25.12.10

Memperkenalkan : Laman Web Interaktif The Perfect Quran (Kepentingan Memahami Tafsir Al-Quran).

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Kita berkata,kita beriman kepada Allah SWT.Tetapi,adakah kita benar-benar beriman?

Jika kita beriman,kita mestilah melakukan apa yang diperintahkannya,kita mestilah membaca Al-Quran dan sebagainya.Bukankah begitu?

Tidak cukup sekadar membaca,sebaliknya,Al-Quran itu perlu difahami dan direflectkan pembacaannya.

Barulah kita dapat memahami sebenar-benarnya apakah itu Islam.

Selain itu,kita mestilah mempelajari dan membaca Sunnah-Sunnah Rasulullah SAW.Ini kerana Rasulullah SAW bersabda di dalam Khutbah Terakhirnya,

"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku".

Ada yang berkata,"Aku bukan taknak baca Tafsir ni.Susah la bro.Susah.Nak faham susah.Kang kalau salah faham kang,camne?".

Perlu diingatkan,Allah SWT menurunkan kitab Al-Quran ini kepada seluruh umat manusia.Bukannya hanya kepada golongan tertentu.

Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) Yang menerangi (segala apa jua Yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan Yang kekal di akhirat kelak). [an-Nisaa' 4:174]

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman. [Yunus 10:57]

Jadi,tentulah ayat-ayatnya mudah difahami bukan?

Pernah saya baca,dalam Al-Quran ini sebenarnya,tidak banyak ayat yang menerangkan tentang hukum etc etc,tetapi ayat yang lebih banyak adalah ayat yang berbentuk peringatan dan yang menyuruh manusia memikirkan tentang kebesaran Allah SWT etc etc.

Kiranya,tidak sepatutnya wujud isu "sukar untuk memahami Tafsir Al-Quran" di sini.

Buku-buku Fizik kita boleh baca,takkanlah Tafsir Al-Quran ini kita tidak boleh baca?Itu semua hanya alasan.

Tetapi,memang tidak dinafikan,ada ayat-ayat tertentu yang Tafsirannya sukar difahami (mungkin kerana isu bahasa etc etc),tetapi tidak banyak pun sebenarnya.

Jika berlaku masalah seperti ini,rujuklah Ustaz-Ustaz di sekeliling anda.Hari ini bukankah ramai Ustaz?Hendak belajar agama bukan susah pada hari ini,kita sahaja yang malas.Hendak tanya melalui online pun ada.Banyak Ustaz/Mufti yang ada blog.Kan?

Again,itu semua hanya alasan daripada orang yang suka memberikan alasan.

Apa-apapun,bacalah Al-Quran.Penting sebenarnya membaca dan memahami Al-Quran ini.Ianya panduan hidup untuk kita.Ianya sesuai untuk sepanjang zaman.Padahal,ianya diturunkan lebih 1400 tahun lepas.SubhanAllah.

Tamat Pendahuluan bagi penulisan kita kali ini.

Sebenarnya saya hendak menulis tentang laman web The Perfect Quran.

Saya menjadi Follower bagi twitter The Perfect Quran ini.

Hampir setiap jam,pasti mereka mentweetkan satu ayat Al-Quran.

Pada mulanya,saya ingatkan secara manual.Rupa-rupanya,semalam barulah saya tahu bahawa ianya dilakukan secara automatik!

Dan semalam,saya juga baru mengetahui bahawa salah seorang pihak yang bertanggungjawab dalam membina laman web The Perfect Quran ini adalah Sir Adib yang berasal dari Malaysia!

Saya telah menghubunginya dan Beliau mengesahkan perkara ini.

Jadi,saya pun tertarik untuk mengetahui bagaimanakah cara Tweet-Tweet ini dilakukan secara automatik.

Adakah anda ingin tahu?

Ya.Mestilah ingin tahu.

Saya kongsikannya di sini,step by step.Kay?

(Baru saya tahu,laman web ini telah mengadakan beberapa pengubahsuaian malam tadi)

1) Pertama-pertama sekali,anda mestilah mempunyai akaun Twitter.Kepada yang belum mempunyai,buatlah.Saya rasa akaun Twitter ini lebih bagus dari Facebook.Ini pada pendapat sayalah.Kenapa?Banyak sebabnya.Nanti saya story next time.

2) Pergi ke laman web The Perfect Quran.

3) Anda nampak button Sign in with Twitter di sebelah kanan atas anda?

4) Click di situ.Authorizekan langkah itu.

5) Step kemudian adalah memilih bahasa apa yang anda ingin Tweetkan.Untuk pengetahuan,sehingga hari semalam (hari pertama saya menggunakan Fungsi ini),ada terjemahan Bahasa Melayu sekali.Tetapi,Terjemahan Bahasa Melayu terpaksa ditarik balik berikutan terdapat beberapa kesilapan dalam beberapa ayat.Itu mengikut maklumat yang ada di situlah.

6) Tetapi,baguslah begitu.Kiranya,mereka sedar ada kesilapan dan mereka memperbetulkannya.

7) Saya secara peribadi memilih Translation English tahu kenapa?Kerana ada dua sebab.Satu sebab saya rasa lebih mudah faham dalam English,satu lagi untuk memahirkan English saya.

8) Sudah selesai memilih?Klikkan save.

9) The Perfect Quran akan melakukan Tweetnya di Twitter anda dalam beberapa tempoh selepas anda save dan submit form itu.Ayat pertama yang akan diTweet adalah Surah Al-Fatihah.Dan proses ini akan berterusan sehinggalah Surah yang ke-114 dalam Al-Quran.

10) Bagus bukan?Kiranya anda boleh baca Tafsir ini walaupun tiada masa.Anda setkanlah settingnya supaya tidak terlalu kerap.Macam saya,saya buat 2 jam sekali.

11) Apa-apapun,itu pilihan peribadi anda.

12) Daftarlah sekarang!

Sudah faham langkah-langkah yang perlu diambil?

Jika masih tidak faham,boleh tanya saya di ruangan komen.

Kebaikan-kebaikan yang saya nampak dalam perkara ini adalah :

- Dapat menjadi peringatan kepada diri anda dan orang lain.

- Jika niat ikhlas,Insya-Allah tweet-tweet anda itu akan menjadi sumber pahala.

Itu sahaja dari saya untuk kali ini.

Semoga anda mendapat pengajaran.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Perlu diingatkan,saya tiada kepentingan whatsoever dengan laman web ThePerfectQuran,sebaliknya saya hanya berkongsikan maklumat ini sebagai satu pengetahuan kepada anda semua.

P/P/S : Bagi Tafsir Al-Quran Bahasa Melayu,saya suggest anda pergi ke laman web ini dan ini.



6 comments:

  1. bagusnya ada yang manfaatkan Twitter utk menyebarkan ayat-ayat Al-Quran. sy pun nk jdk follower merekalah. trm kasih kerana sudi kongsi.

    ReplyDelete
  2. salam.. saya nak tanya n mohon pandangan, kalo kata kan kita berdoa dalam bahasa arab (ayat Al-Quran) tapi sedangkan kita taktau maksudnya berbanding kita berdoa dlm bahasa kita sendiri, yang mana lebih baik? sbb ada sesetengah orang berbeza pendapat. Mohon pendapat anda, terima kasih. =)

    ReplyDelete
  3. @pemerhati
    follow la juga twitter pena maya di twitter.com/penamaya.
    ucaplah alhamdulillah juga.

    @misz-sakura

    wsalam
    pertama sekali sebelum menjawab,saya nak ingatkan cik,saya ini bukan "lulusan agama".bukan juga orang banyak ilmu sangat.so mungkin apa saya jawab ni ada betul ada salah,saya nasihat cik kalau tak sure tanya orang lain kay..

    tapi saya orang islam.so saya akan cuba bantu cik...

    begini..

    doa ni sebaek2nya mulakan dgn puji bagi Allah serta slawat dan penamat juga bgitu..

    tu yang kita baca bahasa arab tu..

    mengikut apa yang saya tahu,doa ni paling bagus adlah baca dalam bahasa yang kita faham..sbb kita mintak pada Allah,kita bukan nak berlagu semata je baca doa.tapi kita minta,permohonan dari seorang hamba yang lemah kepada Maha Pencipta..

    so,mengikut apa yang saya tahu,seeloknya doa ni dalam bahasa yang kita faham la..

    boleh doa dalam bahasa arab..tapi pastikan kita faham apa yang kita ucpkan tu..kalau tak tak ubah kita ni sama dengan parrot/kakak tua..

    doa dalam bahasa melayu pon sama.jangan hafal sahaja doa tu..tapi doa ikhlas dari hati.tak yah betul sangat tatabahasa takpe.yang pnting doa kepada Allah...ikhlas..sbb doa ni boleh jadi snjata kepada umat Islam.tapi camne nak jadi snjata kalau kita tak faham?camne nak jadi snjata kalau kita maen2 masa doa?

    haaa.tu pasal doa..

    tapi seeloknya bahasa arab la ..tapi kalau nak doa bahasa arab,kita kenalah tahu maksud dia..

    btw,ni ada link kalau cik nak tau maksud bacaan dalam smyg..yang bacaan dalam smyg ni kena bahasa arab k.jangan pandai2 buat bahasa melayu pulak.hahaha.

    tapi kita kena tau maksudnya.barulah leh khusyuk.

    http://baikiminda.blogspot.com/2010/06/sembahyang-ekspress-who-are-we-trying.html

    itu sahaja..
    kalau tak faham tanya la.

    saya just bagitau apa yang saya faham.tapi jangan telan bulat2 kay.maybe ada salah saya cakap ni..kalau tak sure tanya ustat2 atau ustazah berdekatan anda.

    assalamualaikum.
    berdoalah,kerana doa itu senjata mukmin.hanya seorang mukmin sahaja yang boleh berdoa dengan yakin.doa itu bukti kita beriman.

    ReplyDelete
  4. oh ya btw misz-sakura
    saya ingat nak carikkan link dari blog2 laen untuk rujukan cik
    tapi tak de yang bagus saya jmpe..
    yang merapu2 ada la..
    kalau tak pasti tanya orang laen kay.saya bantu apa yang saya tahu je.

    ReplyDelete
  5. =) tma kasih reply ye..
    Dah tanya orang lain tapi tu la lain orang lain pendapat. Ada yang cakap berdoa guna ayat Al-Quran berkat sbb tu adalah perkataan Allah walaupun kita taktau maksudnya. Sbb tu tanya, pape pun tma kasih lah jawab =)

    Kalo ada jumpa link yang bagos, mohon share ye. Tma kasih..

    ReplyDelete
  6. @misz-sakura

    oh ya ke?terima kasih bagitau.saya tak tau camtu..

    okay.insya-Allah.smoga bermanfaat.

    ReplyDelete