12.12.10

Hidup Mencari Hikmah,Hidup Mencari Redha Allah SWT.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Sebentar tadi saya memasak di dapur untuk makan malam.Di sebelah saya ada seorang Pelajar Myanmar.Pada mulanya saya tidak berminat untuk menegur Beliau memandangkan Pelajar-Pelajar Myanmar ini kebanyakannya mempunyai gelagat yang kurang menyenangkan.

Tetapi,saya terfikir sebentar,jika saya bertindak sedemikian,apakah beza saya dengan mereka?Tidakkah ianya hanya menunjukkan bahawa saya dan mereka sama sahaja?

Masih tidak faham?Mari saya berikan contoh lain.

Ada seorang Remaja X.Beliau ini sangat annoying.Suka menghina dan mengutuk orang.Kemudian satu hari,Remaja X ini mengutuk kita.Ada dua pilihan di sini.Jika kita membalas kutukannya,sama sahajalah kita dengan Beliau.Tiada beza antara kita dengan dia dari segi akhlak dan pemikiran.Tetapi,jika kita memilih untuk bersabar dan berlalu pergi sahaja,tahniah kepada diri kita.Kerana kita telah menunjukkan contoh yang baik kepadanya,dan juga kita telah berjaya membezakan antara pemikiran kita dengan pemikiran mereka.

Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya. [25:72]

Dalam kata lain,kita jangan membalas kebodohan dengan kebodohan.Sebaliknya,kita lawannya dengan kebaikan dan kebijaksanaan.Semoga perbuatan kita itu akan menimbulkan kesedaran kepada mereka ini.

Berbalik kepada cerita saya dengan Pelajar Myanmar tadi.

Jadi saya cubalah untuk menegurnya.

Perbualan berlangsung di dalam Bahasa Russia.

Saya : Baik-baik sikit.Takut kena minyak nih.

Dia : (Muka Blur Terkebil-Kebil Habis).

Saya : (Diam sebentar).

Dia : (Memandang lauk yang sedang dimasak seakan-akan tidak mahu memulakan perbualan).

Saya : So,kau 1st year ke?

Dia : Aaa,aaa,aaa??

Saya : Kau tahun pertama ke?

Dia : (Tetap memberi respon yang sama,menandakan dia tidak faham pertanyaan saya)

Saya : (Mengeluh sebentar di dalam hati,sambil meneruskan perbualan)Kau cakap English?

Dia : Aaa,aaa,aaa???

Saya : Okay,takpe.Masak elok-elok. (Yang masak elok-elok ni saya tambah untuk menyedapkan cerita)


Perbualan tamat.Saya memasak dengan bergaya seperti biasa (Chef Wan masak pun kalah,okaaaayyyy?).

Apa pengajaran dari kisah ini?

Banyak sebenarnya.Amat banyak.Tetapi,walaupun perbualan tidak berjaya,saya berpuas hati.

Ini kerana sekurang-kurangnya saya cuba untuk menegurnya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Wahai manusia,sebarkanlah salam,berikanlah makanan,sambungkanlah hubungan persaudaraan,solatlah ketika manusia lain tidur (qiamullail),kamu akan masuk ke dalam syurga Tuhanmu dengan selamat." [al-Tirmizi]

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). [49:13]

Ya.Salah satu inspirasi saya untuk menegur Pelajar Myanmar di atas adalah kerana mengingatkan Hadis di atas yang menyuruh kita menyebarkan salam tidak kira di mana juga kita berada.

Tetapi,jika difikirkan balik,kasihan juga Pelajar Myanmar ini.Saya tahu ramai dalam kalangan mereka ini yang teruk kemahiran Bahasanya,tetapi,takkanlah sampai tak reti cakap langsung.

Bagaimanalah mereka hendak berkomunikasi di alam kelas,di kedai dan sebagainya.Hurm.

Sebenarnya,perbualan saya dengan Pelajar Myanmar ini menyedarkan saya satu hakikat.Satu hakikat yang berbunyi,

"Ramai lagi orang di luar sana yang masih jahil/terlalu jahil.Mereka tidak tahu Bahasa lain melainkan Bahasa Ibunda mereka."

Keadaan yang sama juga berlaku di Malaysia.

Apa yang saya cuba hendak sampaikan di sini?

Pada saya,ini menunjukkan tanggungjawab dakwah kepada orang-orang yang kurang bernasib baik seperti mereka ini jatuh kepada kita yang faham bahasa Arab/Inggeris.

Kiranya,kita yang berilmu inilah yang patut membawa ilmu-ilmu agama dan memperbetulkan balik perkara-perkara yang tidak betul dalam kalangan masyarakat kita.

Ya,tanggungjawab bagi orang yang berilmu adalah besar.Bukan main-main.Ini kerana,semakin besar kuasa (ilmu),semakin besar tanggungjawab.

Keadaan ini mengingatkan saya terhadap satu penulisan yang saya baca dalam Majalah Solusi beberapa hari lepas.

Kisahnya berbunyi lebih kurang begini,

"Beberapa Ilmuwan tempatan kita telah pergi ke Vietnam untuk Misi Kemanusiaan.Mereka ini membawa seorang rakyat Vietnam yang kini belajar ilmu Islam di Malaysia untuk menjadi Translator.Ketika di sana,mereka mendapati umat Islam di Vietnam secara asasnya terbahagi kepada dua golongan.

Satu golongan yang benar-benar mengikuti ajaran Islam.Satu lagi golongan yang tidak mengikuti ajaran Islam sebenar,sebaliknya ajaran Islam yang diikuti mereka ini telah tercampur dengan pelbagai unsur Bidaah dan Khurafat serta Animisme.

Tetapi,semenjak 2006,usaha telah dijalankan untuk berdakwah kepada mereka ini semula.Usaha ini dijalankan oleh Golongan Ilmu di Vietnam."

Anda nampak apa yang saya cuba sampaikan?Kiranya kita mesti menjalankan usaha untuk memperbetulkan kembali akidah mereka-mereka ini.

Jika mereka tidak faham Bahasa lain selain Bahasa Ibunda mereka misalnya,kita jalankan usaha untuk mencari umat Islam dalam kalangan mereka sendiri yang boleh berkomunikasi dengan mereka.

Anda nampak apa saya cuba sampaikan?

Tetapi,apa-apapun kita kena ingat,bahawa,Allah SWT itu Maha Adil.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Dan berapa banyak Kami binasakan negeri-negeri yang penduduknya telah berlaku sombong dan tidak bersyukur dalam kehidupannya (yang serba mewah dan senang lenang). Maka itulah dia tempat-tempat tinggal mereka terbiar tidak didiami orang sesudah mereka (dibinasakan), kecuali sedikit sahaja dan sesungguhnya Kamilah yang mewarisi mereka.

Dan tidaklah menjadi kebiasaan Tuhanmu membinasakan mana-mana negeri sebelum Ia mengutus ke ibu negeri itu seorang Rasul yang akan membacakan kepada penduduknya ayat-ayat keterangan Kami; dan tidaklah menjadi kebiasaan Kami membinasakan mana-mana negeri melainkan setelah penduduknya berlaku zalim.

Dan apa jua (harta benda dan lain-lainnya) yang diberikan kepada kamu, maka adalah ia merupakan kesenangan hidup di dunia dan perhiasannya; dalam pada itu, apa jua yang ada di sisi Allah (yang disediakan untuk orang-orang yang beriman dan taat) adalah ia lebih baik dan lebih kekal; maka mengapa kamu tidak mahu memahaminya?

(Jika sudah diketahui yang demikian) maka adakah orang yang Kami janjikan kepadanya janji yang baik (balasan Syurga) lalu ia mendapatnya, sama seperti orang yang kami kurniakan menikmati kesenangan hidup di dunia kemudian ia pada hari kiamat termasuk dalam golongan yang dibawa (untuk menerima azab neraka)?

Dan pada hari (kiamat itu) Allah menyeru mereka lalu bertanya:" Mana dia sekutu-sekutuKu, yang kamu anggap mereka (menjadi tuhan dan dapat memberikan pertolongan)?"

Mereka yang berhak menerima hukuman (azab neraka) berkata: "Wahai Tuhan kami, inilah mereka yang kami menyebabkan kesesatannya, kami menyebabkan mereka sesat (dengan pilihan mereka sendiri) sebagaimana kami telah sesat (dengan pilihan kami sendiri); (dengan ini) kami mengakui kepadaMu bahawa kami berlepas diri (dari kekufuran mereka). Bukanlah Kami yang mereka puja dan taati, (bahkan mereka hanya memuja dan mentaati hawa nafsu mereka sendiri)".

Dan dikatakan (kepada mereka): Panggilah makhluk-makhluk dan benda-benda yang kamu jadikan sekutu Allah (untuk menolong kamu)". lalu mereka memanggilnya, tetapi makhluk-makhluk dan benda-benda itu tidak menyahut panggilan mereka; dan mereka tetap melihat azab (dengan merasa sesal) serta bercita-cita kalaulah mereka di dunia dahulu menurut petunjuk.

Dan pada hari (kiamat itu) Allah menyeru mereka lalu bertanya: "Apa jawab kamu kepada Rasul-rasul yang diutus kepada kamu dahulu?

Maka gelaplah kepada mereka, pada hari itu, segala khabar berita dan peristiwa (yang telah lalu), serta menjadilah mereka tidak dapat hendak bertanya-tanyaan sesama sendiri.

(Demikianlah akibat orang-orang derhaka), adapun orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka semoga akan menjadilah ia dari orang-orang yang berjaya.
[28:58-67]

Cuba ambil perhatian ayat-ayat yang saya boldkan di atas.Sebagai contoh ayat pertama di atas,yang berbunyi,"itulah dia tempat-tempat tinggal mereka terbiar tidak didiami orang sesudah mereka (dibinasakan)".

Saya rasa ada beberapa contoh kita boleh lihat di sini.Cuba lihat Piramid di Mesir,Easter Island dan Tamadun Maya.Semua kawasan itu sekarang tidak berpenghuni,bukan?

Apa-apapun,ini pendapat peribadi sayalah.Jika salah sila betulkan.Saya cuma mengaitkan tafsir Al-Quran ini dengan Pengetahuan Am sahaja.

Kemudian,dalam ayat seterusnya,Allah SWT mengatakan bahawa Allah tidak akan memusnahkan suatu kaum melainkan dihantarkan (diutus) kepada mereka seorang Rasul.Dan Allah SWT juga tidak akan membinasakan suatu kaum melainkan setelah mereka zalim.

Sila ambil perhatian ayat ini.

Ketahuilah kita,Allah SWT itu Maha Adil.Dia telah memberikan kita tempoh di dunia ini.Jadi,berubahlah kita.

Kerana,jika selepas mati baru hendak berubah,itu sudah terlewat.Berubahlah sementara masih diberi peluang.

Ketahuilah kita,Rahmat Allah SWT itu mengatasi Kemurkaan-Nya.

Kembalilah ke pangkal jalan.Allah SWT itu Maha Pemurah,Maha Penyayang lagi Maha Penerima Taubat.

Pengajaran lain dari penulisan saya ini adalah :

1) Jangan racist.Islam tidak ajar kita racist.Jangan suka menggelarkan satu kaum dengan panggilan teruk.Jika orang lain buat,tidak mengapa.Kita tegur mereka.Jangan kita pula ikut sama,sudah.

2) Sebagai umat Islam adalah menjadi tanggungjawab kita menunjukkan peribadi yang baik.

3) Jangan suka memandang rendah orang.

4) Jika orang layan kita teruk,bersabarlah sahaja.Jangan layan balik dengan kaedah yang sama.Kerana sesungguhnya,mereka itu tidak mengetahui.

Itu sahaja dari saya.

Sesungguhnya,ini adalah satu penulisan pendapat peribadi berdasarkan ilmu yang tidak seberapa.Jika salah,sila betulkan.Jika ada terkasar bahasa,minta maafkan.Ambil jernih,buang keruh.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Ya Allah,kekalkanlah kami semua di atas jalan yang lurus.Amin.


No comments:

Post a Comment