2.12.10

Jika Yang 300 Ini... (Menjelang 1432 Hijrah/2011 Masihi - Satu Hijrah,Masa Untuk Merealisasi).

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

"Berapa banyak pendakwah (yang mengajak manusia kembali) kepada Allah,namun ia sendiri lari daripada-Nya." [Ali Bin Abi Thalib RA]

Jika direnung ayat di atas,saya merasakan,inilah antara cabaran terbesar kepada Para Pendakwah,atau kita khususkan lagi dalam penulisan ini kepada Golongan Pendakwah Siber (Blogger).

Akibat terlalu rancak bermain kata,Redha Ilahi bukan lagi matlamat utama kita.Akibat terlalu rancak bertikam lidah,kita semakin jauh dari jalan yang benar.Akibat terlalu hanyut dalam 'penulisan',riak mula menguasai diri.

Ya.Inilah cabaran utama kepada kita (termasuk saya).

Jadi,marilah kita memperbetulkan niat kita dalam berdakwah.Niatkanlah dakwah kita itu kerana Allah SWT.Dan biarlah dakwah kita itu memberi kebaikan kepada semua orang,terutamanya kita.

Tiada guna berdakwah kepada orang lain,tetapi diri sendiri semakin riak and so on.

Betul bukan apa yang saya bicarakan?

"Tentulah betul",jawab saya.Ini kerana soalan ini saya tujukan kepada diri saya sendiri.

300 Pembaca Setia

Sepanjang saya berblog,saya sebenarnya tidak terlalu mengisahkan berapa ramai pembaca yang membaca blog saya.Memang ada kalanya,saya mahukan supaya lebih ramai pembaca yang membaca sesuatu penulisan yang saya tulis.

Supaya mesej yang ingin disebarkan oleh saya kepada orang ramai sampai.Tetapi,difikir-fikir balik,tidak perlu tergesa-gesa mencari pembaca,jika yang datang memberi ulasan sekadar mengulas sesuatu penulisan saya untuk menukar "backlink"/blogwalking.

Tetapi,usaha mesti diteruskan.Untuk mencari Redha Ilahi dan memperbaiki diri.

Ini kerana setiap kali penulisan dilakukan,saya akan menasihati diri sendiri.

Kini blog saya sudah mempunyai 300 orang Pembaca Setia.

Walaupun saya yakin,lebih separuh (150 orang) daripada jumlah ini menjadi Follower blog ini semata-mata berbekalkan semangat "I Dah Follow U,U Follow Me Back Taw".

Kepada mereka yang mempunyai perangai sebegini,sedarlah anda semua,dunia ini hanya sementara.Janganlah kita asyik mengejar nama.Janganlah kita hendak untung tanpa berusaha.Janganlah akibat terlalu gilakan populariti,kita gadaikan maruah.

Walau bagaimanapun,kepada anda yang menjadi Follower atas dasar mencari ilmu,semoga apa yang anda baca di blog ini bermanfaat.Saya sekadar mengongsikan ilmu yang ada sahaja.

Dan,saya minta juga kepada anda (Golongan yang benar-benar membaca blog ini),untuk mendoakan supaya Allah menetapkan hati dan iman kita semua.

Apa-apapun,Pena Maya sudah mencapai 300 orang 'Pembaca Setia'.

Apa kata jika 300 orang Pembaca Setia ini,

- Benar-benar memahami serta mengamalkan apa yang saya kongsikan di sini (Ilmu Islam,Ayat Al-Quran Dan As-Sunnah).

- Seterusnya,menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat keliling mereka,seperti keluarga dan rakan-rakan terdekat mereka.

Jika ini berlaku,Insya-Allah,

- Sedikit sebanyak,peribadi baik yang ditunjukkan mereka akan diikuti oleh keluarga mereka.Jika 300 orang pembaca ini mula menjaga hati ibu bapa mereka,menjaga pertuturan mereka dan sebagainya,sedikit sebanyak juga pasti menarik minat keluarga mereka untuk turut berubah.

Apa kata kita anggap ini sebagai satu cabaran?

Jadi,300 Pembaca Setia Pena Maya (nampak kecil,tetapi impaknya besar jika setiap dari kita berusaha),adakah anda sahut cabaran ini?

Walaupun saya merasakan jumlah sebenar Pembaca Setia blog ini adalah lebih kecil daripada jumlah yang terpapar,tetapi kita mestilah optimis.

Jika anda menjawab "YA!" dengan capital letter untuk cabaran ini,

- Apa yang anda perlu lakukan mudah sahaja.

- Ubah diri kita sendiri dahulu sebelum mengubah orang lain.Kerana cara dakwah yang terbaik adalah melalui peribadi yang baik.Inilah yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW kepada kita semua.Renungkan ayat Al-Quran di bawah ini :

"Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya." [3:159]

Tidak lama lagi juga,kita akan menyambut dua Tahun Baru bagi dua kalendar berasingan,iaitu Hijrah dan Masihi.

Sebagai umat Islam,apa kata kita jadikan tahun baru 1432 Hijrah yang akan datang ini sebagai batu loncatan untuk perubahan kita.Jadikan kisah di sebalik peristiwa Hijrah sebagai inspirasi.

Apakah perkara yang boleh kita lakukan untuk perubahan ini?Di sini saya cadangkan beberapa perkara,sebagai permulaan :

1) Kita tahu setiap saat,setiap detik daripada hidup kita akan dihisab.Jadi,penuhilah setiap saat,setiap detik hidup kita dengan beribadat kepada-Nya.Paling mudah adalah dengan berzikir.Ketika anda baring-baring pun boleh zikir.Apabila sering berzikir dan mengingati Allah,hati akan menjadi lembut.Seterusnya,mudahlah kita dalam melakukan perubahan.

2) Niatkan setiap perbuatan kita lakukan kerana Allah SWT.

3) Apabila hendak berbuat sesuatu perkara yang bakal mengundang kemurkaan Allah,cepat-cepat ingatkan diri bahawa "Allah sedang memerhatikan kita,semua perbuatan kita ini bakal dihitung kelak.Kalau kita buat dosa,kita yang menyesal nanti kat akhirat".Jika anda lakukan ini,insya-Allah pasti anda nak buang sampah merata-rata pun anda tak buat.

4) Banyakkan membaca Al-Quran dan fahami maksud ayat-ayatnya.

5) Bersihkan hati,jangan suka memandang rendah pada orang lain.

6) Lakukan semua Ibadat Fardhu,mulalah lakukan amalan sunat.Yang penting slow and steady,serta Istiqamah.Kerana amal ibadat yang Istiqamah itulah yang paling disukai Allah SWT (Hadis).

7) Jaga hubungan dengan Ibu Bapa anda.Kerana kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan Ibu Bapa.

8) Banyakkan membaca buku tentang Islam.Cari ilmu tentang Islam.Fahamkan Islam itu.Jangan sekadar menjadi umat Islam pada nama sahaja,sebaliknya jadilah umat Islam yang faham.Kerana ada Hadis yang berbunyi lebih kurang begini "...Untuk Menjadi Muslim Terbaik Adalah Dengan Ilmu/Faham" (Betulkan saya jika saya silap mengenai Hadis ini,tetapi rasanya Insya-Allah betul).

9) Mulalah pergi ke Masjid,sembahyang jemaah,hadirkan diri dalam Majlis Ilmu.

10) Ingatlah,Islam itu bukan hanya sekadar satu 'agama' pada nama,sebaliknya ianya adalah cara hidup keseluruhan yang diturunkan oleh Allah SWT kepada umat manusia melalui Rasulullah SAW.

Jika 300 orang Pembaca Setia Pena Maya lakukan perkara ini,insya-Allah akan membawa impak besar kepada masyarakat.Dan lama kelamaan Islam akan bangkit kembali.Yang penting,kita mulakan dengan diri sendiri.Jangan tunggu orang lain.

Kan?

Itu sahaja untuk kali ini.Semoga 1432 Hijrah yang akan datang ini,membawa satu semangat baru untuk kita.Cukuplah sudah kita menjadi umat yang lemah yang asyik berkata-kata tentang Islam,tetapi gagal untuk merealisasikan Islam dalam kehidupan seharian.

Terakhirnya,sekali lagi saya ingatkan,kita mulakan perubahan ini melalui diri kita dahulu!Insya-Allah,Allah akan membantu kita jika kita benar-benar ikhlas dahagakan perubahan.

(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. [9:20]

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Dead Hero or A Live Coward?Anda mahu duduk diam,atau berbuat sesuatu?Tepuk dada,tanya selera.


3 comments:

  1. Hijrah minda menuju redha Illahi di 1432H ini, insyaAllah.

    ReplyDelete
  2. The numbers keep increasing...maknanya penulisan di dalam blog ini dah mula mendapat perhatian..semoga niat yang ditetapkan sejak mula blog ini dibuka akan berkekalan sampai bila2..insyaAllah...

    ReplyDelete
  3. insya-Allah.

    ini boleh jadi satu peluang dan rahmat untuk saya berbuat pahala dan kebaikan..dan juga boleh jadi satu ujian samada saya ikhlas atau tidak..

    semoga kita semua sentiasa mendapat hidayah-Nya.amin.

    ReplyDelete