23.12.10

Antara Impian Dan Kenyataan,Nafsu Dan Iman - Penulisan Santai Yang Ditulis Secara Santai Untuk Pembacaan Santai.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Jam pada saat ini menunjukkan Pukul 10:42 Malam waktu tempatan tempat saya berada.Bagi anda di tempat lain,saya tidak pasti.Boleh jadi jam anda sekarang menunjukkan Pukul 5 Petang di mana masyarakat di sekeliling anda masih lagi sibuk berkerja.

Siapa tahu,bukan?SubhanAllah.Hanya dengan memikirkan perbezaan waktu antara suatu negara dengan negara yang lain sahaja kita sudah nampak kebesaran dan kekuasaan Allah SWT yang menciptakan seluruh alam ini.

Itu pendahuluan.Belum lagi masuk bicara.

Baiklah.

Dalam tempoh beberapa minggu yang lepas ini (saya rasa lebih daripada 3 minggu),saya agak sibuk.Jadual saya dalam tempoh ini menyaksikan saya perlu menyiapkan pelbagai tugasan dalam melaksanakan tanggungjawab saya sebagai Seorang Pelajar Harapan Bangsa (yang saya tidak pasti adakah wujud "Bangsa Malaysia Yang Aman Bersatu Padu Saling Mengenal" itu pada saat ini di negara kita).

Jujur berkata,kalau saya ada pilihan lain,tentulah tidak mahu saya membuat semua ini (tugasan yang banyak) di tempat ini.Tetapi,itulah hidup di dunia ini.

Jika senang-senang sahaja saya boleh berbuat begitu (berhenti belajar etc etc),itu juga bermaksud tentu ramai orang yang sudah menjadi Jutawan.Sudah tentu ramai orang yang menjadi Jutawan Nuffnang (or whatever it is) dengan hanya menulis penulisan entah-hape-hape?Adakah betul apa yang saya cakapkan ini?

Bosan menulis perkara yang saya pasti tiada orang yang membacanya.Mari kita pergi ke peringkat seterusnya dalam penulisan ini,iaitu Peringkat _______ (Berikan apa-apa nama untuk peringkat ini).

Sebenarnya hari ini saya masih sibuk,tetapi memandangkan esok tiada apa-apa untuk jadual saya,saya mengambil sedikit masa saya (walaupun agak penat) untuk menulis di blog ini dan bermuhasabah diri.

Dalam tempoh tiga minggu ini,saya perasan sesuatu yang berlaku pada diri saya.

Apakah itu (Soalan tipikal yang sering diberikan Para Penulis dalam penulisan mereka bagi membuatkan Para Pembaca tertanya-tanya.Ya.Elemen Misteri memainkan peranannya dengan bijak sekali di sini.)?

Saya perasan bahawa Kualiti Iman saya semakin merosot.Saya dapat merasakannya.Dan saya amat sedih.

"Ya Allah,aku tidak mahu menjadi orang yang fasik",begitulah monolog saya sebelum memulakan penulisan ini.

"Aku juga tidak mahu menjadi Si Munafik yang hanya tahu berkata-kata tentang Islam kepada orang lain,tetapi dalam masa yang sama menjadi Penentang Kebenaran Nombor 1.Berkata-kata hanya untuk nama.Bukannya ikhlas",sambung saya lagi berbicara bermuhasabah diri.

Saya akui,saya bukanlah manusia yang hebat.Saya juga akui saya bukanlah seorang Tok Guru/Lebai/Imam yang hebat.Saya bukan semua orang-orang itu.Sebaliknya,saya hanya seorang manusia yang sering melakukan dosa,tetapi dalam masa yang sama sentiasa mencari jalan untuk kembali kepada yang Maha Esa.

"Ya Allah,ampunkanlah dosa-dosaku",detik hati saya.

Untuk berubah sememangnya susah,terutama jika Si Hati sudah lama bergelumang dengan maksiat dan kesesatan.Tetapi,kita mesti ingat,Allah SWT Maha Penyayang.Jadi,kita mesti sentiasa berdoa kepada Allah SWT dan merayu kepada-Nya.Jika tidak kepada-Nya kita berdoa dan memohon,kepada siapa lagi?Hanya kepada-Nya sahajalah kita memohon,dan hanya kepada-Nya sahajalah kita menyembah.Dialah yang memiliki seluruh alam serta menguasai Hari Pembalasan.

Berbalik kepada cerita "Kesibukan saya dalam tempoh tiga minggu".

Berada di Bumi Asing,yang mana Para Jelatanya masing-masing menjadikan material sebagai Sembahan mereka,saya seringkali terkecundang.

Berat sungguh ujian ini.Tetapi,ini adalah ujian yang wajib dilalui,untuk berjaya di akhirat kelak.Kesusahan di dunia ini tidaklah sesusah mana,jika kita hendak bandingkan dengan azab di akhirat.Jadi,jika kita tidak mahukan azab di akhirat kelak,kita kenalah mengharungi setiap ujian ini dengan baik seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT yang Maha Esa.

Masa kita tidak banyak sebenarnya.Kita semua tahu,bahawa masa kita tidak banyak,dan dunia ini hanya sementara.Tetapi,ramai di antara kita masih lagi terlena.

Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

Itu semua orang tahu.Ya,tiga perkara di atas inilah yang dimaksudkan saya melalui perkataan "Itu" di awal perenggan ini.

Tetapi,kenapa kita tidak menjalani kehidupan untuk memperbanyakkan amalan-amalan di atas?

Saya cuba renung kembali diri saya.Dan saya renung pula kehidupan saya dalam masa tiga minggu ini.Tiga minggu,memang pantas ianya berlalu meninggalkan kita.Tiga minggu ini telah saya buang begitu sahaja tanpa mencari amalan lebih.Mungkin ayat ini terlalu kompleks bagi sesetengah anda.Maaf jika itu berlaku.

Saya sering mencuba yang terbaik dalam menulis.Saya juga sering memberikan yang terbaik dalam kehidupan dunia.Tetapi,kenapa tidak saya mencuba yang terbaik dalam mengawal nafsu?Kenapa saya tidak memberikan yang terbaik untuk mencari keredhaan Allah untuk diri sendiri?Tidak perlu difikirkan secara mendalam ayat ini.Sekadar satu pertanyaan untuk diri saya.

Saya menadah tangan kepada-Nya agar mempermudahkan urusan saya dalam beribadah kepada-Nya.

Ketahuilah kita,jika kita ikhlas dalam mencari Allah,insya-Allah Allah akan mempermudahkan urusan kita.

"Sesiapa yang berjalan menuju Allah, Allah akan berlari menuju dia."

Selain itu,ada beberapa tajuk yang mahu saya tulis tetapi tidak dapat saya tulis dalam masa beberapa tempoh ini.

Antaranya,

- Mengapa Islam Menyuruh Kita Mengawal Kemarahan?Satu Kisah Pengajaran Yang Perlu Dibaca.

- Penerbitan : Mata Hati & Material.

- Sana Helwa,Mariam (Perkongsian Video Oleh Diludba)

- Hutem (Sistem Manusia)

- Internet : Blog Konspirasi?

etc etc etc.

Untuk pengetahuan anda,itu semua hanya draft.Dan tajuk-tajuk itu saya tulis secara spontan.Biasalah,saya memang suka menggunakan tajuk yang bersifat ekstravaganza bagi setiap penulisan saya.

Insya-Allah saya akan menulis dalam masa terdekat jika diizinkan Allah,insya-Allah.

Saya rasa setakat ini sahaja untuk kali ini.Bukannya tidak mahu menulis lagi,tetapi apa guna jika saya hanya menulis,tetapi saya tidak melakukan apa yang saya tulis,kan?

Hidup kita bukan sekadar di atas komputer.Memang boleh kita berblog,membaca artikel Islam dan sebagainya,tetapi,jangan sekadar 'baca dan tahu'.

"Baca & Tahu" tidak sama dan tidak serupa dengan "Amal & Buat".

Tidak perlu kita berfalsafah berlebih-lebih di sini.Yang penting,anda,saya dan kita semua tahu apa yang kita perlu buat sekarang.

Kita perlu berubah dan menetapkan visi-visi perubahan kita ke dalam dunia realiti.

Cakap banyak tiada guna.Ayuh,mulakan langkah!

Dan berkata pula orang-orang yang diberi ilmu (di antara mereka): "Janganlah kamu berkata demikian, pahala dari Allah lebih baik bagi orang yang beriman dan beramal soleh; dan tidak akan dapat menerima (pahala yang demikian) itu melainkan orang-orang yang sabar". [28:80]

Dan janganlah engkau menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah. Tiada Tuhan melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Zat Allah. BagiNyalah kuasa memutuskan segala hukum, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan (untuk dihitung amal masing-masing dan menerima balasan). [28:88]

"The believer speaks little, but does much. And the hypocrite talks a lot, but does little. The believer's speech is wisdom, his silence is contemplation, his gaze is pondering, his actions are righteous. So if this is your state, you shall perpetually be in worship." [Fudayl ibn 'iyaad [Rahimahullah)]

Sekian.

Ambil jernih,buang keruh.Jika salah,sila betulkan.Jika terkasar bahasa,minta maafkan.Kita hidup di dunia ini tidak lama,jadi jernihkan hati,buangkan hasad dengki dan carilah redha Ilahi,bukannya nama atau pangkat dari manusia lain.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Alhamdulillah,Segala Puji bagi Allah SWT kerana masih mengurniakan Hidayah dan Petunjuk-Nya kepada saya dan anda semua.Alhamdulillah juga kerana saya dapat menulis dan bermuhasabah diri pada malam ini.Semoga ilmu yang saya kongsikan ini dapat memberi manfaat pada diri saya dan anda semua.

P/P/S : Jam pukul 11.33 Malam.



4 comments:

  1. setuju. jgn cuma pndai bercakap soal agama tapi zahirnye tak lah baik mana. =.=

    ReplyDelete
  2. Dan ia kembali kepada sakit yang sama buat saya, dan kebanyakan kita...

    "iman yazid wa yanqus"

    ReplyDelete
  3. salam,
    maaf untuk kejahilan ni. saya tak faham video sanah helwa mariam tu.

    ReplyDelete
  4. @sas
    wsalam
    tidak mengapa
    kita semua manusia
    yang penting bertanya

    btw video sana helwa itu kawan saya yang buat
    dilakonkan oleh pelajar islam dari bangladesh.
    kawan saya juga.

    video mengisahkan pasal..bapak mariam yang nak sambut hari jadi anak dia tapi anak dia kena serang..

    btw video tu guna teknik mengundur.
    biasala.short story kan banyak minimalist nye style... nampak art la...

    nanti saya cite pasal video tu kat blog saya lagi..biasala support member..lagipon vid tu mmg best.

    ReplyDelete