12.12.10

Penerbitan : Hidup Dunia (Tiada Guna Hanya Tahu,Kembalilah Ke Pangkal Jalan).

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Malam semalam saya (dengan izin Allah,Alhamdulillah) telah mendapat ilham untuk membuat video ringkas.

Video ringkas ini saya buat di laman web Animoto.Com.Video ini tidaklah sehebat mana pun.Biasa-biasa sahaja.Tetapi,di dalam video ada saya sertakan beberapa gambar yang setiap daripadanya ada pengajaran tersendiri yang boleh difikirkan.

Oleh kerana saya malas hendak berbicara panjang,anda tonton sahajalah video di bawah.Ambillah pengajaran daripadanya.Jangan hanya menonton tanpa mengambil pengajaran.Atau dalam kata lain,jangan hanya dikagumi sesebuah masjid kerana kecantikan fizikalnya sahaja,sebaliknya hayatilah perpaduan jemaah di dalamnya.

Selamat Menonton!




Hidup Dunia : Sekejap,Ibarat Roller Coaster.

Gambar Pertama :

Dari Ibnu Umar RA,Rasulullah SAW telah memegang bahuku seraya berkata : Jadilah kamu di dunia sepertimana kamu seorang dagang atau seorang pengembara dalam perjalanan.Dan Ibn Umar RA telah berkata : Sekiranya kamu berada pada waktu petang janganlah menunggu sehingga ke pagi dan sekiranya berada pada waktu pagi janganlah menunggu sehingga ke petang.Rebutlah waktu sihat kamu sebelum sakit dan waktu hidup kamu sebelum mati. [Riwayat Bukhari]

Gambar Kedua :

Sabda Rasulullah SAW : “Sesungguhnya Rabb kalian itu adalah Dzat Yang Maha Pemalu dan Maha Pemurah,Dia merasa malu terhadap hamba-Nya yang menengadahkan tangannya kepada-Nya kemudian Dia mengembalikannya dengan hampa“. [Hadits Shahih, diriwayatkan oleh Ibnu Majah, 3117].

Gambar Ketiga :

"Jika Rasulullah SAW melaksanakan Solat,Baginda SAW berdiri (lama sekali) sampai kedua kaki (telapak) beliau pecah-pecah.Aisyah RA bertanya : Wahai Rasulullah SAW,kenapa engkau berbuat seperti ini padahal dosamu yang terdahulu dan yang akan datang telah diampuni?Lalu Baginda SAW
menjawab : Wahai Aisyah,apakah aku tidak ingin menjadi seorang hamba yang bersyukur"
[HR Muslim]

Gambar Keempat :

Hadis At-Turmizi dan Ibnu Majah dan disahihkan oleh Al-Hakim, dari Abu Darda',"Mahukah aku beritahu kamu tentang amal yang paling bersih disisi Tuhanmu dan paling tinggi mengangkat darjatmu,dan lebih baik bagimu dari berperang melawan musuh,kamu memenggal leher mereka dan mereka pun memenggal lehermu?"Para Sahabat menjawab,"Khabarkan kepada kami."Rasulullah SAW pun bersabda,"Zikir kepada Allah".

Gambar Kelima :

“Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api.” [Hadis Riwayat At Tirmidzi]

Gambar Keenam :

Rasulullah SAW bersabda : "Keredhaan Allah terletak pada keredhaan Ibu Bapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan Ibu Bapa." – [Hadis riwayat al-Tirmidzi]

Gambar Ketujuh :

Dan Dia lah Allah tiada Tuhan melainkan Dia. Segala puji tertentu bagiNya, di dunia dan di akhirat; dan hanyalah Dia yang berkuasa menghukum, serta kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. [28:70]

Tiada guna hanya tahu,kembalilah ke pangkal jalan.


Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


3 comments:

  1. Assalamualaikum wrmbth,

    Dari gambar pun kita dapat muhasabah diri kan.Terima kasih atas perkongsian ilmu. Ilmu yang bermanfaat adalah sedekah jariah yang berguna

    ReplyDelete
  2. penamaya...ap tajuk nasyid tu?

    ReplyDelete
  3. Pena Maya jawab TermidDecember 15, 2010 at 2:21 AM

    kalimatan - talib al-habib.

    ReplyDelete