19.12.10

Ini Bukan Pernyataan Main-Main,Tetapi Serius.Ketahuilah,Jika Diikutkan Hati Dan Nafsu,Kelak Kau Pasti Sedar Bahawa Imanmu Telah Binasa...

Perhatian : Ini bukan Penulisan-Untuk-Difikirkan-Secara-Mendalam.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

malam ini
banyak yang dapat ku lihat dengan izin-Nya
sementelah kerja dunia dihabis
jiwa suci juga turut sama terhakis
pening berada di dalamnya
menghambarkan langkah
menuju tetangga
untuk meninjau
satu persatu
semua mata ini menjadi saksi
betapa diri sendiri turut terlibat

tanya pada diri ini
apakah tidak cukup bukti kau ingin lihat
berapa banyak sudah kau lihat
adakah kau buta

benar kata orang
kotak itu tetap kotak
ianya bukan isi
dan tidak akan menjadi isi

apa guna ketulan di mata
tetapi hati gagal memahami
apa guna kepetakan di tengah
jika akal tidak berfungsi

sudahlah
Dia tidak menciptakan kau tanpa tujuan
bukan begitu
sebaliknya ada arah untuk kau,yang telah ditetapkan
carilah ia,arah itu

cukuplah sekadar berkata-kata kosong
berubahlah kau
sudah cukup penat untuk melalui penipuan ini

O Allah,
help.

Penulisan akan terhenti buat sementara waktu.Agak sibuk ketika ini.Bacalah penulisan-penulisan terdahulu untuk mendapatkan sedikit ilmu di sini.

Semoga bermanfaat.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


1 comment: