5.12.10

Nikmat Kesihatan & Masa Lapang - Ramai Di Antara Manusia Tertipu Kerananya.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Mungkin ada yang bertanya,kenapa terlalu cepat saya mengupdate penulisan baru di sini?Adakah terdapat udang di sebalik batu?

Nope.Tiada udang mahupun kecurigaan di sebalik batu.

Saya menulis dengan kerap ini kerana mahu memanfaatkan masa lapang yang dikurniakan Allah SWT buat masa ini dengan baik.

Dan memandangkan dalam beberapa tempoh yang akan datang ini akan menyaksikan jadual saya agak padat,jadi baiklah saya menulis sekarang,sementara ada masa lagi ini.

Kiranya,jika lama saya tidak menulis nanti,para pelawat bolehlah membaca penulisan-penulisan lama yang ada di sini.Tak gitu?

Lagipun,ini merupakan salah satu cara saya membuat Pelaburan Akhirat.

Apa-apapun,sebab utama saya menulis dengan kerap beberapa hari ini kerana,

Sabda Rasulullah SAW : "Ada dua nikmat yang kebanyakan manusia tertipu kerananya iaitu kesihatan dan masa lapang." [Al-Bukhari]

Ya.Nikmat masa.Sebelum meneruskan penulisan dengan lebih lanjut,saya mengajak anda menonton video di bawah ini.


Sudah tonton?Bagus.Jika belum,tontonlah.Sekejap sahaja.Bukan lama sangat pun,7.01 minit sahaja tempohnya.

Di dalam video di atas ialah Dr Ibrahim Dremali (bukannya Dr Rozmey).

Timbul persoalan,siapakah Dr Ibrahim Dremali ini?

Secara ringkas,Beliau adalah seorang Hafiz Quran,mempunyai Ph.D dalam Pengajian Islam,dan Hafiz Sahih Bukhari (maklumat-maklumat ini saya dapati dari sini).

Dr Ibrahim Dremali ini seorang Pendakwah di Barat.Beliau ini agak aktif berdakwah dan banyak video-video ceramah dan syarahannya boleh didapati di Youtube.

Saya sebelum ini berkesempatan menonton satu video Beliau yang bertajuk Love For The Dunya (The Worldly Life).Jujur cakap,ini memang satu video yang menginsafkan.Saya pernah kongsikan video ini di Pena Maya jika tidak silap saya tidak lama dahulu.

Jadi,hendak dijadikan cerita,baru-baru ini,dengan izin Allah SWT,Dr Ibrahim dikesan mempunyai Hepatitis C.Saya dapat tahu berita ini pun melalui satu video di Youtube yang meminta kutipan derma untuk rawatannya.

Yang menjalankan kutipan derma itu bukan Beliau jika tidak silap saya,sebaliknya orang lain.Di bawah ini ada sedikit quote dari laman web Dr Ibrahim,

Although it is very difficult coping with all his health complications day to day, he is convinced that this is a big test from Allah SWT that he has no choice but to pass.

Apabila direnung keadaan ini sebenarnya,saya nampak sesuatu.

Dalam Al-Quran bukankah ada ayat yang berbunyi,

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga " Adn ". Itulah kemenangan yang besar.

Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman."
[61:10-13]

Pada pendapat saya,inilah contoh bahawa Allah SWT akan mempermudahkan urusan seseorang yang berjuang di jalan-Nya (berjihad dan berdakwah and so on).Lihat sahaja kes Dr Ibrahim ini,ramai orang yang membantunya mencari dana untuk rawatan perubatannya.Upload videolah,buat Page Twitter and so on.

Nampak?Inilah pada saya rahmat Allah.Ini pendapat sayalah.

Apa-apapun,di dalam video itu Dr Ibrahim memberi sedikit nasihat tentang hadis yang saya kongsikan di atas,iaitu Nikmat Masa Lapang dan Kesihatan.Ramai orang yang sering lupa,lalai dan leka tentang perkara ini.

Sedikit selingan lagi,sebelum saya terlupa,cuba ambil contoh dari kisah Dr Ibrahim ini.Walaupun sedang terbaring di atas katil,tetap memberi dakwah dan nasihat kepada manusia.Then,kalau anda hendak tahu,orang-orang Islam di Barat ini,dakwah dia lebih kuat berbanding dakwah kita di Malaysia.Mereka ini membuat foundation semua,tanpa bantuan orang lain etc etc.Kita memang patut mencontohi mereka ini.Jangan mengharapkan orang lain,sebaliknya kitalah yang patut mulakan suatu usaha giat dakwah di tempat kita.Anda dapat tangkap apa saya cuba sampaikan?

Berbalik kepada cerita kita di atas tadi.

Dr Ibrahim mengatakan di dalam video bahawa,kita patut menghargai semua masa yang ada.Jangan biarkan diri kita mempunyai 'masa lapang' tanpa berbuat apa-apa yang dapat mengingatkan diri kita kepada Allah SWT.

Ini kerana,hidup manusia ini sebenarnya singkat.Satu hari yang berlalu hanya membawa kita semakin dekat dengan kematian,yakni semakin sedikit peluang membuat amal.

Sedangkan amal itulah yang kita perlukan sebagai bekalan mencari redha Ilahi di akhirat kelak.

Kita janganlah menjadi manusia yang hidupnya hanya memfokuskan 'Hidup Dunia Material'.Janganlah kita terlalu sibuk mencari harta dunia sehingga lupa tentang akhirat.

Ini kerana,apabila kita sudah mati,kita akan menyesal jika tidak banyak berbuat amal.Kita bukan menyesal tidak dapat beli kereta Mercedes and so on ke apa,sebaliknya,perbuatan kita yang mengabaikan perintah Allah itulah yang membuatkan kita menyesal.

Jadi,carilah ilmu.Sentiasalah basahi lidah kita dengan berzikir.Sentiasalah beristighfar.Jangan tunggu hendak berubah dan bertaubat ketika sudah tua.Apa kata jika 'tua' pun kita tidak sempat jumpa?

Tengok-tengok,umur 20 tahun sudah meninggalkan dunia yang fana.Pastilah kita akan menyesal jika di dunianya kita tidak pernah sembahyang and so on.

Selain itu,sebenarnya perbuatan kita mencari harta dunia ini semua tidak dapat memberikan kita ketenangan hati.Sebaliknya,hanya iman di dada yang mampu memberikan kita ketenangan hati.Tidak percaya?

Saya beri contoh peribadilah.Asyik bagi contoh orang je.

Semenjak bergelar Penerima Biasiswa ini,saya adalah dapat Elaun Bulanan.Jumlahnya?Alhamdulillah.Agak banyak jugalah jika dicompare dengan orang di Malaysia.So,masa zaman dulu (masa muda-muda dulu),saya tidak pernah bersyukur dengan duit ini.Saya merasakan duit ini tidak cukup.Nak mintak ditambah lagi adalah.Haha.Tetapi,kini,selepas saya berubah,saya sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.Alhamdulillah kerana Allah mengurniakan saya Hidayah-Nya.Semoga dikekalkan sehingga akhir hayat.Amin.

Maksudnya,jika dulu,saya mencari ketenangan hati melalui pembelian barang-barang material and so on,sekarang saya merasa puas jika dapat membantu orang lain menggunakan duit Elaun ini.Anda nampak flow dia?Kiranya,hanya dengan berbuat kebaikan seperti diperintahkan Allah hati dapat menjadi tenang.

Tujuan saya menceritakan ini,bukanlah untuk riak.Sebaliknya,supaya kisah ini menjadi peringatan kepada anda semua dan saya sendiri.

Betul,jika kita memberi dan bersedekah,itulah sebenarnya yang akan memberi ketenangan kepada kita.Sebaliknya,jika kita ikut nafsu membeli-belah,sure tak puas.Sebab,nafsu takkan mati selagi kita tak mati.

Selain itu,ingatlah kita bahawa setiap hari yang kita lalui dalam hidup ini semasa di akhirat nanti,tidak lain tidak bukan hanya akan menjadi saksi kepada setiap perbuatan yang kita lalui di dunia ini.

Jadi,jika ada masa lapang,gunakanlah ia ke arah manfaat.Ingatilah Allah dalam setiap perbuatan kita.Sebenarnya,mendapat pahala dari Allah SWT itu lebih senang dari berbuat dosa.

Saya pernah baca (jika salah,sila betulkan) bahawa seseorang itu tidak akan dikira berdosa jika dia tidak melakukan perbuatan jahat yang difikirkannya.Sebaliknya,jika dia baru berniat hendak berbuat baik,dia sudah mendapat pahala.Jika dibuat kebaikan itu,pahalanya akan dilipat gandakan.

Inilah salah satu bukti bahawa Allah itu Maha Penyayang.Ada Hadis berbunyi lebih kurang begini,"Rahmat Allah mengatasi kemurkaan-Nya".

Sedarlah kita,peluang berbuat baik itu terdapat di mana-mana.Jadi,adalah amat rugi jika kita hidup di dunia ini tanpa berbuat amal.

Kesimpulannya,janganlah menangguh lagi jika hendak berbuat kebaikan dan ibadat.Berubahlah sementara masih dikurniakan nikmat kesihatan dan masa lapang.

Saya rasa anda sudah dapat tangkap apa saya hendak sampaikan melalui penulisan ini.Jadi,saya tamatkan sahaja penulisan ini di sini.

Semoga mendapat manfaat.Sesungguhnya saya menulis ini sebagai peringatan kepada diri sendiri juga.Ambil jernih,buang keruh.Jika ada salah silap,sila tegur dan maafkan.

Semoga Allah merahmati usaha ini dan mengampunkan dosa kita semua.Amin.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Anda boleh menghulurkan bantuan untuk dana perubatan Dr Ibrahim Dremali di link ini atau ini.


No comments:

Post a Comment