3.12.10

Kisah Internet : Jangan Jadikan Ianya Medium Perpecahan Dalam Kalangan Kita Umat Islam (Kepentingan Menjaga Silaturrahim).

Perhatian : Ini Artikel Bahasa Pasar Grammar Rosak Habis.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Tanpa mengambil kira samada anda mahu tahu atau tidak berita ini,saya dengan ini sukacita mengumumkan bahawa suhu di Moscow dan kawasan sekitarnya dalam masa beberapa hari ini telah turun sehingga -28'C.Saya ulangi,-28'C.Jika hendak tahu bagaimanakah tahap kesejukan pada suhu ini,sila bayangkan kepanasan di Malaysia,tetapi tukar kepanasan itu menjadi kesejukan.

Apa khabar semua?Anggaplah maklumat yang ditulis di atas ini sekadar satu pengetahuan am kepada anda.

Hari ini saya mahu menulis tentang Internet.

Post :

Kita mestilah bangun umat Islam!

Ulasan :

Ah,blah la engkau.**** **** **** Nabi Muhammad SAW cakap **** **"
Engkau tu macam baik sangat je.
Cuba buka Al-Quran Surah sekian-sekian
.

Anda familiar dengan keadaan di atas?Atau anda tidak masih tidak faham apa yang saya hendak sampaikan?

Begini,pernahkah anda nampak dalam sesuatu laman web/Facebook,bila seseorang itu hendak memberi pendapat,kemudian di bahagian ulasan di bawah itu,lebih kurang 100 orang menghinanya.Komen bukan untuk menegur atau memperbetulkan kesilapan Beliau (Penulis Post),sebaliknya untuk menghinanya.

Mungkin ayat saya berterabur,tetapi,saya yakin you get the idea.

Sebelum apa-apa,mari kita memahami dulu tabii pengguna Internet.

Ya,menggunakan Internet dan mengulas sesuatu posting,memang best.Nak-nak kalau guna anonymous.

Siapa yang tidak suka?Dengan hanya duduk di depan komputer,dan menaip ulasan menggunakan anonymous,kita dapat menghina/mengutuk orang sepuas-puasnya.

Walaupun menghina dan membuka aib orang itu Haram,tetapi ramai orang suka buat.Tapi,kalau fikir-fikir balik,benda yang Haram tu la yang ramai orang suka buat.Haha.Manusia memang tidak bersyukur sifatnya.

Keadaan ini tidak semestinya berlaku seperti di atas,boleh jadi juga keadaan di mana satu Blogger menulis satu entri menghina seorang manusia lain,menaburkan fitnah tentang manusia itu,dan di bahagian komen,Si Penulis dan Para Pembaca bersama-sama menghina dan mengumpat Subjek Umpatan.

Astaghfirullahalazim.

Saya tertarik untuk menulis perkara ini kerana baru sebentar tadi,saya telah membaca satu penulisan seperti ini.Si Blogger menghina seorang Mamat yang membuat Posting tentang Islam di Facebooknya.Dia print screen dan kutuk mamat tu di Blognya pula.Di bahagian komen,ulasan-ulasan seperti yang anda dapat lihat di atas banyak yang keluar.

Itu dia,Fenomena Dosa Berantai.

Selain itu,selalu juga kita lihat orang yang suka bermain dengan kata-kata untuk memastikan Beliau menang dalam "pergaduhan siber".Kira suka twist perkataan la.Lidah putar.Orang seperti ini,kadang kala suka memetik sedikit Ayat dari Kitab Al-Quran dan quotekannya sebab nak menang.Kira nak tunjuk hebat,Beliau petik ayat Al-Quran.Bukan petik untuk berkongsi,sebaliknya ada udang di sebalik batu.

Biasa lihat bukan keadaan ini?

Hadith : Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya: Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ). [Riwayat Ahmad]

First of all,saya hendak cakap,kita tak boleh buat macam ini sebenarnya!Ini adalah satu perbuatan yang amat keji.

Yalah,bergaduh mulut di dalam Internet,semua orang boleh buat.Tetapi,di dunia realiti,satu benda pon kita tak buat.Setakat bergaduh dalam Internet tak guna.Baik kita bangunkan Islam,buat something yang boleh membantu Islam.

Ramai lagi orang Islam yang sedang terkorban saat kita fikir idea nak menang debat Internet.Bukan cakap Internet tak bagus,tapi kalau diguna ke arah keburukan,memang la tak baik.Menegur ada caranya.Jika anda komen nak tunjuk hebat sahaja,itu bukan menegur,itu berlagak dan menghina namanya.



Dalam video di atas ini disebutkan bahawa,Ilmu yang ada sepatutnya,bukan membuat kita makin riak.Sebaliknya,Ilmu yang ada sepatutnya menjadikan kita ini seorang yang lebih humble,merendah diri,selalu mengalah (apabila bercakap dengan orang yang keras kepala),menunjukkan peribadi yang baik etc etc.

Ini tidak.Apa yang kita dapat lihat hari ini adalah keadaan di mana ada seorang remaja X ini,dia baru membaca satu keping ayat,sudah menggunakan ayat ini untuk bertanding siapa lebih hebat dengan rakannya.

Jangan begitu!

Saya pernah membaca di dalam buku The Ideal Muslim,di mana seorang tokoh Islam menyebut "Semakin orang itu banyak Ilmu,semakin banyak perlu dia belajar Ilmu.Kenapa?Sebab bila orang itu makin banyak Ilmu,makin mudah dia tergelongsor (riak etc).Dan bila dia tergelongsor,ianya adalah sangat teruk".

Imam Malik pula berkata,

Ilmu itu bukanlah dengan membanyakkan riwayat tetapi ilmu itu adalah cahaya yang Allah letakkan dalam hati.Apabila seseorang itu memuji dirinya maka hilanglah cahayanya. [Imam Malik]

Jika kita amati betul-betul,senario yang saya sebutkan di atas,hanya tidak lain tidak bukan akan membawa kepada perpecahan kepada umat Islam.

Sedangkan,

The person who breaks the ties of kinship (persaudaraan) will never enter Paradise [Bukhari and Muslim]

Mercy will not descend upon a people among whom is one who breaks the ties of kinship.

Kita sebagai Umat Islam perlu menjaga Silaturahim.Bukannya memecah-belahkan persaudaraan,semata-mata hendak tunjuk siapa lagi hebat.Itupon kita hanya berani di dalam Internet.Aduh.Childish sungguh.

Abu Hurayrah said : "I heard the Prophet SAW say : 'The deeds of the sons of Adam are shown to Allah SWT every Thursday evening before Jumu'ah,and the deeds of one who breaks the ties of kinship are not accepted.

atau dalam Bahasa Melayunya bermaksud "Allah tidak menerima amalan seseorang yang memutuskan persaudaraan".

Janganlah kita menjadikan Internet ini sebagai medium untuk perpecahan kita semua,sebaliknya jadikanlah ia sebagai satu perkara yang dapat membantu perpaduan kita semua.Sebarkanlah ilmu Islam dengan baik di dalam Internet.

Jika kita tidak bersetuju tentang satu perkara,nasihatlah Penulis yang menulis itu dengan cara yang baik,bukan kondem untuk nampak hebat.Sebab bila kondem macam tu,orang yang dikondem pasti lagi panas,dan mereka akan nak tunjuk hebat.Last-last,dua-dua nampak tak hebat.Nampak lemah.

Kalau hanya membabitkan mereka berdua sahaja,tidak mengapa.Tetapi,cuba bayangkan jika orang bukan Islam lihat pergaduhan di antara mereka di Internet,pasti mereka akan berkata "Orang Islam ini memang suka bergaduh."

Jadi,siapa yang salah jika orang bukan Islam fikir orang Islam itu suka bergaduh (dalam kes ini)?

Ha,itulah pasal.Dalam Internet,sebelum menulis,kena fikir dulu.Jangan main tulis ikut rasa sahaja.Semua perkara ada impaknya.

Ikutlah contoh Nabi Muhammad SAW yang sentiasa bersabar.Ada satu kisah ketika Nabi Muhammad SAW dianiaya,tetapi Baginda SAW berkata "Maafkanlah mereka,kerana mereka ini dari golongan yang tidak mengetahui."

Lihatlah betapa mulianya peribadi Baginda SAW.Kita kena ingat,ramai orang tertarik dengan Islam kerana Islam ini menyeru kedamaian.Bukan pergaduhan.Jadi adalah silap bila kita bergaduh sesama sendiri nak tunjuk hebat sapa lagi banyak Ilmu.Okay?

Jadi,untuk mengelak masalah ini dari berlaku lagi,ada beberapa cadangan yang saya cadangkan untuk kita semua :

1) Bila nampak benda tak betul di Internet,tegurlah dengan berhikmah.

2) Kalau rasa tengah emosi,jangan komen lagi.Rilex dulu.

3) Jika rasa tak mampu gak untuk nasihat secara berhikmah,apa kata anda buka blog sendiri.Di dalamnya,anda sebarkan kefahaman mengenai Islam.Jadi,kiranya jika ada 100 orang yang berbuat begini,mestilah kefahaman tentang Islam itu lebih tersebar.Jadi,secara tidak langsung,kita dapatlah counter attack balik blog yang mengarut-ngarut ini.

4) Ikutlah contoh Rasulullah SAW yang sentiasa bersabar.Selain itu,banyakkanlah ilmu dan berbaik sangkalah kita sesama Islam.

5) Ignore the ignorants.

Itu sahaja dari saya.Banyak point saya lupa sebenarnya semasa hendak menulis ini.

Ingat,jangan jadikan Internet ini sebagai satu Medium perpecahan dalam kalangan kita umat Islam.Jika kita melayan orang yang jahil dengan emosi,kiranya kita juga sama sahajalah seperti mereka.Ini kerana,makin orang itu berilmu,sepatutnya dia akan jadi lebih bersabar dan matang dalam menegur.

Okay?Kita sebagai umat Islam,tunjukkanlah contoh yang terbaik.Ikuti peribadi yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.


Sekian dari saya untuk kali ini.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Maafkan saya bahasa caca-marba.Ditulis sebagai satu peringatan kepada diri sendiri juga.Jika salah betulkan.Ambil jernih,buang keruh.


2 comments:

  1. serious, post2 di blog ini sangat bermakna.lain dari lain..

    thanks for sharing..

    teruskn usaha!

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum semua
    ini ada link untuk padam facebook

    http://www.facebook.com/help/contact.php?show_form=delete_account

    dan ini http://www.facebook.com/group.php?gid=16929680703

    ini semua permanent padam

    ReplyDelete