11.12.10

Santai : Lakukanlah Apa Yang Termampu Oleh Diri Kita Untuk Mengubah Dunia Ke Arah Yang Lebih Baik.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Petang tadi saya ada lab.Dua lab.

Lab hari ini lab susah.Kebanyakan masa menyaksikan saya buntu (blur).Jika ditanya hati saya apakah perasaannya?Tentulah hati saya akan mengatakan bahawa Beliau sedih.

Hendak dijadikan cerita,sedang berbuat-buat soalan,kawan Russia saya membantu saya.Beliau melukiskan untuk saya jawapan yang perlu dibuat.

Nampak seperti tiada apa-apa,tetapi perbuatan Beliau ini amat menyentuh hati saya.Bak kata orang di Internet hari ini,"It Gives Me Hope!".

Sebenarnya,bukanlah sengaja saya mahu menceritakan perkara ini.Bukan juga sengaja saya mahu menceritakan apa yang berlaku dalam hidup saya di sini setiap hari.Ada pengajaran sebenarnya yang boleh diambil dari kisah-kisah yang saya kongsikan di sini.

Seperti kisah di atas,pengajaran yang saya dapat daripada perbuatan kawan saya ini adalah,kita mestilah membantu orang yang memerlukan bantuan,jangan mudah memandang rendah pada orang dan yang terakhirnya adalah betapa pentingnya kita berbuat baik dengan orang.

Ambil contoh,dalam dakwah,jika kita mahu berdakwah dengan seseorang yang jauh dari jalan yang benar,kita tidak boleh terus story berat.Kita mesti mengambil hatinya dahulu.Menjadi kawannya dan sebagainya.Apabila Beliau sudah baik dengan kita,barulah kita mulakan langkah kita.

Nampak flow dia?Jadi,apa kaitan dengan kisah kawan saya di atas ini?Anda fikir-fikirkanlah.

Itu pendapat peribadi sayalah.Jika ada salah silap,sila betulkan.

Apa-apapun,memandangkan esok hari Sabtu,saya berkeputusan untuk menulis malam ini.Berehat sebentarlah kiranya.

Banyak sebenarnya perkara yang boleh ditulis.Banyak juga sebenarnya perkara yang setiap hari boleh kita ingatkan antara satu sama lain dan diri kita sendiri.Tetapi,kita manusia.Kemampuan kita terbatas.Jadi,lakukanlah apa yang termampu oleh diri kita dalam melakukan kebaikan.

Sebentar tadi,saya membaca Kitab Al-Quran berserta Tafsirnya.Ini kerana jujur cakap,hati saya sedang runsing ketika ini.Ada masalah yang tidak perlu diceritakan di sini.Tetapi,saya berbisik kepada diri sendiri bahawa "Ini adalah ujian dari Allah".Ini kerana apabila difikirkan balik,bagus juga saya dilanda masalah sebegini.Barulah saya sentiasa mengingati Allah SWT.Bukankah begitu?

Jadi,sebelum meneruskan penulisan kita,saya mahu berkongsikan petikan ayat Al-Quran di sini.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalau demikianlah sikap kamu maka bawalah sebuah Kitab dari sisi Allah yang dapat memberi panduan lebih daripada keduanya, supaya aku menurutnya. (Bawalah dia) jika betul kamu orang-orang yang benar ".

Kemudian, kalau mereka tidak dapat menerima cabaranmu (wahai Muhammad), maka ketahuilah, sesungguhnya mereka hanyalah menurut hawa nafsu mereka; dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menurut hawa nafsunya dengan tidak berdasarkan hidayah petunjuk dari Allah. Sesungguhnya Allah tidak memberi pimpinan kepada kaum yang zalim (yang berdegil dalam keingkarannya).

Dan demi sesungguhnya Kami telah hubungkan turunnya firman-firman Kami (Al-Quran) dengan berturut-turut kepada mereka, supaya mereka beroleh peringatan (lalu beriman).

Orang-orang yang Kami beri Kitab sebelum turunnya Al-Quran, mereka beriman kepadanya.

Dan apabila Al-Quran itu dibacakan kepada mereka; mereka, berkata: "Kami beriman kepadanya, sesungguhnya ia adalah perkara yang betul benar dari Tuhan kami; sesungguhnya kami sebelum ia diturunkan, telahpun mematuhinya ".

Mereka itu akan beroleh pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka; dan juga kerana mereka menolak kejahatan dengan kebaikan, dan mereka menderma dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka.

Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya sambil berkata: "Bagi kami amal kami dan bagi kamu pula amal kamu; selamat tinggallah kamu; kami tidak ingin berdamping dengan orang-orang yang jahil".

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).

Dan mereka (yang kafir) berkata: "Kalau kami menyertaimu menurut petunjuk yang engkau bawa itu, nescaya kami dengan serta merta ditangkap dan diusir dari negeri kami (oleh golongan yang menentang)". Mengapa mereka (berkata demikian)? Bukankah kami telah melindungi mereka dan menjadikan (negeri Makkah) tempat tinggal mereka sebagai tanah suci yang aman, yang dibawa kepadanya hasil tanaman dari segala jenis, sebagai rezeki pemberian dari sisi Kami? (Benar, Kami telah menjadikan semuanya itu), tetapi kebanyakan mereka tidak memikirkan perkara itu untuk mengetahuinya (serta bersyukur).
[28:49-57]

Sudah baca?Anda bacalah,okay?Jangan tidak baca.Ini kerana,jika kita tidak baca dan fahami Al-Quran ini,kita yang rugi.Memang ya,kita boleh dengar dari Penceramah dalam Ceramah Agama tentang Tafsir Al-Quran ini.Tetapi,sedikit sahaja kebiasaannya yang dikongsi dalam satu ceramah itu.

Bagaimana dengan ayat yang lain?Sedangkan Al-Quran itu diturunkan untuk semua manusia.Bukannya golongan tertentu sahaja.Jadi,kita rajin-rajinlah baca.Dan,jika ada yang tidak faham dalam sesuatu ayat tafsir itu,tanyalah kepada yang pakar.Jangan pandai-pandai buat kesimpulan sendiri tanpa ilmu.Rujuk kepada yang pakar dahulu.Insya-Allah ada punya orang yang pakar di keliling anda untuk dirujuk.Carilah.

Saya juga berkesempatan untuk membaca satu penulisan dalam Majalah Solusi milik seorang rakan saya di sini,mengenai Ibn Hajar.Sedikit sebanyak kisah ini memberi saya semangat untuk terus berjuang di dalam hidup ini untuk mencari keredhaan Allah SWT.

Ibn Hajar ini ketika kecil lagi sudah menjadi Pemimpin.Jika Beliau yang masih kecil berupaya mencari ilmu pada zaman dahulu yang serba kekurangan,kenapa tidak kita pada zaman yang serba lengkap (Alhamdulillah) ini?

Kemudian,sebelum menulis penulisan ini sebentar tadi,saya membaca satu Artikel tentang keadaan di Pakistan yang masih teruk akibat peristiwa banjir yang melandanya 4 bulan lalu.


Sedih sebenarnya melihat keadaan mereka ini.Saya juga difahamkan,di Malaysia juga baru-baru ini di kawasan Utara dan Timur Semenanjung dilanda banjir.Agak teruk juga,ya?

Takziah kepada mereka yang terlibat.Ingatlah ini sebahagian ujian dari Allah SWT kepada kita.Bersabarlah.

Apakah yang boleh dilakukan oleh kita yang tidak tertimpa banjir ini?Adakah sekadar bergoyang kaki?

Seperti tajuk penulisan ini,sebagai orang Islam,kita lakukanlah apa yang termampu.Lakukanlah ia kerana Allah SWT.Bantulah mereka untuk mendapatkan keredhaan Allah.Bukan untuk menunjuk-nunjuk dan bukan juga untuk riak.

Banyak sebenarnya cara untuk membantu mereka pada hari ini (jika menyentuh dari segi bantuan kewangan).

Bagi golongan seperti saya,yang kedudukan kewangannya masih lagi terhad,mungkin derma besar-besar tidak mampu dihulurkan.Tetapi,kita masih ada kuasa doa.

Berdoalah.Ada saya baca di mana entah semalam (saya tidak ingat),bahawa jika kita mendoakan kebaikan seorang saudara Islam kita,Malaikat akan turut mengaminkan doa itu untuk diri orang itu dan juga diri kita.Kiranya Malaikat turut mendoakan kebaikan yang didoakan kita kepada orang lain itu untuk kita.Saya tidak ingat saya baca di mana semalam tentang perkara ini.Jika ada berlaku kesilapan tentang perkara ini,maafkan saya,dan tolong betulkan.Tetapi,saya rasa betul,insya-Allah.

Itulah.Kita sebagai umat Islam kena bersatu padu.Bukan hanya sekadar bersatu di atas kertas,tetapi secara realitinya juga.Tidak perlu tunggu orang lain untuk memulakan perpaduan ini,kita mulakanlah dalam kalangan kita yang terdekat dahulu.Semoga Allah SWT memudahkan dan merahmati usaha kita ini.Amin.

Saya berdoa agar Allah SWT memurahkan rezeki saya selepas habis belajar nanti,supaya dengan rezeki yang ada itu dapat saya gunakan untuk membantu orang yang kurang bernasib baik seperti di Pakistan ini (sebagai contoh).Tetapi,jika rezeki itu nanti hanya akan membuatkan saya lupa diri,cukuplah dengan apa yang ada ini.Saya bersyukur.

Tetapi,apa-apapun,Allah SWT knows best.Kita ini manusia hanya merancang.Tidak semestinya apa yang kita rancang itu baik untuk kita.

Jadi,bersyukurlah.

Itu sahaja untuk kali ini.

Semoga mendapat manfaat.Jika ada salah silap,sila maafkan dan betulkan.Ambil jernih,buang keruh.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Saya hanya seorang manusia biasa yang lemah dan sedang cuba untuk berubah.


4 comments:

  1. Masyaallah, menarik tulisan ini, terima-kasih kerana berkongsi cerita.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Mama suka baca entri ini. Perkongsian yg sangat baik. Ingat mengingati ke jln yg benar..

    ReplyDelete
  3. sama2lah kita...jangan jemu beramal

    ReplyDelete
  4. @Assalamualaikum semua.trima kasih melawat.Smoga bermanfaat.Ambil pengajaran okay?

    ReplyDelete