyak lagi band yang saya dengar dahulu.Lebih 35 GB kot bai.Bayangkan betapa banyak masa saya habiskan untuk mendengar muzik.Dan,saya ini mendengar lagu bukan sebab mengikut orang,saya mendengar kerana minat.Itu yang lebih memarahkan (parah) keadaan.

Ini kerana,jika saya mendengar lagu kerana ikut-ikut orang,atau dalam erti kata lain budaya hedonisme,pasti senang untuk saya meninggalkan minat ini.Ala,anda tahu bukan.Sekarang ini ramai remaja-remaja kita,bajet hip pakai baju cam emo la ape la.Tapi,ikut-ikut orang je.Poseur la senang kata.Padahal,bukan tau benda sangat pun.Poyo je lebih.

Okay,abaikan mereka.Tidak penting kisah mereka itu kepada kita semua.Sambung cerita saya tadi.

Selain itu,saya ini untuk pengetahuan anda,bukan dengar satu-satu lagu sahaja dari setiap band itu,jika saya minat,saya download semua album terus.

Astaghfirullahalazim.

Jadi,anda dapat bayangkan bukan?Apabila saya pernah menyebut (dalam salah satu penulisan saya sebelum ini dahulu) yang saya memadam semua lagu dalam koleksi saya,ketahuilah,itu memang perkara yang besar bagi saya.Tetapi,itu mesti dilakukan.Kerana untuk pengetahuan anda,muzik itu haram.

Ha,tentu ada yang menggelabah nak marah saya bukan?

Rilex dulu brother.Dengar dulu.Saya juga dahulunya (semasa zaman jahil tiada ilmu),bila orang cakap muzik ni haram,rasa nak pukul je.Haha.

Tapi,selepas saya mendengar satu ceramah yang berdasarkan dalil-dalil yang sah mengenai hukum mendengar Muzik dalam Islam,saya bertekad memadam semua koleksi lagu-lagu saya.

Inilah ceramah itu.Anda boleh luangkan masa anda dengar.


Anda dengarlah.Jika tidak dengar,tidak mengapa.Saya akan ulas sedikit mengenai video ini di bawah ini nanti.

Kenapa muzik haram?

Setelah mendengar ceramah ini,saya simpulkan bahawa,apabila kita mendengar muzik di zaman ini,ianya secara tidak langsung akan membawa kepada pemujaan (idolatry).

Seperti saya dahulu,jika mendengar satu-satu lagu dari sebuah band,pasti saya akan menonton video clip mereka.Kemudian,dress up pasti mahu seperti mereka juga.Haha.Itu belum cerita tengok video clip yang ada aurat perempuan lagi.

Kemudian,katakanlah sebuah lagu mengambil masa tempoh 3 minit kebiasaannya.Kalau dah dok dengar lagu je siang malam,bila masa kau nak buat sembahyang sunat,bila masa kau nak carik ilmu tentang Islam,bila masa kau nak berzikir semua.Yalah.Dah kepala kau duk sumbat dengan earphone je 24 jam.Bangun tidur,dengar lagu.Dalam train,dengar lagu.Sebelum tidur dengar lagu.

Jika diamati betul-betul,keadaan ini menampakkan seolah-olah kita ini menyembah muzik pula.Kan?Padahal,di dalam Al-Quran sudah jelas dan terang dinyatakan oleh Allah SWT yang menciptakan kita bahawa "Dia menciptakan kita tidak lain dan tidak bukan adalah semata untuk menyembah-Nya".

Tetapi,kita?

Itulah kadang-kadang bila saya kaitkan perkara ini dengan konspirasi semua kan,saya rasa,inilah yang mereka lakukan untuk menyesatkan kita.Mereka itu adalah Syaitan.Syaitan itu bukankah wujud dalam kalangan Jin dan Manusia?

Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.

"Yang Menguasai sekalian manusia,

"Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,

"Dari kejahatan pembisik penghasut (syaitan) yang timbul tenggelam, -

"Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, -

"(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".
[114:1-6]

Mereka ingin menyesatkan kita dari mematuhi perintah Allah.

Tidak boleh lakukan secara jelas,mereka lakukan secara halus.Antaranya?Muzik.Dan ternyata mereka berjaya.Saya rasa inilah salah satu fitnah dan dugaan di zaman ini.Di mana kita telah tergelincir tanpa kita sedar.

Semua orang dengar muzik etc etc etc.Tapi,yang tentang konspirasi ini,pandangan peribadi sahajalah.Jika silap,sila betulkan.Niat saya hanya mahu berkongsi pandangan.Jangan percaya bulat-bulat apa saya tulis pula.Rujuk Al-Quran dan As-Sunnah okay?Jangan taklid buta/ikut bulat-bulat tanpa selidik dahulu.

Mesti ada yang skeptik mengangkat kening lagi tentang perkara ini.

Ada lagi point sebenarnya.Tapi point yang ini,saya baru fikir tadi.Point yang berbunyi,cetak rompak itu bukankah haram?Baca sini jika tidak percaya.

Ya,jika tiada fatwa tentang itu pun,fikir logiklah.Cetak rompak itu sebenarnya sama sahajalah dengan kita mencuri barang orang lain tanpa bayar.Tapi,bezanya,kita curi harta intelek mereka.

Tetapi,oleh kerana cetak rompak itu sudah menjadi kebiasaan,ramai dari kita seakan-akan telah menghalalkan perkara yang haram.Tidak!Yang haram tetap haram sebenarnya.Tetapi,itulah.Dalam masyarakat dunia hari ini,banyak perkara yang haram,sudah menjadi seolah-olah halal.

Sebenarnya,ini salah satu fitnah/ujian untuk kita juga sebenarnya.Yalah,secara halus kita telah terjatuh dalam perangkap dosa ini.

Ala,jangan tipu.Saya rasa 70% (atau lebih) penduduk dunia yang mendengar Mp3 hari ini,semuanya mendownload lagu-lagu mereka secara haram.Kenapa?Takde kerjanya nak beli mahal-mahal.Kan?

Tetapi,taklehlah camtu brother.Haram tetap haram.Kena ingat tu.Sudahlah muzik itu haram,kita tambah perencah lagi dengan mendownload cetak rompak.Double blast of sin kot.

Kemudian,lirik-lirik dalam lagu itu,sama juga.Sebenarnya,banyak band-band yang ada dalam radio hari ini (terutamanya dari Barat),cuba anda amati betul-betul lirik mereka.Kebanyakannya berkisarkan tentang ideologi Free-Thinkerism/Atheism.

Ya.Tidak percaya?Kajilah sendiri.Kebanyakan dari kita hanya mendengar sahaja.Tidak tengok lirik.Itulah pasal kena tipu itu macam sahaja (termasuklah saya).Tapi,biasalah.Diri tengah dikuasai nafsu.Cakap banyak pon tadak guna.

Dan,ada antara mereka ini (band-band ini) popular.Ya.Jangan ingat yang popular itu bagus.

Dan kita tahu bukan,bahawa seseorang itu boleh murtad/syirik (betulkan saya jika istilah ini salah) melalui tiga cara,iaitu membenarkan di hati,mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota.

Jadi,apabila kita menyanyi lagu-lagu ini 24 jam,yang ada di antara mereka ada subliminal/straight message,agak-agak andalah,apa hukumnya?

Mungkin perkara ini agak berat.Tetapi,ini realiti!

Astaghfirullahalazim.Selain itu,banyak lirik-lirik lagu orang kulit gelap (haha) yang popular di radio sekarang ini,anda agak isunya mengenai apa?

Sex,sosial bebas & kata-kata kesat.Akibatnya?Kita menyanyi benda tidak bermoral.Bayangkanlah,banyak lagu terkenal,tapi liriknya?Aduh.Mengajak perempuan buat sex.Kita tidak rasa apa-apa sebab?Sebab ianya dalam Bahasa Inggeris.Tetapi,cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu?

Ambik kau.Tak ke kena penampor sikit lagi dengan Makcik yang duduk sebelah kau dalam bas kilang tu.


Ini juga membawa kepada persoalan lain,di manakah adab kita pada hari ini?Jangan fikir adab Melayu,sebaliknya fikirlah kedudukan kita sebagai umat Islam.

Hurm.Ini peringatan untuk diri sendiri ni.No wonder lah bayi dibuang merata-rata nowadays.Anda rasa-rasalah,remaja lelaki yang dengar lagu-lagu dengan suara perempuan sexy tu,tak teransang ke?Maaf kalau kata-kata ini agak terbuka,tapi ini realiti.What to do.Kita kena bincang gak.Kalau takde orang bincang,benda akan tetap berlaku.

So,anda nampak tak salah satu punca kenapa masyarakat rosak akhlak hari ni?

Jangan cakap saya jumud/kuno la brother.Saya percaya ada orang yang cakap saya extremist bila menulis perkara ini.Tidak.Saya bukan extremist.Dan sebenarnya tiada istilah extremist.Itu hanya satu istilah yang direka oleh "pihak yang bertanggungjawab" untuk membuatkan kita malu mengatakan perkara benar menurut Islam.

Padahal,Rasulullah SAW berkata : "Berkatalah benar walaupun pahit".

Itu antara sebab kenapa muzik haram.Mungkin anda berkata "Bukan semua.Kalau lirik dia baik,boleh jadi peringatan,tidak mengapa".

Heh,brother.Berapa kerat je dari kita yang dengar lagu bagi peringatan baik?Berapa kerat pulak yang dengar lagu pasal sex bebas,atheism,kata-kata kesat and so on?Pijak pada bumi yang nyata la brother.Jangan duduk bawah tempurung.

So,kita tahulah kan sekarang?

Mesti ada yang berkata lagi,"So,engkau sekarang ni baik sangatlah tak dengar muzik?".

Ha.Nope.Saya bukan baik sangat pun.Nama pun sedang dalam proses perubahan.Dan nama pun artikel ini satu peringatan untuk diri sendiri.Mestilah maksudnya saya ini tidak baik sangat.

Cuba lihat apa tajuk penulisan kali ini.

Ya,itulah dia.Berubah memang susah.Sejak akhir-akhir ini,saya mula mendengar muzik kembali di Youtube.Saya lost sebentar. :( .Halus je perkara ni berlaku.Tak sedar.

I admit,nak berubah memang susah.Tambah-tambah duduk di negara Barat yang hiburannya banyak.Cabaran kuat bai.Itulah sebab saya tulis penulisan ini.Supaya saya kembali sedar.

Sedarlah rakan-rakan,saudara-saudaraku sekalian,kita hidup di dunia ini sebenarnya tidak lain tidak bukan merupakan satu ujian.

Dan,hidup di akhir zaman memang susah.Tetapi,janganlah berputus asa.Berdoalah kepada Allah.Ingat,yang haram tetap haram.

Sebenarnya,muzik hanya satu antara pelbagai benda lain yang sebenarnya haram,tetapi kita sudah menganggapnya "halal".Banyak lagi perkara.Porn la ape la (berapa ramai anak muda ketagih porn?).Anda fikir-fikirlah sendiri.

Jangan loyar buruk okay masa baca artikel ni.Saya tak suka orang loyar buruk.

Saya bukannya seorang extremist.Saya hanya seorang hamba yang lemah yang mencari redha Ilahi.Memang susah,tetapi demi Allah,saya tidak akan berputus asa.Saya akan sentiasa cuba berubah.O Allah,help me please.Kekalkan aku di atas jalan yang lurus.Lindungilah aku dari menjadi orang munafik.Amin.

Apa-apapun,ini bukan bermakna Islam melarang hiburan untuk kita.Tidak.Hiburan itu fitrah manusia.Tetapi,ada batasnya.Bukan macam kita sekarang ini,hidup macam bertuhankan hiburan pulak.Sudahlah macam tu,semua hiburan yang banyak haram dari halal pulak tu.

Berubahlah kita.Sedarlah.Ingatlah,takde sape boleh tolong kita nanti kat akhirat.Hanya kepada Allah kita meminta dan memohon.Tapi,kalau perintah dan larangan-Nya kita tak ikut,how?

Itu sahaja dari saya.Saya rasa anda dapat tangkap apa yang saya cuba sampaikan.

Sebagai penutup,saya kongsikan Tafsir Al-Quran Surah Az-Zalzalah dengan anda.Cuba amati secara mendalam maksud ayat ini.

Az-Zalzalah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,

Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,

Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?"

Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:

Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).

Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Semoga Allah merahmati usaha saya.Semoga saya dan anda semua dimatikan dalam keadaan beriman.Amin.Ambil yang jernih,buang yang keruh.Jika ada salah silap,sila betulkan.Saya tulis tidak semestinya betul.Biasalah,manusia.Kan?

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Saya rasa mesti ada yang tak puas hati dengan penulisan saya pasal Muzik.Heh.Takpe.Sebelum korang cakap banyak,tengok dulu list band-band yang aku dengar dulu kat atas tu.Kiranya,ini adalah penulisan pengajaran dari seorang bekas penagih muzik la.Ala,macam bila bekas penagih dadah cerita keburukan dadah la.Sama jugak kat sini.Aku just share apa pendapat aku tentang muzik ni.Hurm,itulah akibat bila dah sekular liberal bombastik sangat.Haih.

P/P/S : Saya tidak percaya dengan konsep "Ala,rilex la brother.Jangan strict sangat".Ini kerana,saya rasa Islam tidak strict.Ianya sesuai dengan fitrah.Sebaliknya,cara hidup kita sekarang yang melampau longgar dan sekular.Itu pasal susah nak berubah.

P/P/P/S : Apabila terlalu ambil mudah,inilah jadinya.


8 comments:

  1. Salam, saya setuju dengan sdr, memang benar untuk berubah adalah payah, terutama bila sesuatu tersebut telah menjadi tabiat. Memerlukan suatu usaha mujahadah diri lagi dan lagi.

    ReplyDelete
  2. salam penamaya,
    Allah akan memberi hidayah dan kefahaman agama kepada mereka yang disukai-Nya. Terus berdoa semoga Allah memberi kekuatan...

    ReplyDelete
  3. Salam...
    saya juga satu masa dulu penggemar muzik yang agak tegar...alhamdulillah sekarang ni dah mula mendengar kepada muzik2 yang berunsur ketuhanan..tapi serius dengar lagu maher zain berulang-kali memang tak bosan..worth buying the original cd..
    teruskan usaha untuk berubah..

    ReplyDelete
  4. syukur...insaallah..sesiapa yg mbaca bl0g ini akan berubah sedikit demi sedikit......

    ReplyDelete
  5. @anon

    terima kasih kerana membaca.insya-Allah.tapi jangan cakap begitu.

    hidayah itu milik Allah SWT.bukannya sebab blog ni..

    Allah yang beri hidayah.saya just sampaikan apa saya tahu.tapi takpe,saya tahu anda maksudkan apa.

    saya cuma tegur sikit je ayat tu,bagi nampak cantik lagi.kan?

    hehe
    thanks lawat btw.

    salam.

    ReplyDelete
  6. betul kan... bukan senang nak berubah ke arah kebaikan....

    ReplyDelete