29.12.10

Catatan Seorang Pengembara : Kisah Dari Atas Kerusi Roda Sempena Perayaan Tahun Baru Kadangkalanya Sesuai Juga Untuk Dijadikan Penulisan Motivasi.Tidakkah Begitu?

(Penulisan ini ditujukan kepada seorang rakan.)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

"Berapa banyak pendakwah (yang mengajak manusia kembali) kepada Allah,namun ia sendiri lari daripada-Nya." [Ali Bin Abi Thalib RA]

"Writing or speaking about Islam does not make you a good Muslim.Practicing and striving by its ideals makes you one." (link)

Dua kata-kata permulaan di atas ini ditujukan kepada diri saya,dan sesiapa yang berkenaan yang mahu mengambil pengajaran.

Memang ada benarnya ayat ini.

Apa yang benarnya?Anda fikirkanlah.

Beberapa hari ini,banyak masalah yang melanda saya.

Dengan situasi saya sekarang ini yang entah boleh masuk exam atau tidak,dengan masalah jiwanya etc etc.

Berkenaan masalah jiwa,teringat kata-kata Orang Putih,"Breaking up is the hardest thing to do".

Ops,nanti dulu.Ini bukan bermaksud saya baru break.Nope.Masalah jiwa saya tiada kena mengena dengan cinta dan sebagainya,sebaliknya masalah lain.

Tetapi,sekadar mahu berkongsikan quote di atas ini di sini.Kenapa?Ada yang mahu diceritakan di sini.

Memang benar,adalah sedih untuk break-up.Saya tahu.

Bukankah selalu kita melihat orang yang berwajah sugul apabila mereka putus cinta dan sebagainya?

Tetapi,janganlah break-up ini serta pelbagai lagi masalah lain yang melanda kita menyebabkan kita gagal untuk fokus dalam Ibadat kita.

Janganlah break-up dan masalah-masalah lain ini menyebabkan Solat kita tidak khusyuk,kita tidak tidur malam dan sebagainya.Ingat,ini semua hanya dunia.Jangan perkara-perkara ini melalaikan kita daripada mengingati Allah SWT.

Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), [Surah At-Takaathur:Ayat 1]

Sebenarnya,jika hendak dikirakan,kecil sahaja masalah kita ini berbanding masalah orang lain.

Ini hanyalah ujian sahaja untuk kita.

Macam masalah saya yang "entah boleh masuk exam entah tidak" ini,sebenarnya bukanlah besar sangat pun.Kecil sahaja.Masih boleh diperbaiki.

Jadi,kepada saya yang menulis ini,jangan berputus asa okay?

Ahah,comel sungguh perbuatan menulis memberi motivasi untuk diri sendiri ini.

Tentu ada yang bertanya,siapa yang mengatakan perbuatan saya ini comel?

Sayalah.Siapa lagi?Ha ha dan ha.

Sorry,terbuat lawak.Hendak buat macam mana.Sense of humour agak tinggi.Astaghfirullahalazim.Jangan riak.

Berbalik kepada cerita saya tadi.

Ya,masalah-masalah yang dihadapi kita bukannya besar sangat.Kecil sahaja.

Tadi,semasa saya pulang,sempat singgah di Pasaraya berdekatan dengan Stesyen Metro.

Warga Russia pada waktu dan saat ini sedang bersiap sedia mempersiapkan diri untuk menyambut Perayaan Tahun Baru.

Jika hendak dibandingkan dengan kita Malaysia,bukanlah suatu hiperbola (Hiperbola adalah Perbandingan Melampau.Tentu anda tidak belajar Komsas bukan di sekolah jika anda tidak tahu perkataan ini?) jika saya katakan bahawa Perayaan Tahun Baru di Russia sama tarafnya dengan Hari Raya Aidilfitri bagi masyarakat Melayu Malaysia.

Di Russia,semua orang berebut-rebut membeli barang-barang sempena 'Jualan Murah Yang Tidak Berapa Murahnya'.

Makcik-Makcik yang sudah berusia juga ingin membeli barang-barang ini.Saya kasihan melihat mereka.Seriously,ini bukan satu sarcasm.Sebaliknya,saya kasihan dan sayu melihat Makcik-Makcik dan Pakcik-Pakcik ini.

Semoga Allah memberikan petunjuk dan Hidayah-Nya kepada sesiapa yang benar-benar mencari kebenaran.Amin.

By the way,seperti di Malaysia,tatkala Pemunya-Pemunya kenderaan Volvo,BMW,Mercedes,Flatomorchapella (Okay yang jenama terakhir ini seriously saya sengaja reka nama kenderaan ini untuk menunjukkan satu brand yang Elegan) berpusu-pusu memasuki Pusat Membeli-Belah untuk membeli barang-barang berjenama menyambut Hari Raya,kita sering terlupa,sebenarnya masih ramai dalam kalangan masyarakat kita yang tidak bernasib baik pada hari ini.

Sama juga di Russia,dalam perjalanan yang sama saya on the way balik tadi,saya terjumpa seorang Makcik Tua yang duduk di atas kerusi roda sedang meminta bantuan (agak kasar jika saya katakan Beliau meminta sedekah).

Makcik Tua ini merupakan Penduduk Bandar yang sama dengan Makcik-Makcik Tua yang saya jumpa sebelumnya yang sedang hanyut lemas dengan nafsu membeli-belah di Pusat Membeli Belah Terkemuka.

Adakah ini satu ironi?

Saya pun tidak tahu kerana sehingga pada saat ini saya sendiri masih keliru apakah maksud perkataan ironi itu.Haha.

Berbalik kepada cerita kita tadi.

Apakah beza antara Makcik Tua yang sedang meminta bantuan ini dengan Makcik Tua yang sibuk membeli-belah?

Jawapannya adalah Miskin dan Kaya.

Ya.

Itulah dunia hari ini.Sistem hari ini menyaksikan kekejaman dan diskriminasi melampau terhadap golongan Miskin.

Tentu anda ingin tahu,Makcik Tua ini meminta bantuan di mana?

Makcik Tua ini meminta bantuan di atas kerusi rodanya di luar bangunan.Suhu tidaklah sejuk sangat hari ini,tetapi still bawah takat beku.

Kalau duduk luar bangunan dalam sejam dua,tak ke beku jugak tu?

And then,memanglah kita boleh cakap,"Alah,dia mintak sedekah tiap-tiap hari,takkanlah tak kaya-kaya.Tipu je ni".

Saya sebenarnya dahulu suka juga bercakap sebegini.

Tetapi,cuba fikir.

Makcik ini tiada kaki.Duduk di Moscow.Orang yang sedekah pula,hanya bagi duit syiling.

Agak-agaklah,duit-duit syiling tu boleh ke buat Beliau bayar duit sewa rumah etc etc?

Saya rasa dengan taraf hidup Moscow yang melampau mahal,tidak mampu Beliau membayar duit sewa dengan duit bantuan itu.

Setakat dapat makan sahajalah kot.

Ya.Itulah realiti kehidupan.

Tetapi,mungkin ada bezanya dengan Peminta Sedekah di Malaysia (Ya,saya gunakan istilah Peminta Sedekah.Ada maksud mendalam cuba disampaikan di sini).

Memang tidak dinafikan,ada golongan yang terpaksa meminta duit kerana terlampau terdesak di Malaysia.Tetapi,kebanyakannya meminta sedekah sambil mengambil kesempatan.

Itulah yang membuatkan orang ramai tidak percaya dengan golongan sebegini tu.

Tapi,bagi kita yang mampu memberi sedekah/bantuan ini pula,mari tanya diri kita,

Adakah kita tak mahu bagi sedekah sebab takut diorang ni amek kesempatan atau memang kita ini kedekut bakhil?

Itu sekadar soalan.Jawapannya?

Anda tahu apakah jawapannya.

Apa-apapun,berbalik kepada kisah Makcik ini,kasihan saya melihat Beliau.

Perasaan kasihan saya inilah yang membuatkan saya bermonolog,

Kecik sahaja masalah aku jika dibandingkan dengan Makcik ini.Ingat dia suka-suka ke nak mintak bantuan.Dia pun ada perasaan malu.Entah dia ada anak yang sakit ke kat rumah.Atau suami yang (juga) lumpuh ke.Itu yang dia buang perasaan malu minta sedekah tu etc etc.

Apakah kesimpulan yang hendak disampaikan oleh saya kepada anda apabila saya mengambil keputusan untuk membebel panjang dalam penulisan ini?

Ada tiga.

1) Sesusah manapun kita rasa Ujian yang dihadapi kita,janganlah Ujian-Ujian ini menyebabkan kita lupa kepada Allah SWT.Janganlah Ujian-Ujian ini menyebabkan Ibadah kita terganggu.Ingat,dunia ini sementara.Memang hidup di dunia tidak pernah indah.Jika kita mahukan keindahan,ianya ada di Syurga.Bagaimanakah mahu mendapatkan Syurga?Buatlah yang diperintahkan Allah SWT,tinggalkan larangan-Nya.

2) Ujian kita tidaklah sesusah mana jika dibandingkan dengan orang lain.Itulah sebab bila jalan-jalan keluar rumah tu,bukak mata hati dan akal kita.Fikirkan keadaan orang sekeliling.Bukan jalan-jalan keluar rumah sambil fikir "Eh,aku ni hensem ke tidak etc etc je".Tetapi,malangnya ramai orang zaman sekarang yang lebih suka memuja dan memikirkan kehenseman sendiri berbanding memikirkan masalah dunia.

3) Bantulah orang yang memerlukan.Jangan jadi bakhil.Harta kita itu datangnya dari Allah SWT.Sekejap sahaja jika Dia mahu ambilnya semula.

Sebelum mengakhiri penulisan,ingin saya berkongsikan satu Hadis,

Daripada Abu Hurairah RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “ Sedekah tidak mengurangkan harta. Allah tidak melebihkan seseorang hamba dengan kemaafan-Nya melainkan kemuliaan dan tidak merendahkan diri seseorang melainkan Allah mengangkatnya.” (link)

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Doakan supaya urusan saya dipermudahkan.Amin.Dan semoga Allah SWT mengekalkan Hidayah-Nya kepada kita semua.Amin.

P/P/S : Saya tulis banyak-banyak ini sementara ada masa lapang sahaja.Bukankah Masa Lapang itu satu nikmat juga?


4 comments:

  1. Salam..
    Terima kasih dengan penulisan motivasi pada pagi 8.42 am waktu Malaysia...rasa macam down pagi ni tapi lepas baca tulisan di atas terasa bersemangat sket..betul, kena fikir masalah yang kita hadapi mungkin kecil berbanding masalah orang lain..apa2 pun berserah kepada Allah..

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum Umar

    Makcik doakan semoga segala urusan Umar dipermudahkan Allah.. tentang sedekah ni,(selain ikhlas) kita perlu juga fikirkan /pertimbangkan apakah sedekah kita itu akan betul2 dikira sedekah, kerana adakalanya orang yang kita beri sedekah itu sebenarnya tidak layak.. kadangkala dengan sedekah yang kita beri itu menjadikan kita membantu mereka melakukan kesalahan,cuba kita fikirkan (mungkin boleh kita persoalkan) tentang orang-orang yang meminta-minta di setiap pasar malam dengan tak ada kedua2 belah kaki.. bagaimana dia boleh berada di tiap2 pasar malam.. namun persoalannya bagaimana kita nak kenalpasti siapa yang layak dan tidak layak.. ini juga bukan bermakna kita langsung tak bersedekah kerana bimbang perkara-perkara di atas.. jadi bersedekah perlu dan cara yang betul juga perlu..

    Semoga lebihan daripada keperluan kita, dapat kita sedekahkan.. jadi benarlah apa yang Umar nampak bila ada jualan murah ramai yang membeli tetapi sebenar tak perlupun..

    ReplyDelete
  3. Wah, panjangnya entry, tn blog. Nk luahkan perasaan ke (^_^) Insyaallah, awk mesti dpt buat masa exam nnt. Jwb dgn tenang ye.

    ReplyDelete
  4. @naihusna
    semoga bermanfaat.

    @werdah
    betul2.kadang2 belakang diorang ada orang laen.diorang kena guna je.kadang2 ada sindiket.kadang2 mintak sedekah tapi baju branded.kena tengok jugak la.

    @pemerhati
    tak la.memang suke menulis.ada entry lagi panjang .hehehe.

    @semua
    apa-apapun,thanks melawat.assalamualaikum dan walaikumsalam.

    ReplyDelete