25.12.10

Catatan Seorang Pengembara : Sistem Manusia/Hutem.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Saya baru sahaja menjual gitar saya.Secara peribadinya,agak sedih.Tetapi,tidak mengapa.Ada hikmahnya.

Apa-apapun,banyak perkara yang berlaku pada hari ini.

Pertama sekali,Alhamdulillah,banyak perkara yang telah saya selesaikan pada hari ini.

Petang tadi,saya pulang ke asrama dari kampus bersama seorang rakan dari negara India.Sebenarnya,to be honest,ketika itu saya tiada mood untuk berjalan/berkomunikasi dengan orang lain.Sebaliknya,saya pada ketika itu mahu bersendirian.

Ini kerana cuaca pada waktu itu agak nyaman.Salji turun dengan lebat.Saya merasakan sungguh tenang sekali melihat keadaan itu.

Tetapi,hendak dijadikan cerita,saya pulang bersama kawan saya ini.Untuk pengetahuan anda,kawan saya ini sebenarnya saya baru kenal juga.Haha.Sudah agak berusia juga sebenarnya jika dibandingkan dengan saya.Mungkin sekitar 30-an.Beliau datang ke Russia untuk menyambung pelajarannya di dalam Master/Ph.D.

Di dalam perjalanan,banyak yang kami bualkan.Biasalah,apabila dua orang dari negara yang berlainan bersama,tentu banyak yang akan diperbualkan.Bukankah begitu?

Kelihatan seorang Makcik memakai double-tongkat (tongkat untuk orang yang patah kaki) dan kawan saya ini membukakan pintu untuk Makcik ini.

Saya kemudiannya berkata,"Moscow banyak orang tua kan?."

Sengaja saya lontarkan pernyataan itu untuk melihat reaksi Beliau.

Beliau menjawab,"Biasalah tu.Kau tau tak,kebanyakan diorang ni hidup bergantung pada duit pencen semata."

"Berapa?",tanya saya. (Perbualan ini sebenarnya berlangsung di dalam Bahasa Inggeris)

"Dalam 2000-3000 Ruble (sekitar RM 200) sahaja sebulan",jelas Beliau.

Saya terdiam sebentar sebelum mengatakan kepadanya,"That's why we need to help them."

Muka Beliau kemudiannya menunjukkan mimik yang membawa maksud Beliau sedang memikirkan sesuatu lantas mengangkat keningnya tanda bersetuju.

Tamat kisah saya dengan kawan India saya.

Sebenarnya banyak pengajaran dari kisah di atas bagi diri saya.

Ianya sebenarnya membuatkan saya lebih bersyukur.

Tahu kenapa?

Bayangkan,Moscow ini untuk pengetahuan anda adalah bandar yang mempunyai Kos Sara Hidup ketiga termahal di dunia pada awal tahun 2010 (Sila Google untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut).

Barang-barang di sini amat mahal.Sebuku kecil roti (seperti roti Gardenia di Malaysia) sahaja sudah berharga Rm 5.Itu baru roti kosong,belum mengambil kira barang-barang lain.

Dengan cuaca sejuk pada kadar kritikal yang membuatkan perut sentiasa lapar,adakah anda fikir cukup duit pencen yang diberikan itu untuk menampung hidup mereka ini?Itu belum masuk bayaran perubatan,sewa rumah etc etc.

Biar saya jelaskan kepada anda secara lebih terperinci.

Kebanyakan orang-orang tua di sini,umur mereka dalam lingkungan 70-90an.

Walaupun sudah amat tua,mereka tetap menjalankan kehidupan harian seperti biasa.Mereka pergi ke Pasaraya untuk membeli makanan sendiri etc etc etc.Anak-anak mereka tidak membantu mereka (ini mengikut pemerhatian saya).

Ini kerana budaya mereka memang begitu.Setiap orang hidup untuk diri sendiri.Every man for himself bilang Encik Orang Putih.

No wonderlah,ada yang bekerja sehingga ke nafas terakhir.

Seorang rakan saya (Pelajar Malaysia juga) di sini berkata,"Kau tahu tak,Russian Government mungkin nak buat undang-undang yang membolehkan orang Russia bekerja seumur hidup".

Dalam kata lain,"Bekerja hingga mati".

"Mencari sesuatu untuk mengisi jiwa yang kosong" dan juga "Mencari sesuap nasi untuk dimakan".

Inilah sebab utama yang paling logik boleh difikirkan saya kenapa mereka ini bekerja sehingga hari tua.

Kalau diikutkan,kasihan.Seriously.

Dua hari lepas,saya masuk ke satu Department dalam Faculty di Kampus tempat saya belajar.Ada gambar seorang Tua digantung.

1920-2007 - terpampang di bawah gambarnya nombor-nombor ini.

"Tempoh hidupnya kot",fikir saya sendirian.

Ditulis di bawahnya lagi bahawa Beliau ini merupakan Pengasas Department ini etc etc etc.

Ayat yang menarik perhatian saya adalah ayat ini,"Sehingga hari-hari terakhirnya,Professor X (bukan nama sebenar) masih gigih mengajar di Institut kita".

Mahu kagum atau apa?

Cukup setakat ini untuk menerangkan keadaan Orang-Orang Tua di sini.Saya rasa anda sudah nampak secara ringkas gambaran tentang keadaan di sini.

Apa sebenarnya yang hendak disampaikan oleh saya?

Pada saya,inilah bukti betapa lemahnya Sistem Manusia.

Ya,Sistem Manusia yang kita bangga-banggakan.

Mari saya kongsikan bersama anda satu video untuk menerangkan lebih lanjut tentang keadaan ini.Anda tonton,okay?Sekejap sahaja video ini.


Saya mendapat tahu tentang video ini daripada Twitter seorang Mufti dari Negara Barat.Di dalam Status Twitternya itu,dituliskan ayat yang lebih kurang berbunyi begini,"Seorang lelaki yang lebih Muslim daripada Muslim dalam mencontohi Rasulullah SAW".

At first,saya tidak faham,but then it came to my mind!

Bukankah Rasulullah SAW itu selalu menderma,membantu orang-orang miskin dan menyuruh kita umat Islam membantu orang-orang miskin etc etc?

Allah SWT juga memerintahkan perkara ini di dalam Al-Quran.Selalu sahaja kedengaran ayat-ayat yang berbunyi lebih kurang begini di dalam Al-Quran,"Mereka yang beriman dan beramal soleh,iaitu mereka yang bersolat,mengeluarkan zakat".

Contohnya,ayat di bawah ini.

"Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk". [At-Taubah: 18]

Kiranya,zakat itu adalah satu tuntutan penting dalam Islam.

Tetapi,lihatlah manusia pada zaman sekarang terutamanya umat Islam.Kita lebih bersifat materialistik dan self-centered daripada bersikap memikirkan orang lain.

Pada saya,ini semua berpunca dari Sistem yang kita jalani pada hari ini.Sistem yang saya gelarkan sebagai Sistem Manusia.

Tertarik saya untuk memetik kata-kata Azmil Mustapha di sini,

"Seorang lelaki Syria berkata kepada saya,'Kami juga hendak maju seperti korang di Malaysia'.

Saya kemudian menjawab,'Hendak maju?Maju yang macam mana yang kamu maksudkan?Maju yang masyarakatnya hilang akhlak?Rosak jati diri?Anak dibuang merata?'"

Saya sangat-sangat bersetuju tentang perkara ini.

Sejak duduk di negara Barat yang mengikut takrifan Sistem Manusia boleh dikatakan sebagai maju ini,saya mendapati memang negara ini maju.

Butik-butik terkenal,kereta-kereta mewah bersepah-sepah di serata bandaraya Metropolitan ini.

Tetapi,masyarakatnya?

Rosak.

Orang Muda tidak menghormati Orang Tua.Orang Tua tidak dibantu.70% perkataan yang dikeluarkan dari mulut mereka adalah kata-kata carutan,sedangkan kata-kata carutan itu hanya membentuk peribadi yang tidak elok bagi diri manusia.

Saya tertarik untuk bertanya kepada anda semua dan diri sendiri,

"Adakah ini yang kita mahukan?Adakah 'kemajuan' ini yang kita cari?Adakah kita rela menggadaikan masa depan anak-anak kita untuk membina Pencakar Langit?Jika diteliti keadaan semasa,jawapannya adalah 'Ya'.Tak gitu?"

Jadi,apakah maksud semua ini?

Pada pendapat peribadi sayalah,semua ini hanya dapat diselesaikan oleh Islam.Hanya Islam sahaja yang mempunyai ubat bagi masalah ini.

Kenapa?

Ini kerana Islam itu cara hidup yang diturunkan oleh Allah SWT yang menciptakan sekalian alam dan semua manusia kepada kita semua.

Allah SWT yang menciptakan kita,tentulah Dia Maha Mengetahui apakah yang terbaik untuk kita.

Di dalam Islam mengajarkan bahawa,dalam setiap bahagian harta kita,ada hak orang lain yang perlu ditunaikan oleh kita (zakat dan sedekah).

Cuba bayangkan,jika semua orang yang berkemampuan di dunia ini (termasuk kita) tidak hanya berfikir bagaimana hendak menambahkan harta sahaja,sebaliknya melibatkan diri dengan lebih aktif dalam membantu manusia lain.

Tentulah dunia ini lebih aman.Tetapi,biasalah.

Sistem Manusia ini telah berjaya melahirkan umat manusia yang selfish.Yang hanya tahu bagaimana hendak melawakan diri,berbanding memikirkan cara mengubah dunia ke arah lebih baik.

Akibatnya?

Orang-orang seperti Professor X yang sudah uzur masih bekerja walaupun sudah mencapai umur 80 tahun.Kejam?Mungkin.

Jadi,apakah yang kita orang-orang biasa ini boleh buat?

Sebenarnya kita boleh membantu mengubah dunia.Mulakan dengan diri kita.Jika ada rezeki lebih,dermakanlah kepada orang yang kurang berkemampuan.

Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

Tidak perlu anda pilih bulu dalam membantu.Jika anda ternampak seorang Makcik Tua di Stesyen Bas dan anda rasa Beliau memerlukan bantuan,bantulah mereka.

Jangan tunggu orang lain melakukan perkara ini.Sebaliknya,kitalah yang patut melakukannya dahulu.

Jika kita mulakannya,nescaya orang-orang di sekeliling kita akan mengikut jejak langkah kita dan seterusnya lama kelamaan usaha ini akan berjaya.

Yang penting,apa?

Niat kita.

Niatkanlah perbuatan ini kerana Allah SWT.Bukan untuk riak.Okay?Contohilah peribadi Rasulullah SAW yang sering membantu orang-orang yang kurang mampu.Contohi juga orang di dalam video di atas.

Stop this madness.You can do it.

Itu sahaja untuk kali ini.Sekadar berkongsi pengalaman di negara orang untuk dijadikan pengajaran.Banyak hendak ditulis sebenarnya,tetapi saya sudah penat.Maaf.

Jika ada kekurangan,maaf.Saya juga manusia biasa.Jika ada kesilapan,sila betulkan.Jika ada terkasar bahasa,minta maafkan.Ambil jernih,buang keruh.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Duit Elaun turun,pada mulanya agak sedih.Tetapi,ada hikmah.Cuba bandingkan keadaan Orang-Orang Tua ini dengan diri kita?Sekurang-kurangnya duit kita masih banyak.Mereka?Jadi,ubahlah cara hidup.Jangan hendak bermewah-mewah sahaja.Hiduplah secara bersederhana.Sebenarnya,duit itu still banyak.Saya rasa hendak bantu mereka-mereka ini pun still cukup.

P/P/S : Ini ada satu lagi video yang boleh anda tonton,contoh kekejaman Sistem Manusia.

P/P/P/S : Hutem bermaksud Human System.Perkataan ini saya reka sendiri.Sedap sahaja bunyinya bagi saya.Saya mungkin akan menggunakan perkataan ini dengan lebih kerap dalam Penulisan-penulisan yang akan datang.

P/P/P/P/S : P/P/S bermaksud Post-Postscript
.


6 comments:

  1. Mulianya hati lelaki india dalam video tu..semoga Allah merahmati hidup beliau...
    Hal2 berkaitan duit ni memang tak habis kalau bercerita..apa yang penting bersifat Qanaah...merasa cukup dengan rezeki yang Allah berikan..itulah yang sebaik2nya..

    ReplyDelete
  2. menangis sy tengok video ni...betapa kita masih lg mundur dgn sikap ikhlas sebegini...kita spttnya lebih sedar sbg org Islam...

    syukran!;)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum semua

    betul
    lelaki india ini memang mulia.kita patut mencontohinya.buat kebaikan jangan berkira.buat stiap hari.

    saya dah baca komen2 kat vid tu..
    uploader video tu ada tulis profile pasal lelaki ini..

    lelaki ini ada foundation rupanya.nama foundation tu akshya trust.

    ni laman web dia.
    anda boleh derma di sini.

    http://www.akshayatrust.org/

    bantulah apa yang termampu.
    yang penting ikhlas.

    doa kepada Allah agar memberi ptunjuk kepada lelaki ini.insya-Allah.
    amin.
    salam.

    ReplyDelete
  4. bagi yg mempunyai ibu bapa, hormatilah mereka dengan ikhlas walau dimana sj kita berada malah bukan hny kpd orang tua kita, malahan sesiapa sj. jika hari ini kita menghormati mereka, x mustahil suatu hari nnt jika kita sudah tua (jika berkesempatan), anak-anak kita dan sesiapa shj akn menghormati kita. Allah Maha Melihat Segalanya...

    ReplyDelete