4.12.10

Ramai Orang Yang Inginkan Perubahan,Tetapi Tidak Ramai Yang Sanggup Untuk Berubah.Janganlah Begitu.Berubahlah,Kerana Allah Itu Maha Penerima Taubat.

Perhatian : Saya minta anda untuk cuba sedaya-upaya menghabiskan pembacaan sehingga tamat penulisan.Ini kerana terdapat ilmu yang berharga hendak dikongsikan di sini.Take your time,jangan rush-rush.Buat kopi dulu sambil baca tu.Cicah biskut tawar.Ha,tak gitu?Kan sedap dan santai baca tu.Jangan tension-tension.Okay?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Selamat Malam untuk warga Malaysia,Selamat Petang untuk warga Brazil,dan Selamat Pagi untuk warga Jepun.Di mana sahaja anda berada,Good Day For Everyone.Dan tidak kira di mana anda berada,jika anda seorang Muslim,sebarkanlah salam.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Wahai manusia,sebarkanlah salam,berikanlah makanan,sambungkanlah hubungan persaudaraan,solatlah ketika manusia lain tidur (qiamullail),kamu akan masuk ke dalam syurga Tuhanmu dengan selamat." [al-Tirmizi]

Dalam kata lain,sebarkanlah keamanan dan salam kepada dunia.Tunjukkanlah contoh yang terbaik sebagai seorang Muslim yang mendapat hidayah dari Allah SWT,Rabb Sekalian Alam.

Mari kita mulakan,insya-Allah.

Daripada Pola,Statistik dan Corak Pembacaan di Pena Maya,saya mendapati sesuatu yang menarik.

Kenapa saya berkata begitu?

Hampir setiap hari,pasti ada sahaja "keyword search" atau "kata carian" seperti "Bagaimana hendak bangun Subuh?","Perlunya Memaafkan Kesalahan Orang","Malam Pertama Alam Kubur" dan sebagainya yang masuk ke Pena Maya.

Dan Pola Corak Pembacaan Pena Maya juga menunjukkan,Artikel (Penulisan) saya yang paling banyak mendapat 'Like' adalah :

1) Cara Tidur Yang Betul Menurut Islam (Bagaimanakah Caranya Untuk Bangun Subuh?)

2) Kisah Malam Pertama Di Alam Kubur.

3) Perlunya Untuk Kita Memaafkan Kesalahan Orang Lain.

Dan ketiga-tiga Penulisan di atas ini juga merupakan Penulisan yang paling banyak pageview di Pena Maya.

Apakah maksud semua ini?

Pada saya,ini menunjukkan bahawa sebenarnya,ramai orang di luar sana yang ingin berubah ke arah kebaikan.

Lihat sahaja ketiga-tiga penulisan di atas.

Penulisan pertama sebagai contoh,membincangkan tips untuk bangun solat Subuh,yang kita sedia maklum,masih ramai lagi dalam kalangan kita yang gagal untuk bangun Subuh tepat pada waktunya,atau dalam kata lain,mereka ini masih lagi melakukan Subuh Gajah (bukan Subuh Primetime).

Ini menunjukkan ramai dalam kalangan kita walaupun Subuh Gajah,tetapi tetap mahu berubah!Mereka sudah tidak sanggup lagi meneruskan hidup yang sama setiap hari.Akibatnya,mereka menggoogle "Bagaimana Hendak Bangun Subuh Awal".

Penulisan kedua dan ketiga juga sama.

Kita ambil pula penulisan ketiga sebagai contoh,setiap hari ramai orang tiba di page penulisan itu,melalui kata carian "Perlunya Memaafkan Kesalahan Orang".Ini menunjukkan mereka ini semuanya mahu tahu apakah akibatnya jika kita tidak memaafkan kesalahan orang lain.Atau dalam ayat lain,mereka ini semuanya mahu berbaik-baik dengan musuh mereka semula,tetapi akibat ego,niat mereka terhenti.Jadi,mereka googlelah,untuk mengetahui kenapa perlunya kita memaafkan kesalahan orang lain.

Lihatlah,ramai dalam kalangan kita sebenarnya yang dahagakan perubahan.Dahagakan ketenangan hidup yang hanya dapat dicapai melalui Islam.

Teori saya ini telah disokong kuat apabila Perkongsian Artikel yang saya lakukan baru-baru ini,telah menempatkan dirinya ke dalam Top 10 Penulisan Pena Maya yang paling banyak view,walaupun pada hakikatnya baru sahaja diletakkan tidak sampai seminggu.

Anda sudah nampak apa yang saya cuba sampaikan?Ramai bukan orang yang mahu berubah?Jika tidak,takkanlah ramai yang membaca artikel mengenai perubahan.

Tetapi,sayang seribu kali sayang.Perubahan tidak hanya memerlukan niat/intention.Perubahan tidak akan berlaku dengan kita hanya bermonolog "Ah,esok aku nak berubahlah".

Sebaliknya,perubahan mestilah disertai dengan semangat dan perbuatan.Tidak sekadar kata-kata atau fikiran.Ianya mesti dilakukan dengan semangat,tekun,tekad dan tabah serta Istiqamah.

Sekarang,anda sudah nampak.Ramai orang yang inginkan perubahan,tetapi tidak ramai yang sanggup berubah.

Kan?

Kenapa?

Ini kerana,perubahan atau dalam istilah Islamiknya,Hijrah memerlukan pengorbanan.Perubahan ke arah kebaikan akan menyaksikan seseorang itu terpaksa mengorbankan masa,rakan-rakan 'waktu gembira'nya dan mungkin juga wang ringgit.Perubahan tidak boleh berlaku tanpa ini semua.Jika ini tidak berlaku,itu bukanlah perubahan.

Ambil contoh mudahlah,jika seseorang itu mahu berhenti merokok atau mengumpat.

Apakah perkara yang dia akan hilang jika dia benar-benar hendak berubah?

Dia akan for sure hilang kawannya,akan dicop tidak fun,mungkin akan diejek dan sebagainya.

Begitu juga dengan mengumpat.Seorang wanita yang dahulunya kat Ofis suka ngumpat bos,pastu kalau tiba-tiba Beliau hendak berhenti mengumpat,mesti Kumpulan Mengumpat Ofis Beliau akan singkirkan Beliau and so on.Silap-silap,Beliau pulak yang dikutuk lepas tu.Mungkin dengan ayat seperti ini,"Eleh bajet baek je Cik Ton tu.Dulu dia la ketua kita ngumpat.Sekarang ni poyo-poyo je nak pakai tudung labuh."

Nampak?

Sebenarnya,inilah antara cabaran yang akan dihadapi jika anda hendak berubah.Dan ini semua tidak akan mampu anda lalui,tanpa iman di dada.

Anda tidak akan mampu melalui perkara ini,jika anda tidak percaya bahawa perubahan anda ke arah kebaikan ini penting sebagai bekalan amalan untuk hari akhirat.

Akibatnya,ramai orang yang tidak mampu untuk berubah.Ini kerana mereka terlalu 'cintakan' dunia.Yang seterusnya mengingatkan kita kepada Hadis Nabi Muhammad SAW tentang umat akhir zaman yang berbunyi lebih kurang begini "Umat akhir zaman itu terlalu cintakan dunia,dan takutkan mati".

Ha,itulah dia.

Selain itu,kita kena ingat,dugaan dan cabaran yang dilalui ketika kita dalam proses perubahan ini semuanya sudah dijanjikan oleh Allah SWT dalam Al-Quran.

Dalam Al-Quran ada ayat yang berbunyi lebih kurang begini,"Adakah kamu menyangka yang kamu sudah beriman tanpa diuji?".Saya tidak ingat dari Surah apakah ayat ini (sila nyatakan jika anda tahu),tetapi yang penting anda nampak bahawa mahu tidak mahu,seseorang yang hendak berubah,akan diuji!

Jadi,kuatkanlah semangat!

Perubahan ke arah kebaikan (berlandaskan iman dan taqwa) juga kadangkala mungkin menjadikan anda ini kelihatan dari pandangan duniawi sebagai seorang yang 'membosankan'.

Yalah,arak tak minum,rokok tak ambik and so on.Tak fun lah kan brother?Okay,itu ayat orang yang tiada pengetahuan dan ilmu.

Jika anda benar-benar mahu mencari redha Ilahi,bersabarlah.Ingatlah,nikmat hidup di dunia ini sedikit sahaja jika dicompare dengan akhirat.Perhatikan gambar di bawah untuk pemahaman lebih lanjut.


Berubah memang payah.Ketahuilah hakikat itu.Ini kerana dunia itu memang ibarat satu penjara bagi orang yang beriman,dan syurga bagi orang yang derhaka kepada Allah SWT.Sebaliknya,akhirat itu merupakan syurga bagi orang yang beriman,dan neraka bagi orang yang derhaka kepada Allah SWT.

Dan,beruntunglah orang yang beriman dengan Allah SWT.Ini kerana,nikmat Syurga di akhirat itu sifatnya untuk selama-lamanya.Sebaliknya,nikmat dunia ini hanya sementara.Berapa puluh tahun sangatlah paling lama kita hidup.Fikir-fikirkanlah,okay?

Semakin jauh anda berubah,semakin banyak ujian yang akan dilalui anda.Dan Syaitan juga akan semakin bersungguh-sungguh menguatkan usaha untuk melalaikan kita.

Mari saya berikan satu lagi contoh.Contoh ini saya dapat dari satu video yang saya tonton tidak lama dahulu.Tajuknya sudah saya lupa,tetapi itu tidak penting.Begini,

Ada seorang Pemuda.Dalam proses perubahan.Kalau dahulu,semasa Beliau tidak berubah,Beliau yang mencari Gadis tidak henti-henti.Tetapi,sejak berubah,Gadis-Gadis pula yang semakin rajin menegurnya dalam keadaan yang amat mencurigakan.Haha.Syaitan memang bijak menggoda manusia.

See?Inilah antara contoh di mana seorang yang sedang berubah pasti banyak ujian akan dilaluinya.Jika Pemuda di atas ini lemah,pasti Beliau akan tergoda.Tetapi,jika Beliau kuat dan sabar melawan godaan,beruntunglah Beliau.

Anda nampak flow penulisan saya ini?

Berubahlah kita.Sedarlah kita hidup di dunia ini hanya satu ilusi yang nampak indah,tetapi sebenarnya ianya bukan matlamat terakhir kita.Janganlah kita menjadi golongan yang rugi di akhirat kelak.

Allah SWT tidak rugi sedikit pun jika kita derhaka kepada-Nya,sebaliknya kitalah yang rugi.Allah SWT telah mengatakan bahawa jika kita (manusia) tidak mahu berubah,Dia tidak akan rugi,sebaliknya akan menggantikan kita dengan suatu kaum lain yang lebih baik lagi.

Tidak percaya?

Cuba baca Al-Quran Surah Asy-Syu'araa' (sebagai contoh).

Di dalamnya,Allah SWT menceritakan sejarah umat Nabi Nuh,Nabi Musa dan sebagainya.Kaum-kaum Nabi Nuh,Nabi Musa dan sebagainya ini,semuanya derhaka kepada Allah.Dan mereka ini semuanya dimusnahkan oleh Allah SWT,dan kemudiannya digantikan dengan kaum lain.

Dan kalau diperhatikan,skrip dan jalan ceritanya sama sahaja walaupun zaman yang berlainan.Kita lihat pula zaman kita ini sekarang.Jika anda baca Surah itu,anda akan mendapati tiada perbezaan di antara kaum-kaum derhaka zaman dahulu dengan zaman kita ini.

Tetapi bezanya,memandangkan kita ini umat terakhir,balasan untuk kita akan ditangguhkan sehingga hari kiamat.

Nampak flow dia?

So,berubahlah.

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Allah berfirman, 'Rahmat-Ku mendahului (melebihi) murka-Ku." [Riwayat Muslim]

Mungkin ada sesetengah kita yang berkata,"Allah terima ke taubat aku?".

Ketahuilah kita,sesungguhnya Allah SWT itu Maha Penerima Taubat.Dia akan menerima taubat hamba-Nya yang benar-benar mahu berubah.Jika tidak kepada-Nya kita mohon kemaafan,kepada siapa lagi kita mahu mohon?Sedangkan,Dialah yang menguasai Hari Pembalasan.Kepada-Nya sahajalah kita mahu mohon rahmat di hari akhirat kelak.

SubhanAllah,Astaghfirullahalazim.

Berubahlah kita.Jangan lagi tertipu dengan hidup hiburan-fana dunia ini.Bagaimana kita expect Allah nak ampunkan dosa kita jika kita still melanggar larangan-Nya,mengabaikan perintah-Nya?

Ingatlah,rahmat Allah SWT itu melebihi kemurkaan-Nya.

So,tentu anda tertanya-tanya,takde ke cadangan cara nak berubah?

Ada.Meh saya cadangkan.

1) Berdoalah kepada Allah supaya ditetapkan hati dan ditambahkan Iman.Sebab kalau nak berubah ni memang Iman di dada memainkan faktor penting.

2) Carilah kawan yang lebih baik.Berdampinglah dengan orang-orang Soleh.Tinggalkan kawan yang buruk kerana ada Hadis yang berbunyi lebih kurang begini,"Siapa kita bergantung kepada siapa yang menjadi kawan kita".Jika kita benar-benar ingin berubah,secara otomatik kita akan ubah kawan.

3) Carilah ilmu.Kerana dengan adanya ilmu,pasti kita akan lebih memahami apakah tujuan perubahan kita ini.

4) Ingatlah,Hijrah/Perubahan itu tidak akan berlaku tanpa pengorbanan.

5) Jaga kualiti Solat.Ini kerana Solat itu dapat mencegah perkara mungkar (ada dalam Al-Quran,tetapi saya tidak ingat ayat apa).Kiranya,jika kita sukar berubah,mesti ada something wrong lagi dengan solat kita.Mungkin kita express sangat ke,tidak ikhlas ke,riak ke and so on.

Dan yang terakhirnya,sebagai kesimpulan,bersempena dengan Tahun Baru Hijrah 1432 yang akan kita sambut sedikit masa lagi ini,apa kata kita ambil semangat dan iktibar dari peristiwa Hijrah Rasulullah SAW,dan aplikasi serta asimilasikannya dalam perubahan kita.

Marilah bersama-sama kita melakukan perubahan ke arah suasana yang lebih baik dan kondusif untuk Iman kita.

Semoga Allah merahmati usaha kita.Yang penting,niatkan perubahan kita kerana Allah SWT,untuk mendapatkan keredhaan-Nya.

Amin.

Ingatlah satu Hadis yang berbunyi,"Semua anak Adam berbuat dosa,tetapi sebaik-baik anak Adam yang berbuat dosa adalah yang sentiasa bertaubat".

Dan ingatlah juga,Allah SWT itu Maha Penerima Taubat.

Saya sudah penat menulis.Banyak lagi mahu tulis,tetapi maaf.

Islam itu bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Dan ia akan kembali dipandang ganjil sebagaimana ia bermula. Maka beruntunglah orang-orang yang dipandang ganjil (kerana Islamnya mereka) - Hadis Riwayat Muslim

Jika ada kesilapan,sila betulkan.Ambil jernih,buang keruh.Ditulis sebagai peringatan kepada diri sendiri juga.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


6 comments:

  1. mendalamnya ayat..terima kasih atas perkongsian =))

    ReplyDelete
  2. salam,
    well said.
    manusia memang Allah letak fitrah sukakan kebaikan. cuma bila masuk bab melawan nafsu, godaan syaitan, dunia... kat situlah bezanya semua orang.
    ramai manusia nak berubah, tapi berapa ramai yang sanggup tinggalkan jahiliyah. sama-sama muhasabah diri.

    ReplyDelete
  3. Salam wrt.

    Ayat yang saudara cari, insha Allah - Surah Al-Baqarah, Ayat 214.

    (2:214)

    Semoga Allah SWT tetapkan hati kita semua.
    Amin. Jazakallah atas perkongsian.

    ReplyDelete
  4. @semua
    wsalam.semoga bermanfaat.

    @mknace &misz-sakura baca tak ni?haha.

    @dr genius
    thanks.saya kongsikan di sini teruslah.

    "Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). "

    smoga bermanfaat.
    smoga dirahmati Allah semuanya.
    amin.

    assalamualaikum.

    ReplyDelete