9.12.10

Motivasi : Siapa Sangka?Bersyukurlah Kita.

Perhatian : Ini merupakan satu Penulisan Santai Pengembaraan Bermesej.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Hari ini sepatutnya saya tiada kelas,kerana Pelajar-Pelajar Russia menjalani Kelas Persediaan Perang atau dalam Bahasa Rusianya,Военная подготовка.

Kelas Persediaan Perang ini dijalankan sekali dalam setiap minggu.Semasa kelas diadakan,Para Pelajar memakai baju tentera.Kira-kira macam Program PLKN la.Tapi,bukan macam PLKN.PLKN tu manja sangat.Nak pergi PLKN pon kena berpaksa.No no.Bukan macam tu.

Mengikut maklumat yang diberitahu rakan saya,bukan semua orang wajib masuk Kelas ini,sebaliknya "sapa nak,masuk".

Itu dia cakap.Bukan saya.

"Huh,asal tiba-tiba cerita benda ni,brother?"

Mesti ada dalam kalangan anda yang berfikir sedemikian.Jawapan saya,"Saja je."

Okay,berbalik kepada cerita saya.

Memandangkan hari ini tiada kelas,dan kerja rumah (atau Orang Putih cakap assignment) saya bertimbun-timbun banyaknya,dan kebanyakan daripadanya saya tidak faham hendak selesaikan macam mana,so,saya sebagai seorang Pelajar yang ada rasa tanggungjawab (haha),pergilah ke Campus,mencari Pensyarah yang berkenaan untuk bertanyakan soalan.

Kalau diikutkan hati,memang malas.Tahu kenapa?

Ini kerana hari ini Salji Lebat.Saya tidak bawa kamera tadi,tapi ini saya sertakan gambar yang menunjukkan keadaan Moscow apabila Salji Lebat.


Gambar di atas menunjukkan seorang Atuk membawa cucunya berjalan di atas Kereta Comel (saya tidak tahu apa namanya yang sebenar).Tetapi,saya panggil Kereta Comel kerana ketika kereta itu ditarik,Kanak-Kanak yang duduk di atasnya sering membuat muka comel yang amat innocent.

Yup.Kanak-Kanak Russia memang comel.Dan Yup.Saya suka kanak-kanak.Dan Yup lagi,saya mahu anak sendiri.Hahahaha.Yang part last ni kita sabar sikit lagi kay?

Okay,berbalik kepada kemalasan saya tadi.

Ya,saya memang malas hendak pergi ke campus.Cuaca seperti ini memang sedap untuk tidur.But then,bila fikir bahawa saya dihantar ke sini untuk belajar,so,saya taklehlah buat perangai cam Anak Datok nak bajet-bajet malas belajar ni kan.Orang kata,dah dapat peluang tu belajar la betul-betul.Susah senang lain cerita,janji ada usaha.

So,tibalah saya di Campus selepas melalui perjalanan dari asrama yang mengambil masa sejam.Oh ya,sebenarnya belajar ini juga boleh jadi satu bentuk Ibadat jika kita niatkan kerana Allah.

Ayah saya (Ya,nama Beliau Encik Abdul Hamid,cuba tengok nama penuh saya apa) pernah berkata,"Sebelum pergi ke kelas niatkan pergi belajar itu untuk mencari ilmu kerana Allah,untuk mendapatkan keredhaan-Nya.Dan semoga ilmu itu dapat gunakan ke arah manfaat."

Dulu saya tidak berbuat sedemikian."Sering terlupa".Tapi,Alhamdulillah,sekarang seringkali juga saya buat begitu.

Sama juga seperti perkara-perkara lain yang kita lakukan,niatkanlah untuk mendapatkan keredhaan Allah.Itulah namanya Islam.Segala yang kita lakukan kerana Allah.Indah,bukan?

Jadi setibanya di Campus,memandangkan waktu Zuhur sudah masuk,saya mengambil keputusan untuk bersembahyang dahulu.

Anda cuba teka di mana tempat Sembahyang di Campus saya ini?Apa,Surau?Maaf,anda salah.Mana ada Surau di sini.Itulah sebab anda di Malaysia,hargailah nikmat Surau/Masjid yang ada itu (Ya,Masjid-Masjid itu semua adalah satu nikmat sebenarnya).

Kami pelajar Islam di sini hanya bersembahyang di bawah tangga yang berdebu.

Ada cerita menarik yang ingin saya kongsikan mengenai tangga ini.Dahulu,tidak ramai yang bersembahyang di bawah tangga ini.Tetapi,lama kelamaan selepas beberapa orang dari kami secara konsisten sembahyang di bawah tangga ini,Alhamdulillah semakin ramai yang mula sembahyang di sini.

Malah,pelajar-pelajar Islam dari negara lain juga turut bersembahyang di sini sekarang ini.Sebagai contoh,tadi saya bersembahyang dengan Pelajar dari Iraq.

Kenapa kami sembahyang di tangga?Kenapa tidak sembahyang di rumah sahaja?

Tidak boleh macam tu brother.Waktu sembahyang ketika musim sejuk ini amat-amatlah rapat jaraknya memandangkan siangnya hanya sebentar sahaja.So,kena pandai cari masa lah.Taklehlah nak "ganti" sahaja.Islam itu mudah,tetapi bukan untuk dipermudahkan.

Saya amat bersyukur kerana Allah memberikan saya kefahaman tentang Islam sekarang ini.Jika dahulu,saya sendiri pun sering sahaja ganti sembahyang.Tetapi,Alhamdulillah sekarang saya menjaga waktu sembahyang saya.Alhamdulillah sekali lagi.

Apa pengajaran dari kisah sembahyang bawah tangga ini?

1) Kita tidak boleh hanya menunggu orang sahaja dalam melakukan sesuatu perkara yang dirasakan benar oleh kita.Cuba lihat kisah tangga,jika takde orang yang mula sembahyang di situ,takde sape la yang sembahyang sampai bila-bila di situ.Sama juga dengan dakwah Islam,kita mestilah memulakannya dahulu.Insya-Allah akan ramai orang yang mengikut langkah kita akhirnya dengan izin Allah.

2) Sembahyang mesti dijaga,tidak kira apa sebab,ianya wajib.Jangan tinggalkan sembahyang kerana ianya amalan pertama yang akan ditanya di akhirat kelak.

Jadi,selepas sembahyang saya pun pergi ke Lab.Subject apa?Теоретические Основы Электротехники (Theory of Electrical Engineering) atau Orang Kampung panggil Subjek Letrik.Seriously,subject ini susah.Ditambah lagi pembelajaran menggunakan 100% Pengantaraan Bahasa Russia.

Tetapi,bak kata Orang Kampung,"Kalau nak,mesti boleh punya",jadi saya sentiasa berfikir positif,walaupun sering kali fikiran positif itu bertukar menjadi negatif.Haha.

Tetapi,insya-Allah,saya yakin saya mampu mengharungi pembelajaran saya ini sehingga habis nanti.Ini kerana di dalam Al-Quran ada cakap,"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan".

Saya yakin tentang itu.

So,hendak dijadikan cerita,Pensyarah saya ini sedang mempunyai kelas.So,Beliau suruh saya tunggu sebentar di luar sementara Beliau mengajar.Saya ingatkan Beliau ada satu kelas sahaja,rupa-rupanya,DUA KELAS! (Baca sambil membeliakkan mata anda).

Haha.So,saya pun tunggulah di luar.Oleh kerana saya tahu,penantian saya itu akan mengambil masa tiga jam lamanya (Ya,satu kelas mengambil masa 1 Jam 30 Minit),otak saya pun mula mengelamun dan berfikir.

Diringkaskan cerita,pengelamunan saya itu berbunyi begini,

-Semasa saya belum lahir,Ibu Bapa saya mesti tidak pernah menyangka anaknya akan dilahirkan begitu kacak (Ala,buat lawak je brother.Rilek sudah.Takyah la marah-marah).

-Kemudian semasa saya kecil,saya tidak pernah menyangka bahawa saya akan masuk ke salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh di Kuala Lumpur.

-Semasa saya di sekolah pula,saya tidak pernah menyangka saya akan pergi ke Moscow.Moscow BAI!!!Haha.

-Semasa saya belum fly ke Moscow,saya tidak pernah menyangka bahawa belajar di Moscow ini amat susah.

-Semasa saya baru tahu bahawa belajar di Moscow ini susah,saya tidak pernah menyangka bahawa perkara inilah yang akan merubah diri saya sama sekali.Kerana dengan kesusahan inilah yang membawa saya kembali kepada Allah.Alhamdulillah.

-Dan siapa sangka,entah-entah etc etc etc.

Anda nampak flow cerita saya?Kiranya,tema cerita saya ini adalah "Siapa Sangka?".

Yalah,semasa di sekolah saya tidak pernah merancang hendak menjadi Engineer.Sebaliknya saya mahu menjadi _______ (atas sebab-sebab tertentu,tidak dapat dikongsikan cita-cita saya itu).

Dan,mana tahu selepas belajar di sini,entah-entah saya tidak menjadi Engineer?Kan?

Jadi,kesimpulannya di sini,kita hendaklah sentiasa bersangka baik dengan setiap yang ditentukan oleh Allah untuk kita.Tetapi,ini bukan bermaksud kita tidak perlu berusaha.

Ada Hadis Rasulullah SAW yang berbunyi,"Trust in Allah SWT,but tie your camel."


Yang bermaksud,seorang Muslim itu hendaklah berusaha serta bertawakal kepada Allah SWT.Dan,selepas berusaha,kita mestilah redha dengan setiap apa yang ditentukan oleh Allah untuk kita.

Nampak flow dia?

Itulah sahaja cerita saya.Jadi,kesimpulan keseluruhannya di sini berbunyi,

Jangan putus asa.Bersyukurlah dengan apa yang kita ada.Cubalah yang terbaik dalam setiap perkara kita lakukan.Lakukanlahnya untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.Dan bertawakallah (berserah) kepada Allah selepas kita berusaha dan memberikan yang terbaik.Dan,redhalah dengan setiap yang kita dapat selepas itu.Ingat,dunia ini sementara.Akhirat itulah yang abadi.Tetapi,itu bukan alasan untuk kita bermalas-malasan dan 'berserah' semata.Itu cakap orang yang pemalas.

Tafsir Surah Ash-Syarh

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?

Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -

Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
[94:1-8]

Itu sahaja untuk kali ini.Semoga mendapat manfaat dari penulisan saya ini.Jika ada salah silap,sila betulkan.Ambil jernih,buang keruh.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Kerja yang saya tunjukkan kepada Pensyarah saya tadi semuanya salah belaka.Haha (Gelak Kecewa).Mari doakan agar kita semua berjaya di dunia dan akhirat.Amin.


7 comments:

  1. Setuju dengan cerita di atas..siapa sangka apa akan jadi pada masa hadapan..kadang-kadang apa yang kita rancangkan dulu tak semestinya akan berlaku sebab perancangan Allah lebih baik..berdasarkan apa yang diceritakan dapat dibayangkan belajar di negara yang bahasanya sangat asing dan menggunakan 100% bahasa ibunda mereka memang sangat susah..ditambah pulak cuaca yang selalu berubah..tapi orang kata alah bisa tegal biasa..lama2 biasa la kot..
    kat M'sia ni pon dah banyak nikmat yang diberi masih ada orang rasa susah lagi..cuma kena tetapkan dalam hati Allah takkan bagi dugaan kepada mereka yang mampu untuk menghadapinya...bukankah Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..sudah tentu Dia akan menguji hambaNya dengan dugaan yang mampu dihadapi dan ini akan menyebabkan hambaNya itu untuk dekat kepadaNya..
    perkara ini akan berlaku juga bila di alam pekerjaan nanti kerja yang kita lakukan itu bukan kerana minat..kerja semata-mata untuk membayar segala hutang-piutang..atas dasar susah nak dapat kerja lain..tapi bila ditetapkan dalam diri kerjalah dengan ikhlas, niatkan mencari rezeki yang halal semata-mata kerana Allah..alhamdulillah kerja itu akan menjadi sebahagian dari diri kita jugak nanti...
    selagi bernafas dan mempunyai kesihatan yang baik, kita lakukanlah amanah yang diberi kepada kita sambil tidak lupa untuk terus mengingatiNya..

    ReplyDelete
  2. menarik entrynya, saya sering je terlupa nk niatkan study tu kerana Allah, patutlah apa yang slalu di target kan tak dapat2, berkat tu tak ada.huhu kerdilnya rasa

    ReplyDelete
  3. Teringat kata2 Abu Jandal, "anak2 saya 10 org semuanya. Saya pantau solat mereka. Kerana jika ok solatnya yg lain insyaAllah ok juga".

    ReplyDelete
  4. Salam

    Selalu menarik hati mama entri di sini. Fikir2 sekadar perkongsian. Semasa kecil mama teringin sgt nak jadi Guru, tapi bila dah dewasa subject yg paling tidak digemari disekolah disitulah bidang tugasan mama kini..Finance....huwaaaa tak suka figure fening2 tapi itulah jln rezeki mama sekeluarga.

    Then, fikir2 cita2 tak dpt jadi Guru, mama amik part time ajar tuition pd anak2 jiran utk UPSR/PMR..berjaya juga jadi guru kan...yesssss. suka suka suka dgn budak2.

    Then, fikir2 ttg solat...syukur alhamdulillah surau di merata2. Mama tak bimbang kalu shopping jln2 dlm KL. Anak2 bila keluar dgn kawan2 mama selalu ingatkan singgah di surau di Paviliion di tkt 5 ada di basement parking pun ada, di Pertama komplek ada surau tigkat atas sekali, di SOGO ada jln lupa singgah solat semasa shopping di SOGO di Tmn Tasik Permasirui pun ada surau . Syukur alhamdulillah tak risau pergilah ke mana shj dimana2 bleh solat spt dibawah tangga. Mama pun pernah solat di bawah tangga semasa di U suatu ketika dahulu.. di bawah pokok... dan melihat rakan solat di pasir pantai mengadap laut samudra...Indahnya Islam. Subhanallah.

    ReplyDelete