30.12.10

Satu Penulisan,Tiga Cerita (Berjuta-Juta Anak Ayam Yang Terbunuh/Kucing Yang Diseksa/Pelajar Kurang Upaya Membaca Al-Quran).

Perhatian : Ini Adalah Satu Artikel Kisah-Kisah Kemanusiaan Untuk Difikirkan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Saya baru pulang dari bersiar-siar di pinggir bandar sebentar tadi.

Jujur cakap,pada saat ini,saya merasa seperti mahu pergi mengembara seorang diri ke satu tempat yang saya tidak kenal sesiapa pun.

Saya mahu melihat cara hidup orang lain.Tetapi,itu angan-angan.Realitinya?Berbeza.Jadi,hidupkanlah realiti yang ada ini dengan cara yang paling baik sekali.Dunia ini sememangnya tidak indah.Penuh ranjau dan duri.Yang indah itu hanya Syurga.Jika mahu mendapatkan Syurga,bagaimanakah caranya?

Melakukan perkara yang diperintahkan Allah SWT,dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Di dalam penulisan kali ini,saya mahu berkongsikan dua video dan satu gambar.Video-video dan gambar yang setiap daripadanya mempunyai cerita berbeza.

Selamat Menonton & Membaca!

Berjuta-Juta Anak Ayam Yang Terbunuh



Sinopsis Dalam Bahasa Melayu : Akibat kenaikan kos membela ayam dan itik etc etc semasa musim sejuk,Penternak-Penternak Ayam di Russia mengambil jalan yang mudah tetapi pahit untuk menghapuskan Anak-Anak Ayam ternakan mereka.

Apakah cara yang mudah tetapi pahit itu?Mereka membuang semua Anak-Anak Ayam itu di luar dan membiarkan mereka mati dalam kesejukan.Kata-kata tidak dapat menggambarkan keadaan yang sebenar.Jika mahu tahu,tontonlah video di atas ini.

Sumber : Link

Kucing Yang Diseksa

(Klik pada gambar untuk imej yang lebih besar)

Sinopsis Asal Di Dalam Bahasa Inggeris : The poor mother cat kept licking the kittens, hoping it would revive the kittens. According to the family that adopted the stray cat, on the morning of the 11th when they heard the cat’s tragic cries, they rushed downstairs to discover this stray cat’s four kittens abused to death, and even placed in front of the mother cat. The kittens’ bodies were covered with bullet holes, with blood all over. One of the kittens had its neck tied with a rope and elongated, its chest cut open, heart exposed, while the other three kittens’ heads were stepped on.

Sinopsis Ringkas Bahasa Melayu : Ibu Kucing di dalam gambar di atas sedang sedih.Beliau menjilat-jilat anak-anaknya yang telah mati diseksa oleh Pihak yang tidak diketahui siapakah gerangannya.Beliau menjilat-jilat anak-anaknya itu dengan harapan anak-anaknya akan bangun kembali.Adakah layak Pihak yang menyeksa itu untuk digelar Manusia?

Sumber : Link

Pelajar Kurang Upaya Membaca Al-Quran



Sinopsis : Pelajar Islam yang berasal dari Thailand ini kurang upaya.Beliau mungkin secara fizikalnya tidak dapat melihat,tetapi mata hatinya,Alhamdulillah mungkin lebih baik dari sesetengah kita yang sempurna.Di dalam video menunjukkan Beliau memperdengarkan bacaan ayat Al-Quran dan menjawab beberapa soalan dari wartawan.

Pelajar ini belajar di Madrasah Islam Afrika untuk Orang Kurang Upaya (Ada ditunjukkan laman web Madrasah itu di akhir video.Anda boleh memberi sumbangan ikhlas di laman web itu)

Pertanyaan Untuk Kita : Tidak malukah kita dengan diri sendiri jika dibandingkan dengan Pelajar Kurang Upaya ini?

Sumber : Link

Itulah dia perkongsian yang ingin saya kongsikan di sini.

Dan,oleh kerana hari ini saya agak rajin,jadi saya ingin berkongsikan lagi satu cerita dengan anda semua.Kisah yang saya namakan,

Kisah Superhero-Kucing-Untuk-Hari-Ini Yang Membuatkan Saya Sebagai Pencinta Kucing Terharu Lantas Terus Bercita-Cita Ingin Mengasaskan Yayasan Kebajikan Kucing Kebangsaan.


Sinopsis Bahasa Inggeris : A cat from Russia’s Siberian Krasnoyarsk region has travelled more than 70 km looking for his masters, who’d moved to another town.

The animal did not take up the long journey in vain and he was finally reunited with his lost ‘family’.

They all used to live in the town of Divnogorsk, not far from Krasnoyarsk, but the family had to leave it for another town of Sosnovoborsk.

In the rush nobody noticed the cat had gone missing.

“We were searching for him for quite a long time but we never found him,” says Sergey Minskikh. “The children were very unhappy. They loved the pet. He has been living with them for five years.”

To the family’s surprise and joy the cat appeared on the doorstep of their new apartment three months later, when everyone had lost any hope of seeing it again.

The poor animal was very skinny and looked worn out, but was apparently no less happy than his masters.

It has now become the talk of the town, receiving regular visits from the neighbours and friends of the Minskikh family. He enjoys the attention – without leaving the apartment, though.

Pengajaran Di Dalam Bahasa Melayu : Inilah satu lagi cerita yang membuktikan kadang kala Haiwan itu lebih bersifat Manusia daripada Manusia,dan Manusia itu kadang kalanya lebih bersifat Binatang daripada Haiwan.

Sumber : Link

Itu sahaja untuk kali ini.

Semoga mendapat pengajaran.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Cuba rujuk Al-Quran 2:30.

P/P/S : Ditipu oleh orang yang kita percaya itu amat pedih sekali perasaannya.

P/P/P/S : Jika mahu berkongsi Artikel ini,minta jasa baik anda semua,sila sertakan link Pena Maya.



3 comments:

  1. sy nangis.. tgk nasib anak2 kucing tu.

    sy benci org yg sakitkan kucing. semoga org2 jahat yg aniaya kucing di dunia x selamat hidup!!

    ReplyDelete
  2. "Yang Membuatkan Saya Sebagai Pencinta Kucing Terharu Lantas Terus Bercita-Cita Ingin Mengasaskan Yayasan Kebajikan Kucing Kebangsaan."

    seyes ke ni? ahaha...

    ReplyDelete
  3. @nov zulu.

    kita buatlah yang termampu untuk selamatkan kucing2 sbgini jika kita mampu...paling kurang beri makan etc etc.ya memang kucing ini berak merata semua.tapi mreka makhluk Allah juga.kalau kita sayang makhluk Allah,kita dapat pahala.

    tapi tu la,ramai manusia tak paham..

    @dante

    y tak betul? cita2 mesti sntiasa besar.hehe :)

    ReplyDelete