30.12.10

Santai : Peranan Memberi Senyuman/Bertegur Sapa Sesama Manusia Dalam Kehidupan.

Perhatian : Penulisan ini mungkin agak panjang bagi sesetengah anda yang malas membaca,tetapi bacalah ia.Kerana ada sedikit ilmu yang hendak dikongsikan di sini.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Malam ini,saya terasa tenang di hati.Ini kerana petang tadi,saya telah berjaya menyiapkan beberapa urusan di kampus yang membolehkan saya masuk exam kelak.

Alhamdulillah.Segala puji bagi Allah SWT.Tanpa bantuan dan pertolongan dari-Nya,kita semua tidak mampu berbuat apa-apa.

Perbanyakkanlah ucapan Alhamdulillah.Tidak kira di mana juga kita berada.Perbuatan ini sebenarnya banyak kebaikannya.Antaranya,ia memastikan kita sentiasa ingat kepada Allah SWT.Ia juga menjadikan kita ini hamba yang bersyukur,tidak riak dan juga tidak angkuh.

Sabda Rasulullah SAW,ertinya : “Dari ‘Abdullah bin Busr RA, seorang lelaki bertanya: “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya syariat Islam terlalu banyak ke atas ku, beritahulah kepada ku sesuatu yang dapat ku bergantung dengannya.” Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah lidah kamu sentiasa dibasahi dengan zikir kepada Allah. [HR. al-Tirmizi]

Sebelum meneruskan penceritaan,saya jemput anda mendengar bacaan Al-Quran Surah Ar-Ruum di sini.

Tenang sahaja fikiran saya mendengar bacaan Al-Quran dalam video itu.Saya tidak pasti siapakah reciter itu.Tetapi,indah bacaannya.

Apa-apapun,perlu diingat,Al-Quran itu bukan setakat untuk didengar sahaja,tetapi juga untuk difahami dan diamalkan dalam kehidupan seharian isinya.

Saya tahu,memang ramai di antara kita yang ingin berubah (ke arah kebaikan).Tetapi,keupayaan setiap orang itu berbeza-beza.

Ada sesetengah orang itu,perubahannya berlaku dengan agak cepat.Ada sesetengah orang itu,perubahannya agak lambat.

Tetapi,apa yang penting sebenarnya,bukanlah laju atau lambat perubahan kita itu.

Sebaliknya,istiqamah dan niat kita itu yang penting.

Rasulullah pernah bersabda maksudnya: “Amalan yang paling disukai di sisi Allah ialah amalan yang dilakukan secara berterusan (istiqamah) biarpun sedikit.” [Hadis riwayat Bukhari]

Dalam kata lain,biar lambat,janji ada pergerakan (dalam perubahan).Tetapi,janganlah terlalu lambat sehingga tiada perubahan berlaku sehingga akhirnya hanya menyaksikan kita tumpas kembali kepada cara hidup lama.Jangan begitu.Siapa yang hendak kita tipu?Allah SWT itu Maha Mengetahui.Ingatlah.

Ini hanya pendapat saya sahaja.Jika salah sila betulkan.

Apa-apapun,itu hanyalah pendahuluan bagi penulisan kali ini.

Panjang bukan?

Ya,memang panjang.Ini kerana fikiran saya sedang tenang dan saya tidak ada perkara lain untuk dibuat pada masa ini.

Jadi,menulislah saya.Menulis bermusahabah diri.Dan supaya penulisan ini ada manfaatnya untuk orang lain juga.Alhamdulillah saya ucapkan jika begitu.

Kita masuk kepada tajuk penulisan kita.

Kepentingan Memberi Senyuman Dan Beramah Mesra Dengan Orang Lain

Saya akui,saya bukanlah seorang yang mudah untuk memberi senyuman kepada orang asing yang tidak dikenali,atau dalam Bahasa Mat Saleh - 'stranger'.

Tetapi,telah diakui ramai pihak (terutamanya Para Gadis),bahawa hati mereka bisa dicairkan dengan hanya satu senyuman yang diukirkan oleh saya.

Dalam kata lain,"Sekali saya senyum,berderap 10 jatuh".

Okay,wait.Yang tentang 'Para Gadis' di atas ini,ianya ditulis sebagai lawak-santai.Mungkin berlaku sedikit rekaan dan percanggahan fakta di situ.

Jangan salah sangka,okay?Dan jangan juga percaya,okay? (Tetapi,nak percaya pun boleh jugak.Tiada salahnya pun).

By the way,memang ya,saya sukar melemparkan senyuman kepada orang asing yang tidak saya kenal.

Tetapi,bukan itu yang hendak ditekankan di sini.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud "Tidak ada lain dari anak Adam itu sedekah pada tiap-tiap hari yang naik matahari padanya."Bertanya para sahabat, "Dari mana datangnya harta untuk kami bersedekah wahai Rasulullah?" Sabda Nabi, "Bahawa pintu-pintu kebajikan itu banyak; Tasbih, Takbir, Tahlil, Amar makruf dan mencegah mungkar, membuang duri di jalan, mendengar orang pekak, menunjuk jalan kepada orang buta, menunjuk arah perjalanan kepada yang meminta ditunjuk, memberi air minuman kepada yang dahaga, menolong meringankan beban orang yang tidak berdaya.Semua itu sedekah bagi diri kamu." Malah dalam riwayat yang lain menambah, "Senyum anda terhadap saudara anda adalah sedekah."

The Prophet Muhammad SAW said: “Charity is prescribed for each descendant of Adam every day the sun rises.” He was then asked: “From what do we give charity every day?” The Prophet answered: “The doors of goodness are many…enjoining good, forbidding evil, removing harm from the road, listening to the deaf, leading the blind, guiding one to the object of his need, hurrying with the strength of one’s legs to one in sorrow who is asking for help, and supporting the feeble with the strength of one’s arms–all of these are charity prescribed for you.” He also said: “Your smile for your brother is charity.” - Fiqh-us-Sunnah, Volume 3, Number 98

Sengaja saya kongsikan Hadis di atas dalam dua bahasa.Kenapa?Ada sebabnya.Anda fikirkanlah sendiri.

By the way,Nabi Muhammad SAW terkenal dengan sikap Baginda SAW yang suka memberi senyuman dan sebagainya.

Sebenarnya,banyak kesan positif dari perbuatan ini yang hendak disampaikan oleh Rasulullah SAW kepada kita.

Mari saya ceritakan satu kisah kepada anda.Kisah yang boleh kita namakan sebagai,Cerita Dari Kampus.

Cerita Dari Kampus

Tadi seperti biasa saya pergi ke kampus.

Semasa saya berjalan di koridor Fakulti saya,dari jauh lagi saya sudah perasan ada dua orang budak lelaki Russia sedang usha saya.Bukan usha dalam keadaan yang exotic atau apa.Sekadar usha biasa.Atau dalam bahasa formalnya,sedang melihat saya.

Saya buat tidak tahu sahaja.Ini kerana orang Russia ni memang suka usha dan gelakkan orang asing tanpa sebab.

Bagi saya,itu bukan masalah besar yang perlu diambil berat atau dikecil-hatikan.Sebab,ala standard la.Kat Malaysia pun Budak-Budak kita kalau jumpa Student Mamat Afrika/Indonesia pun,mesti diorang gelakkan.Bukan semua,tapi kebanyakan.

Inikan pulak budak Russia yang tengok muka budak Melayu.Haha.Mestilah lagi gelak.Itu normal bagi saya.

By the way,balik pada cerita.Makin dekat saya dengan diorang,makin diorang senyum.

Saya sudah musykil dan curiga.Tiba-tiba,bila saya nak lalu melepasi mereka dah,seorang dari mereka hulur tangan untuk bersalaman dengan saya.

Oh ya,sedikit info untuk anda yang berada di Malaysia.Cara orang Russia greet people (memulakan perbualan and so on) adalah bersalaman.Lebih kurang macam kita di Malaysia jugalah.

Pernah seorang kawan kelas saya bertanya kepada saya,"Umar,kau kat Malaysia greet orang macam mana doe?" Saya dengan santai menjawab,"Sama macam sini gak ah.Salam". "Ya ke?",tanya Beliau teruja. "Yalah",jawab saya dengan dua-kali-ganda-santai lalu meninggalkannya dalam keadaan teruja dan kagum melampau.

Cool kan cara saya jawab soalan?Hehe.Biasalah.Penulisan saya di blog saya.Mestilah nak nampakkan keheroan saya.Haha.Okay-okay.Jangan riak.Bahaya.By the way,dialog di atas memang berlaku.Kisah benar.

Berbalik kepada cerita saya tadi.

So,bila ada yang hulurkan tangan pada saya untuk bersalam,saya pun pandanglah muka mereka betul-betul.Dan seterusnya mengatakan kepada mereka,"Hey,lama tak jumpa doe".

Rupa-rupanya,diorang ni budak-budak Group saya dua tahun lepas.Ingatkan dah kena buang dari Institut.Rupa-rupanya,diorang just tukar Group lain.Haha.

Tak sangka diorang masih ingat saya.Haha.Padahal sudah dua tahun lepas kot berlalu.Muka pun masing-masing pun masa tu masih muda remaja.Maybe diorang ingat kat saya sebab saya selalu tegur diorang kot.Walaupun,bahasa Russia saya pada itu masih sucks.Sekarang sucks jugak.Tetapi,ada improvement la.

Oh ye,menyebut isu Bahasa.Kepada Adik-Adik yang belajar di sekolah etc etc,ketahuilah anda bahawa cara terbaik untuk fasih sesuatu bahasa bukan belajar Grammar bagai nak rak tu (memang tu salah satu cara juga),tapi cara terbaik adalah dengan bercakap dan membaca.Okay?Jangan takut,konfidenlah semasa berkomunikasi.Orang nak gelak ke hape ke,biarkan.Diorang yang rugi.Kay?

Balik pada story kita,so lepas borak-borak semua tu,saya pun cakap,"Okay doe.Aku bla.Aku nak jumpa Cikgu".

Then salah seorang dari mereka tanya,"So,exam camne?Settle?".Saya berkata,"Tak dapat masuk pon lagi.Haha".

Diorang gelak sambil berkata,"Haha.Okay.Good Luck".

Saya pun meneruskan perjalanan.Dalam perjalanan saya berjumpa lagi dengan beberapa orang pelajar Russia yang saya kenal.Dan saya pun bersalaman dengan mereka dan berborak-borak "kosong" sekejap.

Mood saya yang pada awalnya agak down,terus bertukar gembira bila orang-orang ini beramah mesra dan senyum kepada saya.

Tamat Cerita Dari Kampus kita.

Apakah pengajaran dari kisah ini?

Pengajarannya adalah,bila kita senyum dan beramah-mesra dengan orang lain,orang itu akan rasa dihargai.Dan sekaligus,ini akan menukarkan mood Beliau yang mungkin sedang sedih,kepada gembira.

Ini semua Psychology.Lihatlah betapa indahnya ajaran Islam.SubhanAllah.

Hurm,kan bagus kalau semua manusia berbuat begini?Ini tidak,nak bergaduh-gaduh sesama sendiri.Setakat game bola pun nak bergaduh-gaduh.Jangan begitu,kay?

Okay,saya mahu menulis lagi,tetapi saya agak penat untuk menyambung lagi penulisan.

Jadi,setakat ini sahaja untuk kali ini.

Apakah kesimpulannya?

Berbuat baik,bertegur sapa,dan senyumlah kita sesama manusia.Jika kita niatkan perbuatan kita itu ikhlas kerana Allah SWT dan untuk mengikut Sunnah Rasulullah SAW serta mencari keredhaan Allah SWT,insya-Allah amalan kita ini akan dibalas baik oleh Allah SWT.

Sekian dari saya.

Jika salah,sila betulkan.Jika terkasar bahasa,minta maafkan.Ambil jernih,buang keruh.Ingat,ini hanya pendapat peribadi saya yang kurang ilmu ini.Memang akan ada kelemahan di mana-mana bahagian dalam penulisan ini.Yang penting,rujuklah Al-Quran dan As-Sunnah.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Saya minta anda-anda semua yang sering membaca blog ini,supaya mula mengamalkan Islam dengan betul.Apa guna kita tahu tentang Islam,tetapi tidak cuba untuk mengamalkannya,kan?Cuba kay?Slow-slow takpe.Tapi,cuba.Allah Maha Mengetahui.Insya-Allah Dia akan tolong kita kalau kita betul-betul hendak berubah.

P/P/S : Teringat kata-kata seorang Sahabat saya,"Jika hendak bergaul rapat dengan seseorang itu,kita mestilah mengambil hatinya dahulu."

P/P/P/S : Tahniah kepada Pasukan Bola Sepak Kebangsaan.



No comments:

Post a Comment